Sunday, February 27, 2011

80-90an punya cerita - Definisi "Dasar pandang ke Timur" masa kecik-kecik


            Jangan main-main sama itu Gaban. Karang tak pasal-pasal kena potong 2.Aku pernah ponteng kelas agama petang lepas tu tengok Gaban dekat TV2, tak silap aku ditayang setiap hari Khamis pukul 4.30 petang. Pukul 4.00 sebelum tu ada Kesatria Baja Hitam. Itu pun hero aku jugak.

         Akhir kata, "Bertukar menjadi Space angkasa Gaban", getus aku sendirian sambil tengok Liverpool kena tapau dengan West Ham 3-1 dekat Upton Park. Apa ada hal??

Saturday, February 26, 2011

PRK lagi, dan lagi, dan lagi...N28 Kerdau dan N27 Merlimau

           Berapa punya banyak daaa pilihan raya kecik tahun ni. Baru bulan Februari dah masuk 3 kali PRK berlangsung, dan yang paking terbaru dekat Kerdau, Pahang dan  Merlimau, Melaka. Berapa banyak duit rakyat daa habis nak buat PRK ni. Naharrom.

         Macam biasa, prediksi aku, Parti Bini Najib menang bergaya di kedua-dua DUN. Itu prediksi aku la, berdasarkan lokasi dan sejarah pilihanraya terdahulu. Melaka dengan Pahang tu beb. Memang kubu kuat United Malay National Organization dan Parti Bini Najib secara amnya.Apa-apa pun, menang jadi arang, kalah jadi abu. Rakyat jugak tak kemana apa -apa pun.


United Malay National Organization yang diwakili Syed Ibrahim Syed Ahmad vs Hasanudin Salim dari Pas untuk PRK Kerdau


United Malay National Organization yang diwakili Roslan Ahmad vs Yuhaizad Abdullah dari Pas untuk PRK Merlimau





Photo credit : http://www.malaysiakini.com./

Fixtures yang yang kerajaan harus ambil berat

            Dah lama aku tak rasa nikmat-nikmat jadual 'game -game' macam ni. Kau tunggu, kau tunggu.Aku sampai nanti dekat stadium korang. Waspada. Itu je nasihat aku.




           TBC? Arsenal vs Lorient, takkan la nak pikir-pikir lagi, sah-sah la aku prefer Gunners yang go thru. Kalau team Wenger ni kalah pulak second leg dengan Lorient memang bangang la tak tau nak habaq macam mana dah.






source credit : http://www.manutd.com/

Friday, February 25, 2011

Sayonara Mr Colonel's Coup d'etat !!!

           Aku tau la hang stailo, itu aku akui, tapi rakyat hang dah tak mau sama hang, so nak buat macam mana. Stailo bukan la penentu masa depan karier diktator hang.Hang dah boleh berambos dari hang punya Libya. Cilakak punya pemimpin. Kuasa rakyat tunjukkan hang punya jalan keluar. Chitttpoorah. Pegi jalan daa...

          Macam mana hang buat dekat si Deris tu dulu, sekarang hang rasakan la pulak. Karma Police dah cari hang sampai lubang biawak, apa lagi, cabut la!!


Colonel stailo bak datang yang sanggup mengebom rakyatnya sendiri. Lahanat sungguh.



Tunisia -> Egypt -> Bahrain -> dan mangsa seterusnya, Libya


Ingat satu je pesanan aku, 1Malaysia tetap dekat di hati aku selamanya walaupun aku akan digulingkan nanti


''Gua gerak dulu, babai rakyat-rakyat jelata ku sekalian!" - Gaddafi









Photo credit: 
http://www.nytimes.com/2007/12/11/world/europe/11france.html?_r=1 
http://www.google.com/
http://parlourmagazine.com/wp-content/uploads/2009/09/mumaaar.jpg

Thursday, February 24, 2011

Menyahut seruan Datuk Seri S Samy Vellu

           " Marilah kite semua menderma dare"
           " Diingatkan kepada semua worang-worang mude untuk tidak menghisap dade"
                                                                              - DS Samy Vellu

Hebat, cukup hebat bagi aku DS Samy ni. Uban sepatah urat pun tak ada. Mesti dia suka menderma 'dare'.


            Entah betul ke tu Samy Vellu punya quote aku tak berapa pasti.Apa yang nak aku tekankan dekat sini adalah tentang saranan Samy yang pertama tu di atas.Entah apa hal semalam, aku semacam terpanggil untuk menyerah dara-h aku buat ke dua kalinya dalam hidup untuk didermakan kepada mereka-mereka yang gamaknya dahagakan darah serta kasih sayang.

            Selari dengan gagasan 1 Malaysia dan Islam Hadhari,disamping menyahut seruan legenda menteri Kerja Raya terhebat yang pernah dihasilkan gohmen, Samy Vellu,aku dengan rasa ringan tulang pergi ke tempat menderma darah di tempat yang disediakan oleh kompeni.


******

           Aku masuk ke tempat derma darah dengan perasaan gemuruh. Agak lama tak buat benda-benda ngeri macam ni. Lepas isi borang, aku dapat nombor. Aku tengok ada 3 kaunter diorang sediakan.

          Dekat kaunter pertama, misi /nurse tu 'check' aku punya berat dan cucuk jari aku sebab nak tau kelas dara-h. Darah aku score A.Hmmm, mengagumkan lagi impressive, getus aku sendirian. Angka 65 kati terpampang dekat penimbang.

         Gerak pergi kaunter dua, dokter perempuan India muda cun 'check' blood pressure level (BPL) aku. Impressive sekali lagi dan dengan senyuman manja dia berkata dekat aku,

   " Blood pressure saudara dalam condition tip top dan cargas, 130/80 mmHg."
   " Bagaimana pula dengan tahap hemoglobin saya cik doktor?" tanya aku kat doktor,dengan gaya bajet pernah belajar medic dulu-dulu.
   " Tahap hemoglobin (g/dl) copper sulphate tenggelam, Hb > 12.5g/dl. Haemocue anda berada pada paras 12.9.", dokter tu balas.

Sampai situ aku dah tenrnganga dan haramjadah tak paham apa. Tapi,dengan sepantas kilat aku buat muka paham dan yakin, nak kaver sebab tak mau bagi malu kompeni.


         Dekat kaunter tiga, aku kena ambik 'blood bag'. Nak kena isi dara-h dalam tu. Sekali lagi aku buat-buat curious case of Benjamin Butang. Aku tanya uncle India jaga kaunter tu dengan muka garang.

      " How long the blood that have been donated will last?do they have the expire date?" kecek aku dalam Inggeris.
      " Owh, depend on the type of blood bag we use. There are 2 types, one can endure until 42 days and the other one can last for 35 days", kecek uncle tu pulak.
      " Ooooowh", balas aku dengan muka puas dan gaya yang cukup intelek lagi interlok.

******

         Giliran aku dah nak sampai ni. Entah kenapa ketar lain macam je ni. Jantung aku dup dap dup dap secara kencang sejurus kena panggil untuk berbaring atas katil tu.Aktiviti sedut bendalir badan akan bermula sebentar lagi. Aku tutup mata buat -buat 'cool'.

Tuesday, February 22, 2011

Bahana saman ekor

           Kepada semua rakyat 1 Malaysia, diingatkan supaya bayar segala saman tertunggak hangpa sebelum 28 Februari ni. Sebaik-baiknya, adalah wajar lagi mulia jika duit-duit saman itu diniatkan sedekah kepada mereka yang lebih memerlukan, lebih-lebih lagi kepada gohmen 1 Malaysia. Duit tu boleh la gohmen guna pakai dan disalurkan untuk pilihanraya kecik mendatang, bina menara 100 tingkat dan juga sebagai duit shopping FLOM.

           Nak tau lagi lanjut, korang boleh cekidout dekat :
 http://pmr.penerangan.gov.my/index.php?option=com_content&view=article&id=7508:soalan-lazim-saman-ekor&catid=221:info-ringkas.



Saudara Nurdin dengan rela hati menderma RM150 kepada PDRM tadi.


Monday, February 21, 2011

80-90an punya cerita - Dari Jemapoh ke Manchestee

           Cerita ni aku tengok masa Form 5, sekitar 2002. Memang tak up to date langsung. Cerita keluar dah lama, tahun 2001, tapi yang lagi naharrom, sebenarnya cerita ni dah keluar lagi lama sebelum tu. Aku tengok pun pasal satu sebab je, sebab ada 'relate' dengan Manchester. Cilakak.

          Aku ingat watak Yadi je dalam cerita ni, sebab dia minat Manchester dan nak sangat jumpa dengan George Best (R.I.P). Pele Good, Maradonna Better, George Best. Nuff said.Gila betul mamat ni. Minat punya pasal, tempat jauh-jauh pun kau nak pergi naik kereta. Apa kejadahnya? Tapi semua ni pasal 'courage' beb. Memang true dia punya mesej.

Kisah 2 anak muda yang bersemangat waja





Sunday, February 20, 2011

Antara dua darjat dan dua syaitan merah

          

           United mara ke pusingan ke lima tahun ini dengan perlu menghadapi Crawley Town FC.Crawley Town F.C? Waddehek. Serius tahi aku tak pernah dengar nama pasukan ni sebelum ni. Memang sebuah pasukan yang amat misteri dan wajar diambil perhatian. Mana tau kalau-kalau berjaya membuat kejutan budaya di Old Trafford malam ni. Nasib baik dapat tiket 'free' tadi, ada 'ulat tiket' tu belanja aku tadi, ada lebih katanya.


Apa pasal dua syaitan merah bertembung sesama sendiri ni? Apa ada hal?


           Crawley ni bermain dalam liga 'Conference' (sehingga catatan ini ditulis). Kaji punya kaji, liga 'Conference' ni taraf dia macam ni; juara liga Conference --> promoted to League Two' then jadi champion League Two ---> promoted to League One ---> Menang League One, promoted to Liga Championship ---> menang Liga Championship; baru lah boleh promoted ke kancah Premier League. Senang kira, Crawley Town ni main dalam 4 liga di bawah Premier League. Memang antara dua darjat disitu. Pundek betul.


           United jangan ambil mudah. Apa-apa pun,mereka juga Syaitan Merah. Lahanat. Macam mana boleh nickname sama aku pun musykil. Kalau Darron Gibson dapat first eleven game ni, memang aku syak sesuatu.Ya, memang Pak Alex ambik serius game ni kalau Gibson masuk first eleven. Hak tuih.

Crawley Town FC pun ada Torres beb. Dengar kata, dia ni satu ibu susuan dengan Nando Torres. Dengar kata la.


******

          Tak payah menang banyak-banyak. Karang cakap menghina team lawan pulak. Bagi sebijik dah cukup. Buat apa nak letih-letih, injured-injured. Banyak lagi game lepas ni kena main. Gol 'rare' dari Brown dah cukup untuk malam ni.

Wes Brown. Penjaring gol tunggal  perlawanan dan juga peminat nombor satu cokelat kek brownies.


Sementara itu pula, di kem Chelsea, beberapa jam sebelum start game United tadi....ayuh, kita jenguk mereka.



|
|
|
|
|
|

|
|
|

|
|
|

|
|
|

|
|
|

|
Apa kes ni kalah kat Jambatan Stamford, dengan Everton la pulok. Sabaq na.





Friday, February 18, 2011

Futsal di gelanggang berspesifikasi FIFA

           Aktiviti malam Jumaat kebiasaannya diisi dengan bacaan Yasin, tetapi malam Jumaat kali ini aku dan beberapa teman lari sedikit daripada stereotaip. Berpegang pada prinsip sukan itu juga ibadah, malam Jumaat kali ini kami penuhi dengan bersukan, yakni bermain futsal. Harus diingat, prinsip sukan itu juga ibadah menjadi tunjang kami semua. Badan yang sihat, minda cerdas, ibadah juga bertambah. Tak gitu?

           Seawal 8 malam lagi beberapa teman sudah berada di A One Futsal Centre, Kelang Lama, Kulim. Ini merupakan kunjungan pertama kami ke pusat futsal terbaru dan tercanggih di Kulim(yang baru dibuka pada tahun 2011 ini. Bangga sungguh kami). Begitulah seperti yang dirancang, namun kekurangan nilai-nilai kepatuhan terhadap masa bak orang Jepun masih tersemat di dalam diri aku. "Takpa la, lambat 5 minit", getus aku. Chaitt. Macammana la nak Kedah Maju 2010 aku ni. Apa ada hal? Aku pikir nak guna alasan 'jalan jam teruk' untuk sampai lambat sebagai alasan yang paling munasabah sebab Kulim kan bandar yang sibuk sesibuknya.

Gelanggang A-One Futsal Centre yang katanya menurut spesifikasi FIFA..


   .       Sebagai kapten merangkap pengutip duit futsal selepas tamat permainan, Enip si papa Naufal dah sampai dulu. Turut sampai awal ialah saudara Nizam si papa Nuqman dan juga Akhmal si papa Adam. Terdapat persamaan disitu. Sila pikir sendiri. Pikir aku, menjadi papa(maksud aku ayah, bukan papa = miskin), menjadikan seseorang lebih menepati masa dan lebih berdisiplin. Harap aku begitu juga suatu hari nanti.


Sekitar 50an-60an dulu, pasukan ni memang antara pasukan belasahan terkemuka....


Kini, mereka bukan lagi pasukan belasahan. Lihatlah sahaja gaya 'stretching' Enip yang meyakinkan, ditambah wajah ceria ahli pasukan yang lain...


           Malam bertambah hangat dengan kehadiran beberapa tonggak pasukan (yang hampir-hampir menyarung jersi pasukan Harimau Malaya yang dijual di Padang Besar) seperti Din NGBA, Suhaimi, Aidie 'Dead ball specialist', dan juga Raul 'Azhar' Meireles yang menyusul selang beberapa minit selepas itu.

Raul 'Azhar' Meireles.Katanya kem Liverpool makin utuh di bawah bimbingan King Kenny. Bakal menamatkan zaman solo beberapa purnama lagi.


            Kehilangan beberapa pemain utama pada edisi futsal kali ini menyebabkan kami bermain secara format 4 lawan 4. Tak mengapa pikir kami. Secara tidak langsung kami dapat menajamkan 'skil' kami dalam 'accuracy' sepakan bola ke arah tiang gol. Memang berbaloi dan tidak dapat dinafkan hasil permainan tadi.


           Kehadiran perancang tengah dari Terengganu, Naim si papa Syamil dan juga selebriti scene hardcore dan heavymetal tempatan, saudara Yadd 'Incarnation' di tengah-tengah permainan merancakkan lagi suasana, sekaligus, format permainan berubah kepada 5 lawan 5. Di sinilah kecekapan setiap ahli pasukan diukur untuk mengubah formasi dan 'positioning' dalam sekelip mata. Permainan secara aggresif mula dipamerkan oleh kedua -dua pasukan sambil berbalas gol tanpa mengenal erti penat lelah. Permainan turut dicemari dengan insiden 'tapak kasut futsal tercabut' oleh salah seorang ahli pasukan yang meminta namanya dirahsiakan. Beberapa sepakan secara rawak juga dilepaskan entah kemana, dan tidak termasuk beratus-ratus peluang keemasan untuk menjaringkan gol dilepaskan begitu sahaja.


          Tepat pukul 9, siren berbunyi. Wow, terpegun kami seketika. Perasaan macam berada di Balai Bomba pun ada. Rupa-rupanya, sudah tammat waktu permainan seperti syarat yang ditetapkan oleh pihak A One futsal centre.Kami tak peduli. Berpegang pada prinsip 'Last goal', kami teruskan juga permainan.


          Puas dapat main futsal malam ni.Harap-harap ada antara kami yang disenarai pendek untuk kelayakan mewakili pasukan futsal Harimau Malaya oleh 'scout-scout' yang seakan-akan bersembunyi di gelanggang sebelah sambil memerhatikan aksi lincah kami sebentar tadi.

Masing-masing sibuk membincangkan 'post-match' review dan 'rating' permainan masing-masing sejurus tamat permainan.


Bukti bayaran telah dibuat kepada pihak A-One. Kami berharap dapat membuat tempahan dan bayaran secara 'online' di masa hadapan,lantas meningkatkan 'efficiency' pengurusan pusat futsal tanah air.




Selain menurut spesifikasi FIFA, konsep sukan itu juga ibadah dapat dipraktikkan di A-One futsal Centre kerana memiliki surau.




Sunday, February 13, 2011

Kutujukan khas buatmu





Tiada kata secantik bahasa
Untuk ku puji adinda
Tiada gambar secantik lukisan
Nak ku tunjuk perasaan


Oh... dinda puspa gemala
Mengharum jiwa
Hmm...


Oh... dinda puspa gemala
Mustika kanda...


Walau musim berubah
Suasana bertukar
Tapi ikatan mesra
Sikit pun takkan longgar


Tiada kata secantik bahasa
Untuk ku puji adinda




(song from Monoloque, original from P.Ramlee)


Video credit : 
http://www.youtube.com/watch?v=oCCq1LmPq_o

Hanya ada satu pasukan di Manchester

        
         Selepas kemenangan Yob ke atas pasukan Jang tempoh hari di Ipoh (2-0), aku mula menginjak semula ke kancah liga perdana Inggeris.Hari ni kunjungan aku ke Old Trafford ditemani seorang selebriti rock tanah air, Ali TerraRossa. Bukan senang nak dapat ajak dia ni. Maklum la, jadual konsert dan persembahan fun fair memang penuh. Tapi disebabkan harini ada game derby Manchester, konsert tak konsert, rock tolak tepi sekejap.


         Macam biasa, Stretford End jadi tempat duduk kami. Cuaca agak sejuk sikit kat sini. Hujan renyai-renyai. Cancel plan aku nak beli air Pepsi sejuk dari KFC kat bawah tu. Ali TerraRossa cakap habis game baru lepak makan dan minum. Harus konsenteret pada game ni dulu, katanya dengan riak wajah yang serius. Aku akur sahaja, tanpa banyak soal.


Imbau kembali aksi terlarang semasa tahun lepas punya derby. Memang tepat pada Valentine kali ini. Adik-adik diingatkan untuk tidak cuba meniru aksi diatas semasa bermain bola.



         Pak Alex menggunakan formasi 4-5-1 untuk permulaan game ni. Hanya Rooney Hensem di depan. Berbatov direhatkan kali ni. Mungkin strategi counter attack akan diguna pakai. ManShitty dibarisi tonggak serangan dikepalai bekas pemain United sendiri yang berpaling tadah, Carlito Tevez. Tak pa kau, jangan harap nak gol.


         Dua-dua pasukan berbalas serangan, akhirnya United berjaya memperolehi gol sumbangan Nani pada minit 41. Assist daripada Rooney Hensem. Anak rusa Nani turut bergembira sambil melompat-lompat sambil membuat 'back flip'. Half -time, United 1 - ManShitty 0.

******

       Perlawanan separuh masa kedua dimulakan dengan tempo yang laju. United nak mencari gol kedua manakala Shitty nak mencari gol penyamaan. Nampak perbezaan darjat dan misi disitu. United agak goyah,dan akhirnya, bala muncul jua. United bocor. Gol pulak memang dajjal lagi naharrom. David Silva sumbat gol guna belakang badan.

       " Baru minit 65.Tak pa kau, satgi Rooney hensem mengamuk. Jaga korang", getus aku sendirian.

******

        Macam biasa, bounce back dari setiap kekalahan tu dah jadi culture pada pasukan United. "Republik of Mancunia - Red Army ", bak tulisan salah satu banner yang terpampang di Stretford End. Gol Rooney Hensem minit ke 78 memang tahap gaban dia punya lawa. "Stunner" bak kata omputih. Gol ala-ala gaya Marco Van Basten. Fans-fans kem Arsenal, Chelsea, dan Liverpool mungkin akan mengatakan bahawa gol Rooney Hensem ini hanyalah suratan atau kebetulan. Mereka barangkali cemburu dengan Rooney, yang juga pernah membintangi filem 'Shrek'.

            
       Jutawan Arab sedih pasukannya kalah. Dah bagi suntikan kewangan berjuta-juta pun tak boleh menang. Benarlah bak kata sorang pak cik tua yang kebetulan aku jumpa dekat parking kereta sekitar Altrincham tadi, "Hanya ada satu pasukan di Manchester, yakni United". Apa ada hal??


''Pak Alex, nampak hodoh la engkau ni tua ganyut duk terlompat-lompat. Ingat kubur tu sikit", tegur Mancini tidak puas hati.


Selamat datang ke Manchester. Aku dengan Ali Terrarossa kena lindung belakang banner tu. Cilakak betul.


Kemarau kejuaraan lagi nampaknya bagi pasukan Shitty milik jutawan Arab


Rooney Hensem. Penjaring gol kemenangan derby dan juga pelakon Shrek keluaran Dreamworks Animation.


    



Photo credit: 
http://www.sportydesktops.com/Wayne-Rooney-Manchester-United-Celtic-Champio/34819/
http://www.manutd.com/
http: www.soccernet.com/





Saturday, February 12, 2011

80-90an punya cerita - Bas mini dan aku

           Bandaraya Kuala Lumpur dan bas mini memang bagai aur dan tebing dia punya ngam dan kamceng sekitar zaman rock kapak era 80an dan awal 90an dulu. Aku antara orang yang dikira sempat merasa naik raja segala bas ni ketika zaman kegemilangan Din Dang dulu. Disebabkan duduk area Kampung Pandan (setinggan @ Sting Garden), bas mini #25 akan menjadi pilihan sebagai public transport teragung dan paling bajet di zaman tu.

           Mak ngan ayah aku tak ambik port sangat naik bas mini ni, tapi aku selalu naik bas mini ni kalau dah takda opsyen lain, macam teksi takdak atau duit tambang dah tak cukup. Selalu, aku dengan Farhani (sebab adik beradik tertua) akan jadi peneman Mak Njang aku naik bas mini kalau nak pegi Kolumpo time hujung minggu. Macam biasa, mesti la nak pegi tengok wayang dekat Odeon (area-area Campbell dengan Pertama Complex tak silap aku) atau pusing-pusing area CM. Masa tu BB dengan Lot 10 baru bukak. KLCC, Pavillion,dan sekutu dengannya mana ada lagi. Baru pecah tanah rasanya.

          Naik bas mini memang mencabar. Macam naik kereta rally. Kapasiti bas sepatutnya ~40 orang, tapi rileks je bas mini boleh sumbat lebih kurang 60 orang manusia pada waktu-waktu perdana. Naharrom punya drebar. Aku rasa depa kalau masuk rally mesti Sebastien Loeb sama dengan Colin Mc Rae tak boleh cari makan punya. Gerenti.

          Dengar cerita, bas ni Malaysia bagi dekat Sri Lanka lepas perkhidmatan ditamatkan tahun 1995. Hahaha. Memang wajar bagi sebuah bas berwarna pink ni untuk berhijrah ke sana. Lebih nampak jambu dan lebih metroseksual barangkali.

Pengangkutan awam paling hebat di Kuala Lumpur pernah ada dalam sejarah.



photo credit : http://rainbowbus.0catch.com/Malay/O309/1.htm

.

Friday, February 11, 2011

Impian masa zaman budak-budak



           Cilakak betul. Macam mana aku boleh pasang impian nak jadi macam Mark Dacascos masa kecik pun aku tak berapa pasti dan masih lagi menjadi teka-teki dalam minda aku, tapi cerita Only The Strong (Hanya Yang Kuat ) memang betul-betul padu dia punya kesan pada aku. Lepas ayah aku sewa 'video tape' cerita ni dekat kedai , aku rasa lebih kurang masa darjah 2, secara otomatik aktiviti petang aku dengan member-member taman diisi dengan aktiviti 'paranawe'.

            Paling penting, Mark Dacascos punya paranawe berjaya mencetus revolusi baru pada budak-budak taman aku, termasuk aku. Dah jadi culture. Siapa tak paranawe memang dia tak 'up to date' dan tak 'indie'. Kiranya macam culture 'shuffle' la zaman budak-budak sekarang.


           Penangan paranawe memang padu beb. Itu yang aku boleh ungkapkan.Bole rabak kangkang seluar aku sekarang kalau buat paranawe ni. Siapa nak jahitkan nanti? Aku pikir nak berparanawe pakai kain pelikat. Aleh-aleh lagi hebat sikit dari Mark Dacascos.







Video credit : 
http://www.youtube.com/

Wednesday, February 9, 2011

Benda taboo

         Taboo? ayaq tebu aku tau la. Apakah pakai kain pelikat kemudian pergi ke 'shopping complex' macam The Curve, Pavillion, dan sebagainya dianggap taboo? Atau mungkin membuka kedai peralatan pemuas nafsu secara terbuka dikira sebagai taboo?

        Mencarut itu taboo kah? Kalau aku cakap 'babi betul' time marah dekat siapa-siapa secara depan-depan, masih taboo kah? Cakap  "Buah engkau besarlah" atau dengan selamba cakap " Butoh" , masih taboo kah?

       Banyak sangat benda taboo ni dekat Malaysia, cuma orang sedar dengan tak sedar je. Apa- apahal, hormatilah sesama insan. Chalo.

Tuesday, February 8, 2011

Pengganti Van Der Sar

           Lupakan De Gea, Manuel Neuer,Rene Adler, Asenjo, Buffon, Sketelenburg, Reina hatta Khairul Fahmi Che Mat (KFCM) sekalipun. Keeper hebat lagi tabah yang maintain pro walaupun bininya diserang stroke dah ada pengganti baru.


          Calon dah ditemui. Memang pandai Pak Alex pilih calon. Bukan calang-calang. Bintang sensasi Hollywood. Owen nama dia. Rekod dia memang cemerlang lagi gemilang tak tau nak habaq mai. Dayyum.



"Aku memang ultra The Oranje dari dulu lagi," ujar Owen




"Cantik tak potongan rambut aku?" soal VDS sejurus tewas di tangan Wolves dua hari lepas





            Apa yang penting, bukan Markus.....


"Apa kalian bikin ribut-ribut disana? Janji bini gue tetap ganteng sekali" ujar Markus riang



          Alamak, Berbatov pun nak menyampuk pulak dah. Bagi can la sama hang Dimi.


Dimitar Berbatov, 19 gol setakat ini



"Apa ada hal? aku berlakon Ocean's 13 tak kecoh pun" ujar Berba








photo credit:
http://www.the-indonesia.com/read/full/news/entertainment/2010/11/26/that-national-team-goalkeeper-already-married.html
http://article.wn.com/view/2011/01/28/Lloris_seria_mais_uma_alternativa_para_substituir_Van_der_Sa/
http://infosport.onsugar.com/search/owen+wilson
http://www.reddevilfans.com/berbatov-is-the-godfather.html
http://longthrowins.blogspot.com/2010/08/200-best-players-in-world-76-68.html

Monday, February 7, 2011

Kisah seorang proletariat

           Hidup dalam sistem kapitalis ni memang merana. Sekarang baru orang nak sibuk beli dinar emas dan dirham. Aku pun dah nak terjebak, tapi tak cukup duit lagi. Arghh, kongkongan kapitalis lagi. Naharroomm.

          Jom 'recall' balik Rukun Negara...

1) Kepercayaan kepada Tuhan
2) Kesetiaan kepada Raja dan Negara
3) Keluhuran Perlembagaan
4) Kedaulatan undang -undang
5) Kesopanan dan kesusilaan


Persoalan dalam otak aku dari dulu sampai sekarang....

1) Macamana dengan rakyat Malaysia yang atheis,animisme etc?
2) Raja zalim, raja disanggah...ada sapa2 bran nak sanggah ka? Ulam Raja boleh la.Aku pun tak tau.
3) Luhur = kemuliaan,ketinggian...dari DBP punya laman web. Aku sebagai rakyat marhaen jelas ka semua benda pasal perlembagaan ni?
4) Daulat =wibawa, berkedudukan tinggi, berkuasa @ berhak sepenuhnya.  Betui ka undang-undang tak kenal siapa dekat Malaysia ni?
5) Rakyat Malaysia memang 'sopan' dan sungguh 'susila' sekali, terutamanya kat jalan raya. Macam aku. Macam mana nak bendung ni aku pun taktau. Haktuih.










photo credit : http://en.wikipedia.org/wiki/

Sunday, February 6, 2011

Operasi di Tahun Baru Cina I

Khamis. 3 Februari

            2:00 a.m , Pekeliling :  Operasi Serbu Sg. Petani (Ops Sesupe) dimulakan dengan mengambil salah   seorang ahli operasi yang baru pulang dari kem Kuantan. Ahli operasi terakhir ini selamat dan ceria untuk menyertai Ops Sesupe ini.

           3.30 a.m , Tapah :  Operasi  diberentikan sekejap kerana terdapat ahli pasukan yang menggeletar kesejukan  dan ingin pergi membuang apa yang patut. Aktiviti membeli buah-buahan tempatan seperti jambu madu, jambu batu dan lain -lain turut dilaksanakan dengan baik. Asam sebagai perencah lupa dibeli ketika itu.

           5.50 a.m , Selama :  Sampai di kem Mak Ndak. Ahli Operasi bercadang untuk tidak melakukan penyerbuan ke Kem Mak Ndak. "Biarlah mereka tidur dahulu" , kata komander. Ahli operasi menggunakan peluan yang ada untuk melelapkan mata di dalam kenderaan  sambil menunggu laungan azan di sebuah musolla yang berdekatan. Tunaikan kewajipan dulu, baru berkat, akur kami semua.

          
           6.20 a.m, Selama : Hasrat untuk menyerbu Kem Mak Ndak gagal. Kami telah di 'am-bush' oleh Mak Ndak dulu secara senyap. Pintu kenderaan kami di ketuk oleh beliau. Ahli operasi disambut bak wira di kem Mak Ndak. Opah juga ada disitu. Dia menyambut kami dengan gaya berbaring. Tak larat katanya.

          
          8.30 a.m, Selama : Kem Mak Ndak menjamu ahli operasi dengan juadah nasik lemak. Memang tak patut. Sebagai ahli pasukan khas, kami memang tak patut makan makanan yang berlemak di pagi hari. Tapi, apa ada hal. Petang ni kami bajet nak lari 20 round padang sebagai ganti makan nasik pagi tadi.


         11.30 a.m, Trans Selama-Kulim :  Perjalanan Ops Sesupe  dimulakan. Kami bergerak dengan menggunakan dua buah MPV, cukup untuk memuatkan 15 ahli operasi. Ahli operasi dari Kem Pak Cik Malik juga mula menyertai Ops Sesupe ini bagi meguatkan jentera operasi.




24 and still...alamak, beaten la pulok...tapi, apa ada hal??

       
          " Menang jadi arang, kalah jadi abu", teringat aku kata -kata sorang pakcik ni ketika aku duk tunggu kereta untuk diperbaik 'air cond'. Kiranya, Wolves jadi arang, United jadi abu.Aku terima kekalahan ni dengan rasa penuh keinsafan dan perasaan nur kasih. Dah la demam ni. Memang menyayat hati la jugak. Tak mau lagi riyak -riyak seperti post match 23 itu dulu. Haktuih.


           Ok la tu. Aku tak berkesempatan nak pegi Molineux disebabkan balik kampung. Match pun satu haram aku tak dapat tengok sebab Opah aku tak langgan channel sukan. Pada perhatian aku, opah aku hanya suka tengok Gerak Khas, Roda-Roda KL, Cerekarama, Akasia, dan yang sekutu dengannya.


           Gol Nani memang tak membantu pada awal-awal game. Anak rusa Nani tak kembang ekor lagi gamaknya. Tengok-tengok keputusan kem Arsenal, aku tersenyum simpul persis gadis yang mahu dipinang orang. Dah bagi 4 pun still nak tapau 4 lagi.

     
          Kahkahkahkahkah.Kasi gelak sama itu kem Arsenal. Kem United tak mau ikut you punya 'Invincibles'. Apa guna invincible tapi tak pernah menang Champions league dengan Club World Cup. (Sehingga catatan ini ditulis).


Aiseyman...camana bole kena dengan team Serigala jadian ni.Naharem.



"Aku rasa antara penyebab kekalahan United adalah sebab aku dah nak bersara gamaknya. Aku menyebabkan depa rasa sedih dan murung lagi moody", getus Neville.




Kita jenguk pula kem Arsenal.......

|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|








Photo credit:
http://www.dailymail.co.uk/sport/football/article-1302779/
http://sgforums.com/forums/2497/topics/415749

.

Tuesday, February 1, 2011

Memang pal@t

         

           Itu yang terbenak dalam otak aku lepas buka fesbuk. Nak konfemkan, bukak pulak MalaysiaKini. Nak sahkan lagi, semestinya dengan akhbar yang 'terbaik' sepanjang zaman,  Utusan Melayu yang meloya. Pundek. Memang ciput je artikel kalau harga minyak naik @ pengurangan subsidi gohmen kat Utusan. PM Rosmah dan bininya Najib tetap rileks dan chill. Tugas-tugas 'announce' pengurangan subsidi ni bagi kat orang lain.

         
          Pandai betul harga minyak RON97 ni nak naik tahun ni,mana taknya, birthday Kak Nad, Faiq dan cuti Hari Wilayah. Kita tunggu edisi 'pengurangan subsidi gohmen' yang seterusnya.Owh Malaysia ku...









Article credit :
http://milosuam.blogspot.com/2010/12/kenaikkan-harga-minyak-jawapan-awang.html
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0201&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_05.htm

Aku dan Kulim - episode II

         
           Hari Ahad memang satu anugerah bagi aku yang bermastautin di Bandar Metropolitan Kulim. Pegawai Daerah kena kerja, budak -budak kena pergi sekolah, posmen kena hantar surat, brader Jabatan Ukur dan Pemetaan kena pergi megukur tapi aku rileks dan tetap chill seperti biasa. Masih lagi berada atas tilam 'Toto' kepam aku walaupun dah pukul 10 pagi. Kompeni bagi cuti, maka aku patut bercuti dengan sepenuh hati.


         Sebagai golongan marhaen, hari Ahad memang sinonim bagi aku untuk pergi buang sampah. Tak jauh, tong dari dalam rumah, ikat, dan  letak ja dekat depan rumah. Brader Majlis pembandaran memang dah tau 'port' aku letak plastik sampah depan rumah. Tanpa mereka, nak harapkan siapa lagi? Memang aku respek la brader Majlis pembandaran. Kerja memang diselaputi bau busuk dan kotor, tapi kerja tu halal dan membantu membersihkan persekitaran. Korang memang 'true' hero.


          Aktiviti hari Ahad di Kulim minggu lepas aku penuhi dengan kunjungan ke Pejabat Pos Kulim. Macam biasa, sebelum ke sesuatu destinasi, aku akan membuat laporan ke cik pentunang. Bimbang bercampur rindu katanya jika aku tidak membuat laporan semasa.Bayaq bil 'utility' ni secara 'online' bagi aku kurang 'indie' dan kurang klasik. Bil air dan bil elektrik cukup. Yang lain semua aku bayaq menerusi hujung jari tangan. Dengan jari kaki, maaf, aku belum mampu dan belum cuba.

Pejabat Pos Kulim. Banyak menabur bakti kepada rakyat Kulim dan aku secara amnya.



Punggung aku sikit lagi nak naik kematu tunggu queue. Nombor ni kalau tikam dekat Da Ma Cai aku rasa boleh sipi-sipi nak menang. (Amaran: Judi adalah haram bagi penganut Islam)

            Setengah jam aku tunggu, ok lagi. Masuk minit ke 40, aku dah mula nak berhalusinasi. Tak disangka, secara kebetulan,aku ditemukan dengan Shah, bekas 'housemate' dan bekas teman tidur serumah aku. Pertemuan ini memang cukup membahagiakan aku. Shah baru sahaja menjadi bapa, dalam 3 bulan lepas. Aku dan Shah bersembang panjang, tapi bukan pasal bisnes juta-juta dan yang sewaktu dengannya. Aku pikir, lebih 'kaw' kalau ada teh tarik gelas besar panas -panas dan sepinggan roti bakar mengiringi perbualan hangat kami. Shah cerita pasal kereta dia kena sondol dari belakang semalam dan macam-macam karenah birokrasi yang dia kena lalui untuk buat 'claim'. Kesian jugak kat Shah ni. Tak palah, anggap lah tu semua ujian dari Tuhan kepada HambaNya.

          
           Shah blah usai urusan dia kat kaunter. Aku dah jadi bapak boring gaban semula duk tunggu dalam Pejabat Pos Kulim ni.Aku harus buat sesuatu demi masa depan aku. Teh ais mula bermain dalam minda aku. Aku ambik keputusan untuk tidak menaiki 'superbike' Kriss aku untuk ke restoran halal yang berdekatan. Menapak lebih baik.


Teh ais RM1.40 berjaya dibeli dari Restoran Nasi Kandar Pelita, Kulim. 


            Aku baru guna lebih kurang 12 minit untuk ke kedai mamak ni dan beli teh ais. Last tadi aku check, nombor giliran baru ja seribu dua ratus lebih. Kamera pulak dalam tangan. Aku pikir aku nak guna tangkap apa-apa yang patut. Tak payah DSLR, bisik aku. Compact lagi senang dan boleh buat baling anjing kalau terdesak.


Orang Kulim kalau tak tau lokasi ni memang wajar....wajar turun padang dan bersikap lebih prihatin demi Kedah Maju 2010.



"Lighting ok, perspektif cun, angle memang tepat. Nilai estetika memang tip top", puji Saiful Nang dengan brader Kukubesi kat gambar aku ni (itu aku meraban ja).



           Usai beli teh ais, aku menapak semula nak ke pejabat pos. Nombor aku tikam tadi dah nak kena rasanya.



Cik pentunang dan sekutu-sekutu rapatnya pernah menuntut ilmu di Hasani.



Vandalisme itu ART, getus aku. Sampai bila signboard ni nak wujud, aku nak rekod.



              Sampai ja kat pejabat pos balik, aku tengok nombor giliran, kemudian aku senyum puas.

           " Tikaman aku mengena kali ni." ujar aku.

           Check duit balik, usha bil, pastikan tiket  nombor tikam aku ada, kemudian aku gerak ke kaunter dengan gaya dan langkah bak pahlawan. Bagi salam, tunjuk bil,hulur duit (please give the change!), ambik resit, bagi salam semula dan akhirnya aku dah boleh berambus dari situ. Satu jam 15 minit telah berjaya aku harungi.

         

Babai pejabat pos Kulim. Senang- senang aku datang lagi nanti.