Friday, March 11, 2011

Bencana alam; ujian, peringatan dan juga bala

          Benda-benda macam ni memang kita kena ambik serius dan kerajaan memang tak boleh pandang enteng. Seingat aku, tahun ni saja, dah 2 kali gempa bumi berlaku dekat dunia ni. Itu tak termasuk bencana banjir besar dekat Queensland kira-kira awal Januari aritu. Paling 'latest' gempa bumi sebelum yang berlaku dekat Jepun yang menyebabkan tsunami jugak adalah dekat Christchurch, NZ. Itu aku rasa baru ja berlaku 2, 3 minggu lepas. Naharrom. Ketar jugak aku sekarang. Taubat sebelum terlambat.


Tsunami di Acheh pada tahun 2004


         Bulan Januari 2011 aritu jugak baru ja ada gempa bumi berskala ritcher 7.0 tak silap aku dekat Chile, dekat-dekat 'area' Santiago. Nah, hari ni, mai satu lagi bencana gempa terbesar tahun ni setakat ni dekat Jepun, 'area-area' Tokyo dan Sendai. 8.9 skala Ritcher. Ambik kau. Harap- harap masyarakat dekat sana semua selamat.

Chile dilanda gempa lagi.


Gempa bumi. Ini bukan dalam filem guna CGI. 



        Turut kena impak ialah Hawaii, Russia dan Taiwan. Philipina, Indonesia, Papua New Guinea semua dah cuak dah 'stand by' untuk amaran tsunami kesan gelombang gempa bumi Jepun tadi.

       Jom taubat selagi masih ada masa. Peringatan buat aku dan sesiapa saja yang di luar sana. Kamon-kamon.


Photo credit: 
http://hanopolis.com/?articleNo=17832&/story/Another-earthquake-this-time-Chile-88-magnitude-Saturday
http://www.mirror.co.uk/news/
http://blogcetusanminda.blogspot.com/2011/01/subhanallah.html

.

No comments:

Post a Comment