Panas. Memang panas sampai kolam 'armpit' aku lepas balik Jumaat tadi. Peluh memang tahap kritikal. Peluh peluh jugak, nu kat Fukushima tu, bukan takat peluh, segala jenis air diaorang pakai nak sejukkan reaktor nuklear tu. Askar Jepun siap angkut 30 tan air laut lagi nak pi sejukkan loji nuklear. Reaktor numero 4 baru sahaja bocor, dan yang ke 3 pulak, dikesan ada Plutonium. Ingat tu, kanser la jawabnya walaupun kena debu Plutonium ni.
Gohmen 1Malaysia, tetap tak ambik apa-apa langkah berjaga-jaga dan tetap suruh rakyat tenang macam biasa. Woiit, paling lekeh pun, bagi la penerangan melalui media-media arus perdana apa radioaktif tu dekat orang ramai,macam mana dia bergerak, macam mana radioaktif boleh dielakkan ka, takpun tentang bahaya radioaktif. Hangpa ingat orang-orang kampung tu tau ka, mak cik , pakcik Felda tu tau ka, opah aku tau ka?Ini tak, balik-balik tunjuk muka Kak Ros. Cett.
******
Sebenarnya, aku nak cerita pasal cuaca panas ja arini. Panas-panas macam ni, elok kita pekena cendol ka, laicikang ka, tapi aku teringin ABC. Dah lama tak pekena ABC Mak Ton dengan Pak Ngah. Teringat ABC, secara automatik terkenang rumah.Rindu sungguh dekat kedua orang tua tercinta aku ni.
Takpa-takpa, balik rumah hujung minggu ni aku pekena pisang goreng, cekodok, sekali dengan ABC. Laksa aku tolak tepi. Jom.
Mak Ton tengah beraksi untuk membuat cekodok
Bukan setakat cekodok, mesin pengisar ais kacang @ ABC pun secara chilll ja beliau 'handle'
Pak Ngah tengah khusyuk menyiapkan laksa secara spontan
Kak Ebah datang dari markaz untuk membeli pisang goreng dan juga membawa berita terkini di Dun Pandan
Mak Ton dan Cik Dah sedang chill sebentar dan makan limau Mandarin
No comments:
Post a Comment