Thursday, January 27, 2011

Mari menyedut

          

         Setelah mengisi angin tayar kereta mewah cik pentunang di salah sebuah stesen minyak terkemuka di dunia dan dengan isian tekanan yang betul (kira-kira 205kPa / 30psi), kami bergegas ke salah sebuah restoran yang terkemuka di Kulim pula. Nawaitu aku hanya satu, nak membeli salah satu makanan yang popular di dunia, iaitu nasik putih. Walaupun perut aku agak bagak,setelah makan makanan 'free' di majlis keramaian yang diadakan oleh kompeni, tapi disebabkan ada lauk ni,memang aku 'surrender' dan cepat-cepat aku mengibarkan bendera putih. Sudah 6 bulan rasanya aku tak menjamah Cerithidea obtusa masak lemak ni.
     
        Sekali lagi ucapan jutaan terima kasih aku ucapkan kepada cik pentunang kerana telah membelikan antara lauk feveret aku sepanjang zaman, yakni siput sedut masak lemak. Memang 'class'. Venue makan aku bertempat di Azalia nombor 8, iaitu teratak sewa kepunyaan Sida R n H dan Madah Habismail. Layanan yang mereka berikan memang 5 bintang sebab menyediakan dapur gas untuk memerangat lauk dan juga set pinggan mangkuk, jenama bukan Arcopal.


        Aku makan dengan penuh khusyuk dan dengan rasa rendah diri sambil Madah Habismail turut serta mahu join aku. Awal -awalnya dia kelihatan sedikit segan, namun, akibat bunyi sedutan aku yang boleh didengari (mungkin hingga >80 dB), dia akhirnya tergoda. Sida R n H dan cik pentunang hanya memerhatikan dari jauh (sambil gaya menelan saliva).


       Memang kelas. Itulah yang aku dapat ungkapkan setelah menyedut siput sedut yang ke 21 dan juga yang terakhir buat hari itu. Kombinasi antara siput sedut, lengkuas, kunyit hidup,santan dan cili padi memang memukau. Sebagai acara penutup, kami disajikan dengan siaran 'Idola Amerika Syarikat' yang jurinya terdiri dari J-lo, dan sapa-sapa ntah.



      

"Aku berazam nak belajar cara-cara memasak siput sedut masak lemak suatu hari nanti'', getus aku sendirian.






Picture credit : http://www.flickr.com/photos/widie/323705536/

No comments:

Post a Comment