Sunday, May 22, 2011

Au revoir, rumah bujang legend! - siri 2

          Nak dijadikan cerita, sebelum aku tinggal di Taman bersatu, aku terlebih dahulu dapat rumah sewa di Flat Taman Jati. Tinggal di flat ni memang memori yang tak dapat aku lupakan sebab yang menghantar aku ke sini tak lain dan tak bukan adalah arwah Mak Long Kiah aku sendiri di temani oleh Abah Lan.Member uni aku, Che Mat juga ada teman. Masih segar lagi dalam kepala otak aku macam mana arwah tolong aku hantar barang, beg dan lain-lain lagi benda termasuk la ada satu karpet yang arwah bagi untuk aku guna yang aku masih lagi simpan sampai sekarang.

            Dan orang yang bertanggungjawab membuka peluang kepada aku untuk menyewa di Flat taman jati ni adalah saudara Affrizal,member  first yang aku dapat di Kulim ni. Rizal pulak adalah member kepada Aziah (sekarang dah jadi cikgu), yakni member kepada aku pulak semasa menuntut di Pongsu Seribu, Kepala Batas. Sungguh panjang nak cerita, biaqlah aku pendekkan sampai situ ja.

Pesta mandi-manda 2008 di Ulu Paip. Hisha, Rizal dan Maonx


           Mula-mula duduk aku rasa bosan yang amat dan dalam masa yang sama jugak takut sebab banyak kejadian yang tak diingini berlaku di sekitar flat ni. Benda-benda tu biarlah aku simpan saja buat kenangan sendiri. Duduk sorang, memang derita. Aku perlukan teman serumah dan akhirnya, Hisha muncul dalam hidup aku. Dia jugak member uni aku dan dapat rezeki kerja di Kulim ni kemudiannya.

            Nak dekat tiga minggu jugak la aku duduk sorang sebelum Hisha datang untuk menyewa sama. Lega gila aku rasanya. Hisha pulak bawak member dia sorang, Firdaus lepas tu. Jadi meriah la sikit. 

          Tak lama kemudian tu pulak, rezeki keluarga sewa kami semakin bertambah. Mak cik An dengan tulusnya merekemen anak saudara member dia untuk turut menyewa di situ kerana praktikal di kawasan berdekatan. Kemasukan Hazami diterima dengan hati yang terbuka dan ceria. Ini bermakna beban sewa semakin kurang mengikut sifir matematik secara mudah, kerana dibahagi 4.

         Hazami hanya bersama kami selama 2 bulan. Apakan daya, kolej telah memanggilnya semula untk meneruskan perjuangan untuk ke puncak menara gading.

Maonx, Firdaus 'Frenchman', Wan (member kilang Hisha), dan Hazami (yang juga paling pakar IT di rumah sewa)

            Jangka hayat tinggal di Flat Taman Jati tak lama atas dasar banyak benda yang kami bincangkan. Sebulan jugak lah duduk  menyewa di Flat taman Jati sebelum jodoh rumah sewa baru kami ditemui di Taman Bersatu. Antara member yang pernah melawat ‘istana’  sewa aku di sini adalah Faiq dan Zarif. Tapi Zarif aku dan Hisha tak bawak sampai atas sebab dia ‘geli’ nak menapak ke atas sebab rumah aku tingkat 2 . Apa aku cakap ni serius beb.

           Terima kasih kat Pak Long Man dan MakLong sebab tolong rekemenkan aku dan Hisha rumah baru ni yakni yang di Taman Bersatu ni. Setelah tinjau dalam dan sekeliling, tanpa ragu-ragu terus kami setuju untuk menyewa walaupun harga sewa belum pun dinyatakan. Gelojoh sungguh.



2 comments:

  1. terharu aih dgaq crita hg ni maonx...flashback yg tepat,jitu,suci,murni...tudiaaaa

    ReplyDelete
  2. kenangan bersama rakan-rakan yang tak dapat dilupakan

    ReplyDelete