Saturday, May 21, 2011

Au revoir, rumah bujang legend! - siri 1

            Tup tap tup tap , hampir genap 3 tahun aku tinggal di Taman Bersatu, Kulim. Sebelum konsep Satu Malaysia diperkenalkan pun aku dah lama duduk menyewa kat taman ni.Sekejap ja rasanya. Buat jiran tetangga aku sebelah menyebelah, sebelah kanan, mak cik An dan Ustaz Marzuki sekeluarga serta belah kiri, Auntie Tan dan keluarga, pohon maaf sekiranya selama ni aku bukan jiran terbaik yang pernah korang miliki; walaupun pada hakikatnya aku rasa hangpa lah yang banyak menimbulkan mala petaka bagi aku dan teman-teman bujang lain.

           Buat Uncle Utam Sing, sebagai 'lanlord' yang aku hormati, terima kasih atas kerjasama dan jasa baik anda sepanjang tempoh sewaan ini berlangsung. Syukur tidak ada apa-apa anasir misteri yang berlaku sepanjang tempoh aku dan member-member rumah menyewa.

Ini nampak macam rumah misteri, tapi hakikatnya bukan.Menunggu sisa-sisa hari untuk ditinggalkan...


            Julai 2008 sampai hujung May 2011, bukan satu angka yang sekejap, tapi entah macam mana kali ni 'feel' aku lain macam. Rasa macam baru sekejap benda tu berlalu. Duit pun banyak perabis kat rumah ni. RM250 sebulan, darab dengan 35 bulan, jadi total bersamaan RM8,750 ataupun 1,788 Pound Sterling (ketika artikel ini ditulis). Itulah total duit sewa yang diberi kepada tuan rumah iaitu Uncle Utam Singh selama ini.  Boleh tahan jugak la nilainya bagi seorang warga marhaen seperti aku, tapi itu cuma satu jumlah yang terlalu ciput untuk dibandingkan dengan duit belanja shopping Kak Rosmah kita,contohnya ketika berada di Turki tak lama dulu. Chaitt.

           Lebih tak menakjubkan lagi , jumlah bayaran rumah sewa kepada Uncle Utam ini juga tak sampai pun satu per tiga daripada gaji Safee Sali sebulan ketika bermain di Pelita Jaya F.C sekarang. Cilakak.

No comments:

Post a Comment