Thursday, February 28, 2013

Pokok rendang


Banyak cerita tentang Manusia dan pokok yang rendang

Ramai manusia suka pokok yang rendang
boleh buat tempat berteduh
boleh buat tempat buaian
boleh buat tempat untuk panjat-panjat

Ramai juga manusia takut dengan pokok yang rendang
takut kena timpa pokok bila guruh dan kilat
takut kena tahi burung yang suka hinggap atas pokok
takut kena ketit serangga di pokok
takut sebab percaya pokok tersebut tempat yang 'keras'

Lek lu...

Sak sak kok lu...

Monday, February 25, 2013

Kenduri Adelia

        Bila pikir-pikir balik, power juga Nur Adelia ni. Umur tak sampai setahun jagung dah dapat jemputan kenduri. Murah rezeki sungguh.

        Alhamdulillah. Kenyang dapat pekena kenduri kahwen pengasuh Adelia dekat nursery hari tu. Makanan berhidang dalam talam ala kampung, bai. Memang 'rare' nak cari ni woi. Lauk hari tu yang aku pekena -Kulat masak lemak, sambal petai, ikan masin goreng, sambal belacan,gulai daging campur batang pisang, sayur kundur masak lemak dan ulam-ulaman.

         Terbaik dari ladang Bikam, wa cakap lu.


p/s :  Kepada pengasuh Adelia,Adik Siti, selamat pengantin baharu. Semoga perkahwinan dirahmati Allah S.W.T hendaknya.Amin.

Saturday, February 23, 2013

Barber shop

Beberapa hari lepas

Sorfina telah menanyakan aku satu soalan

Satu soalan yang cukup mudah-róng yì, facil lagi madaling

Namun menggoncang kredibiliti aku sebagai saorang lelaki

Lantas aku mengklasifikasikan soalan ini

Sebagai 'Persoalan untuk kurun ini'

Persoalan untuk kurun ini - ayat yang selalu diguna pakai dalam 'Tukar Tiub'

Ini soalannya

"Asal kedai gunting rambut lelaki saja, ayang nampak benda pusing-pusing tu, asal kedai gunting rambut lelaki saja, ayang nampak benda pusing-pusing tu. Kenapa ha?"

Benda pusing-pusing di kedai gunting rambut lelaki
******

Lepas baca di Wikipedia baru aku tau

Ok bila-bila nanti bila jumpa kedai gunting rambut dan nampak benda pusing-pusing tu, nanti aku cerita sama Sorfina


Sumber :http://en.wikipedia.org/wiki/Barber's_pole

Wednesday, February 20, 2013

Hari-hari

      " Hari -hari lauk sama; ikan pari, ikan termenong, ayam goreng, telur, sayur bayam, kacang panjang, terung, tempe, bla bla bla bla bla. Bosan. "

        Aku perati itu antara keluhan kebanyakan orang, termasuklah diri aku sendiri sejak mula bekerja kilang ni dari tahun 2008 lepas. Ayat-ayat tersebut memang cukup selalu aku dengar dan aku perati orang-orang akan cakap; tak kiralah dalam bahasa Melayu ka, bahasa Mandarin ka, Tamil ka, Urdu ka, Nepal ka di kilang tempat aku bekerja ni semasa berada di kantin kilang. Terutamanya sekali pada waktu makan pagi dan tengah hari.

        Tak aku nafikan yang aku juga kadang-kadang bosan sebab lauk makan hampir sama setiap hari,tapi dah hampir 5 tahun aku asyik dengar benda yang sama orang duk keluh, jadi bosanlah woi hangpa asyik keluh kuat-kuat benda yang sama.

        Ada sampai satu masa tu nak ja aku cakap "Kalau boring masak lauk sendiri la woi-masak bubur cha cha ka, bubur asyura ka, tortilla dengan burrito ka, foie gras ka ataupun bukak lah restoran sendiri". Tapi aku berani cakap dalam hati ja lah.

       Aku harap untuk tahun baru 2013 ni kita jadi lebih bersyukur. Syukur terhadap apa yang dkurniakan oleh Allah S.W.T. Bukan apa, banyak lagi yang kat luar sana yang ada sampai tak dapat makan, malah ada yang lebih malang lagi.

       Sebenarnya, aku nak nasihat ni terutamanya untuk diri aku lah. Hangpa semua nak ikut atau tak, terpulang. Semoga Allah S.W.T mengampuni dan merahmati kita semua.

******

Notakaki :




Sumber : 

http://www.thp.org/learn_more/issues/know_your_world_facts_about_hunger_and_poverty?gclid=CJOLvICK3bQCFUdxQgodkHEAMA

https://www.wfp.org/hunger/stats

Thursday, February 14, 2013

Ambulans


           "Awok tu ingak sket, awok tu soho, tok seghupo kawe..." ghoyak Jabbir kepada saing rapatnya, Fateh.

          "Demo tau mano kawe soho ni? Kelik kapung pun limo ene bule sekali",balas Fateh sambil menggulung kemas rokok daun yang berada di tangannya.

          "Loh, demo jange buak ngelik denga kawe lah. Buke semale duo kawe kenal demo, puluh tahun doh. Kawe napok muko demo sebutir-sebutir dale fesbuk. Nate la demo ni. Senyak-senyak ja denga kawe. Kijo besar buke nak ghoyak denge kawe.", Jabbir membalas sambil muka buat-buat macam sedikit merajuk.

Perbualan jadi senyap seketika tatkala beberapa orang makwe entah mana datangnya lalu mudar-mandir depan mereka.



Ne Nong Ne Nong Ne Nong Ne Nong Ne Nong Ne Nong...


          ''Cikadak. Mimpi aku rupanya. Astaghfirullah hal adzim", getus Zamany Salam seraya tersentak dari tidur akibat bunyi van ambulans yang secara tiba-tiba lalu betul-betul bersebelahan dengan kereta yang dipandu member kepada member rumah sewanya, Tajul Urus.

Zamany Salam 'car pool' dengan Tajul dan beberapa member lain sebab sama-sama nak menuju ke kenduri Pak Cik Habib di Gemencheh. Perkahwinan kali ketiga dengar khabarnya.

          "Macam manalah aku boleh mimpi orang cakap loghat Kelantan ni woi", bagitau Zamany Salam kepada Tajul tentang mimpi dia tadi.

          "Tu lah hang Zam banyak sangat pi Rantau Panjang beli jersi. Tak pun hang mesti banyak pergi Danok ni. Kahkahkah", balas Tajul Urus secara sempoi dengan loghat utaranya. Untuk makluman, Tajul Urus ni asal dia Kokdiang sana nun.

          " Mana ada woi. Tapi aku rasa semalam aku ada makan budu yang Pok Nik bawak dari kampung dia. Dan semalam jugak aku ada layan cerita 'Bunohan' yang Mael muat turun semalam. Aku syak ada kaitan rasanya", balas Zamany spontan.

         ''Yang van ambulans ni bawak laju tak patut pulak apa hal? Dengan tak bagi salam apanya tiba-tiba lalu sebelah bising-bising ni apa kejadahnya? Apa tak takut eksiden ka apa bawak laju-laju macam ni." Zamani sambung lagi.

******

          Zamany sambung tidur balik dengan harapan dapat sambung mimpi 'part' jumpa awek lalu mundar-mandir tu balik.

Friday, February 8, 2013

Limau mandarin

"One Love! One Heart! Let's get together and feel all right!"

Satu cinta, satu hati. Sumpah,kita semua akan 'happy'!.

          Aku tengah sibuk sikit tadi sebenarnya. Sibuk menjamah buah limau mandarin yang kompeni aku sumbangkan sempena sambutan tahun baru Cina yang akan mendatang ini tak lama lagi. Sambil mengunyah, pekena lagu 'One Love' nyanyian dan garapan mendiang Bob Marley di Youtube.

Bukan lagu One Malaysia ok. Jangan salah paham.

         Aku perati 'scene' limau mandarin tengah up sekarang. Sama tahap dengan scene durian crepe suatu ketika dulu.Memang power sampai tahap pergi mana-mana ceruk pun boleh jumpa limau mandarin. Tapi dekat tempat aku ni lah. Kulim. Tempat hangpa aku tak tau.

         Dulu masa kecik bukan main ligat lagi aku makan limau mandarin ni. Makin dah meniti usia tua ni, tiba-tiba pula aku dah hilang selera dengan limau mandarin ni. Muak rasanya bila melihat terlampau banyak limau mandarin ni dimana-mana. Tapi tak baik kata macam tu woi. Tu rezeki Allah bagi tu.

         Disebabkan sekarang musim panas di Kedah, aku ambil keputusan yang solid untuk hanya makan satu,dua ataupun mungkin tiga buah limau mandarin saja.Makan banyak boleh mengakibatkan panas badan, kata orang ramai.

         Selamat bercuti semua. Hati-hati dan berwaspada walaupun di mana saja anda berada. Ciao.

Wednesday, February 6, 2013

Pak Arab pun bukan sempurna


Ya amppoooonnn,
Ya tambuuunnnnn,
Ya sukunnnnnnnn,

Minta maaf,

Minta ampun,

Artikel ini aku ceduk dari akhbar orang putih Daily Mail UK

Tolong jangan kaitkan benda-benda macam ini dengan ajaran Islam

Islam itu sempurna

Yang tak sempurna ialah penganutnya

Ini sama macam

Kaitkan orang Melayu Islam

dengan kes buang bayi
dengan kes hisap dadah
dengan kes sumbang mahram
dengan kes rasuah
dan bermacam-macam lagi salah laku


P/s : Bila member Cina kilang aku tanya, apa yang aku jawab- "This has nothing to do with religion. This is a vile human being, and his kind are found in every race and every religion. These are cowards and hypocrites who use religion as a shield and do the most foul and evil things." 

Monday, February 4, 2013

Marketing

         Aku perati ramai jugaklah kenalan dan member-member aku dalam Fesbuk ada suatu 'badge' yang diletakkan pada gambar 'profile' depa. Bila aku perati betul-betul, rupanya badge yang ada gambor Azizan Osman. Orang ramai cakap beliau ni doktor, tapi bukan doktor yang kerja di klinik dan hospital lah, tapi doktor falsafah.
Power betul gaya letak jari telunjuk di tepi kepala ni.

          Member aku cakap ceramah Dr. Azizan ni best dan power dan cadangkan aku untuk ikuti.Banyak ilmu boleh dapat,tapi aku tak pasti samada ilmu alam dan manusia juga turut terlibat. Nak dapat ilmu ni luas caranya-bukan datang dari orang ada ijazah atau ada Phd sahaja,tapi dari orang-orang yang banyak pengalaman hidup juga boleh dapatkan ilmu.

          Aku juga pernah tanya mak dan abah aku pasal seminar ni. Aku rekemen lah dekat mak dan abah untuk 'join' seminar ni tapi depa menolak. Alasannya sebab kena ada akaun Fesbuk baru boleh nak meniaga di internet. Lagipun meniaga laksa dan ABC saja, kejadah apa nak guna internet.

         Satu hal lagi nak kena guna Fesbuk dan blog atau laman web untuk meniaga laksa. Aku cakap tak apa lah, aku buatkan untuk depa. Depa cakap tak apalah, meniaga kecil-kecilan sahaja. "Takkan nak 'post' hari-hari pasal laksa dan ABC dalam status Fesbuk? Nanti orang menyampah pulak ", balas mak aku.

        Satu lagi aku perati dalam fesbuk, bagi mereka yang ada gambo Dr Azizan Osman ni; banyak yang meniaga benda yang aku tak berapa pakai sangat atau aku boleh senang-senang beli di kedai. Contohnya, minyak wangi tanpa alkohol, madu tualang asli, minyak wangi, krim hilang mengantuk, pewangi kereta, barangan kecantikan, korset dan lain-lain.

        Sekarang aku tengah riki-riki dalam fesbuk ada sesiapa yang meniaga bundle dan buat marketing. Best woi bundle. Lagi satu benda-benda pasal bisnes repair rumah ka, 'renovate' rumah ka, buat 'wiring' rumah ka, buat 'kitchen cabinet' ka atau yang berkaitan repair motorsikal dan kereta. Benda ni jarang-jarang orang market dalam fesbuk. Lagipun aku nak masuk rumah baru ni. Banyak benda nak buat.