Untuk misi yang digelar 'Ops Hadhari' ini (sempena memperingati Islam Hadhari tajaan Pak Lah yang bertapak di Terengganu beberapa tahun lepas yang dah macam 'hidup segan , mati tak mahu' ), bergerak secara solo bukanlah pilihan aku. Ditemani beberapa ahli rombongan lain yang turut disertai cik pentunang, Nazmi CPV, Sida R n H dan juga penampilan khas oleh saudara Ruzaidi Su, ataupun nama manja beliau, Jedi. Kereta mewah cik pentunang menjadi pilihan untuk 'Ops Hadhari' ini. Perjalanan dimeriahkan lagi dengan penyertaan anak jati dari Terengganu sendiri, Naim si papa Syamil dan keluarga kecilnya yang terdiri daripada Syamil dan Saflida.Kiranya, dua penyertaan dari anak jati Terengganu untuk 'Ops Hadhari' ini.
Target 'Ops Hadhari' yang utama adalah untuk selamat sampai ke kenduri Ali TerraRossa di Manir. Kenduri 'start' pukul 12 tengahari, lepas acara nikah dua jam sebelum tu. Target asal nak sampai sebelum acara nikah tapi jalanraya yang berkabus dan hujan di hampir setiap kawasan perjalanan mengganggu tumpuan. Walaupun teknik pemanduan aku sipi-sipi dengan Tengku Djan, namun, catatan masa masih tidak memuaskan. Seawal 3.30 pagi lagi kami dah berkumpul di stesen Petronas Kulim. Sepatutnya pukul 3 dah gerak 'folo' plan asal, tapi aku dengan Jedi lena diulit mimpi dan terlajak tidur sampai pukul 2.45 pagi,lantas menyebabkan kelewatan perjalanan dari tempat untuk berkumpul.
Dari Kulim ke Terengganu semata-mata ingin makan Nasi Dagang edisi true punya. Apa ada hal?
Dari Kulim ke Grik aku hanya menjadi 'assistant' kepada drebar, yakni cik pentunang. Dengan teknik yang agak meyakinkan dia berjaya memandu hingga ke Perhentian Perah walaupun keadaan hujan dan jalan yang gelap gelemat. Setelah membuang yang keruh dan mengambil yang jernih kemudiannya disitu, tugas menjadi 'transporter' diserahkan sepenuhnya kepada aku. Setakat Jason Statham tu senang-senang ja aku boleh titik dia. Bezanya, aku tak kenakan syarat macam dia untuk jadi 'transporter'. Hanya cukup kacang sebagai bekalan. Di hentian Perah juga menyaksikan kereta Waja milik Naim terpaksa melalui sedikit pembaikan kerana 'relay' lampu depannya telah terbakar. Aku bertindak sebagai pemegang payung untuk Naim buat aktiviti repair-merepair.
Signboard yang aku rasa cukup 'familiar' kalau dekat dengan lebuhraya Timur Barat
Amacam? Comel tak Mr Jumbo Mambo sekor ni. Ketar lutut jugak kalau tiba-tiba diorang 'keluar bandar'
Photo credit:
http://ustazhusni.blogspot.com/2010/08/ketika-merayau-rayau-di-alam-siber-ni.html
http://www.kujie2.com/motivasi/kenali-sifat-binatang-dalam-diri-kita.html
No comments:
Post a Comment