Saturday, December 25, 2010

Warden

          Tengah aku maen muka buku tadi, secara tiba-tiba ada gambar muka warden aku time duk hostel dulu keluaq dekat 'Friend's photo album' tu. Bersua semula kita ya? Sesiapa yang pernah belajar dan duduk hostel dulu semestinya mempunyai kenangan manis, pahit, masam, masin dan payau bila teringat warden di sekolah dulu.

          Aku try recall balik siapa warden aku dahulu. Antara yang 'legend' seperti 'Parang Gila', 'Girang', 'Tihot Kedis', 'Jimiray', 'Barakak', 'Oli Hitam', 'Rafi Onggek', 'Queh', 'Pulau' dan tak lupa, Ustaz Zul. Masing-masing ada gelaran. Hey sedap pa nama -nama tu semua. Nama-nama tu semua ada sebab tersendiri yang cukup berkait rapat dengan para warden  tersebut.

         Paling aku adore, semestinya 'Parang Gila'. Dia dapat nama bersempena komik Parang Gila karya Wan Yat Leung. Kira komik tu seangkatan dengan Pendekar Laut, tapi ni hero dia pakai parang. Warden ni pulak kami ibaratkan rotan dia macam parang dek jurus kilasan parang yang dia lancarkan 'time' nak melibas.Bagero. Aku punya punggung yang empuk ni penah banyak kali jugak merasa 'parang' dia tu. Bukan setakat dalam dorm ja, tapi di bahagian depan surau pun jadik. Tempat imam. Dah la berhadapan dengan para junior semua. Time tu aku form 4. Jibaok betul. Bayangkan la lahanat tak lahanat kena rotan sebab pegi minum air 'water cooler' dekat area dewan sekolah time ada tazkirah. Hari tu hari Khamis. Kebiasaanya rutin hari Khamis lepas baca Yasin akan ada slot tazkirah in meantime sebelum Isya'.Aku dengan 5 orang member laen memang tengah dahaga gila time tu, tu yang kitorang nak pi meneguk jap. Dah la tak pakai spenda hari tu.

         "Piap"

         Adoii.Lepas sedas.Terpercik daging punggung aku. Macam kena sebat penjara la pulak. Tapi tak da la, saje je bagi korang ngilu. Sakit cam haram. Berdengung punggung aku. Selalu kalau dah nak kena rotan ni ,especially 'public canning' time assembly hari Isnin memang kitorang dah prepare pakai 'short' rugby 2-3 lapis plus boxer lagi. Bajet rotan-proof la. Tapi terasa gak lagi. Nasib baik tak dak student perempuan kat skola aku, kalo tak, lagi jatuh la saham aku ibarat saham Nikkei kat Jepun tu.

          Antara kesalahan laen yang membolehkan seseorang warden tu merotan dekat sekolah aku adalah kalau student sembahyang dalam dorm, atau in short term, So-dorm ( Solat dalam dorm). Haha. Bunyi macam sodom kan? Cilanat. dah la skola sume 'batang' je. Sure lawak kan kalo terdengar balik dialog macam ni:

        "Weh, ko tolong aku kaver line jap. Aku nak Sodom ni.Kalo warden datang ko cepat-cepat ketuk pintu"

         Ha ha ha. Kalau orang marhaen dengar sure anggap kitorang nak melakukan sesuatu di luar tabii. Tapi tak, kitorang just nak tunaikan kewajiban. Ni sume sebab malas nak pi surau eventhough surau sekolah dekat ground floor je.

          Ade lagi yang spesel tentang warden skola aku. Len kali la aku sambung. Nak pi 'membuang' jap dulu. Chalo bettey.


p/s:  "Maka berjalanlah keduanya, hingga tatkala keduanya menaiki perahu lalu Khidhir membuat lubang padanya. Musa berkata: "Mengapa kamu menebuk perahu itu yang akibatnya kamu menenggelamkan penumpangnya?" Sesungguhnya kamu telah berbuat sesuatu kesalahan yang besar." [Al-Kahfi, 71]

No comments:

Post a Comment