Wednesday, January 5, 2011

Visiting Naira

          Ni aku baru balik dari melawat sorang awek yang sopan ni. Naira nama dia. Sweet bukan nama dia?. tergoda jugak aku tadi. Owh, maap. Aku bukanlah seorang pedo. Naira tu nama anak member aku, Nolia dan Zul. Tahniah buat mereka kerana berjaya menimang cahaya mata yang sungguh comel, cantik dan menawan serta manja.

  
         Tapi aku bukan datang berseorangan. Ditemani cik pentunang tercinta, Sorfina, dan juga pasangan romantik Sida dan Jedi. Jedi atau Jedy? Rozaidi mungkin.Ah, hentam saja labu. Mereka yang lain seperti Alimin dan Hamadah tidak hadir bersama kerana 'last minute' plan ini.




Naira. Seorang bakal gadis yang sopan lagi menawan. Memang 'true' perempuan Melayu terakhir.



           Kedatangan kami juga disambut oleh puluhan batang satay yang terdiri dari satay daging dan juga ayam. Barangkali mereka sudah menduga akan kehadiran kami. Terima kasih Nolia dan juga Zul di atas jamuan satay tersebut. Kenyang kami sehingga seperti hendak puasa sunat hari Khamis keesokan harinya.



   Naira sedang menikmati pelukan-pelukan dan ciuman mesra daripada mereka yang hadir sama.


           Naira juga tidak kurang hebatnya. Kecil-kecil lagi sudah pandai bergaya, mengalahkan primadona Malaya masakini, Rozita Che Wan. Gadis comel molek itu mengenakan pakaian manis bayi berjenama 'Guess' (cool huh?) yang aku juga tak pernah pakai baju berjenama Guess. Hebat Naira ni.


           Setelah hampir sejam lebih, kami pun rasa nak balik. Naira pun dah nak tidur. Esok nak ke sekolah, katanya. Gute nacht, Naira !!

No comments:

Post a Comment