Buat yang suka bising-bising tak tentu pasal tarif elektrik ka, bil air naik ka, (termasuk lah aku), sila perhatikan dan fahami dulu bil-bil utiliti yang ada pada bil bulanan anda. Sila ambil pot pasal benda tersebut. Jangan hanya amalkan konsep macam aku; dapat bil, tengok bil (serta terkejut dengan bil yang dikenakan selepas itu), maki hamun sekejap dekat kerajaan, kemudian bayar seperti biasa, tak kiralah secara 'online' mahupun di pejabat pos. Kemudian benda ni pun diulang berbulan-bulan, bertahun-tahun sampailah mampos.
Kalau anda juga amalkan benda yang sama macam aku jugak tadi, maka bangkitlah dan silalah ambik pot pasal benda yang hangpa bayarkan itu. Semua yang kita buat, kita bayar, kita guna dan apa kejadah lagi haruslah kita tahu atas sebab apa dan tujuannya, dan bagaimana serta mengapa.
Samalah macam solat; apa tujuan kita solat? "Apa ertinya saya menganut Islam?" karya Fathi Yakan hangpa ada baca tak?
******
Berbalik kepada cerita pasal IPP tadi. Aku memang dah panjang meraban kat atas tadi. Apa ada hal? Hangpa pernah dengar nama Malakoff? Tanjong? YTL Power? Sime Darby? Genting? Landmarks? Ya, itulah dia IPP, yakni Independent Power Producer (Pengeluar Tenaga Bebas).
Kebergantungan kerajaan terhadap sumber gas dan dan arang batu --> IPP makin berkuasa
Mereka-mereka inilah yang sebenarnya paling bijak dan paling untung di Malaysia ini sedangkan rakyat masih tersepit. Kerajaan banyak perabih duit dekat depa-depa ni semua lah. Memang mereka banyak berjasa - peluang pekerjaan, 'generate' ekonomi negara, tetapi hanya segelintir sebenarnya yang merasa untung daripada kekayaan yang mereka raih itu.
Jadi, tarif naik dan bil utiliti naik kepala bana apa lagi sebenarnya adalah disebabkan (bagi aku) kurang efisiensinya kerajaan dalam penilaian bayaran terhadap puak-puak IPP tersebut. Bahan mentah dan sumber semuanya dari tanah air kita sendiri, bukannya kena import pun.
Aku tak belajar ekonomi dan memang banyak benda cacat cela tentang pemahaman ekonomi ni. Tapi sebagai rakyat Malaysia aku harus ambik pot pasal benda-benda ni semua. Ciao.
Photo credit : The Star Malaysia
encik famy: kalau di Singapura, Menteri potong elaun gaji bagi menampung beban bersama rakyat dalam pembaharuan dalam negara..kalau di Malaysia, rakyat kena potong ELAUN seronok bagi menampung kenaikan harga barang...rakyat adalah seperti pelanggan, mereka berhak bersuara..ini adalah demokrasi..kalau nk kongsi penderitaan kenaikan harga..kerajaan juga perlu buka mata...
ReplyDeleteBiasa la Wawan, sapa mau gaji kena potong.Nak dengan tak nak ja. Yang penting sebelum pemimpin suruh rakyat berjimat cermat, pemimpin kena tunjuk teladan dulu.Jangan main cakap ja
ReplyDelete