Tuesday, June 26, 2012

Kelebihan bulan Sya'ban

          Alhamdulillah, sedar tak sedar, kita bakal ditemukan sekali lagi dengan bulan Ramadhan Al Mubarak dalam tempoh masa 24 hari lagi. Dengan ini, bermakna kita sekarang berada dalam bulan Sya'ban.Sorfina dan aku merancang untuk puasa sebanyak mungkin dalam bulan Sya'ban ini, tetapi buat masa ini masih gagal untuk menunaikan niat dan rancangan. Ini kerana kompeni telah menyediakan makan tengahari dan sarapan secara percuma selama tiga minggu berturut-turut dan akan berakhir Jumaat ini. InsyaAllah, rancangan untuk bepuasa akan bermula minggu depan.

           Antara kelebihan bulan Sya'ban yang aku tau berdasarkan hadis sahih Imam Bukhari adalah seperti di bawah. Diharap agar kita semua dapat mengambil manfaat daripadanya InsyaAllah.


'Aisyah radiallahu 'anha berkata: “Rasulullah S.A.W biasa berpuasa sehingga kami menyatakan Baginda tidak pernah berbuka (maksudnya setiap hari berpuasa). Baginda S.A.W turut berbuka sehinggakan kami menyatakan bahawa Baginda tidak berpuasa. Aku tidak pernah sama sekali melihat Rasulullah S.A.W berpuasa sebulan penuh selain pada bulan Ramadhan. Aku pun tidak pernah melihat Baginda berpuasa yang lebih banyak daripada berpuasa di bulan Sya’ban.”Beliau bersabda, 'Lakukan amalan menurut kemampuanmu, kerana Allah S.W.T tidak pernah merasa bosan terhadap amal kebaikanmu sehingga kamu sendiri yang bosan.' Dan, solat (sunnah) yang paling dicintai Nabi adalah yang dilakukan secara berterusan, meskipun hanya sedikit. Apabila beliau melakukan suatu solat (sunnah), maka beliau melakukannya secara berterusan."
.

Sunday, June 24, 2012

80-90an punya cerita - Chip and Dale (Rescue Rangers)


            Hari Sabtu pagi sebagai saorang kanak-kanak yang pada zamannya ada  rancangan 'Kelab Kanak-kanak Angkasapuri'; kalau tak pekena kartun ni dekat TV3, boleh dikatakan tidak lengkaplah Sabtu tersebut. Antara kartun yang 'power', layan dan lagu 'intro' dia memang akan senantiasa dapat aku ingat setakat ini. InsyaAllah.

          Kembalikan zaman 80an dan 90an dimana kartun untuk kanak-kanak memang berkualiti, penuh dengan pengajaran dan tiada unsur lawak lucah!

******
Chip and Dale's Rescue Rangers

Some times some crimes
Go slippin' through the cracks
But these two gumshoes
Are pickin' up the slack

There's no case too big, no case too small
When you need help just call

Ch-ch-ch-Chip 'n Dale
Rescue Rangers
Ch-ch-ch-Chip 'n Dale
When there's danger

Oh no, it never fails
They'll take the clues
And find the where's and whys and who's

Ch-ch-ch-Chip 'n Dale
.

Friday, June 22, 2012

Nama Ai Lolipop & Gasak


Dua-dua sudah aku tempah

Pemberitahuan :
Kepada kalian yang berminat untuk membeli buku baru keluaran Sindiket Soljah dan Studio Anai-Anai, bolehlah menghubungi : gerobok.buku@gmail.com untuk pembelian.

Siapa dia Sindiket Soljah?
Kami lelaki urban yang gemar bersembang di kedai kopi sambil berkomplot menyuntik 'pop' ke dalam seni. Kami tidak hisap ganja, minum arak dan amalkan seks sejenis. Tapi kami memang suka pada benda-benda cantik. Tapak Sulaiman, misalnya.

Mereka boleh dilawati di http://sol-jah.blogspot.com/
.

Kehebatan SPRM

Ihsan dari Berita Hairan
Ya Ampooon
Ya Tamboon
Ya sukunnn

Tahniah...Syabbas bethe...Felicitacio...Pagbati...Congratulazione...Gratulationem !

Tuan-tuan dan Puan-puan pembaca yang dihormati sekalian,
Anda dan hangpa sekalian faham akan makna berita ini?

Kehkehkehkehkeh

Berita ini tandanya- kejayaan dan kehebatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
Atau nama orang putihnya, MACC
Ingat lagi debat Rafizi dan Khairy Jamaluddin tempohari?
Ingat lagi terma 'Jerung' dan 'Ikan Bilis'?

Kehkehkehkehkeh

Apa khabar,
Isu PKFZ?
Isu Perwaja?
Isu Khir Toyo?
Isu Tajuddin Ramli MAS?

Kehkehkehkehkeh
.

Wednesday, June 20, 2012

Pemain baru Real Madrid

Suatu masa dahulu, saya peminat Manchester United....

            Tahniah...anak Malaysia pertama menyarung jersi kelab Real Madrid. Bakal bergandingan dan mengemudi jentera serangan bersama dengan Gonzalo Higuain untuk musim 2012-2013. HALA MADRID !

Dah Sir Alex tak mau jumpa aku, kerek. Lagi baguih jumpa Mou.

Tuesday, June 19, 2012

Berjumpa doktor gigi

          Ahad tempohari aku telah bertemu dengan tuan tabib gigi. Asbab dan musababnya tidak lain dan tidak bukan adalah untuk membuat rawatan gigi yang telah lama aku lupakan. Telah lama aku tidak menunaikan amanah serta tanggungjawab untuk gigi yang sedia ada ini. Namun, tugasan untuk memberus gigi tidaklah pernah aku lupakan dalam rutin harian, sepertimana tugasan untuk mengisi perut dengan makanan. Padah untuk lupa memberus gigi ini amat besar kesannya. Jika tidak dibendung, kesannya mungkin hingga dapat memutuskan ikatan siratul rahim sesama insan. Hangpa tak percaya?

          Berbalik kepada cerita,kerja membaik pulih gigi ini telah 10 tahun aku tinggalkan. Orang putih cakap, benda yang kita buat sekali dalam tempoh 10 tahun ini dipanggil 'decennial'. Mungkin kerana sifat aku yang tidak begitu ambil pot tentang penjagaan gigi sebelum ini menyebabkan kurangnya pertemua dengan tuan tabib gigi. Apa-apapun, jutaan penghargaan kepada sisi terbaik, Sorfina yang begitu prihatin dan tidak pernah berputus asa menyarankan aku untuk mengatur pertemuan dengan tuan tabib gigi. Justeru, tarikh semalam telah dipilih untuk menyelesaikan urusan gigi ini.

Gigi yang perlu di 'scaling'. Aku tutup mata sahaja sepanjang tempoh kerja-kerja membaik pulih.

        Alhamdulillah, akhirnya kerja membaik pulih atau bahasa mudahnya, 'scaling' dijalankan dengan jayanya setelah tabib gigi bertungkus-lumus menjalankan tugas beliau selama lebih kurang 40 minit termasuk waktu rehat. Terasa gigi-gigi ini seolah-olah mengalami kelahiran semula setelah menjalani kerja baik pulih di Klinik Pergigian Sg.Petani .Satelah 10 tahun, akhirnya tiada lagi 'tartar' dan 'plague' yang selama ini bermaharajalela dan hidup menumpang. Gigi aku kini lebih ringan, bersih 2.0, putih, hensem dan segak menawan, walaupun sedikit mancung.

         Kos? Aku menggunakan kad perubatan oleh kompeni kilang, jadi ianya percuma. Berdasarkan kos semasa, rawatan 'scaling' hanya sekitar RM40 ke RM70,bergantung kepada keadaan gigi. Tapi semalam aku menjalani 3 sesi sekaligus dek kerana sudah 10 tahun tidak menjalani servis.

         "Tahun depan kita jumpa tuan tabib gigi lagi ok?", janji aku kepada gigi-gigi aku yang tersusun tak berapa rapi dalam mulut aku usai melangkah keluar dari bilik rawatan.   

Saturday, June 16, 2012

80-90an punya cerita - Ringgit Kassorga

          "Khal, kalau tape tu terlepas ke tangan orang lain.. Datuk dan kawan-kawannya hanya bersalah kerana kelakuan yang memalukan.. itu aje. Siapa yang akan jadi mangsa? Siapa yang ditindas? Perempuan-perempuan dalam tape ni! Siapa yang malu? Mereka dan keluarga mereka" - Nina


         Cerita Ringgit Kassorga ni aku pekena tengok wayang di Coliseum, Jalan TAR; bersama-sama dengan maknjang aku dan adik aku yang berusia muda setahun dari aku kira-kira 17 tahun lepas. Bukan aku yang nak tengok, tapi maknjang aku yang bawak belanja jalan-jalan hujung minggu. Darjah-darjah lagi jadah apa nak tengok wayang guna duit sendiri.

         Bila aku ingat balik dialog cerita ni, 'tagline' dia yang paling famous amos semestinya -"Siapa yang malu? Mereka dan keluarga mereka!".Ini dialog Nina, lakonan Deanna Yusof. Sekarang dah tua gayut gamaknya. 'Tagline' ni semacam dah jadi 'trend' budak-budak dan remaja tahun-tahun tu. Aku tak tau lagi samaada penggunaannya masih subur ataupun dah 'out of fashion'.

         Hans Issac ada berlakon cerita ni. Tu kut asbab musabab utama maknjang aku nak tengok cerita ni. Kangkong betul.
.     

Thursday, June 14, 2012

Redong

           Aku ada saorang member yang baik dan penyantun orangnya. Lelaki tulen. Kami panggil dia 'Redong'. Sebab dia dipanggil Redong tidaklah pula perlu aku perjelaskan disini, kerana terdapat banyak versinya dan panjang juga untuk diceritakan asbabnya.

           Dengar cerita, dia dah jadi pelakon yang popular di negara Amerika Syarikat. Sekarang dia tengah sibuk berlakon drama 'Community'. Apa-apapun, kami semua sebagai rakan seperjuangan mengucapkan tahniah dan semoga berjaya dalam karier lakonan anda.

Redong dengan gaya bersahaja di Pantai Telok Chempedak

Redong; saorang graduan yang berjaya

Redong, aku dan Pedy

Redong bersama rakan taulan seperjuangan

         Gambar di atas adalah sebahagian gambar kenangan kami bersama Redong. Lihatlah Redong sekarang selepas bergelar pelakon. Tampak hebat, bukan?


Notakaki : Redong menjadi pengapit aku ketika majlis walimatulurus aku di Pandan Indah.

Tuesday, June 12, 2012

Menangkis serangan dari udara


           Wong Ah Jang atau nama Islamnya Wong Bujang Abdullah menarik nafas panjang serta mulut terkumat kamit mengucapkan Astaghfirullahaladzim sekembalinya beliau dari tempat kerja menuju ke tempat beliau meletakkan kereta. Dari jauh beliau dapat melihat tompok-tompok putih bercampur kuning berselerakan di atas kereta 'sport'nya itu.

          Mungkin hangpa pernah mengalami situasi yang sama, ataupun mugkin pernah mendengar beberapa keluhan dari rakan kerja,saudara mara, handai serta taulan. Ini bukanlah suatu perkara yang asing dalam hidup ini.

******
          Jika di dalam Al Quran telah diceritakan dalam surah yang ke 105, yakni Surah Al Fiil tentang peristiwa serangan burung Ababil terhadap angkatan tentera bergajah yang telah di ketuai Abrahah, gabenor Yaman ketika itu dek kerana perbuatannya serta bala tenteranya yang ingin menyerang Kaabah, kini situasi yang berbeza pula berlaku saban hari dan saban tahun di parkir kenderaan untuk warga pekerja kilang di tempat aku bekerja.

         Sudah lama sebenarnya aku peratikan fenomena ini. Bekerja di kilang sebenarnya beruntung kerana parkirnya disediakan dan tiada bayaran parkir dikenakan. Buat yang menunggang motor ke tempat kerja di kilang aku bekerja, mereka berada dalam kategori selamat kerana parkirnya berbumbung. Buat yang berkereta, waspada. Tiada parkir berbumbung disediakan.

         Aku sebenarnya sukakan parkir di bawah pohon yang rendang. Nyaman dan selesa. Kereta pun dapat berteduh. Namun, aku menasihatkan agar tempoh parkir di bawah pohon yang rendang hanyalah relevan untuk tempoh 1 hingga 3 jam sahaja. Tidak lebih dari itu. Berdasarkan pengalaman yang dikecapi, tempoh parkir yang lama di bawah pohon yang rendang memungkinkan kereta hangpa untuk terkena serangan najis burung.

         Umum patut sedar dan ambil pot bahawa pohon yang rendang adalah tempat pot yang paling popular dikalangan warga burung, terutamanya burung pipit. Burung ini merupakan antara burung yang popular di Malaysia, selain burung gagak, burung merpati, burung Walit, burung punai dan pelbagai burung lain lagi yang tidaklah dapat aku senaraikan kesemuanya. Kepopularan burung ini samalah seperti popularnya Neelofa pada masa kini. Burung pipit gemar bersama kawanan mereka dan akan terbang dan hinggap di suatu tempat di dalam kawanan.

Burung pipit yang comel molek

           Jangan memandang enteng akan keupayaan burung pipit ini. Benar tubuhnya molek dan mulus, namun najisnya 'power' dan banyak. Keupayaannya untuk berak dengan banyak berbanding dengan tubuhnya yang mulus itu sesuatu yang patut burung-burung dari spesis lain untuk geruni. Najisnya juga berada dalam kategori 'susah- untuk-dibersih-dan-disental'; sama tahap dengan najis merpati dan gagak.

         Pengalaman kereta dihujani najis burung pipit membuatkan aku menulis tentang serangan dari udara ini di tempat parkir. Justeru, waspada jika terdapat ruangan parkir tanpa bumbung yang masih kosong di tempat kerja hangpa semua ataupun di mana sahaja hangpa,yakni parkir di bawah pohon yang rendang. Ada sebab mengapa ianya tidak diisi dengan kenderaan. Tapi jika untuk tumpang berteduh sekejap sahaja tak mengapalah.   

         Apa-apapun, untuk melatih dan mengajar kawanan burung-burung ini agar tidak melepaskan najis mereka sewenang-wenangnya di atas kenderaan adalah suatu yang agak mustahil kerana mereka bukanlah binatang dari kategori 'bijakpandai' seperti anjing, chimpanzee atau dolphin. Ini samlah mustahilnya untuk mengajar ayam agar mereka berak ataupun melepaskan najis di dalam tempat yang disediakan ataupun di lubang najis. Sama-samalah kita ambil pot dan mengatur strategi untuk mencari tempat parkir yang sesuai untuk mengelak dari dihujani najis burung.    
.

Thursday, June 7, 2012

80-90an punya cerita : Lukisan


Suatu masa dahulu, sekitar 20 ke 22 tahun yang lampau,
 Cikgu pendidikan seni aku,
Atau murid-murid seangkatan sekalian
lebih gemar memanggil 'Cikgu Lukisan',
Mengurniakan lukisan aku seperti yang tertera di atas,
Dengan taraf 4 bintang setengah

Apa yang membuatkan aku masih berfikir sampai sekarang,
Kombinasi meletakkan matahari di sudut kertas lukisan,
Serta aliran sungai di tengah-tengah lurah gunung,
Menjadi 'trend' kepada setiap lukisan kanak-kanak,
Pada waktu itu,
Menjadikan ia sebagai suatu seni yang mencapai tahap agung !

Wednesday, June 6, 2012

Selamat datang,Shinji !

           Bermula seawal usia 5 tahun dalam sukan bola sepak bersama Marino Football Club, kemudian ke Kobe NK Football Club kemudian berhijrah lagi ke FC Miyagi di Sendai. Tamat usia 16 tahun.

          Tanpa menoleh ke belakang lagi, bermula usia 17 tahun, Shinji telah dilamar kelab Cerezo Osaka, pasukan pertamanya sebagai pemain professional. Dari tanah tumpah darah ke German,bersama kelab Borussia Dortmund kemudiannya. 

          Kini, Shinji telah bersama-sama Manchester United, kelab 'power' lagi hebat. 

Shinji Kagawa ; kacak, tampan, hebat, peramah, berbudi bahasa, menghormati orang tua, disiplin, kasihkan binatang, 'terrer' main bola dan yang penting, pemain Jepun pertama di Manchester United


"Jemput mai masuk nooo stadium kami yang tak seberapa ni..."- Sir Alex
.

Monday, June 4, 2012

Cerekaramaonx : Zamany Salam (3)

           Setiap pagi seawal subuh merupakan suatu tempoh yang kritikal buat Zamany Salam. Zamany bukannya apa, dia menghidapi 'penyakit' atau lebih sopan; tabiat -yang suka menangguh untuk bangun dari tidur. Nak kata Zamany Salam seorang yang gemuk, tidak pula. Ini kerana tubuh Zamany Salam seringkali ditegur rakan-rakan kerana mempunyai tubuh badan yang 'jantan' seperti Aaron Aziz.Ini kerana kebanyakan orang yang gemuk mudah mengalami gejala sukar bangun dari tidur, menurut kajian.

         Menurut kata Zamany, tabiatnya yang suka menangguhkan masa untuk bangun dari tidur selama 5 minit, setelah digerak bertubi-tubi itu adalah kerana 5 minit pada waktu seawal pagi itu; selalunya sekitar tempoh jam 5.30 ke 6.30 pagi itu - adalah berbeza dengan 5 minit pada tempoh-tempoh yang lain.

        "Mike dapat tangguh bangun tidor 5 minit pagi-pagi Subuh rasanya macam dapat tidor 50 minit. Tak percaya cuba kome 'try' ", terang Zamany Salam dalam loghat Perak, negeri kelahirannya kepada rakan-rakan seperjuangannya di opis.

         " Setan duduk atas kelopak mata hang tu, Zamany ", sambut rakan baiknya di opis, Zulfikar.Zulfikar memang terkenal dengan teguran yang bersahajanya itu. Orangnya pun agak alim. Maklumlah, peminat Ustaz Azhar Idrus (Original).

           Zamany terkernyih-kernyih sambil sengih-sengih kecil dan mengangguk-angguk sedikit. "Ada benarnya kata-kata Zulfikar itu", getus Zamany Salam dalam hati.
.