Sunday, July 31, 2011

Kena ulser

            Sepanjang hidup aku, antara sakit fizikal yang memang perit untuk dilalui adalah kena ulser. Kena ulser ni lain macam sikit penangan dia beb. Makan kena berjaga-jaga, nak kumur pun kena 'slow-slow', nak gosok gigi pun kena ada gaya, dan cara mengunyah makanan pun kena ikut keadaan dan lokasi ulser tu.

           Untuk edisi ulser kali ni, aku kena ulser memang ngam-ngam 3 hari sebelum ketibaan Ramadhan al Mubarak. Penangan ulser ni memang padu buat kali ni. Aku kena 2 tompok ulser dekat lidah; satu tepi lidah dan satu lagi atas lidah. Nak lagi tepat lebih kurang 'area' deria rasa masin dekat bahagian lidah . Bukan itu sahaja, ada 2 lagi tompok ulser yang aku kena dekat bibir sebagai pelengkap juadah kesakitan. Justeru, ini menjadikan julah ulser terkumpul sebelum ketibaan Ramadhan sebanyak 4 tompok.

Baby ni tak kena ulser. Kalau kena, eksperesi muka dia mungkin lebih mengagumkan.


          Selalu memang aku dah stenbai Bonjela setiap kali kedatangan ulser, tapi buat kali ni aku kehilangan stok Bonjela selepas berpindah. Ya la, kena pindah lepas kahwin, benda-benda kecik ni kadang-kadang kita tak ambik pot sangat. Sekarang pulak masa dah makin suntuk untuk membeli Bonjela, jadi aku ambik keputusan unutk mencuba kaedah rawatan ulser lidah dan bibir dengan teknik penggunaan garam yang disyorkan mak mertua dan Sorfina.

         Untuk kesekalian kalinya, aku agak cuak untuk mencuba teknik ni. Maklumlah dah dengar maca-macam cerita yang kurang enak pasal penggunaan garam. Ada yang meriau la, ada yang menjerit sakit la, ada yang sampai berlinang air mata la, ada yang sakitnya rasa sampai ke otak la dan macam-macam lagi.

Tapi aku tak ambik pot sangat hal tu. Dengan gaya mak mertua cakap yang teknik ni berkesan berjaya meng'up'kan konfiden aku ke tahap yang sepatutnya. Sakit tak sakit itu tolak tepi.

        Perghh. Memang amat padu sekali kombinasi Sodium Klorida, ataupun secara mudahnya,NaCl dengan ulser lidah dan bibir. Jeritan batin yang hanya dapat aku ungkapkan tatkala saat sentuhan secebis garam ke atas tompokan ulser yang terbuka.

Memang WIN dan meleleh beb. Cuba sekali, pasti nak lagi!




.
p/s: Selamat menyambut Ramadhan Al Mubarak kepada semua. Semoga kita semua beroleh keberkatan dariNya.Amin.
.

Friday, July 29, 2011

Qiu Li - pemain bola sepak Singapura yang boroi

           Aktiviti mengutuk, mencemuh dan mengeji selepas perlawanan timbal balik Malaysia menetang Singapura yang berkesudahan seri 1 sama, yang bermakna Malaysia tewas dengan aggregat 4-6 memang sudah dijangkakan. Ketika entri ini ditulis, barangkali kegiatan kutuk, puji, hambran kata-kata kesat mungkin sudah membanjiri laman sesawang Fesbuk mahupun Twitter.

          Ada yang kutuk pemain Singapura suka ber'pura-pura' lah, ada yang suruh Malaysia suap sikit kepada FIFA (sebab di Malaysia rasuah banyak), ada yang kata pemain Malaysia sendiri main macam bangang pun ada. Yang kata pemain Malaysia main macam tak da akal pun ada.

         Apa-apa pun, aksi paling power sepanjang perlawanan tadi, dua-dua orang pemain Malaysia nak buat 'bicycle kick', dua-dua tak kena. Safee dan Amirul Hadi. Hangpa tetap power walaupun tak kena. Apakan daya, bola itu bulat.

Inilah aksi paling  power yang dihebahkan...


          Untuk meredakan hati yang lara, memang dah stenbai baik ni nak kutuk mamat China import ni yanng main untuk Singapura.Main bola power, tapi perut boroi dan buncit. Apa kejadahnya ?

Qiu Li...gol pertama peribadi untuk Singapura ketika perlawanan di  Stadium Jalan Besar tempoh hari


.

     

Thursday, July 28, 2011

Penentuan ke kelayakan Piala Dunia 2014

           Semalam semua tiket sebanyak 85k dah terjual habis. Ni semua gara-gara rakyat Malaysia yang bagaikan dirasuk semangat 'Malaysia Boleh!' nak sokong pasukan Malaysia untuk menentang pasukan Singapura di Stadium Bukit Jalil malam ni. Hati teringin nak pergi sokong di sana, tapi apakan daya jarak 430 kilometer memaksa aku untuk menonton melalui kaca TV sahaja.

           Lagipun Sorfina demam. Baik aku teman dia dan layan bersama keluarga. Kena tarbiyah Sorfina ni sikit untuk sokong pasukan bola sepak Malaysia sebab dia kurang minat nak sokong. Hujahnya, pasukan bola sepak Malaysia banyk menghabiskan duit rakyat dan tak power sangat walaupun dah banyak duit dibelanjakan.

          Aku akur yang dia memang pakar bab-bab kewangan dan ekonomi ni. Apa-apa pun, mari kita menyokong (di kala kalah mahupun menang, jangan jadi 'glory hunter'). Bukan susah pun.

           Aggregat 5-3. Jadi Malaysia kena paling kurang kena balun Singapura 2-0. Pemain bolasepak Malaysia pulak kena la pandai buat kerja masing-masing. Penyokong semua dah macam naik hantu dah, siap buat Fesbuk nakkan Malaysia menang 3-0. Apa ada hal??

Lisa Surirumah dan Ronaldo pun dah mengaum. Hangpa pulak?


.

   

Tuesday, July 26, 2011

Norway bombing tragedy 22nd July 2011

Sekitar tempat kejadian selepas tragedi

Bunga dikumpulkan sebagai memperingati mangsa (tetapi bukan untuk amalan orang Muslim)


          Sebelum penahanan suspek Anders Behring Breivik,32 dalam tragedi pengeboman di Oslo, Norway, ternyata media barat terus melabelkan bahawa berkemungkinan serangan ini daripada kumpulan jihad ataupun hasil daripada perbuatan kumpulan rangkaian Al-Qaeda, yang sebelum ini pernah dikaitkan dengan pengeboman   di World Trade Center, New York.

          Namun, anggapan itu salah sama sekali sejurus penangkapan suspek utama iaitu Anders. Melabelkan Islam sebagai agama yang ekstrem dan pengganas adalah satu fitnah yang amat besar sekali dan inilah antara ujian yang telah Allah s.w.t telah turunkan pada umat Islam akhir zaman untuk menghadapi segala bentuk fitnah seperti kejadian tersebut. Lebih-lebih lagi, kejadian pengeboman ini berlaku beberapa hari sebelum ketibaan Ramadhan Al Mubarak, bulan yang penuh dengan keberkatan.


Muka yang suci dan hensem tak menjamin baiknya seseorang itu...kehkehkeh


         Masih ingat lagi dengan tragedi pengeboman di bangunan Alfred P Murrah Federal Building yang mengorbankan 168 nyawa pada 1995 dahulu?



 .      

Saturday, July 23, 2011

Dr. Oz

  
           Baru-baru ini, aku ada melihat sebuah rancangan TV, di saluran TV Al-Hijrah. Rancangan tersebut,bertajuk The Dr Oz Show memaparkan sebuah program kesihatan dan kisah mengenai kehidupan rakyat Aamerika yang mempunyai pelbagai masalah penyakit ;sedangkan mereka tidak mampu untuk membiayai penyakit tersebut.


Ini Os, bukannya Dr Mehmet Oz

          Sorfina sebenarnya yang sudah lama mengikuti program ini, dan mengenali doktor tersebut melalui rancangan Oprah yang diikutinya. Si isteri mengesyorkan kepada si suami yang rancangan ini begitu bagus sekali untuk ditonton, dan setelah memperuntukkan masa selama sejam untuk menonton program ini, memang ternyata begitu baik sekali untuk ditonton, lebih-lebih lagi bersama keluarga.

         Antara kisah yang mendapat perhatian pada sesi pertama tontonan aku sebentar tadi adalah kesusahan hidup yang terpaksa dilalui oleh sebuah keluarga yang terdiri dari 7 beranak. Bapanya baru diberhentikan kerja akibat 'recession', manakala ibunya pula seorang suri rumahtangga. Ujian hidup yang menimpa mereka adalah apabila tidak dapat memberikan pemeriksaan kesihatan yang sewajarnya (yang selalunya diberi pada kanak-kanak normal seusia mereka)kepada anak-anak kecil mereka yang berumur 3 dan 1 tahun. Anak kecil yang berumur 1 tahun itu pula hanyalah dikenalpasti menghidap penyakit jantung berlubang setelah mengikuti program kesihatan percuma oleh Dr Oz. Dalam program ini, Dr Oz dan pasukan doktor-doktor seangkatan akan bergabung tenaga untuk merawat dan memberikan program pencegahan terbaik kepada golongan-golongan susah ini secara percuma.

         Sewajarnya program-program seperti ini dapat dijalankan di Malaysia dan ditontonkan di saluran TV untuk memupuk kesedaran masyarakat secara amnya. Antara program TV yang baik bagi aku adalah seperti rancangan BersamaMu (TV3) dan juga Titik Sentuhan , Terus Bertindak (TV1) yang seharusnya dapat diperbanyakkan lagi agar kesedaran masyarakat tentang kesihatan dan juga tentang masalah sebilangan masyarakat yang kurang bernasib baik dapat ditingkatkan, hatta mendidik masyarakat khususnya yang beragama Islam untuk menjadi hamba Allah yang lebih bersyukur.

.
      

       

Friday, July 22, 2011

Makan

           Hari ini aku tak bekerja secara rasmi di kompeni, namun kerja-kerja lain seperti bangun tidur, mandi, makan dan tidak lupa, kerja-kerja yang perlu dilangsaikan sebagai Hamba seperti solat Jumaat, tetap perlu ditunaikan.

          Dengan kata mudah, hari ini aku mengambil cuti dan kini telah selesai sesi memakan nasi secara berjemaah dengan isteri.

          Usai solat Jumaat tadi aku singgah ke gerai Abah dan Mak untuk melihat perkembangan perniagaan disana. Tak jauh pun, dalam dua puluh, dua puluh lima langkah dari Surau Ubudiah dah boleh sampai. Hari ni merupakan hari pertama Sorfina menolong mak di gerai. Dapatlah tolong mak mertua jual pisang goreng dan ABC sekejap.Sejurus itu, kami pulan ke rumah untuk makan nasi.

         Lauk yang dah Mak masak sejak pagi tadi, gulai nangka bersama ayam masak lemak, masak hitam daging, terung masak sambal, dan ikan Termenung goreng. Pergh, aku tambah nasik dua kali.

         Macam mana ni dengan program diet? Sejak dah berumah tangga ni berat dah naik 3~4 kilo. Baru dua bulan. Nampaknya kena 'do something' ni. Dayyum.

.

Tuesday, July 19, 2011

Pravintheran is a Red and he hates Scousers !

           Salut untuk mamat bernama Pravintheran Nair ni. Dicemuh, dikutuk, dikeji dan di'telanjang'kan oleh sekumpulan penyokong Liverpool semasa latihan Liverpool di Bukit Jalil pada siri jelajah Asia 2011 mereka minggu lepas, namun mamat ni terus kool dan buat dek dengan keadaan tersebut.Kisah mamat ni jugak mendapat liputan yang meluas oleh Daily Mail dan The Sun (UK). Sorang member aku yang bernama Suparman 'Tejo' juga penyokong tegar United, berkemungkinan mempunyai semangat juang yang sama dengan mamat ni.

         Jelas, penyokong Liverpool bukan pendokong demokrasi. Kehkehkehkeh. Kalau dekat Anfield, dah lama hang kena bantai dengan hooligans depa. Sengaja nak 'butthurt' depa buat apa?Kehkehkeh

Hey Pravin, seriously you have such BIG BALLS to do this among the Kopites over there! 





Ihsan dari twit Rooney the Shrek


       

Photo credit: 
http://www.dailymail.co.uk/news/article-2015399/Wayne-Rooneys-Manchester-United-shirt-upsets-Liverpool-fans-Malaysia.html
.

Al Fatihah buat Dr. Lo' Lo'

           Al-Fatihah buat Allahyarhamah Dr. Lo' Lo' Mohd Ghazali (2 Ogos 1957- 17 Julai 2011), seorang ibu, seorang serikandi, seorang pejuang, dan seorang pemimpin muslimah. Semoga Allah merahmati dan  memberi keampunan kepada Allahyarhamah Dr. Lo' Lo' agar beliau ditempatkan dikalangan golongan yang beriman.Amin.


p/s : Kita semua telah menjadi saksi, sesungguhnya benar janji Allah swt bahawasanya setiap yang hidup pasti akan mati dan bertemu denganNya kelak. Semoga dengan pemergian serikandi muslimah ini, maka akan ramai lagi serikandi yang akan mendukung Islam sebagai AdDin. InsyaAllah. Takziah buat keluarga Allahyarhamah.

.

Sunday, July 17, 2011

Argentina...Copa itu bukan milikmu !

Kekalahan di Santa Fe di tangan Uruguay, harapan untuk Copa America buat Argentina berkecai lagi 

          Dibarisi oleh bintang-bintang handalan bukan jaminan untuk skuad Argentina untuk memenangi Copa America edisi yang ke 14 ini. Jika jumlah edisi kali ini ditambah bersama dengan era Kejohanan Amerika Selatan, maka jumlah edisi kejohanan ini sudah menjangkau yang ke 43.

         Pemain-pemain hebat yang semestinya menjadi pilihan untuk perpindahan musim panas Eropah semestinya kecewa dengan persembahan tak bermaya dan longlai di tanah air sendiri, sehinggakan mendapat cemuhan daripada penyokong La Albiceleste sendiri.

         Apa-apapun aku kecewa kerana skuad yang dibarisi pemain-pemain handalan seperti Milito, Ever Banega, Messi, Javier Pastore, Kun Aguero, Higuain, Mascherano, hatta Tevez sekalipun tak mampu untuk menghalang skuad Uruguay yang juga pernah memenangi Piala Dunia dan mengecap tempat keempat pada Piala Dunia 2010 lepas.

Pemain paling hebat yang hampa



.

Thursday, July 14, 2011

Wesley Sneijder

            Sesuatu yang perlu penyokong United ikuti sepanjang musim perpindahan musim panas Eropah tahun ini. Samir Nasri dan Luca Modric aku dah tolak tepi sebab nampak gaya macam lebih cenderung untuk bersama Man City dan kekal di kota London. Chaitt.

Wes, im volgende u nu



Wednesday, July 13, 2011

Kiitos, Oshea ja Wes !

            Terima kasih, Oshea dan Wes. Terima kasih atas segalanya yang telah engkau dedikasikan kepada United selama ini. Pemergian ke Sunderland adalah diluar kawalan kami, namun 'great player come and go, but the Red flags keep flying high !',bak kata seorang Mancunian, fanatik kelab setan merah yang ditemui tadi.

         Kita mulakan dengan Sheasy, seorang pemain serba boleh, cukup versatile dan mungkin juga dikategorikan sebagai 'underrated' dikalangan penyokong United sendiri. Itulah yang dapat aku ungkapkan kepada brader ni secara ringkasnya. Walaupun bukanlah hebat macam Paolo Maldini, dan setiap kali dia bermain jadi 'first 11', mesti aku akan ada rasa cemas, tapi tetap akan dikenang sebagai legenda United buat aku.


Salut untuk pemain serba boleh !

Nama : John Francis O'shea
Tarikh lahir : 30 April 1981
Tempat lahir : Waterford, Ireland
Posisi : Pertahanan, 'forward',tengah,...dan juga penjaga gol
Penampilan bersama United : 255 (10 gol)
Menyertai United : 1998 (debut pada 1999,vs  Aston Villa)


Tanggal 4 Februari 2007, berjaya mendapat 'cleansheet' ketika perlawanan menentang Spurs.

The very infamous last minutes goal versus Liverpool at Anfield 2007...kehkehkehkeh


                 Berkenaan Brown pula, menurut aku perpindahan beliau ke Sunderland memang tepat pada masanya berikutan perebutan dan persaingan merebut posisi yang hebat di bahagian pertahanan. Sejak musim lepas lagi terdapat ura-ura yang menyatakan bahawa Brown mungkin berpindah ke Newcastle.
             Tak dapat aku nafikan yang musim 2007-08 merupakan musim terbaik Brown sepanjang karier beliau di United. Tahniah, Brown dan semoga maju jaya! Jasamu terhadap United takkan kem United lupakan.


"Woit, Brown..lepaskan aku..dah nak mati tercekik aku ni", pinta Nani 

Nama : Wesley Michael Brown
Tarikh lahir : 13 Oktober 1979
Tempat lahir :  Longsight, Manchester
Posisi : Pertahanan
Penampilan bersama United : 232 (3 gol)
Menyertai United : 4 November 1996 (debut pada 4 May 1998,vs  Leeds United)


"Tumpang lalu, Messi" ujar Brown sopan


1 daripada 3 karier gol bersama United...dan yang ini menentang siapa lagi kalau bukan...kehkehkeh



.






Monday, July 11, 2011

Mokhtar Dahari

            Dalam sedar tak sedar, sudah 20 tahun beliau meninggalkan kita. Al- Fatihah, buat arwah Dato' Mokhtar Dahari (13 November 1953 - 11 Julai 1991). Diharapkan semoga skuad bolasepak negara akan terus gemilang dan meneruskan usaha untuk layak ke kelayakan Sukan Olimpik tak lama lagi nanti InsyaAllah.

Arwah bersama Maradona (1982)

Mengimbau kenangan perlawanan bersama Boca Junior di Stadium Merdeka pada tahun 1982


.

Sunday, July 10, 2011

Baharuddin Ahmad

           Al Fatihah buat saudara Baharuddin Ahmad. Terkorban semasa dalam penangkapan pihak polis setelah menyertai Perhimpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai 2011. Takziah buat ahli keluargga mangsa. Ketahuilah bahawa Allah s.w.t Maha Menyayangi dan Maha Berkuasa terhadap sesuatu kejadian.

Ihsan dari TukarTiub



.

The new #18, terima kasih the Ginger Prince

            Welkam to the kelab, Ashley Muda ! Terima kasih Scholesy atas pengorbananmu selama 20 tahun berbakti kepada United ! Semoga maju jaya.

Zbogom i hvala, Scholesy !


Nama : Paul Scholes
Tempat lahir : Salford, Greater Manchester
Tarikh lahir : 16 November 1974
Posisi : Tengah
Penampilan bersama United : 466 (102 gol), debut vs Port Vale (21 September 1994)

Zinedine Zidane : " My toughest opponent? Scholes of Manchester. He is the complete midfielder."
" Scholes is undoubtedly the best midfielder of his generation."

Lee Dixon : " Paul Scholed has been the best player in the premiership for the last 10 years."

Thierry Henry : "I can't understand why Scholes has never won the player of the year award. He should have won it long ago. Maybe its because he doesnt seek the limelight like some of the other 'stars'

Patrick Viera : "The player in the premiership i admire most? easy - Scholes."

Edgar Davids : "Every one of us (midfielders) is just trying to become as good as him. Everyone can learn from Paul Scholes"

Carlos Tevez : "Scholes is unbelievable. I see him everyday. His quality and personality are tremendous. He is the engine of this team. "


DobrodoŇ°li, Ashley !


.

Saturday, July 9, 2011

Hari Koperasi Negara 2011 09 Julai 2011

Ihsan dari Meloya



Kehkehkehkehkehkehkehkeh kehkehkehkehkeh kehkehkehkehkeh

KAH KAHKAH KAH KAH KAH KAHKAHKAHKAH

Mwaha hahaha mwhahahahahahahahahahahaaha

Warga tua pun turut ketawa



Mungkin ini dia gambar sebahagian hadirin yang menyertai acara perasmian Hari Koperasi Negara 2011....

Kehkehkehkehkehkehkehkeh kehkehkehkehkeh kehkehkehkehkeh

KAH KAHKAH KAH KAH KAH KAHKAHKAHKAH

Mwaha hahaha mwhahahahahahahahahahahaaha




Sekitar sambutan Hari Koperasi Negara 2011...kahkahkahkahkah







Monday, July 4, 2011

Tasik Beris dan Ladang Anggur

            Dua minggu sudah, aku berpeluang bersiar-siar ke sebuah ladang anggur terkemuka di utara tanah air kita, mana lagi kalau bukan di Sik, Kedah. Tapi betul ka terkemuka? Daripada 10 orang rakan sekerja aku di Kulim, hanya 2~3 orang sahaja yang tahu akan kewujudan ladang anggur disini. Kunjungan aku bukan secara solo, tapi secara berjemaah. Itu lebih afdal. Tambah-tambah lagi selepas mendirikan rumah tangga (walaupun rumah yang aku diami sifar tangga). Aku berkunjung ke ladang anggur Tasik Beris ini bersama-sama dengan ibu mertuaku, kakak iparku, dan juga sisi terbaik aku,Sorfina.

          Bukan mereka ini sahaja, rakan kakak iparku bersama isterinya juga turut serta. Anak-anak depa, tak silap aku, Yusuf dan juga, argh, aku dah lupa nama sorang tu, turut menemani. Buas dan lincah. Penat sungguh melayan telatah budak-budak ni, tapi kami cukup terhibur. Ya lah, budak-budak. Suci daripada dosa.

           Black Opal, White Malaga, Loose Pelite dan black grape merupakan jenis anggur yang terdapat di ladang anggur Tasik Beris ni. Ntah berapa banyak lagi jenis anggr yang ada di dunia ini pun aku tak pasti. Yang penting, aku main hentam keromo sahaja bantai cakap ada lebih kurang ~25 spesis anggur di dunia ini semasa sesi perkongsian dengan rakan sekerja tadi.

          Mereka beriya-riya menggangguk. Mungkin betul juga. Tapi, aku pun tak tahu sebenarnya. Main hentam saja labu. Sebenarnya, nombor 25 tu pun aku main petik ja ketika sesi 'sharing' tu. Kehkehkeh. Maaf ye yob.

         Setelah penat dan dah puas berjalan-jalan sekitar ladang yang luasnya lebih kurang 34 ekar, baru kami tahu akan bagaimana penatnya menjadi peladang. Pergh, peluh mencurah-curah sekali di badan aku, terutamanya di celah ketiak. Kalau masa sekolah dulu, kami panggil fenomena ini, ketiak kolam.

         Aku pun tak mau sembang panjang, hangpa try la pi sendiri ladang anggur ni. Tak rugi.Macam-macam kita boleh belajar dan paling penting, boleh meluangkan masa dengan keluarga dan menenagkan pikiran.

Ciao.

Bersama Tokoh Peladang anggur Kebangsaan 2011


.