Wednesday, November 21, 2012

Derita Adam

          Aku semenjak ada Nur Adelia ni ,sensitif dan emosi makin menjadi-jadi. Dengan keadaan dan situasi berita semasa yang banyak mengisahkan pasal anak kecil menderita ka, kena pukul ka, lagi teruk macam yang kena buang ka, sakit ka,kena bunuh atau kena bom dengan Zionis Israel ka macam di Gaza, anak kecil yang kehilangan ibu bapa dan jadi yatim piatu samada di media massa,fesbuk dan lain-lain- lagi bertambah-tambah lah aku punya sensitif.

         Tara Nur Adelia demam lama sikit dan berkahak teruk haritu pun Sorfina dah menangis dan aku pun jadi agak emo, bayangkan pulak sakit macam ni jadi kat Nur Adelia. Justeru, aku kalau boleh nak dah selalu peringat diri aku supaya banyakkan bersabar dan bersyukur kepada Allah S.W.T.

         Bagi yang sudi hulur derma kepada Adam Syukri ni untuk kos perubatan dia, bolehlah memberi sumbangan hangpa seperti berikut.Semoga segala bantuan yang dihulurkan hangpa akan dibalas dengan ganjaran yang amat besar dari Allah S.W.T, Tuhan sekalian alam.

Noraisah Mohamad Malena (mak kepada Adam)
Maybank 161136331818
CIMB 02040007292201

p/s :  Sedar tak sedar air mata jantan aku jatuh tatkala tengok youtube bayi bernama Adam ni masa main internet dekat office.
         

No comments:

Post a Comment