Hari ini tanggal 5 November 2012 bermulalah peperiksaan SPM serentak di seluruh negara Malaysia. Sejujurnya, tidaklah aku tahu pun sebenarnya bahawa hari ini adalah hari pertama peperiksaan SPM 2012 sepertimana 10 tahun lepas dimana aku harus mendudukinya. Khabar bahawa SPM 2012 bermula pada hari ini telah aku ketahui sejurus melog masuk laman sesawang Fesbuk aku pada jam 7.50 pagi tadi. Aku pun kebetulan tahun ni tak ada saudara-mara sepupu sepapat yang kena menduduki peperiksaan SPM.
Seperti biasa,seingat aku hari pertama peperiksaan akan dimulakan dengan subjek Bahasa Melayu kertas 1. Aku paling cukup debor dengan Bahasa Melayu ni sebab kena tulis karangan dan kena ingat format. Silap format kena tolak markah banyak. Leceh betul. Bab-bab menulis ni memang banyak menyumbang masalah pada aku sebab kena banyak benda kena tahu. Jadi nak selesaikan masalah ini ialah dengan goreng sahaja apa yang patut. Statistik pun kalau ada yang kena selit aku akan buat-buat macam statistik tu macam nampak 'real' punya. Padahal entah betul atau tidak. Janji ada 'point'.
Kalau nak markah lebih sikit dalam menulis karangan,masukkanlah jugak kata-kata hikmah pemimpin,pujangga, menteri, ahli falsafah, sasterawan, saintis dan lain-lain dalam karangan tu. Tapi setakat ni tak pernah lagi aku dengar budak masukkan kata-kata pemimpin pembangkang ka , Pakatan Rakyat ka atau tokoh reformasi dalam karangan. Mungkin kena tolak markah rasanya. Aku tak boleh jamin la kan sebab bukan bidang aku 'check-check' karangan dan buat skema jawapan ni.
Reformasi woii !
Dulu tahun 2002 aku ambil SPM, urusan ke dewan peperiksaan agak mudah. Ini sebab aku sekolah asrama. Jarak asrama dengan dewan peperiksaan agak dekat;sepertimana simpulan bahasa sekangkang kera, justeru tak perlu risau. Tak payah bimbang tertinggal bas, tertinggal pensil 2B, kalkulator, air Yasin dan sebagainya.Tapi sebab faktor dekat ni jugak, boleh buat kita alpa. Contohnya member kelas aku nama Mije. Tertinggal kalkulator sebelum masuk untuk jawab periksa subjek Matematik Tambahan (Math Tam ataupun add math). Pucat jugak aku tengok dia berlari pantas ke kelas nak ambil semula. Bateri kalkulator pun kena check sama.
Tempat ambil SPM 2002 lagikan dikenang.Dewan peperiksaan Sekolah Alam Shah, Cheras.Kumpulan terakhir ambil SPM disini sebelum sekolah berpindah ke Putrajaya tahun 2003.
Bab-bab penampilan ke dewan peperiksaan tak perlu runsing sangat sebab sekolah aku satu jantina sahaja iaitu sekolah semua lelaki. Cukup dengan memakai deodoran seadanya sebab dewan peperiksaan selalunya panas dan pelajar akan cepat berpeluh. Maklumlah peperiksaan penting.
Paling tak dapat aku lupa masa aku sekolah dulu, peperiksaan SPM berlangsung ketika Ramadhan. Perrgh, memang sempoi. Tak boleh ada alasan nak keluar minum air 'water cooler' tepi dewan periksa. Kering tekak beb jawab periksa SPM bulan puasa. Berjuang di medan perang la katakan. Tapi bagus sebenarnya bulan Ramadhan masa SPM ni. Iman Alhamdulillah lah terjaga dan suci sikit. Gangguan syaitan pun tak ada. Tapi yang aku peliknya masa selang waktu kertas 1 dan 2 hari tu kira-kira 3 jam ada bau Maggi dekat asrama.
Satu lagi benda yang aku ingat sebelum masuk dewan peperiksaan sekolah, cikgu sekolah aku akan suruh mana-mana member 'batch' aku untuk azan. Syahdu woo. Time tu teringat jugaklah dekat mak bapak atok nenek moyang semua. Terbayang jugaklah muka-muka cikgu yang ajar dulu. Lepas azan, pengerusi badan agama akan doa dan diiringi dengan laungan takbir. Perghh. Mencari rahmat Ilahi sebelum menjawab peperiksaan.
Akhir kata, semoga selamat menjawab peperiksaan SPM 2012 kepada yang berkenaan Usaha dah usaha, sekarang bertawakkal lah kepada Allah S.W.T.
No comments:
Post a Comment