Showing posts with label PERIHAL SEMASA. Show all posts
Showing posts with label PERIHAL SEMASA. Show all posts

Saturday, February 27, 2016

Dah lama

Dah lama aku tak jenguk blog aku ni.

Bukan apa, sibuk bai. Kalah Najib Razak dia punya sibuk.

Najib takpa lah, ada PA. Ahmad Maslan dengan Zahid Komedi pun tolong dia.

Aku?

Ada bini.

Hah.

Friday, September 25, 2015

Selamat hari raya Aidil Adha

       Salam. Lama betul aku tak jenguk blog ni. Sibuk banyak dengan urusan duniawi yang tak putus putus ni. Dapat VSS, cari kerja baru, dapat kerja baru, dan macam macam lagi lah.

Ada masa nanti aku tulis la mana yang patut.

        Dapat VSS tempohari, aku ada angkut satu motorsikal baru. Semuanya sebab kerja baru. Taraf -taraf aku ni, setakat motor Ducati, BMW, Triumph apa semua aku pandang lekeh saja. Jiwa aku sesuai dengan motor mewah seperti Honda Wave 110 yang dikuasai dengan 4 lejang. Power, bhai.

        Di kesempatan ini, aku ingin mengucapkan Selamat menyambut hari raya AidilAdha buat semua muslimin dan muslimat. Buat yang bukan beragama Islam, gunakan cuti hangpa sebaik-baiknya ok.

        Takziah buat ahli keluarga jemaah haji yang terkorban dalam nahas kren runtuh di Baitullah tempohari dan yang terbaru, kejadian pijak memijak yang menyebabkan ratusan jemaah haji terkorban semasa hendak melakukan ibadah melontar.


Tuesday, August 11, 2015

2.6 billion

      Apa kecoh-kecoh ni, woi? Duit yang masuk dalam akaun Najib tu sebenaqnya dalam Rupiah Indonesia lah.

Yang salah di sini sebenaqnya, siapa yang duk dedahkan awal-awal tu lah. Hal kecil sahaja tu. Typo.

2.6 billion Rupiah Indonesia sahaja sebenaqnya yang masuk dalam akaun Najib, ataupun bersamaan RM75,400. Ok lah tu. Sama macam belanja kenduri orang ada-ada sahaja.

Itu pun hangpa nak bising ka?


- Mim Alif Cha Alif Ya-

Tuesday, December 30, 2014

Tahun 2014 : Ulasan umum dan sukan dari kacamata aku

           Sedar tak sedar, dalam masa 2 hari lagi kita semua umat manusia bakal menempuh tahun baru 2015 (gregorian). 2014 pula akan ditinggalkan kita. Tahun 2014 sememangnya tahun yang amat bererti bagi diri aku. Kelahiran cahaya mata kedua, hasil dari perkahwinan sejak 2011, benar benar
menggembirakan dan semoga hidup ini mendapat keredhaan dari Allah swt.

             Dalam suka aku, jangan pula aku dan hangpa semmua lupa bahawa banyak tragedi yang kita saksikan dan alami pada tahun 2014 ini,khususnya buat rakyat Malaysia.Tragedi malang MH370 pada awal Mac, disusuli kejadian tembakan pesawat MH17 oleh pengganas/puak pemisah Ukraine dan yang terbaru, kehilangan pesawat QZ8501. Sehingga tulisan ini dihasilkan,dipercayai pesawat itu telah tenggelam di dasar lautan. Itu baru tentang pesawat milikan Malaysia. Belum lagi kita sentuh tentang bencana banjir yang melanda kawasan pantai timur Malaysia amnya baru baru ini. Dikatakan tragedi banjir yang paling teruk pernah negara lalui setakat ini.

            Di samping itu, umat Islam dan dunia juga dihidangkan dengan berita keganasan rejim Zionis Israel yang telah membunuh ribuan nyawa rakyat Palestin dan Gaza secara khususnya-majoritinya dengan penggunaan peluru berpandu, pada pertengahan 2014 lepas. Bulan Ramadhan yang penuh duka buat penduduk Gaza dan Palestin amnya. Umat Islam sememangnya terkena tempias dengan isu ini, di Malaysia,lebih-lebih lagi dengan pelancaran kempen boikot barangan Zionis Israel (yang kini telah kembali sunyi -seperti biasa).

             Ekonomi? Maaf. Aku tak berapa pakar dalam hal ini. Tapi dari segi pengamatan dan pembacaan, negara kita dilanda krisis penurunan matawang sejak akhir-akhir ini, ditambah pula penamatan subsidi minyak Ron95; yang mana ianya digunakan majoriti besar penduduk dan rakyat Malaysia.Pemberhentian subsidi ini sememangnya memberikan impa,samada baik dan buruk kepada kitaran ekonomi semua. Harga minyak dunia juga turun ke paras terendah dalam tempoh 9 ke 11 tahun, pada tahun 2014. Berkenaan GST, ya, ianya bakal berkuat kuasa April 2015 ini.

             Dari segi pendidikan di Malaysia, jangan pula dilupa akan bermulanya peperiksaan berformat baru PT3 menggantikan PMR. Tragedi kertas soalan peperiksaan UPSR bocor juga antara 'highlights' penting pada tahun ini, sehingga menyebabkan beberapa peperiksaan perlu dilalui semula pelajar.

             Maaf. Terlupa pula menulis isi asal berkaitan tajuk diatas. Review sukan untuk 2014 dan 10 peristiwa penting sukan pada tahun 2014 dari sudut pandangan aku. Bebas untuk sesiapa menyanggahi aku atau mempunyai pandangan lain.

Dibawah, 10 peristiwa sukan penting dan diingati sepanjang 2014 dari pandangan aku:

1. Manchester United membuka tirai tahun 2014 dengan kekalahan kepada Spurs di Old Trafford.

2. Pemecatan David Moyes pada April 2014 dari pasokan Manchester United. Manchester United menamatkan musim 2013/2014 di tempat ke 7. Kedudukan liga terendah United sejak era Premier league.

3. Pasokan bola sepak Malaysia berjaya ke pentas final Piala AFF Suzuki menentang Thailand, namun tewas dengan aggregat 4-3.

4. United pertama kali tidak layak ke UCL sejak tahun 1995.

5.Angel di Maria dan Radamel Falcao menyertai United pada musim panas 2014. Sesuatu yang tak pernah aku impikan.Namun,ada berita sedih yakni persaraan legenda United, Ryan Giggs dari bola sepak. Giggs telah mempunyai lebih 23 tahun karier sebagai pemain bersama Manchester United,sejak memulakan 'debut' bersama United pada tahun 1991.Terima kaseh Giggs kerana telah mewarnai dunia bola sepak dunia!

6. Louis Van Gaal dilantik menjadi pengurus baru Manchester United.

7.Dato Lee Chong Wei didakwa terlibat dalam penggunaan dadah dalam sukan badminton.

8. Brazil 1 - Jerman 7 dan Sepanyol 1 - Belanda 5, dalam kejohanan Piala Dunia di Brazil.

9. Real Madrid memperoleh La Decima setelah 12 tahun mengidam.

10. Liverpool (hampir) memenangi liga EPL musim 2013/2014. Dan, peristiwa Luis Suarez menggigit Chiellini.

Wednesday, December 24, 2014

Banjir 2014



         Dah 3 hari hujan secara renyai-renyai,diselangi beberapa jam hujan turun secara lebatnya di Kulim ni. Sejuk. Bila sejuk dan hujan, rasa malas semakin meningkat dan power. Begitulah juga dengan suasana tempat kerja aku. Tapi wajib rasa syukur. Cuba hangpa banyangkan mereka-mereka yang menjadi mangsa banjir; orang tua, warga OKU, kanak-kanak, bayi dan golongan susah yang terpaksa melalui jerih perit suasana musim hujan dan banjir sekarang.

       Kesian dan simpati.

      Ya Allah. Selamatkanlah mereka. Permudahkanlah urusan hidup mereka, ya Allah. Bantulah hidup mereka. Permudahkanlah urusan bantuan kepada mereka. Kuatkanlah semangat mereka, ya Allah. Jadikanlah kami yang terselamat ini semakin meningkat rasa taqwa dan syukurnya terhadapMu, ya Rahman, ya Raheem.

        Aku perati sekarang ni memang scene banjir dan bencana tanah runtuh tengah 'in'. Ramai juga 'reporter' semi-pro membuat laporan samada dalam Whatsapp dan fesbuk.Tidak lupa juga dalam Twitter. Terima kaseh buat semua yang membuat laporan dengan telus dan bermanfaat. Alhamdulillah, memang berkesan dan berguna info tu semua. Setakat ni,semua maklumat yang aku terima dari 'copy and paste' dan 'mesej forward' dari member-member dan ahli keluarga semuanya membantu dan tepat.Ada juga yang kurang tepat, tapi hangpa semua boleh pikiaq dan semak info tersebut dengan pihak berkuasa untuk maklumat yang tepat. Nombor bantuan kecemasan dari JKR kawasan, jabatan pengairan, Majlis Bencana Negara dan pihak berkaitan yang 'reliable' di fesbuk,boleh dijadikan rujukan.

Nampaknya, orang Malaysia amnya, dah pandai menggunakan teknologi dengan betul. Janganlah salahgunakan teknologi untuk membuat laporan palsu. Apa faedahnya yang hangpa dapat?

        Tadi baru dapat mesej dari member kilang. Dia anak beranak terpaksa berpatah balik dari kawasan Tasek Banding/Grik ke Kulim semula,sebab terdapat kejadian tanah runtuh di Banjaran Titiwangsa. Semoga selamat dan dipermudahkan Allah swt hendaknya. Insya Allah.

Marcelo Salas 40



             Hari ini, tanggal 24 Dec,genap 40tahun usia bintang legenda negara Chile, Marcelo Salas. Aku mula meminati legenda River Plate, Lazio dan Juventus ini ketika zaman kemuncak pasokan SS Lazio pada tahun akhir 90an.

            Ketika itu aku baru menaiki zaman sekolah menengah. Jambu lagi masa tu, tapi tak sampai kena jadi adik angkat walaupun sekolah asrama semuanya batang.

            Siapa yang bolih melupakan gol tunggal perlawanan hasil jaringannya ketika menentang Manchester United ketika perlawanan EUFA Super Cup di Stade Louis II, Monaco pada tahun 1999?
Radamel Falcao, antara 'living legend' bola sepak yang kini bermain bersama United, turut sama menghargai dan mempunyai rasa cukup hormat terhadap legenda Chile ini. Kedua-dua mereka juga pernah bermain bersama kelab River Plate. Malah, 2 sambutan gol Unitednya juga mirip kepada gaya sambutan Marcelo Salas ini.

Semoga Radamel Falcao terus kekal sihat dan menyumbang gol kepada United !

******
Tulisan ini telah dicoretkan di laman Group Facebook 'BMU Supporters'.

Friday, December 19, 2014

Menjelang pertembungan dengan Aston Villa

Power Aston Villa ni. Jangan dibuat main,woi!

Latarbelakang :
Kemenangan ke6 berturut-turut Manchester United;3-0 di tempat sendiri pada seteru utama, Liverpool - memberi impak paling ideal untuk kunjungan United ke Villa Park pada hujung minggu ini. United yang kini berada dalam kedudukan ketiga dalam Liga Perdana Inggeris,sekurang kurangnya diharap dapat memberikan sedikit tekanan dalam kempen Liga terhadap Chelsea dan Manchester City ;dengan jadual padat liga yang kini memasuki tempoh Krismas yang sibuk.

Prestasi:
Kemenangan meyakinkan ketika bertemu Liverpool,mengesahkan United mempunyai prestasi yang terbaik dalam liga pada masa ini, dengan enam kemenangan berturut-turut.Walaupun Reds dianggap belum mencapai tahap prestasi yang maksimum, pasokan van Gaal telah menunjukkan corak permainan kental apabila berjaya memperoleh kemenangan baru-baru ini.

Aston Villa melalui tempoh kekalahan panjang dalam liga selama lebih dua bulan sehingga 2 Disember lalu, hinggalah apabila mereka memenangi perlawanan di Crystal Palace. Walaubagaimanapun,setelah menempa kejayaan dengan menewaskan Leicester City di Villa Park, mereka tewas semula pada minggu lepasdi gelanggang lawan, 1-0 kepada West Brom, dalam West Midlands derby.

Berita Pasokan:
Ron Vlaar,ketua pasukan Villa telah kembali ke skuad untuk menentang West Brom, tetapi terpaksa menonton dari bangku simpanan sehingga minit ke-78 disebabkan Ciaran Clark dan Jores Okore bergandingan semasa ketiadaan pemain Belanda tersebut.

Pemain Aston Villa yang tidak dapat bermain untuk perlawanan menentang United :
Kieran Richardson & Alan Hutton -penggantungan
Tom Cleverley -tidak layak (pinjaman dari United)

Pertembungan terakhir United menentang Villa (Old Trafford, 29 Mac 2014) :
United dikejutkan dengan gol awal minit ke 13,hasil tendangan free kick Ashley Westwood.United bagaimanapun bangkit dan menang dengan keputusan 4-1 (Rooney, 20',45' (p), Mata 57', Chicarito,90')

United: De Gea, Rafael (Carrick 46),Vidic,Jones, Büttner; Young, Felliani, Fletcher,Mata,Kagawa (Januzaj 68); Rooney(Hernandez 75).
Pemain tidak digunakan: Amos, Giggs, Welbeck, Nani.
Kad: Rafael, Büttner.

Aston Villa: Guzan;Bacuna,Vlaar,Clark,Bertrand;Albrighton(Lowton 78),Delph, Westwood,Weimann,Agbonlahor(Tonev 71);Benteke.
Pemain tidak digunakan: Steer,Bennett,Sylla,Holt,Robinson.

Pegawai perlawanan pada pertembungan kali ini:
Lee Mason --> Pengadil,
Stuart Burt & Andy Halliday-->Pembantu pengadil
Kevin Friend -->Pegawai keempat

Harapan dan ramalan:
Akhir kalam,semoga United bermain baik dan bahagian pertahanan United lebih 'organize' dan lebih fokus;berbanding semasa perlawanan menentang Liverpool. United perlu mendapatkan gol awal untuk menyerap tekanan pihak lawan,terutamanya dengan pihak lawan yang sentiasa bermotivasi tinggi untuk bermain di gelanggang sendiri dan bersemangat untukmenebus kekalahan mereka sebelum ini semasa derby West Midlands.
Kemenangan (sukar) 2-1 buat United. GGMU !

Nota : Gambar pasokan Aston Villa yang menjuarai Liga Juara Eropah pada tahun 1982.

Tulisan ini telah disiarkan ke laman fesbuk kumpulan 'BMU Supporters'.

Monday, December 8, 2014

Friday, November 21, 2014

Formasi ramalan menentang Arsenal 22 Nov 2014



           Berdasarkan sidang media LVG dengan MUTV beberapa jam yang lepas, agak sukar untuk menjangkakan barisan pemain yang bakal diisi LVG untuk menentang Arsenal , pada awal pagi Ahad nanti.

           Status kecederaan Daley Blind masih belum dapat dipastikan sepenuhnya kerana masih perlu menunggu ~10 hari lagi untuk pemeriksaan MRI secara lebih lanjut. LVG menjangkakan ianya bukanlah kecederaan untuk tempoh yang panjang iaitu 6 bulan. Manakala Luke Shaw dan Carrick pula, diragui untuk diturunkan setelah baru sahaja pulih dari kecederaan selepas bersama skuad England.

            Skrip sidang media LVG bersama MUTV, "It’s difficult to say if anyone is back because we have to wait for tomorrow’s training session to decide if players are coming back. But the players are not coming back in the squad – that’s a different thing. My philosophy is that you have to train at least one week with the squad, but better two. But if you see our circumstances, we maybe have to bring players back to the squad early because of the circumstances. Di Maria has trained today normally so I don’t think that is a question mark, but Shaw is a question mark. David De Gea is good, no problem. I think Michael Carrick I have to wait for the reactions tomorrow in the training session, but I expect also that he’s ready to play. Blind is not ready to play. He has now a brace on his knee, 10 days’ rest, then we have to make another scan and we can say more about his injury. It’s not so bad as the doctors are thinking after the match, but it shall be a long story, I believe, but not six months or something."

            Untuk perlawanan menentang Arsenal ini, aku jangkakan bahawa sekali lagi LVG akan menghampakan peminat dengan menyenaraikan Adnan Janujaz sebagai kesebelasan utama. Mata dan Herrera pula hanya akan disenaraikan di bangku simpanan.Fletcher bagi aku berpeluang untuk mengisi slot yang ditinggalkan Carrick dan Blind, sebagai kesebelasan utama. Namun, jika gagal mempamerkan aksi buruk dan melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan, mungkin perlu digantikan dengan segera.

            Bahagian pertahanan pula diisi Valencia, Smalling, McNair dan Blackett. Mungkin Shaw bolih bermain tapi LVG mungkin akan hanya memberi beberapa minit masa permainan sahaja disebabkan Shaw perlu pulih sepenuhnya menjelang jadual perlawanan yang padat pada bulan Disember nanti. Aku rasa, tindakan tergesa-gesa dalam menurunkan pemain yang masih belum pulih sepenuhnya bakal memberi impak yang lebih teruk pada pasokan; lebih-lebih lagi menjelang bulan 12 yang padat dengan permainan.

            Bahagian serangan saperti biasa diisi Rooney dan RVP. Di Maria dan Adnan Janujaz berada di posisi saperti biasa. Wilson pula hanya akan berada di bangku simpanan. Bahagian serangan United perlu mengeksploitasi bahangian pertahanan Arsenal, terutamanya Per Mertesacker yang dilihat agak perlahan untuk kembali semula ke posisi setelah berada di atas.

Pemain Arsenal yang perlu diberi perhatian:

           Pada pandangan aku, 'Man of the match' untuk pasokan England menentang Scotland dan Slovenia, Jack Wilshire perlu dikekang dari memberi hantaran-hantaran bahaya. Khidmat Fellaini akan kita tagih untuk mengekang hantaran Jack ini.

            Alexis Sanchez. Nama yang tak perlu diperkenalkan lagi. Berkemungkinan memberi masalah kepada pertahanan United dengan kerja keras dan larian kencangnya. Pemain Amerika latin yang lasak dan menjadi tunjang Arsenal buat masa ini.

           Oxlade Chamberlain juga bagi aku merupakan suatu ancaman. Namun jika dia berjaya dikekang, InsyaAllah, tidak akan memberi masalah besar kepada United.Dan yang terakhir,bekas pemain United sendiri, Danny Welbeck. Walaupun dilihat agak tumpul untuk membuat jaringan, namun mempunyai sikap yang aku suka sebagai pemain bola sepak iaitu bermain dengan penoh semangat dan bekerja keras. Danny juga aku jangkakan akan bermain sepenuh hati pada penampilan pertama menentang kelab kesayangannya sendiri, bertekad untuk membuktikan sesuatu kepada LVG.

Ramalan keputusan :

Mengharapkan kemenangan buat United, namun keputusan yang lebih realistik untuk aku telan buat masa ini, lebih lebih lagi dengan faktor kecederaan dan bermain di gelanggang lawan,ialah sekadar seri dengan jaringan 2-2.
Allahua'lam.

******

Tulisan ini telah dicoretkan di laman Group Facebook 'BMU Supporters'.

Thursday, November 6, 2014

Buli

         Dua status fesbuk yang mengancam ni aku petik dari fesbuk Pidomat, penulis buku Proletar 2 Menara , yang terkenal sebagai 'Takafulman' dan Pipiyapong, saorang lelaki luar biasa dari Kuala Lipis. Kedua-duanya kawan aku dalam fesbuk dan tak pernah berjumpa secara muka ke muka.

         Berkenaan video kes buli di asrama sekolah entah mana,yang menjadi 'viral' pada minggu ini, aku malas nak memberi komen panjang sebab dulu pun aku pernah bersekolah asrama dan bezanya, dulu kejadian berlaku waktu malam dan tiada siapa yang rajin dan bodoh untuk buat rakaman video.

         Status dari Pidomat :

          Ni aku senaraikan sebab sebab yang membolehkan kau kena tabuh masa zaman aku sekolah dulu:
1. Tak panggil 'abang' kat senior
2. Selisih tepi senior tak bagi salam.
3. Terembat selipar senior. Samada di surau mahu pun di dorm.
4. Ter-usha kerek kat senior
5. Jadi adik angkat kakak senior dan senior yang nak tekel makwe tu tak puas hati.
6. Potong barisan dewan makan padahal kau baru tingkatan bawah.
7. Report pasal senior fly/merokok pada warden.
8. Disyakki homo
9. Mencuri
10. Kau budak baik, tak buat benda 1 sampai 9 tu pun, tapi muka ko Tuhan dah jadikan memang siapa tengok pun akan jadi bengang dan rasa nak tendang.

Lain lain kau orang tambah lah.

          Status dari Pipi :

            Budak asrama yang belasah junior ni biasanya sebab diorang lapar aje. Dewan makan pulak masak entah apa apa tak sedap langsung. Kalau kenyang dah tentu diorang baring layan radio bateri ketuk.


KAH KAH KAH
     

Monday, October 20, 2014

Raya Haji 2014

Catatan ni aku tulis di status fesbuk, satu atau dua hari selepas hari raya Aidiladha 2014 yang lepas.

" Abah ada di Kemboja pada hari raya Aidiladha semalam.

Tolong -tolong apa yang patut untuk membantu kehidupan Muslim disana.

Semoga Allah mempermudahkan urusan Abah dan kawan-kawannya."

          Nak tulis banyak tentang pengalaman abah di Kemboja, tapi baru dapat sedikit info berdasarkan cerita dari mak tempohari. Ada lebih kurang 65 ekor lembu selamat dikorbankan oleh geng-geng abah semasa disana seramai 12 orang.Ini merupakan pengalaman Abah yang pertama melakukan program korban di Kemboja.

          Kerja-kerja pengagihan daging korban, melapah, memotong dan sebagainya mendapat bantuan dari penduduk Islam Kemboja di sana. Abah cakap sedih melihat kehidupan Muslim di sana. Tertindas dan tak membangun. Memang di Malaysia pun masih ada, namun tak seteruk apa yang berlaku saperti di sana.

          Abah habaq, kehidupan disana semacam kehidupan di kawasan kampung sekitar Malaysia seawal tahun 60an dahulu. Ramai kanak-kanak hidup tanpa berselipar/kasut. Keadaan agak kotor.

          Selain melakukan program korban, duit lebihan juga (disebabkan harga lembu disana lebih murah berbanding di Malaysia, sekitar RM1800 seekor) diinfakkan untuk dibuat rumah penduduk miskin, memperbaik rumah, memperbaiki jeti nelayan Muslim, memperbaiki bot dan lain-lain.

        Ada berita yang kurang enak juga didengar. Ramai juga ustaz-ustaz yang hanya sekadar mahu mengambil untung dengan melakukan program korban di Kemboja. Bukan setakat ribu, tapi berpuluh ribu ringgit punya keuntungan. Allahualam. Cerita ni aku belum dapat tahu secara bersemuka dengan Abah lagi.

         Semoga kita semua dapat membantu apa yang patut terhadap saudara-mara kita, terutamanya ahli keluarga yang terdekat. InsyaAllah.



Thursday, October 2, 2014

Kahkahkah. Subsidi minyak diturunkan lagi.

          "Berkuatkuasa pada jam 12.01 pagi, 2 Oktober 2014, harga minyak petrol RON85 akan dinaikkan dari RM2.10 seliter ke RM2.30 seliter. Harap maklom."

Kahkahkahkah.

Gambaq dibawah ni aku ambik dari laman fesbuk kelab Che Det. Baik dia punya perli, tapi ada juga yang tak paham maksud dia.

          Justeru, di sini aku nak menjual produk terbaru, untuk mengambil peluang sempena penurunan subsidi minyak petrol dan projek rasionalisasi subsidi oleh kerajaan.

          Jom. Mai mai. Ada sesiapa mahu beli 'pil penjimat minyak petrol' dari saya?

Hanya perlu tarok dalam tangki minyak kenderaan sabelum isi. InsyaAllah mujarab.

          Penggunaan minyak hanya 10 hinggit dari Bukit Kayu Hitam ke Pasir Gudang. PM saya dengan kadar segera jika mahu.

Thursday, August 28, 2014

Salam 4-0 dari MK Don, cerita dari Kulai Jaya dan kapal tenaga dari Turkey

          Sebagai saorang peminat dan penyokong kelab bolasepak paling power di dunia yakni Manchester United, trurun naik prestasi pasokan adalah amat diberikan perhatian.

          Aku tengah serius ni. Semalam Manchester United kalah 4-0 dengan kelab MK Dons,sempena kejohanan Piala Capital One. MK Dons? Melalui pembacaan, gaji bulanan setiap pemain MK Dons bersamaan dengan jumlah gaji mingguan Van Persie dan Wayne Rooney. Apa ada hal.

Tapi aku steady aja. Adalah tu perancangan dan taktik psikologi dari Van Gaal. Hangpa kena rileks saja dulu. Tenang. Kalau kalah, kita kritik la lagi nanti.

******

         Berita dari Kulai Jaya, Johor. Aku berpeluang menonton berita di televisyen selepas maghrib dua hari lepas, berkenaan kejadian rusuhan oleh sekumpulan warga asing di sebuah kilang di Kulai Jaya.

Status fesbuk aku, sebab malas untuk menulis panjang-panjang :
Sekumpulan pekerja kilang warga asing; majoriti dari negara Nepal, Myanmar, Kemboja dan lain-lain membuat rusuhan di sebuah kilang bertempat di Kulai Jaya; lapor berita Tv9 tadi.

Komentar gua:
Majikan yang bertanggung jawab, jangan membuat aniaya dan berlaku zalim kendatipun terhadap warga asing.Hormatilah hak sesama manusia.

Untuk mengetahui laporan dan maklumat yang lebih saheh, sila ikuti di laman-laman berita utama di Malaysia.Allahualam.

******
Sebuah kapal pengangkut membawa penjana kuasa elektrik ke Gaza dari Turkey.

Pada minggu lepas, kerajaan Turki telah bersetuju untuk menghantar sebuah kapal pengangkut yang menampung stesen janakuasa elektrik ,yang berkapasiti 100 megawatt;untuk di tempatkan di persisiran pantai Gaza.

            Ini adalah bertujuan sebagai pembekal elekrik sementara selama 2 atau 3 bulan bagi menampung bekalan kuasa elektik di kota Gaza, berikutan kerosakan 10 stesen janakuasa elektrik di Gaza,akibat perang dengan Israel.

            Semoga Allah S.W.T merahmati usaha mereka dan memberi perlindungan kepada rakyat Gaza dan umat Islam khususnya.

Sumber :http://www.dailysabah.com/energy/2014/08/20/turkey-set-to-send-floating-power-generator-to-gaza


Monday, August 11, 2014

Tabligh

              Sabtu lepas, aku turun kota metropolitan Selama, Perak. Tanah tumpah kelahiran aku tu. Ada kenduri kahwin kawan sekolah rendah aku, Akmal. La ni dai dah jadi Pegawai Peladang. Hebat tak hebat cakap hang. Tanya sahaja apa benda pasal perladangan;hortikultur, antropologi, komoditi -semua dia boleh jawab. Hebat tak hebat habaq hang.

Kenduri kahwin pun sampai tema warna hijau. Memang perladangan punya orang. Respect.

            Majlis walimatul urus ni juga mempertemukan aku dengan beberapa kawan lama sekolah rendah yang lain, antaranya Huzaimi, Azwar, Nadia; yang juga saudara aku dan juga Mat Ramli. Mat Ramli ni memang 'legend'. Lama betul tak berjumpa dengan dia.

           Dengar khabar paling akhir dulu, kawan lain ada cakap yang Mat Ramli ni ada 'join' tabligh. Bagus betul. Alhamdulillah. Sampai Pakistan atau India itu aku tak pasti.

          Untuk menjawab persoalan yang terbuku di pikiran aku selama ini, aku pun bertanya Mat Ramli. Sambil tanya tu aku 'pass' anak kedua aku, Muhammad Akif kepada dia. Suruh dia pangku atau dukung pulak. Lenguh woi nak sembang panjang sambil dukung anak. Dia pun aku tanya masih solo dan aku perati tengah bertangan kosong ketika itu. Maklumlah, baru lepas pekena rokok.

          Ya, Mat Ramli mengaku dia pernah ikut serta kumpulan tabligh. Sekarang ni tak dah sebab dia sibuk buat kerja-kerja kampung. Apa-apapun, semoga maju jaya dan semoga rezeki mendapat keberkatan dari Allah s.w.t.

         Secara auto juga, kesah tabligh ini mengingatkan aku tentang kegiatan tabligh semasa aku di bangku pengajian dulu. Di Gambang, Pahang.

         Satu persoalan; zaman study dulu, kalau geng tabligh mai ketuk bilik hangpa, apa hangpa bikin? Sila jawab dengan jujur sekadar termampu.

         Ada aku teringat taktik yang pernah aku buat ialah, kucar kacir kacir cari gayung dengan pakai tuala siap dan bersedia untuk mandi. Ada juga beberapa kawan lain yang siap tutup lampu, kunci pintu dan mengawal pernafasan untuk mengelakkan bilik dikesan ada orang.

          Yang paling kejam juga ada yang perlahan lahan keluar dari bilik untuk kononnya menjawab telefon, padahal tak ada orang call, sambil buat-buat ada urusan penting. Masa tu geng tabligh dah nak start bagi ceramah.


             


Thursday, July 24, 2014

Doa buat Palestin dan seluruh umat Islam

Allahumma mansurna ikhwana muslimin wa'mujahidin fi Palestin wa fi Gazza wa fi Syams wa fi Rohingya wa'fi kulli makan wa'fi kulli zaman.
(Ya Allah tolonglah saudara islam kami dan juga para pejuang-pejuang islam di Palestin, walau dimana mereka berada dan juga di setiap waktu)

Ya Allah waya hazimal ahzab
(Ya Allah yang menewaskan tentera ahzab)

ihzimhum Ya Allah ...
(kalahkan mereka Ya Allah)

ihzimhum Ya Allah..
(kalahkan mereka Ya Allah)

ihzimhum Ya Allah..
(kalahkan mereka Ya Allah)

wansurna alaihim ya Allah..
(Menangkan ke atas kami Ya Allah)

wansurna alaihim ya Allah..
(Menangkan ke atas kami Ya Allah)

wansurna alaihim ya Allah...
(Menangkan ke atas kami Ya Allah)

Aamiin ya Rabbal A'lamiin..

Friday, July 18, 2014

Doa untuk MH370, pray for MH370


132 hari selepas misteri kehilangan pesawat Malaysia MH370, kini digemparkan pula dengan tragedi pesawat Malaysia MH17.

Innalillah hi wa inna ilai hiroojiuun. Allahuakbar.

Spekulasi ?
Punyalah belambak. Konflik Russia-Ukraine, konspirasi Amerika, rancangan dunia baru Illuminati, kaitan perang Iraq-Iran, terrorisme, kumpulan pemisah Russia nak bunuh Vladimir Putin.

Engkau tadah telinga dan mata sahajalah. Hadaplah puas-puas.

Kalau engkau dah muak, aku sarankan tutup sahaja alat komunikasi yang kau ada.

Whatsapp aku pun dah penuh ni. Dah tahap beribu-ribu.

Cumanya kali ni, tragedi kapal terbang Malaysia tiada terlibat dalam kancah misteri. Memang terbukti jatuh terhempas. Bangkai pesawat nampak. Persoalan lain masih dalam siasatan. Alhamdulillah.

Sebagai penutup, aku petik status Daniyal Kadir,orang yang aku ikuti laman fesbuknya. Semoga roh-roh mangsa mendapat pengampunan dan rahmat dari Allah S.w.t. InsyaAllah.

"Kalaulah yang menembak MH17 ini Islam sudah tentu akan dikatakan angkara militan/pengganas. Tapi kerana yang melakukakannya ialah dari Eropah maka hanya digelar sebagai separatist rebel. Sedangkan tragedi ini ialah satu bentuk keganasan terang-terangan tidak kira apa pun alasannya."

ihsan Daily Mail


Tuesday, July 15, 2014

Ketidakadilan terhadap Gaza

          Sekarang ni 'scene' Pray for Gaza tengah 'up'. Makanya, aku pun nak 'up' sesuatu jugalah berkenaan Gaza.

Selalu sembang bola dan piala Duniawi saja. Pasokan German pun dah menang.Kang tak pasal-pasal kena cop tak sensitif pula oleh sebilangan pihak. Tapi aku peduli apa. Dah nama manusia, memang senang lupa.

          'Scene' Pray for MH370 apa cerita? Dah 129 hari berlalu ni.


Friday, July 11, 2014

Gelandangan, Gaza,Gasak dan Germany

          Banyak betul berita yang aku baca dan dengar,tapi dalam masa yang sama tak dapat nak buat komentar satu persatu. Jadi, aku simpulkan dengan tema 4 G ; Gelandangan, Gaza, Gasak dan Germany.

Gelandangan

Ku Nan bagi aku seorang yang sepatutnya cukup pintar dan boleh pikiaq dahulu sebelum membuat apa-apa kenyataan pasal warga gelandangan. Kan dah kena. Member aku, Firdaus Aripin yang 'lead' Project Help untuk bantu gelandangan,anak yatim dan sebagainya dari tahun 2012; memang tak puas hati juga dengan Ku Nan ni.

Gaza

Beberapa hari lepas , Gaza kena bedil lagi. Sama saperti Ramadhan tahun lepas. Kempen boikot barangan dan produk zionis Israel laknatullah bermula. Ada yang kata kempen bermusim, ada yang ambil pot, ada yang kata boikot ni projek pembodohan dan ada yang 'share' Save Gaza apa bana semua di media sosial, tapi buka posa di MekDonald. Maafkan aku wahai saudara seIslam di Gaza dan warga Palestin di sana. Aku hanya mampu berdoa dan menderma.

 Gasak

Kes bunuh banyak betul. Kau gasak anak kau sampai mati sebab dia nak kerja. Itu baru satu. Yang gasak dan bunuh kanak-kanak untuk jual organ ada lagi. Cerita remaja OKU terbiar pun ada.

dan yang paling hangpa semua tak perlulah nak bergaduh dan risau sangat,

Germany

Ya, pasokan bola sepak German kuat dan berjaya ke perlawanan akhir  Piala Dunia 2014. Kenyataan bangang Bung Mokhtar pun boleh tahan juga. Aku sokong Belanda dan Algeria untuk edisi kali ini. Satunya sebab faktor Van Gaal, dan satunya sebab Algeria ramai pemain beragama Islam.

Haa. Ni kes pegawai diplomatik Malaysia didakwa menceroboh rumah dan melakukan serangan seksual kepada saorang wanita warga New Zealand di Wellington ni, apa cerita?

Friday, June 27, 2014

Ramadhan 2014

Dipetik dari laman media sosial fesbuk aku;

'Bulan puasa,yakni Ramadhon,dah nak mai tak lama lagi.

Hangpa semua tunggu ajalah. Tak lama lagi penuh la ruangan fesbuk dengan gambaq makanan,jemputan iftar, update boikot kurma dari Iran sebab syiah, hadis palsu pasal terawih, isu batal puasa ka tak sebab korek hidung, sahur kat mana sedap,isu kereta jenazah untuk orang tak puasa,baazar mana nak pi, iklan kuih raya dan baju raya,pelbagai hukum dan fatwa, berdebat pasal tengok bola masa puasa dan macam-macam lagi.

Itu yang gua agak aja la.'

-Anonymous-

Owh. Aku lupa lagi beberapa perkara penting menjelang Ramadhan.

Kerajaan akan pastikan bekalan minyak, santan, ayam dan apa bana lagi barangan mencukopi menjelang sambutan Aidilfitri nanti.

Penyeludupan mercun dan bunga api merentasi sempadan Thailand berjaya ditumpaskan dengan jayanya.

Mangsa mercun buatan sendiri dikejarkan ke hospital pada hari kedua bulan Ramadhan.

Beberapa komentar daripada sahabat fesbuk;

YG : Pas tu jualan kuih rancak dan isu balik kg siapa dulu

AM :Hari first puasa dah main lagu raya

SM :Puasa ni, gua nak hantar annual leave kat mark zuckenberg. Cuti berfacebook. Harap dia paham, gua taknak gangguan daripada gambar2 iftar/sohoor ni...

FJ :yang pasti.syaaban..ramai pakat2 kalut posa ganti



Selamat menunaikan ibadah berpuasa kepada semua orang Islam. Semoga kita memperoleh taqwa dan pengampunan dari Allah S.W.T. InsyaAllah.

Friday, May 30, 2014

Demam dan kehidupan

Innalillah hi wa inna ilai hi roojiuun.Sultan negeri kelahiran aku, Sultan Azlan Shah mangkat. 2 hari lepas.

Isu Cadbury, ada dikesan ada DeoxyriboNucleic Asid dalam cokelat kegemaran tu. Yang terbaru, majlis Fatwa dah bagi kelulusan dan disahkan halal. Jakim mana, Jakim? bila mau buat sidang media?

Kesah 2 ekor panda dari China. Komentar aku - dua-dua binatang tu comel. Rasa macam nak 'kidnap' dan hadiahkan kepada Adelia.

Dyana Sofia. Calon PRK Teluk Intan yang mewakili DAP. Suatu pembaharuan yang membuka mata banyak pihak, terutamanya bagi golongan lelaki. Cun jugak minah tu, tapi tak boleh lawan Sorfina.

Perkembangan MH370. Hari ni dah masuk hari yang ke 84. Apa jadi aku pun tak tau.

Ya.

Ada benda lagi best untuk diceritakan.

Alhamdulillah. Sorfina telah selamat melahirkan anak kedua kami pada tanggal 20 Mei lepas. Tu yang aku sibuk yang amat. Selamat dilahirkan secara pembedahan caesarean. Kali ni, aku tengok dan perati para doktor duk bedah perut Sorfina dari mula sampai habis jahit. Kecut jugak, tapi layan aja la.

Tahan juga la mata sebab dulu masa kecil aku pernah berimpian nak jadi doktor. Tapi sebab bangang biologi, tu yang terbantut impian.

Hari ke 7 lahir, sekali anak bongsu aku ni demam. Disyaki dapat demam dari kakak dia, Adelia. Sekarang ni dekat hospital Kulim dan keadaan bertambah baik dan pulih setelah 4 hari disana. Alhamdulillah. Jaundice pun dah reda.

Rindu betul aku sama Sorfina dan adik Adelia. Haritu masa duk tukar lampin adik, dipancutnya tangan aku dengan kencing dia. Tak sempat nak bertahan ,bai.

Alahai. Semoga balik rumah cepat.