Wednesday, March 16, 2011

Pemimpin-pemimpin yang cukup bijaksana-sini

           Cuba perhatikan betul-betul muka-muka ini. Cuba ambik berat dengan kenyataan akhbar dan media tentang kata-kata dan pandangan mereka. (Merujuk kepada kenyataan Kak Ros mengenai  penggunaan 'Green Technology' dan teknologi Jepun). Syukur kerana Malaysia dianugerahkan dengan pemimpin-pemimpin yang bijaksana dan juga berfikiran jauh, selari dengan Wawasan Doplo-Doplo.

          Yang aku ni pun satu bengap, bukan baru benda-benda pasal loji nuklear ni. Dah lama dah. Baru sekarang nak ambek berat dan nak ambek tahu. Padahal dah lama dah benda ni ada dalam Protokol Kyoto 2005. Dan dah lama lagi sebelum tu dibuat pada tahun 1997. Aku baru habis UPSR time tu, baru tengah terkincit-kincit pikir nak sambung belajar lagi ke tak.

Pee M 1 Malaysia,Rosmah Mansor dan timbalannya, Muhyiddin


           Terkini daripada Fukushima, 2 lagi loji reaktor nuklear kehilangan fungsi penyejukan dan keadaan huru-hara tercetus di kawasan loji dan sekitarnya. Jurucakap daripada Australian Conservation Foundation,dan juga seorang pengkempen bebas nuklear berkata, Australia terlibat secara langsung dengan tragedi nuklear di Jepun hatta penjualan dan pengeksportan uranium ke Jepun ;yakni Tokyo Electric Power company, kira-kira 3000 tan uranium dalam setahun.

Seorang bayi diuji untuk pengesanan radiasi di Nihonmatsu, sekitar kawasan Fukushima,Jepun






photo credit:
http://www.themalaysianinsider.com/malaysia/article/rosmah-receives-mary-robinson/
http://theflyingkick.blogspot.com/2011/01/muhyiddin-yassin-kroni-laki-normala.html
http://www.abc.net.au/local/audio/2011/03/16/3165513.htm?site=newcastle

No comments:

Post a Comment