Sepatutnya waktu petang-petang begini selalunya harus diisi dengan kegiatan-kegiatan sukan lasak dan penuh ekstrem, namun aku ada satu perjumpaan mustahak dengan mereka-mereka yang InsyaAllah bakal memimpin tanah air pada masa hadapan. Semuanya aku rasa dirancang oleh saudari Fatah, gadis Parit Buntar secara 'last minute' pada pagi itu.
Sayang sekali cik pentunang (yang gemar bermain dengan kanak-kanak kecil lagi innocent) tidak dapat join da club kerana menghadiri jamuan makan-makan yang mewah di E&O Hotel malam itu bersama rakan-rakan jabatan kewangannya.
Aku dan Sida RnH sampai di rumah Nadia Ahmed ibunda Umar Haziq berpandukan peta yang disediakan oleh saudari Zulaikha gadis Penang.Kredit untuk gadis Penang ini kerana petanya memang tepat dan jitu. Pengarah Jabatan Pemetaan Negara pun pasti kagum dan tersenyum riang jika melihat peta hasilan Zulaikha gadis Penang ini.
Suci dan comel. Hilang segala stress dan masalah duniawi akan melihat wajah-wajah ni.
Wajah bakal pemimpin-pemimpin di masa hadapan. Semuanya kacak, jelita lagi menawan
Sesampainya di sana, kelihatan saudara Enif papa Naufal dan Faizah ibunda Naufal sudah berada di rumah Nadia ibunda Umar. Zulaikha gadis Penang juga sudah ada di pagar. Rupa-rupanya juga sebelum tu, Nolia ibunda Naira Zamira (wow, boleh buat nama awek dalam novel ni!) dan suaminya, Zul KMCO baru juga sampai dan cari tempat 'parking' di situ. Mulanya, aku ternampak Enif saja, kemudian aku bersuara menanyakan di manakah Naufal dan ibunya.
"Mana Nofal buchuk, and Faiz?", tanya aku.
" Tu haa, ada dalam kereta aku", jawab Enif sambil memuncungkan mulutnya ke arah kereta Hondanya yang power.Tengah menikmati masa-masa terindah bersama anak kecik.
Ok. Sampai situ aku paham. Sama ada Naufal buchuk masih tidur ataupun tengah menikmati minuman paling berkhasiat dari badan seorang ibu. Benda 'basic' la weh, itu semua kena ambik tahu.
Antara ahli-ahli rombongan ke rumah Nadia Ahmed (ROMKERUNA)
Nadia ibunda Umar sudah lama terpacak menantikan kehadiran kami. Senyuman tak pernah luntur dari mukanya walaupun penat barangkali menyediakan apa-apa yang patut untuk dif-dif jemputan. Nak layan anak lagi. Owh, aku baru tau. Nadia ada bibik. Bagus juga tu. Aku syak bibik tu umur dalam baya-baya atas sikit dari aku, mengikut riak fizikal mukanya.
Kesemuanya tersenyum girang memangku kanak-kanak yang masih tidak berat
Hajat sulung untuk bertemu muka ke muka dengan saudara Umar Haziq Solihin sudah tercapai. Dia seakan dah tau dengan kehadiran aku. Time aku datang Umar sudah lepak-lepak chill atas tilam empuknya itu. Sebijik macam gaya aku pekena baring lepas penat membanting tulang. Dengan rasa geram bercampur baur garam (sebab aku tak mandi lagi petang tu), lantas aku memeluk Umar dan mencium pipi gebunya. Bukan setakat Umar, Naira, Naufal semua aku dapat peluk dan cium tanpa aku mandi terlebih dahulu. Peduli apa ayah,papa, mama,ummi atau ibu depa nak kata. Arrrrrgghh, sungguh nyaman sekali.
Aku sebenarnya langsung tak membawa buah tangan ataupun hadiah dek kerana last minute punya perancangan ni. Apa yang aku bawak hanya 2 bungkus kacang untuk lepak-lepak chill bersama member-member rombongan dan tuan rumah.Malu malu jugak, tapi hidup mesti terus. Tak disangka -sangka, kami semua dihidangkan Nadia dengan bihun telur dan juga satay ayam yang ada di dapur. Satay ayam tu aku syak Enif bawak sebab aku dengar ada cakap-cakap tadi. Memang terbaek dan kena pada waktunya. Perut aku pun dah kruk krak kruk krak sebelum tu.
Usai makan, tiba pula Akhmal papa Adam bersama isterinya Amy. Aku lihat Adam dah semakin kacak dan bergaya. Tubuhnya juga agak sasa bagi rakan-rakan seusia. Dah lama aku tak bertemu Adam. Sikit tahun lagi, dah boleh masuk jawi agaknya budak ni.
Tak lama selepas tu pula, Drogba pula menyusul. Kali ini kedatangannya bersama dengan isteri tersayang, Linda, lantas melengkapkan korum rombongan ROMKERUNA pada petang itu. Harus diingat,ini bukanlah Drogba yang sebenar yang bermain untuk Chelsea dan yang juga terkenal dengan kata-kata "This is f*@#%!&g disgrace!" itu, namun hanyalah Saiful 'Drogba' A Bakar. Kehadiran Drogba agak ditunggu-ttunggu kerana dilabelkan sebagai penampilan istimewa oleh rakan-rakan kompeni pagi tadi.
Kunjungan ROMKERUNA berakhir pada pukul 8.10 malam sebab tak elok lepak rumah orang lama-lama bak kata orang-orang tua dan juga atas prinsip sudah Maghrib. Masing-masing menuju ke kenderaan mewah sendiri untuk ke destinasi seterusnya.
Babai Umar Haziq, Naira, Naufal dan Adam. Mmmuuuuuaahhhh.
No comments:
Post a Comment