Monday, November 19, 2012

Ratapan dari Gaza

        Cerita pasal Gaza ni bukan cerita benda dua tiga hari lepas, tapi dah berdekad-dekad dan berkurun lamanya. Dari pemerintahan kerajaan Mesir purba, kepada kerajaan empayar Rom, kemudian kerajaan Rom Byzantine, kemudian pemerintahan kerajaan Islam khalifah Umar al Khattab, kemudian ditawan semula oleh pahlawan tentera Salib (Crusaders), kemudian diperintah oleh kerajaan Monggol, seterusnya dierintah semula oleh kerajaan Othmaniyyah dan akhirnya pada masa perang dunia pertama dan kedua di bawah pemerintahan tentera British. Penuh dengan cerita yang tak berkesudahan.

Ihsan dari Google

Ihsan dari Google

Ihsan dari Google

        Itu belum cerita lagi pasal perang Arab-Israel 1948, perang 6 hari yang dimenangi tentera Israel tahun 1967 di Gaza dan macamana akhirnya diperintah kembali oleh warga Palestin sendiri bermula pada tahun 1993. Banyak woi yang nak kena habaq tapi hangpa sendiri la pi baca kalau nak tahu lebih lanjut.

       Sebenarnya aku tulis pasal Gaza ni untuk peringatan kepada diri aku sendiri terutamanya sebab kurang ambil pot. Tenggelam timbul aku punya ambil pot pasal saudara-mara seIslam kita di Gaza. Dah berlaku serangan baru nak ambil pot. Aku harap aku dapat istiqamah dalam ambil pot pasal saudara -mara di Gaza. Bukan bermusim. Bila tengok apa jadi dekat kanak-kanak, bayi, serta penderitaan orang-orang awam di Gaza tempoh hari, aku tak dapat bayangkan kalau jadi dekat anak aku Nur Adelia. Masih kecil dan naif pasal kehidupan.

        Aku juga ada 'like' satu kumpulan di Fesbuk nama dia AqsaSyarif. Kebetulan kat kilang aku bekerja ni ada sorang manager tu ahli IKRAM dan bergiat aktif dalam AqsaSyarif. Kami panggil dia Ustaz. Banyak info terkini pasal bantuan ke Palestin melalui beliau. Di surau kilang aku kerja ni pun aktif membuat kutipan derma untuk dihulurkan kepada saudara-mara kita di Palestin.


        Jika hangpa nak derma melalui telefon bimbit juga, ahlan wa sahlan. Silakan. Lai lai lai. Hangpa boleh derma melalui penggunaan SMS. Ini salah satu cara yang sempoi. Maklumat ni pun aku dapat tau melalui halaman Aqsa Syarif ni.

Sumbangan melalui SMS


1. Taip PALESTIN <10 / 5 / 3>  (10 / 5/ 3 itu adalah nilai sumbangan yang ingin disumbangkan)
2. Hantar ke 39111

Contoh: PALESTIN 10 dan hantar ke 39111

******

         Jangan lupa sama untuk doa paling kurang pun setiap kali lepas solat fardhu dan buat solat hajat kalau boleh.Sabelum tidoq malam tu ingat-ingat dan doalah sama dekat depa.Semoga apa yang kita lakukan,sumbangan,usahakan ; walau kecil sekalipun dapat meringankan beban yang ditanggung oleh saudara mara kita di Palestin terutamanya di Gaza ,serta mendapat rahmat daripada Allah S.W.T.
   

2 comments:

  1. satu yang pasti, amat susah nak lakarkan sempadan atas helaian atlas... sejak dulu lagi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semoga Gaza dan penduduknya terutama saudara mara seIslam diberi kekuatan dan perlindungan daripada Allah S.W.T...

      Delete