Memang susah nak cari penulis unik macam Pipiyapong ni. Gaya penulisan yang bersahaja oleh mamat ni memang 'true' dan selalu saja buat aku gelak sorang-sorang depan komputer macam orang sakit mental skru longgar.
Layannn...
******
Semalam gua ke IKEA. Gua pergi seramai empat orang iaitu gua, Saiful Jafari, Amar Amir dan Nazri M Annuar. Semua ke sana berbekalkan misi masing-masing. Misi Nazri M Annuar ialah untuk membeli rak. Misi Saiful Jafari ialah membeli gebor. Amar Amir misinya ialah usha makwe. Gua pula datang semata-mata nak telan air liur.
Sebenarnya dalam kalangan kami berempat, itulah pertama kali gua dan Saiful Jafari pergi ke gudang perabot popular masa kini itu. Tapi kalau dilihat berdasarkan pengalaman, Saiful Jafari dah mula meniaga burger belakang Fajar Supermarket di Damansara Utama sejak Februari 1992. Antara kami, dia paling champion setakat ini. Nazri M Annuar sendiri mengakui bahawa dia belum pecah suara ketika itu. Gua pula entah ke tengah sibuk menangkap belalang kunyit pada waktu itu.

Lepas gua pusing-pusing, terhiling-hiling dan terkernyih-kernyih satu IKEA tu, gua rasa macam tak patut gua pergi situ. Orang yang patut masuk ke dalam gudang itu adalah orang yang mempunyai disiplin hidup yang bagus, teratur dan pandai membahagikan masa. Barang-barang dalam tu semua untuk orang-orang macam tu. Orang-orang yang rajin menyangkut, rajin menyimpan, rajin menyusun atur, rajin membuat pengasingan, tak boleh tak selesa, rumahku syurgaku, kasut 3 pasang ke atas, ada konsep minimalis maksimalis dalam kepala, perlukan pencahayaan sempurna, pentingkan ergonomik, menitikberatkan fungsi dan estetika, stailo, pengaruh TV, bilik member power dan sebagainya.
Gua tak bersedia lagi untuk itu semua. Setakat ni rasanya gua ok lagi sangkut seluar pada paku belakang pintu. Kalau tak cukup paku, gua sangkut pada tingkap. Tak cukup tingkap, gua attack tombol pintu. Nak tidur pula, gua boleh tidur mana mana ikut dan. Nak buat kerja, gua sihat lagi nak bersila dan meniarap.
Tapi kalau gua ada 6 juta dalam bank, lain la pula cerita dia.
Berkenaan kesudahan rombongan gua tadi, semua yang ada misi membeli pulang dengan hati yang girang sambil dalam kepala dah 'mark' satu dua barang nak beli lain kali.
Source : http://www.hilangpunca.com/
No comments:
Post a Comment