Tuesday, January 4, 2011

Ron 97 dan durian

         Aku baru baca paper harini. Dah lama aku tak beli paper. Tapi aku tak beli pun, aku baca 'online' je. Naharem.


          Baru baca paper pukul 11.15pm, buka Berita Hairan online dengan 'Bintang' online, tup tup, harga minyak RON 97 dengan kerosene naik. Hadiah tahun baru dari Najib 1M, pada 4 Januari 2011. Best bukan? So, sekarang ni, bagi sesapa yang duk guna RON 97, harga minyak ni dah naik 1 kupang (cakap orang Kedah/Penang), ataupun sepuluh sen (cakap orang Kay-Ell) secara amnya. Sikit ja sekupang. Beli coklat Hacks dapat la 2 bijik kat kedai mamak.Dengan ini diisytiharkan RON 97 jadi RM2.40. Dayum.

      
         ''Nasib baik aku guna RON 96, harga tak naik, kualiti minyak juga terjamin, kandungan sulfur juga rendah" getus aku sendirian sambil meneguk Nestum Honey 3 in 1 yang baru dibancuh tadi. Aku selalu mencampur minyak RON 97 dan RON 95 berselang seli kalau nak isi minyak. Last week isi 97, this week isi 95. 97+ 95, then bahagi 2, hasilnya RON 96. Bagero sungguh. Bajet Jabir Al- Hayyan.


*******


          Cuti 4 hari membuatkan aku tercari-cari durian untuk dimakan, tapi sekarang musim durian ke? Beberapa minggu lepas aku terjumpa ada Uncle ni dekat area Junjung ada bukak 'stall' kecik jual durian, bajet-bajet petang nak singgah nak beli, last-last petang tu dah tutup. Habis stok gamaknya. Mengidam tak sudah aku.



Bila lagi aku nak makan kau ni. Nahas kau bila aku jumpa!!


          Agak-agak aku la, ada tak orang akan makan buah durian ni kalau orang zaman dahulu kala tak pernah terpikir nak 'kopek' buah durian. Ye la, buah banyak duri, gerun jugak tu tengok. Aku try relate dengan satu pepatah Inggeris " Dont judge a book by its cover". Adoii, ketagih durian la pulak. Nahaiiii....



picture credit to: http://www.penangtuapui.com/2009/06/balik-pulau-durian-the-durian-stalls/

1 comment:

  1. Excellent beat ! I ωould lіke to apprentiсe whilst
    you amеnd your ωebsitе, hoω
    can і subscribe for a ωeblog web site?
    The аccount aideԁ mе a applicable deal.
    I had beеn а little bit acquaintеd of this
    уοur broaԁcaѕt proѵiԁed vibrаnt clear cοnсept

    Also visit my website wedding photographs of saif and kareena
    Also see my site > wedding photographs in the rain

    ReplyDelete