Wednesday, November 28, 2012

Menyekolahkan anak

       Ada anak memang suatu anugerah yang amat besar. Hangpa balik kerja- tak kira lah kerja apa; tukang bawak lori sampah ka, konduktor bas ka, kerja opis ka, kerja gomen ka, ahli bomba ka, dalam duk letih-letih sebab kerja dan pulak kalau terpaksa harungi kesesakan trafik,insyaAllah agak hilang penat tu kalau dapat tengok muka anak. Setakat ni aku rasa bagi yang ada ank kecik la kut. Kalau anak dah besaq mungkin 'feeling' dia lain macam rasanya.

       Macam biasa bila dah ada anak macam-macam hangpa nak buat dengan anak tu. Ikut sesuai dengan usia dia lah kan. Tara yang ada anak kecik, nak hantaq anak pi pertandingan bayi comel. Tara yang ada anak yang dah nak besaq dan nak mumaiyyiz sikit nak hantaq anak masuk kelas al Baghdadi, kelas piano, kelas bellet, kelas judo dan lain-lain. Mengikut kesesuaian dan kemampuan mak bapak lah.

       Tapi aku kesian dengan orang susah. Bukan semua dapat hantaq anak buat macam-macam.Masuk itu lah, ini lah, summer camp lah, apa lah. Cuma dapat bagi benda yang cukup makan dan kadang-kadang tak dapat bagi. Bagi aku pendidikan ni benda paling utama dalam dunia, terutamanya untuk kanak-kanak. Patut jadi agenda numero uno pada negara. Alangkah powernya kalau dapat pendidikan percuma bertaraf lima bintang dekat Malaysia ni dapat diberikan kepada setiap warganegara tanpa mengira status dan apa bana lagi.

        Baru-baru ni aku dapat cari satu sekolah agama yang aku rasa power untuk dimasuki. Bukan kat aku lah, tapi dekat anak, Nur Adelia. InsyaAllah. Tapi biasalah, kos jadi benda yang kena tengok jugak. Ada rezeki, ada lah tu nanti.


Sekolah Islam Adni, Ampang, Kuala Lumpur

No comments:

Post a Comment