Dalam pukul 11.30 pagi tadi, sedang aku asyik menaip-naip beberapa ayat untuk di 'send' kepada golongan -golongan atasan kompeni, telefon mewah aku berbunyi. Hidung aku pulak buat hal, asyik-asyik gatal dan bersin tak tentu pasal, mungkin akibat banyak sangat makan sambal belacan semalam dan dalam beberapa minggu kebelakangan ni.
Aku pandang telefon yang diletakkan di atas meja. Terpapar dekat 'screen' telefon mewah aku satu nombor asing. Aku letak 'silent mode' sebab memang aku saja tak mau pasang 'ring tone' lagu dekat telefon.Lagho orang alim-alim cakap.
"Ni nombor area Selangor/ Kay Ell ni" ujar aku sendirian seraya terpandang nombor telefon ada '03' dekat depan yng terpampang di skrin.
Aku angkat. Dengar suara perempuan, memang dengan cukup sopan dan santunnya, tak bagi salam apa ke tidak, komplit dengan suara garang tak ingat mintak pertolongan aku.Paling cikai pun, bagi la salam 1Malaysia ke , Halo ke.
" Tolong hantar gas ke rumah dekat Taman @#$%* ok?"
Aku tergamam kejap. Agak-agak 3 ke 5 saat lepas tu, aku baru mula nak bersuara.Dengan perasaan 'angry' dan 'hungry' yang bercampur baur, aku dengan rileks dan chill terus membalas panggilan kakak tu tadi (orang Melayu kita, itu aku pasti).
"Ok kak, nanti saya sampai. Tunggu kejap, nak start motor dah ni".
The rest is history, bak kata omputih. Perut aku dah kruk krak kruk krak diburu keresahan. Aku harus berbuat sesuatu ni. Tanpa memikirkan apa-apa target lain, aku percepatkan langkah ke kantin cari benda apa yang patut nak di buat makan.
******
Nota:
Sebenarnya, dah dalam lima ,enam kali aku terima panggilan telefon duk suruh hantar gas pagi ni sebelum tu. Untuk lima dan enam panggilan yang pertama semuanya aku jawab "Maap cik, salah nombor". Macam biasa, bila pikiran sudah diracuni syaitan, aku fikir harus melakukan sesuatu demi kebaikan ummah sejagat. Ya, demi kebaikan ummah sejagat. Zasss.
.
No comments:
Post a Comment