Friday, January 3, 2014

Coklat daim

           Walaupun dah dua hari bekerja, tapi masih dalam 'mood' bercuti. Masih teringat minggu lepas punya percutian dengan keluarga mertua di Langkawi.

           Disebabkan dominasi perempuan dalam rombongan percutian), (3 lelaki dan 9 perempuan);maka banyaknya masa berjalan di sana tertumpu kepada acara membeli-belah. Aku layankan aja. Layan pun layan juga, poket kena waspada. Dok gitu?

          Membeli segala bana makanan berkaitan coklat termasuk dalam acara percutian di Langkawi tempohari. Kalau hangpa punya keluarga atau prinsip aku tak tau lah. Dalam banyak-banyak coklat, coklat Daim aku paling ingat.

           Dulu-dulu, aku ingat coklat Daim ni milik orang Malaysia. Ya lah, asal orang bercuti ke Langkawi sahaja - di baginya coklat Daim. Asal ada saudara-mara bercuti ke Langkawi sahaja- banyak dapat coklat jenama ni. Hujah yang mengatakan coklat Daim ni milik orang Malaysia dikuatkan lagi dengan kenyataan Abah aku. Dia kata; Daim ni, dulu menteri Malaysia. Nama dia Daim Zainuddin. Orang Kedah. Lepas tu jadi usahawan berjaya.


          Tak pula aku tanya Abah,bisnes apa yang Daim ni buat. Lupa. Gamaknya sebab asyik menikmati coklat berjenama Daim. Bukan sekeping dua. Dua minit adalah 5 bungkus. Jenuh nak kena gosok gigi. Yang aku pikir, Daim ini orang Kedah yang berjaya dan jadi 'tokey' coklat pula kemudiannya.

         Akhirnya, jawapan aku terjawap. Semuanya dengan bantuan bungkusan besar coklat Daim dan sumber internet.

Asalnya ia, dari negara Zlatan Ibrahimovic dan Henrik Larrson. Khalas.    

No comments:

Post a Comment