Tuesday, January 18, 2011

HIV Test

      
         Cuti yang di 'carry forward' ke hari Isnin semalam sempena birthday Sultan Kedah, Sultan Abdul Halim Mu'adzam Sha tidak aku persiakan. Sehingga sekarang aku masih 'confuse', kenapa dalam kalendar, 16 Januari ni tarikh lahir baginda, padahal, bila aku check balik dekat Wikipedia, birthday baginda ialah 28 November 1927. Ntah la, aku makin tak paham. Apa- apapun, cuti tetap cuti. Aku ingat cuti ni aku nak gerak ke Eropah, tapi lupa, tiket Airbus tak beli lagi. Aku tunda dulu hasrat tu.


Sultan Abdul Halim ketika muda. Kacak bukan?


        Seawal jam 8 pagi lagi, aku dah bangun. Sebenarnya, aku dah bangun lagi awal, lagi awal dari ayam-ayam yang bakal berkokok di awal pagi, namun kesejukan dan kedinginan salju membuatkan aku terus terpaku dengan suasana yang menyegarkan itu. Terima kasih cik pentunang tersayang kerana membuat panggilan untuk aku bangun menunaikan kewajipan kepada yang Maha Pencipta lagi Maha Besar. XOXO buat kamu.

        Memang cuti ni kitorang 'plan' baik punya. Nak buat HIV 'test'. 'First time' aku nak buat benda-benda ni semua. Berdebar - debar jugak time tu. Klinik kesihatan Kulim sasaran kami. Samapai- sampai dalam pukul 8.45 pagi, punyalah ramai umat dah beratur dan ada dekat situ. Tanya dekat kaunter, HIV test boleh buat pukul 2 petang nanti. Memang dayum.


         Sebabkan tak mau sia-siakan masa, sebab masa itu 'Dinar Emas', aku dan cik pentunang tersayang gerak ke Seberang Jaya dengan kereta mewah cik pentunang yang di import khas, Alza. Sampai - sampai, tanya kaunter, memang nasib baik, bole buat masa tu jugak. Lega.


          Ok, doktor cun dah panggil aku ni. Aku gerak dulu. Dia cakap nak 'inject' aku something kat belakang. Aku dah ketar...

No comments:

Post a Comment