Yang paling tak boleh blah persoalan aku terjawab masa first time kumpul bilik malam tu.Lepas urusan daftar masuk sekolah, asrama, jumpa cikgu, beli barang, siap katil apa bagai lagi bersama mak abah aku dan depa pun dah tinggalkan aku petang tu,malam pulak warga bilik aku kena berkumpul. Daftar haritu yang tak bestnya satu ja -sebab sekolah semua laki saja tapi aku memang dah tahu dari awal-awal jadi tak da hal. Yang paling best dapat jumpa member baru dan dapat suruh budak senior angkat beg dan barang kita. Tapi seingat aku haritu sajalah yang senior tolong angkat barang,berakhlak baik serta berperangai mulia.
Time tu jumpa senior tak payah bagi salam lagi. Sebab baru hari pertama masuk sekolah. Lepas-lepas dari hari orientasi tu hangpa pikir la sendiri apa jadi. Budaya bagi salam kepada senior bersemai,beb.
Berbalik pada kumpul bilik malam tu sesama member-member tingkatan satu, aku tak berapa ingat yang siapa duk sebelah aku sebenarnya. Dah lupa. Yang aku ingat ada la lima enam orang kami buat pot sembang sebelum kumpul bilik bermula dan entah macam mana tiba-tiba ada orang 'up' tanya pasal hal -ehwal jambu ni. Nak jadi penyedap cerita pulak malam tu ada lah saorang member ni dia memang terrer menyembang dan dialah yang banyak bagi info pasal hal-hal jambu dan sekolah asrama ni sebab sedara sepupu sepapat dia banyak masuk sekolah asrama.
Jambu paling racist, jambu Keling. Aku pernah nampak pokok dia dekat Perlis masa ziarah raya belah keluarga mertua aku dulu.
Lepas kumpul bilik malam tu, perkataan jambu jadi hangat dan popular macam Gangnam Style sekarang, tapi jadi benda taboo untuk kitaorang semua budak 'fresh' tingkatan satu untuk cakap kuat-kuat atau jadi topik bualan secara terbuka. Semuanya takut dek akibat nanti dipaksa menjadi jambu dan kena 'toron' dengan abang senior.
******
Paling tak boleh aku lupa lagi satu hal pasal jambu-tiga empat hari lepas isu jambu tengah panas lepas kumpul bilik tu ialah ada satu cerita dengan sorang senior tu nama dia aku ingat-ingat lupa, Joe rasanya. Dia ni tingkatan lima. Kira paling senior lah kat sekolah walaupun ada lagi pelajar lagi tua ;sebab masa tu masih lagi ada pelajar matrikulasi UKM 'batch' terakhir yang belajar dan duduk di asrama di SAS Cheras.
Blok asrama sekolah ada 4 tingkat;aras tanah ada kantin, bilik pengawas apa bala semua dan aras 1,2 dan 3 masing-masing untuk asrama budak tingkatan 5, 2 dan 1. Jadi setiap kali nak turun pergi dewan makan, kelas apa semua kena lah lalu korridor aras 1 yang mana tempat budak senior tingkatan lima. Nak dijadikan cerita, Joe ni pun ada lah nak panggil budak tingkatan satu yang malang pada hari tu untuk pergi ambil air dari dewan makan. Ambik botol 1.5 liter dan isi air kosong dari dewan makan. Masa tu masa makan malam (sebelum maghrib).
Kebetulan pulak masa tu aku dan empat orang lagi member bilik 3B3(aku dah lupa siapa) tengah turun nak pergi makan. Kami jalan seiring dan sejalan sebab takut nak lintas korridor tepi aras tu sorang-sorang. Takut bertembung dengan senior. Sekali Joe ni pun macam nampak kitaorang dan jerit dari jauh.....
"Woii Jambu, sini kejap !"
Apalagi member-member aku termasuk aku sekali bukak langkah seribu cepat-cepat lari dari korridor menyorok dan terus pergi dewan makan sebab teringat pasal jambu. Aku tak tau apa jadi lepas tu sebab jantung aku memang dup dap dup dap kencang dia. Member-member lain semua pun sama. Yang kitaorang pikir masa tu cuma nak lepas diri dari kena jadi jambu. Tak tau apa jadi dekat Joe lepas tu sebab kitaorang dengan dia macam jerit-jerit panggil apantah lepas kitaorang lari lintang pukang turun ikut tangga tu.
******
Malam tu kitaorang berlima kena panggil masuk bilik Joe. Selebihnya, simpan sahaja dalam buku sejarah...
mujur kehidupan aku kat asrama teknik dulu tak terdedah dengan budak-budak jambu ni. kalau tak, mau kena bahan!
ReplyDelete*aku perasan budak perempuan sekarang suka lelaki (penyanyi) jambu.
Kahkahkah. Setahu aku laki botak mana ada yang jambu...Cuba hang bayangkan Jason Statham. Jambu ka dia?
Delete