Malaikat itu menjawab: "Maha suci Engkau (Ya Allah)! Kami tidak mempunyai pengetahuan selain dari apa yang Engkau ajarkan kepada kami; sesungguhnya Engkau jualah yang Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana". They said: "Glory to Thee, of knowledge We have none, save what Thou Hast taught us: In truth it is Thou Who art perfect in knowledge and wisdom." [Al Baqarah 2:32]
Sunday, January 2, 2011
Satu Haribulan Satu Dua Ribu Sebelas
Sambutan tahun baru? Ya, aku menyambut tahun baru aku di Bintang Walk, Kuala Lumpur. Aku tengah syok-syok ni main buih. Banyak gadis-gadis di keliling aku. Boom...boom..bunyi mercun..."Happy New Year", sorak orang ramai disitu sejurus board 'countdown' 2011 menunjukkan tepat jam 12 tengah malam.
Mimpi. Cerita di atas tu cuma imaginasi semata-mata. Maaf. Aku berkhayal bagai ' Alice In Wonderland '. Aku sebenarnya memulakan tahun baru Gregory aku dengan berbaring di atas tilam kepam aku, sambil tangan aku memegang remote control tv. Aku duk layan TV3 midnite news je.Ok la tu, mulakan tahun baru Gregory dengan aktiviti keilmuan. Lahabau keilmuan.
12 jam selepas itu, aku mulakan aktiviti aku dengan aktiviti yang baik juga. Kenduri kahwin. Yes, dapat makan nasi minyak lagi dengan air sirap limau yang superb. Sebenarnya, ini kenduri kahwin member ms. pentunangku yang tersayang, Sorfina. Venue, dekat bandar Di Raja Perak, Kuala Kangsar. Memandangkan aku seorang Yeop sejati, aku memang tak mau lepaskan peluang ini.
On the way balik dari Kuale, hujan lebat. Kitorang nampak 13 kereta accident. Sederet pulak tu. Tapi lega, tiada kemalangan jiwa raga dilaporkan.
Selamat tahun baru, pengantin baru, dan serba baru semuanya. Tahniah, saudara Faizal dan isteri!
8.45pm. Aku kemudian berada di West Midlands untuk menonton match United dengan West Brom. Bagus layanan di stadium ni. Aku beli burger dengan air coke sebelum sepak mula. Cuaca masih sejuk tak ingat.
Berbaloi aku beli tiket tengok game jauh-jauh, dah la away pulak tu. United menang penuh bergaya dan amat bernasib baik. Mamat Mexico "Little Pea" tu berjaya lagi sumbat gol kemenangan dekat away.
Aku tidur dalam senyuman hari itu.
"Yea yea..aku dapat peluk Shrek", teriak Chicharito.
Labels:
Event
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment