Wednesday, December 28, 2011

i feliz cumpleanos,my Nur Dini Sorfina! (II)

Sorfina,
Ingin aku luahkan padamu,
Engkau begitu bererti bagiku,
Ketelusan dan ketabahanmu,
Bagai telah melahirkan diriku,

Sorfina,
Aku ini bukanlah saorang lelaki romantis idaman wanita,
Bahkan sajak inipun kuciptakan tunggang-langgang -
kerana aku bukanlah Pak Samad Said,Usman Awang mahupun Shakespeare
Namun aku bertekad untuk mengarang sebaik mungkin,
Mungkin tarafnya sipi-sipi dengan Sonnet 18,

Sorfina,
Aku masih ingat ketika ulangtahun hari lahirmu yang sudah,
Ketika itu, kita belum punya ikatan,
Hang, hang, aku ,aku -bak kata orang Utara
Tapi, dalam diam aku memendam rasa
Akhirnya
Hari lahirmu sudah diraikan di dalam sabuah kompleks membeli-belah- jaadiilahh

Sorfina,
Tup tap tup tap
Setahun pun sudah berlalu,
Dengan izin Ilahi, kita disatukan -Alhamdulillah
Detik terbaik tahun Masihi 2011 dalam hidupku,
Detik terberat juga kerana pikulan amanah di bahu

Sorfina,
Banyak sudah kita tempohi bersama,
Ada masa susah - ada masa senang, ada masa damai- ada masa 'perang',
Detik sukar Ramadhan sudah-nikmat indah yang bukan semua orang perolehi,
Gejala 'Morning sickness' mu, menguji kekuatan diri,
Aku pohon kemaafan atas kekurangan diri sepanjang tempoh ini,
Janji aku padamu untuk memperbaiki diri,pada setiap detik,
Dengan izin Allah, aku berserah

Sorfina,
Perkahwinan ini 'guru' terbaik kehidupan kita,
Asam, garam, pahit, payau, tawar, masin kehidupan baru bermula,
Bagaikan rempah ratus dari Calcutta,herba dari Shanghai, serta Ajinomoto dari Yokohama,- Diadun bersama
Dari perutmu 'slim', hinggalah memboyot- yang peliknya aku pun alami sama,
Keindahan,ketenangan serta kesejukan yang terpamer dari wajahmu,
tetap menyinar bagaikan sang Suria (FM)
Lebih menyinar tika sedang mengendong cahayamata...

Selamat hari lahir, my Nur Dini Sorfina.
Semoga engkau terus dilimpahi Rahmat dari Allah S.W.T hendaknya....



Notakaki:
Lokasi penceritaan- Masjid Bandar Baru, Langkawi, Tasik Beris, Queensbay, Pulau Pinang,Kulim,  Seberang Jaya, Pandan Indah, Sungai Petani,Highway,Rantau Panjang,Pasar malam, pasar pagi, Christchurch, Selama,Papanui Road, Kuala Lumpur, LCCT, Kedah, Kilang, Ampang, Hospital, Jusco, Klinik, Restoran, Warung mamak,Kenduri orang-ramai, Ipoh, Puduraya, Malaysia dan bumi secara amnya.

Monday, December 26, 2011

Misi mustahil- Protokol Hantu

           Mission:Impossible 4-Ghost Protocol merupakan filem ke 2 tahun masihi 2011 yang aku tonton di pawagam. Bulan Januari lepas, aku telah menonton filem Hantu Kak Limah Balik Rumah yang mana ketika itu aku masih menjadi tunangan orang.

          Nampaknya, tahun masihi 2011 ini, filem yang aku tonton kesemuanya mempunyai hantu pada tajuknya.

          Sebelum menonton filem ini yang merupakan saranan Sorfina, aku segera menetapkan dan memutuskan dalam minda bahawa; 1) Amerika merupakan jaguh pengaman dan penyelamat dunia serta selain Amerika adalah penjahat, 2) Hero tak akan mati, dan ke 3) Tom Cruise pengamal Sciencetology memang masih kacak lagi bergaya orangnya.

          Mukaddimah filem ini dimulakan dengan baik sekali, yakni dengan adegan kejar-mengejar antara agen IMF dan beberapa orang jahat di Budapest, Hungary. Kehabatan serta ketangkasan agen tersebut hanyalah sia-sia kerana akhirnya mati ditembak dengan mudah oleh saorang wanita yang bermuka selamba.

"Misi mustahil saya?-hanya menjadi saorang hartawan yang 'gatal'. Jadilahhh...." - Anil Kapur

          Babak seterusnya membawa kita ke sebuah penjara di Rusia yang lokasinya entah mana. Disinilah hero sekalian alam dipenjarakan dan akhirnya terlepas, hatta akhirnya membawa kita semua ke babak meletupnya Kremlin, sebuah kompleks pentadbiran negara Rusia yang terletak di Moscow.

          Aksi menarik dan menolak tidak berhenti disitu sahaja. Agen-agen IMF yang diketuai Tom Cruise (yang juga merupakan bijakpandai yang pernah menerima biasiswa Rhodes ataupun Rhodes scholarship) dibawa ke kota Dubai untuk misi sebuah disana. Babak di kota Dubai ini merupakan babak kesukaan aku sepanjang filem. Azan juga ada diselitkan.

         Dari Dubai kita ke Mumbai pula. Berapa banyak bai la. Disini aku malas untuk mengulas kerana disinilah babak penentuan yang menyaksikan samada bumi terselamat ataupun tidak daripada letupan nuklear. Di kota Mumbai inilah samada bom nuklear bakal dilancarkan ataupun tidak lantas meletup di dunia yang fana ini? Meletup ataupun tidak?

        Sama-sama kita saksikan kesudahannya. Tammat !

p/s : Aksi yang padat,sendat serta humor yang diketengahkan dalam misi kali ini membuatkan filem ini layak diberi 4 bintang.

.          

Sunday, December 25, 2011

Tarik mengkarung

           Pukul 3.45 pagi.

           Sedang asyik pekena tidur, aku dikejutkan dengan satu suara yang tidak asing lagi iaitu oleh suara Sorfina. Kedengaran macam bunyi mengerang kesakitan. Tanpa menghiraukan rambut aku yang tak terurus dan tersisir rapi serta bau mulut yang boleh tahan aromanya, lantas aku terus menoleh ke arah Sorfina dan secara 'steady' dan perlahan-lahan meluruskan kaki bersama tumit lalu melenturkan jari-jari kaki Sorfina ke belakang ;merapati bahagian tulang kering.

          Awal-awal bila terkena tarik mengkarung memang terasa sakit sikit, tapi kekejangan akan beransur-ansur pulih setelah sedikit lenturan kaki dan urutan manja diberikan terhadap kaki dan kawasan sewaktu dengannya.

         Tempoh 'berbadan dua' ni memang banyak kali jugak ada benda-benda 'saspens' yang berlaku, antaranya kejadian 'cramp' mengejut macam ni. Antara sebabnya adalah si ibu 'berkongsi' zat dan kalsium dengan si anak dalam kandungan. Faktor lain adalah kerana keletihan otot akibat 'berat tambahan' yang dibawa oleh ibu dan juga perkembangan rahim yang bagi tekanan terhadap saluran darah ke kaki.

        Apa-apapun, sebagai umat Islam, ingatlah, sakit ketika mengandung tu sebenarnya banyak memberi pahala kepada kaum ibu, dan sebenarnya menguji kesabaran kepada pasangan pada masa yang sama. Hangpa yang jadi suami silalah ambil pot dan tolonglah mana yang patut. Banyakkan bagi isteri minum susu berkhasiat (bukan susu cap teko atau F&N),pengambilan makanan kaya magnesium dan kalsium,buat senaman regangan ka, pi jalan-jalan ka, dan galakkan isteri minum banyak ayaq.


p/s : "Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya), dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun; (dengan yang demikian) bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua ibubapamu; dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan)". 
[Luqman 31:14]

Friday, December 23, 2011

Solat Jumaat


           Kenapa umat Islam solat Jumaat?- Soalan ni terpacul dari mulut saudara aku yang baru berumur 5 tahun. Mula-mula aku agak goyah nak jawab, dek terlupa ayat Al Quran yang mana satu memerintahkan untuk kewajipan solat Jumaat. Untuk selamat, aku jawab dengan jawapan stendet yang semestinya tepat lagi jitu- ianya perintah Allah s.w.t kepada kaum lelaki (dan ada syarat-syaratnya jugak).

          Soalan kedua yang dia tanya ialah kenapa pada hari jumaat kena solat jumaat tidak solat zohor seperti hari-hari lain?-Yang ni aku jawab ikut apa yang aku ingat dan pernah baca dari tulisan Ustaz.

          Hari Jumaat, merupakan penghulu bagi hari-hari yang lain; dipanggil Sayyidul Ayyam. Asal perkataan Jumaat adalah dari perkataan jama’a yang bermaksud himpun. Hari Jumaat merupakan hari kebesaran umat Islam dan sebagai hari perhimpunan umat Islam diseluruh dunia tanpa kecuali. Tujuan perhimpunan solat Jumaat ini ialah untuk mengeratkan hubungan silaturrahim antara satu sama lain, memberi peringatan dan beberapa hikmah lain.

          Kalau dilihat secara logiknya, hari Jumaat juga kita dapat berjumpa dengan sahabat-sahabat di masjid setelah selesaikan solat Jumaat. Ini sebab kita kena pi masjid lepas pekena makan dekat luar. Macam aku yang kerja kilang ni, hari Jumaat memang selalu pekena makan dekat luar pada hari Jumaat.

         Islam itu kuat dengan jemaah, Solat Jumaat itulah sebagai lambang kekuatan umat Islam sebenarnya.


p/s:  " Wahai orang-orang yang beriman! Apabila diserukan azan (bang) untuk mengerjakan sembahyang pada hari Jumaat, maka segeralah kamu pergi (ke masjid) untuk mengingati Allah (dengan mengerjakan sembahyang Jumaat) dan tinggalkanlah berjual-beli (pada saat itu); yang demikian adalah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui (hakikat yang sebenarnya), Kemudian setelah selesai sembahyang, maka bertebaranlah kamu di muka bumi (untuk menjalankan urusan masing-masing), dan carilah apa yang kamu hajati dari limpah kurnia Allah, serta ingatlah akan Allah banyak-banyak (dalam segala keadaan), supaya kamu berjaya (di dunia dan di akhirat). Dan apabila mereka mengetahui kedatangan barang-barang dagangan (yang baru tiba) atau (mendengar) sesuatu hiburan, mereka bersurai (lalu pergi) kepadanya dengan meninggalkan engkau berdiri (di atas mimbar - berkhutbah). Katakanlah (wahai Muhammad:" Pahala - balasan) yang ada di sisi Allah, lebih baik dari hiburan dan barang-barang dagangan itu; dan Allah sebaik-baik pemberi rezeki.
[Al-Jumu'ah 62: 9 -11] 

.

Tuesday, December 20, 2011

Panglima ludah

Masa kecik-kecik dulu, ludah -meludah adalah norma hidup yang perlu ditempohi

              Baru-baru ini, negara Malaysia tercinta dikejutkan dengan insiden turun bendera Najib di bangunan PWTC oleh sekumpulan mahasiswa. Susulan tindakan pro-mahasiswa itu, satu bahagian United Malay National Organization yang diketuai saorang pemuda telah melancarkan ala-ala sidang media yang telah dimuatnaik di laman Youtube. Hangpa boleh cari sendiri la no. Tajuk dia 'Panglima nak ludah muka mahasiswa' lebih kurang macam tu.

            Susulan rakaman video tersebut, satu gerakan diketuai entah siapa-siapa telah melancarkan satu video untuk menjawab kembali cabaran panglima ludah tersebut. Sama-sama kita saksikan...

 
Jawapan berhemah dari pihak Mahasiswazah entah mana-mana..Parodi terbaik dari kandang!
.

Monday, December 19, 2011

80-90an punya cerita - Kukur kelapa

Apabila kelapa tua gugur ke bumi,
Alat ini mula tersenyum riang,
'Mangsa' sudah mula terhidang untuk dilanyak dan ditaboh !

Tapi ini semua cerita lama,
Alat usang ini sudahpun boleh lupakan kenangan manis dan zaman kegemilangan dahulu kala,
Cucu-cicitmu yang lebih perkasa dan lebih gagah akan mengambil alih,
Kelapa tua sebagai si mangsa -bakal peroleh seteru terbaru,

Namun begitu,
Si kukur tua bijaksana penuh pengalaman dan ilmu di dada tidak meninggi diri dan sentiasa waspada,
terus menabur berbakti dan terus menasihati 'cucu-cucunya',
Setinggi mana langit dijunjung,  jangan lupa bumi mana dipijak !

Bila tiada sumber elektrik, si kukur tua akan terus berkhidmat kepada tuannya selagi hayat dikandung badai
.

Sunday, December 18, 2011

Haram bersikap zalim

Riyadhus Solihin ; oleh Imam Nawawi (Nama sebenar beliau Abu Zakaria ,seorang tokoh hadis dan Fiqh)
         
             Dalam Bab 11 kitab Riyadhus Solihin ,iaitu tajuk "bersungguh-sungguh", ada dinyatakan tentang sebuah hadis yang amat mahsyur dan adalah amat baik untuk kita jadikan panduan dalam hidup. Di dalam Al-Quran banyak menceritakan perihal zalim, lebih-lebih lagi tentang berbuat kezaliman terhadap diri sendiri. Intipati hadis berkenaan zalim adalah seperti yang berikut :

            "Dari Said bin Abdul Aziz dari Rabi'ah bin Yazid dari Abu Idris al- Khawlani dari Abu Zar, yaitu Jundub bin Junadah r.a dari Rasulullah S.A.W, dalam sesuatu yang diriwayatkan dari Allah S.W.T, bahawasanya Allah berfirman (ini merupakan Hadis Qudsi):

"Wahai hamba-hambaKu, sesungguhnya Aku mengharamkan pada diriku sendiri akan menganiaya dan menganiaya itu Kujadikan haram di antara engkau sekalian. Maka dari itu, janganlah engkau sekalian saling menganiaya.

Wahai hamba-hambaKu, engkau semua itu tersesat, kecuali orang yang Kuberi petunjuk. Maka itu mohonlah petunjuk padaKu, engkau semua tentu Kuberi petunjuk itu.

Wahai hamba-hambaKu, engkau semua itu lapar, kecuali orang yang Kuberi makan.Maka mohonlah makan padaKu, engkau semua tentu Kuberi makanan itu.

Wahai hamba-hambaKu, engkau semua itu telanjang, kecuali orang yang Kuberi pakaian. Maka mohonlah pakaian padaKu, engkau semua tentu Kuberi pakaian itu.

Wahai hamba-hambaKu, sesungguhnya engkau semua itu berbuat kesalahan pada malam dan siang hari dan Aku inilah yang mengampunkan segala dosa. Maka mohon ampunlah padaKu, pasti engkau semua Kuampuni.

Wahai hamba-hambaKu, sesungguhnya engkau semua itu tidak dapat membahayakan Aku. Maka andaikata dapat, tentu engkau semua akan membahayakan Aku. Lagi pula engkau semua itu tidak dapat memberikan kemanfaatan padaKu. Maka andaikata dapat, tentu engkau semua akan memberikan kemanfaatan itu padaKu.

Wahai hamba-hambaKu, andaikata orang yang paling mula-mula -awal-hingga yang paling akhir, juga semua golongan manusia dan semua golongan jin, sama bersatu padu seperti hati seseorang yang paling taqwa dari antara engkau semua, hal itu tidak akan menambah keagungan sedikitpun pada kerajaanKu.

Wahai hamba-hambaKu, andaikata orang yang paling mula-mula -awal -hingga yang paling akhir, juga semua golongan manusia dan semua golongan jin, sama bersatu padu seperti hati seseorang yang paling kufur dari antara engkau semua, hal itu tidak akan dapat mengurangi keagungan sedikitpun pada kerajaanKu.

Wahai hamba-hambaKu, andaikata orang yang paling mula-mula -awal -hingga yang paling akhir, juga semua golongan manusia dan semua golongan jin, sama berdiri di suatu tempat yang tinggi di atas bumi, lalu tiap seseorang meminta sesuatu padaKu dan tiap-tiap satu Kuberi menurut permintaannya masing-masing, hal itu tidak akan mengurangi apa yang menjadi milikKu, melainkan hanya seperti jarum bila dimasukkan ke dalam laut -jadi berkurangnya hanyalah seperti air yang melekat pada jarum tadi.

Wahai hamba-hambaKu, bahawasanya semua itu adalah amalan-amalanmu sendiri. Aku menghitungnya bagimu lalu Aku memberikan balasannya. Maka barangsiapa mendapatkan kebaikan, hendaklah ia memuji kepada Allah dan barangsiapa yang mendapatkan selain itu, hendaklah jangan menyesali kecuali pada dirinya sendiri."

            Said berkata: "Abu Idris itu apabila menceriterakan Hadis ini, ia duduk di atas kedua lututnya." [Riwayat Muslim]

******

Penjelasan:
Hadis yang diriwayatkan oleh Rasulullah S.A.W dan berasal dari Allah seperti Hadis di atas ini disebut Hadis Qudsi (suci). Perbezaanya dengan al-Quran ialah kalau al-Quran merupakan mu'jizat sedang Hadis Qudsi tidak. Lagi pula hanya dengan membaca sahaja al-Quran itu sudah merupakan ibadat. Yang penting kita kena perhatikan ialah:

(a) Menganiaya atau menzalimi itu adalah benar-benar besar dosanya dan doanya orang yang dianiaya/ dizalimi itu tidak akan ditolak oleh Allah yakni pasti dimakbulkan sebagaimana sabda Nabi S.A.W "Takutlah pada doanya orang yang dianiaya, sekalipun ia itu kafir kerana sesungguhnya sahaja tidak ada tabir yang menutup antara doa orang itu dengan Allah."

(b) Semua dosa itu dapat diampuni oleh Allah asalkan kita memohon pengampunan serta bertaubat kecuali syirik (menyekutukan Allah), sebagaimana dalam al-Quran disebutkan: "Sesungguhnya Allah tidak suka mengampuni kalau Dia disekutukan dengan lainNya dan Dia suka mengampuni yang selain itu pada orang yang dikehendaki olehNya."

(c) Kalau kita taat pada Allah, melakukan semua perintahNya, ini bukan bererti bahawa Allah perlu kita taati. Kita taat atau tidak bagi Allah tetap sahaja. Maka bukannya kalau kita taat, Allah bertambah mulia atau kalau kita ingkar lalu Allah makin berkurang kemuliaanNya. Itu tidak sama sekali. Hanya Allah sahaja menyediakan tempat kesenangan (syurga) bagi orang yang taat dan tempat seksa (neraka) bagi orang yang ingkar.

(d) Orang yang amat bertaqwa yang dimaksudkan dalam Hadis ini ialah Nabi Muhammad S.A.W dan yang paling kufur itu ialah syaitan; kerana syaitan itu dahulunya bernama Azazil dan termasuk dalam golongan jin.

(e) Mengenai perbandingan begitu banyaknya air laut, kalau isinya hanya dikurangi oleh jarum yang melekat di situ, maka kekurangan itu tidak bererti sama sekali. Begitulah perumpamaannya jikalau Allah memakbulkan kesemua permohonan dan permintaan makhlukNya.
.

Saturday, December 17, 2011

Seniman Bujang Lapok (II)

            Bersambung lagi. Antara babak dalam cerita Seniman Bujang Lapok yang paling sempoi dan paling 'lejen' sebab ketawa memanjang bila tengok babak ni. Rasa-rasa aku, inilah 'interview' paling power pernah ada dalam sejarah perfileman tanah air. Layaaan...

******
Babak semasa dalam bilik interview bersama manager Kemat Hassan;

(kring, kring, kring...terlefon berbunyi)

Kemat : Hello..haa..ok ok..kau bawak balik lori tu sekarang juga....ya, sekarang juga!...Haa?? Kalau lori tu tak boleh jalan,kau pikullah!! (sambil menghempas telefon meletak ke gagang semula)


Bunyi pintu diketuk, kemudian datang saorang staf duk bagitau manager Kemat Hassan ada orang nak mai interview...

Setelah beberapa adegan lawak yang tak dapat aku nak ungkapkan disini (kalau hangpa ingat ada babak yang depa duduk atas 'kerusi' angin tu)

Kemat  : Apa hajat datang ke mari?
Ramlee : (gaya tersipu-sipu malu)Kita bertiga ni nak jadi film star gitu
Kemat  : Film star?? ooowh..dulu ada pernah berlakon?
Ramlee,Aziz,Sudin : eehh, ada encik..pernah..hmmm


Kemat  : Dulu pun ada pernah pergi sekolah jugak ya?
Ramlee,Aziz,Sudin : Eehh, ada..pergi, pergi,pergi...hmm
Kemat  : Baiklah..hmm, awak (sambil menunding ke arah Ramlee)..sekolah pass darjah berapa?
Ramlee : Emm, sekolah Melayu pass darjah 5 encik..sekolah orang putih pass darjah 4 suku, encik.
Kemat  : 4 suku?? ni kenapa pulak dengan suku-suku nya tu?
Ramlee : Emm, pasal 3 bulan saya masuk belajar Jepun 'attack' Malaya encik...

Kemat  : Hmmm, awak macam mana?(sambil menunding ke arah Sudin)
Sudin    : Owh saya atas lagi dari dia encik (sambil menunding Ramlee)..
Kemat  : Senior cambridge??
Sudin    : Hmmm, cambridge cambridge hek? haaa..atas lagi cik
Kemat  : Atas yang macam mana pulak tu??
Sudin    : Atas pokok !!
Kemat  : Atas pokok ??
Sudin    : Ai, ini pasal dari kecil-kecil bapak saya suruh panjat pokok
Kemat  : Ooooowhhh...hmmmm..awak macam mana pulak (sambil menunding pulak ke arah aziz)

Aziz     : Saya?? bawah lagi daripada dia cik (sambil terkernyih-kernyih menunding jari ke arah Sudin)
Kemat  : Hmm..di bawah pondok?
Aziz      : Bukan cik, bawah lagi
Kemat  : Bawah lagi? bawah yang macam mana ?
Aziz      : Bawah tanah cik (sambil terkernyih-kernyih)
Kemat  : Bawah tanah??
Aziz      : Ye cik..sebab dulu saya ganti kerja bapak saya, gali lobang kubur
Kemat  : Woahahahahahaha..(sambil tergelak terkekeh-kekeh)



Photo credit : http://www.youtube.com/
.

Thursday, December 15, 2011

Seniman Bujang Lapok

           Cerita ni bagi aku antara cerita P Ramlee yang paling 'lejen' dan paling 'power' pernah aku tengok. Tengok cerita ni kalau tak tergelak terbahak-bahak memang ada yang tak kena la dengan hangpa ni.Tapi harus diingat, gelak-gelak jugak, jangan sampai lupa diri. Terus beristighfar lepas tu cepat-cepat. Rasulullah tak suka umatnya gelak berlebih-lebihan.

*****

Babak dekat luar studio (sebelum pergi interview dengan manager Kemat Hassan)

Sudin    : Eh, ni dia ada lagi gambar yang diorang nak gunting (sambil menunding ke arah poster)
Ramlee : Weh, cakap biarlah betul. Jangan bilang gunting. Shooting la bodoh!
Sudin    : Owh, shooting...shooting (sambil menunujuk ke poster semula)

Kemudian, Ramlee bergerak ke arah poster yang tertera tulisan " Yatim tiga dan Setan angkat dulang". Dia kemudian pulang semula mendekati rakannya, Aziz dan Sudin.

Ramlee : Diorang tengah buat gambar setan
Aziz      : Setan? (sambil bermuka pelik).Sudin punya muka pun kelihatan pelik juga
Aziz      : Haih, jangan-jangan yang berlakonnya pun setan kut??

Perbualan terhenti kerana mereka terdengar jerkahan dari director, Ahmad Nisfu...

Ahmad Nisfu : Bodoh! Ada asisstat pun bodoh. Engkau assisstant director apa. Kau nak mampos ya? Aku suruh cari orang yang gagah, bukan badan kurus macam ini.

Assistant : Tuan director! (sambil memeluk tangan Ahmad Nisfu yang mahu berjalan pergi). Inilah dia orang yang gagah (sambil menunujuk kepada lelaki kurus)

Ahmad Nisfu : Gagah? gagah kepala otak kau! apakah nasib kau pun jadi assistant director

Ahmad Nisfu mahu berjalan pergi,tapi dikejar semula oleh asistant director.Sambil mendapatkan semula Ahmad Nisfu;

Assistant : Tuan director! Inilah betul-betul orang yang gagah, tuan. Sekali dia makan nasik boleh habis 5 pinggan!

Ahmad Nisfu : Itu bukan gagah, itu gelojoh, bodoh!

(Sambil menunding jari semula ke arah lelaki kurus keding)
Ahmad Nisfu : Ini macam nak jadi Hang Tuah? Cuba lihat. Aik, Hang Tuah pakai sepatu? Suruh dia pulang, huh!

Ahmad nisfu berjalan pergi semula, namun dikejar dan badannya di tahan lelaki kurus keding;

Lelaki kurus  : Tuan director,kalau saya tak boleh jadi Hang Tuah pun tak apalah, kasilah saya jadi Hang Jebat!

Ahmad Nisfu : Nak jadi Hang Jebat? Mampos (sambil menepuk dahi). Sekali orang lesing, berterabur tulang rusuk engkau semua! Sudah pergi, lalu!

Ahmad Nisfu berlalu pergi meninggalkan dua lelaki tadi....

Assistant  : Saudara,saudara tak usah berkecik hati. Ini director memang angin satu badan, tapi hatinya baik.

Lelaki kurus : Tuan nak distender ke? Kalau saya tak boleh jadi Hang Jebat pun tak apa lah, kasi lah saya jadi Hang Kebun.

Assistant  : Haaa! Hang Kebun belum ada pelakonnya, tapi kalau jadi Hang Kebun,tak boleh pakai keris,mesti pakai cangkul.

Lelaki kurus: Cangkol pun cangkollah!
Assistant  : Mari ikut saya!

******

Babak semasa bertemu pak guard Singh (sebelum pergi interview dengan Kemat Hassan)

Aziz      : Weh Din,kau pergi tanya dengan bai tu lah..
Sudin    : Pasai apa aku?
Ramlee : Tu bai tu...

Sudin pun berlalu pergi ke Pak guard Singh;

Sudin    : Hoi,ini wayang gambar pusing-pusing ka? Ha?

Melihat tiada respons dari pak guard Singh;

Sudin    : Ooo...lu pun tersampuk ka?? (sambil menggeleng kepala dan kemudian blah semula ke Ramlee dan Aziz)

Sudin   : Eh, sudahlah..mari kita baliklah..ini orang dia punya banyak angin la....

saat berlalu nak pulang; pak guard Singh berkata ;

Pak guard : Eh nama saja orang Melayu, bikin adab pun tatau..orang nak cakap panggil hoi,hoi,hoi saya ini apa, batu ka kayu ka,...

Sudin    : Alamak, Banggali tu bahasakan kita da...
Ramlee : Memang betul dia cakap..engkau tu mana ada bahasa panggil orang hoi,hoi,hoi...Bahasa menunjukkan bangsa tau?? (nada menasihati sudin)

Aziz      : A'ala kau Din...

Ramlee : A'ala kau jugak pun sama da..tadi sound sambil meludah pun..

Ramlee kemudian berjalan menuju ke arah pak guard Singh;

Ramlee : Tabik tuan Singh (sambil memberi tabik hormat)
Pak guard : Saya bukan tuan, saya jaga..
.

Wednesday, December 14, 2011

80-90an punya cerita - Kaset

'Last' sekali aku duk dengar lagu dengan kaset ialah pada tahun 1999. Kaset Oi! The Tin...

              Kaset pertama yang aku ada beli guna duit sendiri ialah kaset kumpulan U'KAYS pada tahun 1995 (darjah 4), kulit album dia tak silap aku ada gambar paku-payung. Tajuk album dia 'Tajam Menikam' (tak silap aku lagi lah).

          Zaman-zaman awal 90an tu siapa ada kaset kira golongan-golongan biasa la, manakala barangsiapa yang mempunyai CD (compact disc), maka depalah sesaorang yang hebat dan power serta setapak maju ke depan dalam bidang teknologi, sains dan gaya.

         Godek punya godek, abah aku ada kaset Ramlah Ram. Amacam, power tak??
.     

Tuesday, December 13, 2011

Solat sunat gerhana bulan

           Subhanallah. Bersempena dengan kejadian gerhana bulan sabtu malam lepas, Alhamdulillah, aku berkesempatan menunaikan solat sunat khusuf ataupun solat sunat gerhana bulan selepas solat Isya' tempohari buat pertama kalinya dalam hidup aku. Sorfina pun turut buat, tapi dia dah banyak kali dah buat sebelum ni.

Apa itu fenomena gerhana bulan?

          Gerhana bulan terjadi apabila sebahagian,atau keseluruhan permukaan bulan tertutup oleh bayangan bumi. Ini terjadi bila bumi berada diantara matahari dan bulan pada satu garis lurus yang sama; sehingga sinaran matahari tidak mencapai ke bulan disebabkan terlindung oleh bumi.

          Pada waktu jadinya gerhana, umat Islam disunatkan bersolat sunat gerhana,berzikir mengingati Allah S.W.T dan mandi sunat gerhana. Ini bertepatan dengan dua hadis sahih berikut :

          Hadis riwayat Aisyah  r.a ia berkata: Pada masa Rasulullah S.A.W pernah terjadi gerhana matahari. Saat itu Rasulullah S.A.W melakukan solat gerhana, beliau berdiri sangat lama dan rukuk juga sangat lama, lalu mengangkat kepala dan berdiri lama, tapi tidak seperti lamanya berdiri pertama. Kemudian beliau rukuk lama, tapi tidak seperti lamanya rukuk pertama. Selanjutnya beliau sujud. Kemudian berdiri lama, namun tidak seperti lamanya berdiri pertama, rukuk cukup lama, namun tidak selama rukuk pertama, mengangkat kepala, lalu berdiri lama, tapi tidak seperti lamanya berdiri pertama, rukuk cukup lama, tapi tidak seperti lamanya rukuk pertama, lalu sujud dan selesai. Ketika solat usai matahari sudah nampak sempurna kembali, beliau berkhutbah di hadapan kaum muslimin, memuji Allah dan menyanjung-Nya, dan bersabda: Sesungguhnya matahari dan bulan itu termasuk tanda-tanda kebesaran Allah. Keduanya terjadi gerhana bukan kerana kematian atau kelahiran seseorang. Oleh sebab itu, jika kamu melihat keduanya gerhana, maka bertakbirlah, berdoalah kepada Allah, kerjakanlah solat dan bersedekahlah! Hai umat Muhammad, tidak seorang pun lebih cemburu daripada Allah, bila hambaNya, lelaki mahupun perempuan, berbuat zina. Hai umat Muhammad, demi Allah, seandainya kamu tahu apa yang aku ketahui, tentu kamu akan banyak menangis dan sedikit tertawa. Ingatlah! Bukankah aku telah menyampaikan?
[Sahih muslim (no :1499)]


           Abu Bakrah berkata, "Kami berada di sisi Rasulullah lalu terjadi gerhana matahari. Maka, Nabi berdiri dengan mengenakan selendang beliau (dalam satu riwayat: pakaian beliau, sambil tergesa-gesa ) hingga beliau masuk ke dalam masjid, (dan orang-orang pun bersegera ke sana ), lalu kami masuk. Kemudian beliau solat dua rakaat bersama kami hingga matahari menjadi jelas. Beliau menghadap kami, lalu bersabda, 'Sesungguhnya matahari dan bulan adalah dua dari tanda-tanda kekuasaan Allah, dan sesungguhnya keduanya bukan gerhana kerana meninggalnya seseorang. Akan tetapi, Allah S.W.T menakut-nakutkan hamba-hamba-Nya dengannya. Oleh kerana itu, apabila kamu melihatnya, maka solatlah dan berdoalah sehingga terbuka apa (gerhana) yang terjadi padamu.'" (Hal itu kerana putera Rasulullah,yang bernama Ibrahim meninggal dunia, kemudian terjadi gerhana. Lalu, orang-orang beranggapan bahawa terjadinya gerhana kerana kematian Ibrahim itu. Hal ini lantas disanggah Rasulullah dengan sabda beliau itu.)
[Sahih Bukhari (Kitab Kusuf)]

         Dalam Al-Quran banyak mengisahkan kebesaran dan kekuasaan Allah S.W.T tentang penciptaan matahari, bulan, serta langit dan bumi. Cukuplah jika aku memetik firman Allah S.W.T dalam surah Al-A'Raaf berikut :

" Sesungguhnya Tuhan kamu ialah Allah yang menciptakan langit dan bumi dalam enam masa lalu Ia bersemayam di atas Arasy; Ia melindungi malam dengan siang yang mengiringinya dengan pantas (silih berganti) dan (Ia pula yang menciptakan) matahari dan bulan serta bintang-bintang, (semuanya) tunduk kepada perintahNya. Ingatlah, kepada Allah jualah tertentu urusan menciptakan (sekalian makhluk) dan urusan pemerintahan. Maha Suci Allah yang mencipta dan mentadbirkan sekalian alam. [Al-A'raaf 7:54]

.  

Monday, December 12, 2011

Mengganti 'front lower arm bush'

Di situlah terletaknya 'lower arm bush'

           Kereta yang dah berusia, lebih-lebih lagi kalau yang dah hampir seusia dengan aku memang perlukan penjagaan yang rapi. Selalunya kalau dah tua-tua ni, kalau manusia, lutut depa akan mula goyang-goyang dan sendi-sendi pun mudah jadi sengal.

          Kereta pun sama. Ada juga 'sendi'nya dan ada juga penyakit sengal-sengalnya. Kereta tua ni bila dah ada masalah 'sendi' mula lah dia punya 'alignment' lari, 'balancing' pun lari dan macam-macam lagi. Bila 'balancing' dah buat, 'alignment' dah pekena, tapi tak 'steering' masih lari lagi, ini tandanya 'something wrong somewhere'. Check punya check, rupanya kereta punya 'bushing' dah tak boleh pakai. Dah rosak.

          Akhirnya masalah ni diusulkan dengan membawak kereta ke bengkel Pakcik Shaari. Melalui pengajian tak bertauliah dari internet nampak macam boleh buat sendiri, tapi tang guna 'hydraulic press' tu yang aku tak ada dan alat 'penyedut' 'bushing' lama yang perlu diganti.

        RM 120 diberi tanda 'settel' sudah aktiviti penukargantian dan membaik pulih kepada Pakcik Shaari. Kos dah termasuk sekali 'post-alignment' kereta, lebih kurang RM28. Janji steady.

******

         Apa itu 'lower arm bushing' ataupun 'control arm bushing'?

        Benda ni lebih kurang dari material getah yang 'hold' 'control arm' pada kerangka kereta. Bentuk dia bulat dan ini membolehkan 'control arm' bergerak dengan fleksibel. 'Control arm' akan memegang tayar kepada kerangka kereta dan 'bushing' akan berfungsi untuk memastikan tayar dalam keadaan betul.

         Macam mana nak tau 'control arm bushing' dah tak boleh pakai atau rosak?

         Hangpa akan dengar bunyi yang hangpa tak berasa berkenan di hati, macam bunyi 'clunking' dekat bahagian depan bila nak 'brake' kereta dan tang nak kona kereta. Steering juga akan cenderung atau senang-senang terpusing ke arah kanan atau kiri tanpa kawalan (bila di jalan lurus).

         Macam mana nak tukar 'control arm bushing'?
   
         Hangpa kena keluarkan 'lower' atau 'upper' control arm (dekat kawasan 'bushing' yang rosak; macam kes aku kat atas, 'bushing' tayar depan) dengan menggunakan beberapa jenis spanar,'jack' dan alat lain (seperti yang Pakcik Shaari cerita) untuk asingkan gabungan 'sendi' kereta. Ambil 'arm' yang ada 'bushing' tu ke penekan hidraulik (untuk tujuan automotif) untuk keluarkan 'bushing' yang lama. Ganti 'bushing' baru dan pasang balik ke bahagian asal ;macam masa bukak tadi.

Photo credit : http://trdparts.jp/english/parts_bush-altezza.html
http://www.flickr.com/photos/wmliu/3330074988/

Friday, December 9, 2011

Sombong

           Beberapa petikan dari khutbah Jumaat yang disampaikan khatib ketika solat Jumaat di Politeknik Sultanah Bahiyah, Kulim tadi. Alhamdulillah, hari ni tak berapa nak mengantuk sangat 'time' pekena khutbah, jadi dapat lah ingat beberapa kerat petikan khutbah untuk ditulis. Semoga dapat memberi manfaat buat kita semua, InsyaAllah.

******

1)  Sombong dan takbur merupakan sifat yang menyebabkan terusirnya Iblis & Syaitan (yang sebelum ini merupakan makhluk Allah yang taat & kuat beribadah) ;disebabkan keengganan untuk sujud kepada Nabi Adam a.s sebagaimana diperintahkan Allah s.w.t.

2) Antara kisah-kisah umat terdahulu yang sombong,bongkak dan takbur yang diceritakan di dalam Al-Quran adalah seperti Firaun (menolak dakwah Nabi Musa a.s) , Qarun (sombong dengan kemewahan dunia) , golongan musyrikin Quraisy (menolak dakwah Rasulullah s.a.w) , kaum A'ad (menolak dakwah Nabi Hud a.s) dan kaum Bani Israel (menolak dakwah Nabi Musa a.s).

3) Cara untuk menghindari sikap sombong dan takbur adalah dengan memperbanyakkan ucapan syukur,pujian terhadap Allah s.w.t dan sentiasa beristighfar. Ini adalah segala ilmu, kemewahan, kelebihan, serta aset yang kita perolehi datangnya dari rahmat Allah s.w.t.

4) Sombong merupakan sifat khusus hanya kepada Allah s.w.t. Ini bertepatan dengan hadis berikut :

"Sifat sombong itu selendang-KU, dan keagungan itu pakaian-KU. Barangsiapa yang menentang-KU dari keduanya, maka AKU masukkan ia ke neraka Jahannam." (Hadis Riwayat : Muslim, Abu Dawud dan Ahmad)

******


"Dan hendaklah kamu beribadat kepada Allah dan janganlah kamu sekutukan Dia dengan sesuatu apa jua; dan hendaklah kamu berbuat baik kepada kedua ibu bapa, dan kaum kerabat, dan anak-anak yatim, dan orang-orang miskin, dan jiran tetangga yang dekat, dan jiran tetangga yang jauh, dan rakan sejawat, dan orang musafir yang terlantar, dan juga hamba yang kamu miliki. Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang sombong takbur dan membangga-banggakan diri;" [An-Nisaa' 4:36]

"Oleh itu, masukilah pintu-pintu neraka, tinggal kekallah kamu di dalamnya; maka sesungguhnya (neraka itu) seburuk-buruk tempat bagi orang-orang yang sombong takbur". [Al-Nahl 16:29]

"Dan janganlah engkau memalingkan mukamu (kerana memandang rendah) kepada manusia, dan janganlah engkau berjalan di bumi dengan berlagak sombong; sesungguhnya Allah tidak suka kepada tiap-tiap orang yang sombong takbur, lagi membanggakan diri." [Luqman 31:18]

.

Thursday, December 8, 2011

Syukur Alhamdulillah...Europa League pun jadilah !!

"Welcome to Manchester...the city of Europa League clubs" - Pengutuk tegar Man United

"Eh...gatal pulak hidung aku ni, kena resdung gamaknya" - Giggs

         Biarkan...biarkan mereka terus mencemuh dan terus mengeji United. Mereka yang dimaksudkan disini tak lain dan tak bukan, penyokong kuat Chelsea, Arsenal, Mancester City, Tottenham, Barcelona, Real Madrid, AC Milan, Inter Milan,Napoli, Bayern Munich, CSKA Moscow, Benfica, Lyon, Bayer Leverkusen, Marseille, Apoel Nicosia, Zenit St Petersburg dan yang lain-lain yang telah layak ke fasa kalah mati UEFA Champions League 2011/2012.

         Sekali lagi ayat klasemen diluahkan dari penyokong United yang patah hati, tapi masih lagi mendokong dan menyokong United (bagaimanapun, meminta untuk namanya dirahsiakan). Mari kita dengar apa kata mamat tersebut;

" Em, tak apalah....sesekali kalah apa salahnya.Rindu la tu nak main dengan 'team' hebat macam Manchester United, ye dok?? Ke Europa pulak sekali-sekala musim ni....apa ada hal??"- Sir Bobby Charlton

" Athletikos Podosferikos Omilos Ellinon Lefkosias (APOEL Nicosia F.C) layak ke pusingan kedua UEFA Champions League 2011/2012, manakala Manchester United (kelab power) pula layak ke Europa league...sesekali nak jugak pekena Europa, ye dok? " - Paul Scholes

" Kelab-kelab power lain tu janganlah cemburu ye kami masuk Europa pulak. Hikhik " - Wayne Rooney


Jersi pihak lawan punca kekalahan Manchester United???
.

Wednesday, December 7, 2011

80-90an punya cerita - Opah dan Tok wan balik dari menunaikan haji

           Bila mengetahui nenek atau opah dan tok wan kita selamat pulang semula ke tanah air selepas menunaikan haji, semua saudara-mara akan sibuk dan mula pulang ke kampung halaman untuk meraikan kepulangan hatta berkumpul ramai-ramai di rumah tok dan opah.

          Mengimbas kembali peristiwa tahun 1993, benda yang sama terjadi pada aku dan saudara mara yang lain.Hampir semuanya akan pulang dan berkumpul di kampung. Semuanya gembira dan bersyukur apabila tokwan dan opah selamat dan ceria sekembalinya dari Mekah.

          Waktu itu apa yang aku tahu, Mekah hanyalah kota yang mempunyai bangunan berupa kotak hitam besar dan ada orang ramai disitu. Banyak orang pakai baju putih. Tujuan kesana aku tahu dan ambil pot, sebab darjah satu dulu ada belajar pasal rukun Islam.

          Nak tahu pengalaman opah dan tokwan disana aku dan saudara mara seusia lain tak ambil pot sangat. Itu urusan orang tua-tua. Ini semua akibat penangan onde-onde dari opah dan tok wan untuk kami.Bukan kami tak suka hadiah jubah, sejadah, tasbih dan kepiah dari opah dan tok wan; tapi kami masa tu lebih teruja dengan benda lah ni (sebab faktor usia).

        Terima kasih opah dan tok wan bagi benda alah ni. Lagi satu nak minta maaf banyak-banyak sebab onde-onde yang satu lagi yang dapat yakni 'yoyo berlampu' dah menemui ajalnya selang seminggu selepas kepulangan opah.  Aku dah campak kemana benda ni pun taktau.

Melihat panorama dan keindahan Mekah dan Madinah melalui 'Viewmaster'. Semestinya buatan China !
.

Tuesday, December 6, 2011

Bersangka baik

            Dipetik daripada dinding fesbuk member aku. Alhamdulillah, perkongsian yang amat bermakna tentang hikmah bersangka baik dan diharap dapat dipraktikkan aku dan hangpa-hangpa semua. InsyaAllah.
         
Siapa dia Syeikh Abdulqadir Al Jailani?

           Beliau merupakan tokoh ulama' yang berasal dari Iran, yang lahir pada 1077M ataupun 470Hijrah. Mempunyai keturunan dan susur galur keturunan (kedua ibu-bapanya) daripada menantu dan juga sahabat Rasulullah S.A.W, iaitu Saiyidina Ali bin Abi Talib.

           Berikut adalah tips dari Syeikh Abdulqadir Al Jailani untuk sentiasa bersangka baik sesama insan:

1) Jika engkau bertemu dengan seseorang, maka yakinilah bahawa dia lebih baik darimu. Ucapkanlah didalam hatimu  :
"Mungkin kedudukannya di sisi Allah jauh lebih baik dan lebih tinggi dariku".

2) Jika bertemu anak kecil, maka ucapkanlah (dalam hatimu) :
"Anak ini belum bermaksiat kepada Allah, sedangkan diriku telah banyak bermaksiat kepadaNya. Tentu anak ini jauh lebih baik dariku"..

3) Jika bertemu orang tua, maka ucapkanlah (dalam hatimu):
"Dia telah beribadah kepada Allah jauh lebih lama dariku, tentu dia lebih baik dariku."

4) Jika bertemu dengan seseorang yang berilmu, maka ucapkanlah (dalam hatimu):
"Orang ini memperoleh kurnia yang tidak akan aku perolehi, mencapai kedudukan yang tidak akan pernah aku capai, mengetahui apa yang tidak aku ketahui dan dia mengamalkan ilmunya, tentu dia lebih baik dariku."

5) Jika bertemu dengan seorang yang jahil, maka katakanlah (dalam hatimu) :
"Orang ini bermaksiat kepada Allah kerana dia jahil. (tidak tahu), sedangkan aku bermaksiat kepadaNya padahal aku mengetahui akibatnya.Dan aku tidak tahu bagaimana akhir umurku dan umurnya kelak. Dia tentu lebih baik dariku."

6) Jika bertemu dengan orang kafir, maka katakanlah (dalam hatimu) :
"Aku tidak tahu bagaimana keadaannya kelak, mungkin di akhir usianya dia memeluk Islam dan beramal soleh. Dan mungkin boleh jadi di akhir usia diriku,aku kufur dan berbuat buruk."

******

Hadis riwayat Abu Hurairah r.a berkata:Bahwa Rasulullah S.A.W bersabda:
Hindarilah oleh kamu sekalian berburuk sangka kerana buruk sangka adalah ucapan yang paling dusta. Janganlah kamu sekalian saling memata-matai yang lain, janganlah saling mencari-cari aib yang lain, janganlah kamu saling bersaing (kemegahan dunia), janganlah kamu saling mendengki dan janganlah kamu saling membenci dan janganlah kamu saling bermusuhan tetapi jadilah hamba-hamba Allah yang bersaudara . [Riwayat Imam Muslim :no 4646]

Dari Abu Hurairah r.a dari Rasulullah S.A.W sabdanya:
"Allah berfirman-dalam Hadis Qudsi: "Aku adalah menurut sangkaan hambaKu dan Aku akan selalu bersama mereka selama ia mengingat padaKu. Demi Allah, nescayalah Allah itu lebih gembira kepada taubatnya seseorang hambaNya daripada seseorang di antara engkau semua yang menemukan sesuatu bendanya yang telah hilang di padang yang luas.

Barangsiapa yang mendekat padaKu dalam jarak sejengkal, maka Aku akan mendekatinya dalam jarak sehasta dan barangsiapa yang mendekatiKu dalam jarak sehasta, maka Aku akan dekat padanya dalam jarak sedepa. Jikalau hambaKu itu mendatangi Aku dengan berjalan, maka Aku mendatanginya dengan bergegas-gegas." (Hadis Muttafaq 'alaih; diriwayatkan Imam Bukhari dan Imam Muslim)
.

Monday, December 5, 2011

Sehebat Superman !

Superman dan gaya 'iconic' yang paling terkenal.

               Superman tak dapat dinafikan superhero yang selalu aku nak jadi semasa kecik dulu selain Batman. Spiderman pun sama. Gaban pun tak terlepas dan masuk dalam 'list' jugak. Sekarang dah insaf dan menyesal sebab superhero sebenar yang patut aku bangga-banggakan adalah pahlawan-pahlawan Islam; macam Khalid Al Walid, Umar Al Khatab, Ikramah bin Abu Jahal, Abu Ubaidah bin Al Jarrah, Zaid bin Harithah, Jaafar bin Abi Talib dan ramai lagi.

            Sungguh tak aku sangka rupa-rupanya superhero pujaan ramai dah pandai buat bisnes secara kecil-kecilan. Kangkong betul. Nak bukti,aku jumpa iklan ni dekat tiang lampu trafik betul-betul depan Politeknik Seberang Perai. Ayoh, sama-sama kita dokong dan sokong 'bisnes' superhero pujaan ramai ni !

|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|

Internet

            Banyakkan beristighfar dan bersabar dalam menghadapi golongan-golongan yang baru hendak belajar menggunakan internet ni. Dulu aku pun bangang jugak bab-bab komputer ni, tapi bangang pun kena berpada-pada la. Sila hayati kisah di bawah :


Lelaki : Weh! Tolong ajar aku buat facebook boleh tak?
Kawan : Boleh. Ko dah ada depan komputer ke?
Lelaki : Dah. Aku dah ada email pun.
Kawan : Cantekk! Ok, skrg ko bukak browser firefox atau internet explorer.
Lelaki : 'Browser' tu ape?
Kawan : Laa. Ko klik menu start, lepastu cari tulisan internet explorer.
Lelaki : Lepastu?
Kawan : Kat kotak paling atas, ko type ‘www.facebook.com’ pastu enter.
Lelaki : Ok! Lepas tu weh?
Kawan : Kalo dah keluar gambar, ko isi form pendaftaran sesuai yg ada.
Lelaki : Isi yang mana weh? Takde pape pun kat page ni.
Kawan : Takkan la takde pape? Kat page tu tulis apa?
Lelaki : Paling atas cuma ada tulisan ‘the page cannot be displayed’.
Kawan : Oh! Kau salah tulis dari awal tu.
Lelaki : Betul la aku 'type', www.facebook.com.
Kawan : Hmmmm, mungkin connection internet ko mati kot.
Lelaki : Eh? Kene ada internet ye? Rumah aku takde internet
Kawan : Cisss. Senget! Jari aku sampai lebam kasi tau ko. Rupenye rumah ko takde internet.
Lelaki : Hehe. Takpe la. Nanti kalau aku pergi cyber cafe aku sms ko lagi ye. Thanks ye.
Kawan : Sokey bro, email ko ape weh?
Lelaki : www.taikocai@yahoo.com
Ada kawan aku buatkan. Aku belum pernah buka lagi.
Kawan : Laa.. Mana ade email pakai ‘www’ kat depan. Alahaiii..
Lelaki : www tu ape weh?
Kawan : Waalaikumusalam Warahmatullahi Wabarakatuh....


Source credit : Sokernet/facebook.com
.

Friday, December 2, 2011

Persidangan United - Kepala bana !

           Kesimpulan yang boleh dibuat oleh Persidangan United Malay National Organization....jeng jeng jeng...jawapan kepada keresahan Melayu....kehkehkehkehkehkehkehkeh


            Kehkehkehkehkeh.....kepala bana depa !

Hidup United Malay National Organization !!

Ya Ampoooonnn...Ya Sukuuunn.....Insaf lah....kehkehehkehkeh

Kepala bana dia 'All we need is UMNO ".....ya ampooonnnn !!!

             Di bawah ni macam biasa, sumber dari Utusan Meloya...kehkehkehkeh...ya ampoonnnn...ya tamboon...ya kurunnn... United Malay National Organization jawapan kepada keresahan Melayu???? Habis tu yang dah 54 tahun tu dah bagi kat hangpa tak cukup-cukup lagi ka nak bagi jawapan????   Kehkehkehkehkehkehkeh.



.

Hari Karbala

Hari Karbala di Iraq

             Sebelum ni aku ada tulis pasal kelebihan puasa pada 10 Muharram; seperti yang telah diriwayatkan dalam beberapa hadis sahih oleh Imam Bukhari dan Imam Muslim.

             Tapi berbeza pulak kepada penganut ajaran Islam Syiah. Aku pun tak berapa pasti tentang aqidah pengikut ajaran Syiah ni. Terlalu banyak untuk dihurai dan dijelaskan. Apa yang aku pasti ialah ketaksuban mereka terhadap Saiyidina Ali dan anaknya (cucu Rasulullah S.A.W). Ketaksuban yang melampau ini mendorong kepada penolakan terhadap ketiga-tiga sahabat Rasulullah yang lain; yang juga merupakan Khalifah Ar-Rasyidin yakni Saiyidina Abu Bakar r.a,Saiyidina Umar Al Khattab r.a dan Saiyidina Uthman Al Affan r.a.

             Pengikut ajaran Syiah akan meraikan 10 Muharram dengan memperingati tragedi Karbala. Karbala adalah satu tempat di Iraq. Peristiwa Karbala ni adalah untuk memperingati terbunuhnya cucu Nabi Muhammad SAW, Imam Husein bin Ali, di Karbala, Iraq. Tragedi itu terjadi pada 10 Muharram 61 Hijrah bertepatan dengan 10 Oktober 680 Masehi. Pembunuhan ini berlaku ketika kerajaan Islam dibawah pemerintahan Yazid bin Muawiyah bin Abu Sufyan.

            Bagi aku, tragedi ni merupakan 'bagai menambah garam terhadap luka' kepada perpecahan umat Islam yang telah berlaku sebelum ini hinggalah ke zaman sekarang; sehingga wujudnya golongan Islam Ahli Sunnah Wal Jamaah dan juga Islam Syiah(yang juga terdiri dari pelbagai pecahan) serta beberapa golongan pecahan lain; umpamanya Khawarij. Tidakkah umat Islam belajar daripada tragedi dua perang sesama Islam  yang terjadi sebelum ini, iaitu Perang Jamal dan Perang Siffin? Namun, ini semuanya adalah takdir yang telah ditentukan oleh Allah S.W.T dan juga merupakan ujian kepada hamba-hambaNya.Allah Maha Mengetahui terhadap apa yang dirancangNya itu.

             Ini menimbulkan pelbagai reaksi negatif dan komen yang tak senang untuk didengar daripada mereka yang bukan Islam. Aku pun lagi susah dan pening kepala nak terangkan dekat yang bukan Islam kalau depa duk tanya pasal bab-bab ni.

          Apa-apapun,berpegang teguhlah dengan apa yang telah diwahyukan Allah kepada Rasulullah S.A.W melalui Al Quran dan juga sunnah Rasulullah S.A.W. InsyaAllah selamat di dunia dan di akhirat. Semoga kita semua mendapat hidayah dan pengampunan daripada Allah SWT. Amin.
.             

Thursday, December 1, 2011

Kelebihan bulan Muharram

           Kita sekarang dalam bulan Muharram. Banyak hadis Rasulullah yang menerangkan keistimewaan bulan Muharram ni, terutamanya pasal puasa pada 10 Muharram. Di Malaysia, 10 Muharram tahun 2011 ni jatuh pada 6 November ni. Adalah disunatkan kepada kita untuk berpuasa lebih sehari (sebelum atau selepas 10 Muharram) untuk tidak menyamai kaum Yahudi. Hadis ni terdapat dalam sahih Bukhari.

          Tentang kelebihan-kelebihan lain yang terdapat dalam bulan Muharram, ada beberapa hadis da'if yang boleh didapati dalam pembacaan-pembacaan yang aku buat. Apa-apa pun, insyaAllah, hadis dari Imam Bukhari dan Imam Muslim insyaAllah merupakan hadis sahih yang boleh kita berpegang padanya.

******          
           Muharram adalah bulan pertama dalam Sistem Takwim Hijrah(Hijriah). Pada asasnya, Muharram membawa maksud 'diharamkan' atau 'dipantang', iaitu Allah SWT melarang melakukan peperangan atau pertumpahan darah. Namun demikian larangan ini ditamatkan setelah pembukaan Mekah [Al Baqarah: 91].

           Sejak pemansuhan itu, umat Islam boleh melaksanakan tugas dan ibadat harian tanpa terikat lagi dengan larangan berkenaan. Rasulullah s.a.w telah menamakan bulan Muharram sebagai bulan Allah (Shahrullahi).Sandaran yang dilakukan oleh Baginda s.a.w kepada Allah s.w.t lantaran kemuliaan dan kelebihan bulan ini kerana sesungguhnya Allah s.w.t tidak merujukkan kepadaNya melainkan oleh golongan 'khowas' (terkhas) di kalangan makhluk - makhlukNya.

           Daripada Al-Hassan Al-Basri rahimahumullah; “Sesungguhnya Allah s.w.t telah membuka lembaran tahun baru di dalam takwim Islam dengan bulan Muharram.Tidaklah kedapatan bulan yang lebih mulia dalam takwim Islam di sisi Allah s.w.t itu selepas bulan Ramadhan melainkan bulan Muharram. Ianya dinamakan bulan Allah yang khas disebabkan besarnya kehormatannya.”

           Khalifah Umar Al-Khattab menetapkan adalah hari pertama bagi setiap tahun baru Islam (Kalendar Hijriah).

******
Kelebihan Hari Assyuuraa' & Amalan Pada 30 Zulhijjah & 1 Muharram

           Abul-Laits Asssamarqandi meriwayatkan dengan sanadnya dari Ibnu Abbas r.a berkata:Nabi SAW. bersabda yang bermaksud;

" Barangsiapa yang berpuasa pada hari Assyuuraa' yakni 10 Muharram, maka Allah akan memberikan kepadanya pahala 10,000 malaikat; dan barangsiapa yang puasa pada hari Assyuuraa', maka akan diberikan pahala 10,000 orang Haji dan Umrah, dan 10,000 orang mati syahid; dan siapa yang mengusap kepala anak yatim pada hari  Assyuuraa', maka Allah akan menaikkan dengan rambut satu darjat. Dan barangsiapa yang memberi buka puasa orang mukmin yang berpuasa pada hari Assyuuraa', maka seolah-olah memberi buka puasa semua umat Muhammad SAW. dan mengenyangkan perut mereka.Sahabat bertanya; Ya, Rasulullah, Allah telah melebihkan hari Assyuuraa' dari lain-lain hari. Jawab Rasulullah: Benar!

******
Peristiwa pada 10 Muharram

1) Allah telah menjadikan langit dan bumi pada hari Assyuuraa',
2) dan menjadikan Adam juga Hawa pada hari Assyuuraa';
3) dan menjadikan Syurga serta memasukkan Adam di syurga pada hari  Assyuuraa';
4) dan Allah menyelamatkan dari api neraka pada hari Assyuuraa';
5) dan menenggelamkan Fir'aun pada hari Assyuuraa';
6) dan menyembuhkan bala Nabi Ayyub pada hari Assyuuraa'
7) dan Allah memberi taubat kepada Adam pada hari Assyuuraa';
8) dan diampunkan dosa Nabi Daud pada hari Assyuuraa';
9) dan juga kembalinya kerajaan Nabi Sulaiman pada hari Assyuuraa';
10)dan akan terjadi Qiyamat pada hari Assyuuraa'

******

Peristiwa 10 Muharram yang disebut dalam hadith Rasulullah S.A.W


            Ketika Rasulullah S.A.W telah berhijrah dan tiba di Madinah, beliau mendapati orang Yahudi Madinah ternyata juga berpuasa pada hari tersebut. Maka beliau bertanya kepada mereka. Hal ini sebagaimana dikisahkan oleh shahabat ‘Abdullah bin ‘Abbas radhiyallahu’anhuma :

"Bahwa Nabi S.A.W ketika tiba di Madinah, beliau mendapat Yahudi berpuasa pada hari ‘Asyura. Maka beliau bertanya (kepada mereka) : “Hari apakah ini yang kalian berpuasa padanya?” Maka mereka menjawab : “Ini merupakan hari yang agung, iaitu pada hari tersebut Allah menyelamatkan Musa beserta kaumnya dan menenggelamkan Fir’aun bersama kaumnya. Maka Musa berpuasa pada hari tersebut dalam rangka bersyukur (kepada Allah). Maka kami pun berpuasa pada hari tersebut” Maka Rasulullah bersabda : “Kami lebih berhak terhadap Musa daripada kalian.” Maka Rasulullah S.A.W berpuasa pada hari tersebut dan memerintahkan (para shahabat) untuk berpuasa pada hari tersebut. [HR. Al-Bukhari 2004, 3397, 3943, 4680, 4737. Muslim 1130]

           Dari Abu Hurairah ra. berkata, Rasulullah saw. bersabda, “Sebaik-baiknya puasa setelah Ramadhan adalah puasa pada bulan Allah, Muharram. Dan sebaik-baiknya ibadah setelah ibadah wajib adalah solat malam.” [HR Muslim]

          Rasulullah S.A.W pernah ditanya tentang puasa pada hari Asyura`, maka beliau menjawab : “(Puasa tersebut) menghapuskan dosa-dosa setahun yang telah lewat.” [HR. Muslim 1162]

           Walaupun ada persamaan dalam ibadah, khususnya berpuasa, tetapi Rasulullah saw memerintahkan pada umatnya agar berbeza dengan apa yang dilakukan oleh Yahudi, apalagi oleh orang-orang musyrik. Oleh kerana itu beberapa hadits menyarankan agar puasa hari ‘Asyura diikuti oleh puasa satu hari sebelum atau sesudah puasa hari ‘Asyura.
          Secara umum, puasa Muharram dapat dilakukan dengan beberapa pilihan. Pertama, berpuasa tiga hari, sehari sebelumnya dan sehari sesudahnya, yaitu puasa tanggal 9, 10 dan 11 Muharram. Kedua, berpuasa pada hari itu dan satu hari sesudah atau sebelumnya, yaitu puasa tanggal: 9 dan 10, atau 10 dan 11. Ketiga, puasa pada tanggal 10 saja, hal ini kerana ketika Rasulullah saw memerintahkan untuk puasa pada hari ‘Asyura para sahabat berkata: “Itu adalah hari yang diagungkan oleh orang-orang Yahudi dan Nasrani, beliau bersabda: “Jika datang tahun depan insya Allah kita akan berpuasa hari kesembilan, akan tetapi beliau meninggal pada tahun tersebut.” [HR. Muslim].


******
Peristiwa lain pada bulan Muharram

1) Allah menurunkan kitabTaurat kepada Nabi Musa.
2) Diangkat Nabi Idris a.s. ke langit pada 10 Muharram
3) Nabi Yusuf dibebaskan dari penjara.
4) Penglihatan Nabi Yaakub(ayah Nabi Yusuf) yang kabur dipulihkan oleh Allah.
5) Laut Merah terbelah dua untuk menyelamatkanNabi Musa dan pengikutnya(kaum Bani Israel) dari tentera Firaun.
6) Allah menjadikan 'Arasy.
7) Allah menjadikan alam.
8) Allah menjadikan Malaikat Jibril.


Wallahualam bissawab
.

Wednesday, November 30, 2011

Master Chef


           MasterChef Malaysia merupakan salah satu program Astro yang Sorfina dan aku suka tonton dan layan. Dari pukul 9 malam sampai pukul 10 malam slot lepak-lepak depan tv akan diisi dengan menonton rancangan ni, sebelum disusuli dengan program 30 minit bersama Ustaz Don.

           Omputih dah lama buat program ni dekat negara depa. Program ni pun diinspirasikan dari program Master Chef US dan Master Chef Australia. Australia lagi 'steady'. Siap ada pertandingan junior masterchef; yang mana budak-budak umur 8-13 tahun dah 'power' dalam hal masak-memasak ni.

          Macam biasa, program kat Malaysia ni banyak yang ada kontroversi disebaliknya. Yang jadi isu panas dalam Master Chef Malaysia ni adalah pasal anak Chef Wan, iaitu Chef Riz yang dilaporkan mengubahsuai, atau dengan kata lain memalsukan 'resume' dia untuk menjadi juri Masterchef Malaysia. Takpalah, dia pun dah mengaku bersalah, kita maafkan ajalah. Tapi biasalah, lepas ni reputasi dia pun kira susah jugak la nak 'up' balik.

          Yang masuk pertandingan ni bukannya chef-chef pun. Ada pekebun, penoreh getah, penulis novel, doktor gigi dan macam-macam. Hakim pun ada. Ada baguih jugak aku duk layan program MasterChef Malaysia ni. Dapat la juga belajar beberapa perkataan baru yang selama ni aku tak ambil pot sangat ( yang sebenarnya dekat sekolah 'time' mengaji English dulu aku duk tidoq lebih).

Okra =  Bendi
Capsicum = Lada Benggala
Kaffir leaves = Daun limau purut
Lemongrass = Daun serai
Tumeric = Kunyit
Tamarind = Asam Jawa
Garlic = Bawang putih
Shalot = Bawang kecil
Ginger = Halia
Galangal = Lengkuas
Cumine = Jintan Manis
Lady's finger = kacang buncis
Brinjal = Terung bulat
Eggplant = Terung panjang
Mustard leaves = Sawi
Cabbage =Kobis
Salad = Kerabu
Clove = Bunga cengkih
Chive = Kucai
Bean Sprout = Taugeh
Spring onion = Daun bawang
Star anise = Bunga Lawang
Coriander = Ketumbar
Cardamon = Buah Pelaga
Shrimp = Belacan
.

Tuesday, November 29, 2011

Selamat tahun baru 1433 Hijrah

           Alhamdulillah. Sempena tahun baru hijrah yang ke 1433 ni, sekali lagi aku memanjat kesyukuran kerana masih lagi dapat menikmati 2 nikmat kurniaan Allah s.w.t yang tak ternilai harganya ; yakni nikmat iman dan nikmat Islam. Bukan semua orang kat dunia ni yang dapat 2 nikmat terhebat tu.

          Sabtu lepas aku berpeluang menyambut tahun baru hijrah 1433 ini dengan bacaan doa akhir tahun bersama Sorfina dan mak mertua; selepas bersama-sama solat Asar. Ini semua idea dari mak mertua aku. Mula-mula aku 'plan' nak baca sendiri-sendiri ja.Dah kahwen ni, buat benda baik ni secara berjamaah memang dituntut dan bagus. Kalau dulu bujang takdanya rajin aku nak baca. Syukur dah berubah lepas kahwin.

          Membaca doa akhir tahun dan awal tahun memang diakui bukanlah sunnah ataupun amalan Rasulullah S.A.W, tapi apa salahnya kita berdoa. Ini bukanlah amalan bidaah yang terlarang. Allah menyintai umatnya yang meminta doa dan merintih memohon keampunan darinya sepanjang masa.

          Untuk tahun baru hijrah ni, azam aku tak menggunung. Cukup dengan sedikit perubahan dan harap aku dapat istiqamah dalam melakukannya. Satu benda aku nak 'improve' tahun ni; banyakkan solat subuh dan isya' secara berjemaah. Satu lagi benda, nak jadi bapa mithali. Ok, cukup la dua tu dulu. Hangpa punya azam macam mana?

*******


Sesungguhnya orang-orang yang beriman, dan orang-orang yang berhijrah serta berjuang pada jalan Allah (untuk menegakkan agama Islam), mereka itulah orang-orang yang mengharapkan rahmat Allah. Dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. [Al-Baqarah 2:218]

Dan sesiapa yang berhijrah pada jalan Allah (untuk membela dan menegakkan Islam), nescaya ia akan dapati di muka bumi ini tempat berhijrah yang banyak dan rezeki yang makmur; dan sesiapa yang keluar dari rumahnya dengan tujuan berhijrah kepada Allah dan RasulNya, kemudian ia mati (dalam perjalanan), maka sesungguhnya telah tetap pahala hijrahnya di sisi Allah. Dan (ingatlah) Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. [An-Nisaa' 4:100]
.

Thursday, November 24, 2011

Maa-syaa-Allah

       Dulu masa kecik-kecik aku selalu buat main-main benda ni dan jahil dalam penggunaan perkataan MaasyaaAllah ni. Antara yang aku selalu gunakan ialah Maa-syarakat,dan lain-lain. Nak lagi teruk, perkataan ni aku sebut bila nampak atau dengar berita-berita atau nampak benda-benda yang tak elok, contohnya macam cerita buang bayi. Sepatutnya cakap Astaghfirullah haladzim.
      Diharap dengan penerangan daripada artikel di bawah dapat memberi kesedaran kepada umat Islam tentang penggunaan MaasyaaAllah ni.


******

        Makna Maa-Syaa-a-Allah adalah lebih kurang maksudnya "apa yang diKehendaki Allah" atau "As Allah Willing" atau "As God Willing". Perkataan Maa-Syaa-a-Allah ini terbahagi kepada 3 perkataan :
1. Ma (Ù…َا )-harf (huruf atau particle), yang boleh membawa maksud Dia yang (الَّØ°ِÙŠ) (he whom, that which, which, what ever, what so ever) Apa (Ù…َاذ) dan juga bukan (not,)Ù„َÙ…ْ ).
2. Syaa-a (شاءَ) - fa'il (perbuatan atau verb), yang membawa maksud (Ø£َرَاد) - kehendak, keinginan, (design to , be willing(to) , designate , intend ). Kamus al-Muwrid menambah - "to want, wish, desire, will, be willing (to), to intend, purpose, have in mid".
3. Allah ( الله) - Isim (nama atau nouns).
"Apa yang Allah kehendaki", "As Allah willing " ما شاء الله


Kebiasaannya di Malaysia dan Indonesia, perkataan Maa-Syaa-a-Allah ini menunjukkan kekaguman atau takjub atau sesuatu yang mengemparkan. Di negara Arab, perkataan Maa-Syaa-a-Allah disebut sebagai menandakan kegembiraan. Keadaan dan suasana perkataan Maa-Syaa-a-Allah digunakan dengan pelbagai maksud. Akan tetapi, maksudnya tidak berubah :- dari segi kegembiraan pun ia merupakan "Apa yang Allah kehendaki" dan juga terperanjat juga merupakan "Apa yang Allah kehendaki". Ibn Kathir menyatakan bahawa terdapat dikalangan salaf apabila melihat perkara yang ajaib mengenai harta dan anak akan menyebut :-


ما شاء الله لا قوة إلا بالله
"Maa-Syaa-aAllah La Quwata illa billlah"


Sebagaimana firman Allah swt :-
ÙˆَÙ„َÙˆْÙ„َا Ø¥ِØ°ْ دَØ®َÙ„ْتَ جَÙ†َّتَÙƒَ Ù‚ُÙ„ْتَ Ù…َا Ø´َاءَ اللَّÙ‡ُ Ù„َا Ù‚ُÙˆَّØ©َ Ø¥ِÙ„َّا بِاللَّÙ‡ِ Ø¥ِÙ†ْ تَرَÙ†ِ Ø£َÙ†َا Ø£َÙ‚َÙ„َّ Ù…ِÙ†ْÙƒَ Ù…َالًا ÙˆَÙˆَÙ„َدًا
"Dan sepatutnya semasa engkau masuk ke kebunmu, berkata: (Semuanya ialah barang yang dikehendaki Allah)! (tiada daya dan upaya melainkan dengan pertolongan Allah)? Kalau engkau memandang aku sangat kurang tentang harta dan anak berbanding denganmu." [al-Kahfi : 39].


.

Tuesday, November 22, 2011

Sejarah dan perjalanan hidup Nabi Muhammad S.A.W

Terjemahan daripada penulisan Maulana Syed Abul Hassan Ali An Nadwi

           Memang 'syok' dan layan sekali jika dapat membaca kisah hidup orang yang wajib kita cintai dan ingat selalu di dalam hati iaitu Rasulullah S.A.W. Buku ni aku pinjam kejap daripada abah aku 2 minggu lepas, dengan harapan dapat habiskan bacaan dalam tempoh 2-3 bulan . InsyaAllah agar dengan pembacaan kisah dan riwayat hidup Rasulullah ni, kita sama-sama dapat meningkatkan iman dan kecintaan kita kepada Rasulullah S.A.W.

          Tengok harga, RM290, tapi berbaloi untuk ada sebab memang tebal dan padat dengan kisah Rasulullah S.A.W, daripada cerita zaman moyang Rasulullah sampailah kepada kewafatan Rasulullah. Bila dah baca, perghh, InsyaAllah rasa cinta hangpa terhadap Rasulullah makin membuak-buak. Pakat pekena jom.
       
Bagaimana aku nak settel baca buku setebal 1570 muka surat ni?

.

Gemilang di Gelora Bung Karno

Tahniah untuk skuad bola sepak Malaysia bawah 23 untuk Sukan Sea 2011 di Indonesia atas sumbangan pingat emas
         
               Tamat sudah perlawanan akhir bola sepak Sukan Sea 2011 semalam di Stadium Gelora Bung Mokhtar. Opps, Gelora Bung Karno.Tak sia-sia aku bersama Sorfina dan mak mertua menghabiskan 90 minit pertama untuk menonton perlawanan akhir bola sepak Sukan Sea 2011 yang menyaksikan Malaysia berjaya mengikat skuad Indonesia 1-1.

             Harus diingat, nak menonton bola ni pun kena ada semangat dan stamina yang jitu dan 'power', bak pemain bola di padang jugak. Bukan calang-calang orang yang boleh ada stamina nak tengok telebisyen lama-lama ni.

              Ini dibuktikan dengan keunggulan stamina aku dan Sorfina untuk meneruskan perjuangan menonton perlawanan sehingga tamat 30 minit masa tambahan dan juga hingga ke penentuan sepakan penalti, namun, stamina mak mertua aku hanya hingga 90 minit itu sahaja. Kemudian dia pergi baca Quran.

             Kira-kira pukul 11 malam perlawanan baru habis. Esok pulak kerja. Alhamdulillah, skuad bolasepak Malaysia bawah 23 tahun akhirnya menang dengan penentuan sepakan penalti yang berkesudahan 4-3. Sepakan penalti kemenangan dilakukan oleh kapten Malaysia,Badrol Bakhtiar, anak jati Sungai Petani (mak mertua dan Sorfina juga anak jati Sungai Petani, Kedah; justeru kena 'up' sikit nama Sungai Petani). Memang dramatik punya penalti sebab 'goalkeeper' Indonesia tu dah berjaya 'save' bola tu, 'tup tup' , boleh pulak dia bergolek 'slow-slow' masuk celah ketiak dia.

          "Khairul Fahmi memang power!", bak kata Sorfina sambil meloncat riang sambil memeluk aku selepas kemenangan itu. Aku steady ja. Selalunya orang-orang nama 'Fahmi' ni memang power. Apa ada hal?


p/s :  Bak kata Zainal Abidin Hassan, pingat emas bola sepak Sukan Sea adalah 'ibu' kepada segala pingat.
.

Friday, November 18, 2011

26 tahun peristiwa Memali

           19 November 1985.Ketika kejadian ini berlaku, aku baru berusia 62 hari. Sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah kepada mereka-mereka yang terkorban, khususnya kepada arwah Ibrahim Libya dan yang lain.

tempat penuh sejarah

Tahu apa itu 'Operasi Hapus'?

.