Wednesday, March 16, 2011

Kad debit dan kad kredit Manchester United



             Sementara lepak-lepak nak menunggu giliran dekat Public Bank Kulim tadi, mata aku meliar usha-usha apa yang patut dalam bank tu. Ramai orang dan macam-macam ragam. Orang-orang kerja bank aku tengok semuanya stailo-stailo belaka gaya korporat macam dalam drama Meleis. Tiba-tiba aku nampak sesuatu yang menarik. Aku bergerak ke arah benda itu dan cuba belek-belek apa yang patut.

Ryan Giggs, Chicharito dan Rooney Hensem sudah ada kad debit ini. Aku bila lagi?

Rooney Hensem guna kad kredit? Kata gaji 125 000 pound Sterling seminggu...


         Aku rasa aku nak 'register' untuk kad debit ni. Kad kredit  memang aku tolak awal-awal sebab aku memang dah tak mampu dan cukuplah bagi RM50 setahun dekat Gohmen setakat ni. Elok jugak buat kad debit ni, tak payah bawak duit banyak-banyak pergi Jaya Jusco, Hankyu Jaya, pusat pakaian Hari-Hari dan sebagainya. Jangan bawak duit banyak-banyak, nanti tercicir macam mamat bawah ni. Dayyum.


Akibat inflasi dekat Zimbabwe sebanyak 100 500% dan jugak sebab Robert Mugabe....Pak Cik kayo beb!


40lb duit Zimbabwe bersamaan 100 USD. Boleh rabak 'wallet' aku macam ni.


Boleh beli air tin satu dengan 25million duit Zimbabwe. Terbaek lah. Jom pakat guna Dinar Emas!







photo credit:
http://www.dailymail.co.uk/news/article-527069/Youd-think-won-lottery-Zimbabwean-buys-drink-25m--50p.html

No comments:

Post a Comment