Saturday, February 27, 2016

Dah lama

Dah lama aku tak jenguk blog aku ni.

Bukan apa, sibuk bai. Kalah Najib Razak dia punya sibuk.

Najib takpa lah, ada PA. Ahmad Maslan dengan Zahid Komedi pun tolong dia.

Aku?

Ada bini.

Hah.

Friday, September 25, 2015

Selamat hari raya Aidil Adha

       Salam. Lama betul aku tak jenguk blog ni. Sibuk banyak dengan urusan duniawi yang tak putus putus ni. Dapat VSS, cari kerja baru, dapat kerja baru, dan macam macam lagi lah.

Ada masa nanti aku tulis la mana yang patut.

        Dapat VSS tempohari, aku ada angkut satu motorsikal baru. Semuanya sebab kerja baru. Taraf -taraf aku ni, setakat motor Ducati, BMW, Triumph apa semua aku pandang lekeh saja. Jiwa aku sesuai dengan motor mewah seperti Honda Wave 110 yang dikuasai dengan 4 lejang. Power, bhai.

        Di kesempatan ini, aku ingin mengucapkan Selamat menyambut hari raya AidilAdha buat semua muslimin dan muslimat. Buat yang bukan beragama Islam, gunakan cuti hangpa sebaik-baiknya ok.

        Takziah buat ahli keluarga jemaah haji yang terkorban dalam nahas kren runtuh di Baitullah tempohari dan yang terbaru, kejadian pijak memijak yang menyebabkan ratusan jemaah haji terkorban semasa hendak melakukan ibadah melontar.


Tuesday, August 11, 2015

2.6 billion

      Apa kecoh-kecoh ni, woi? Duit yang masuk dalam akaun Najib tu sebenaqnya dalam Rupiah Indonesia lah.

Yang salah di sini sebenaqnya, siapa yang duk dedahkan awal-awal tu lah. Hal kecil sahaja tu. Typo.

2.6 billion Rupiah Indonesia sahaja sebenaqnya yang masuk dalam akaun Najib, ataupun bersamaan RM75,400. Ok lah tu. Sama macam belanja kenduri orang ada-ada sahaja.

Itu pun hangpa nak bising ka?


- Mim Alif Cha Alif Ya-

Wednesday, April 15, 2015

Danny Higginbotham : Saya tidak cukup baik untuk Manchester United


          Danny Higginbotham, bekas pemain akademi Manchester United yang membuat beberapa kali penampilan untuk pasukan utama,sebelum meninggalkan United berkata, bahawasanya pemain muda zaman kini "mendapat sesuatu terlalu banyak, dan terlalu pantas."

Bekas pemain Manchester United dan anak kelahiran Manchester,yang merupakan graduan akademi United ini, pernah dipinjamkan ke pasukan Royal Antwerp, Belgium, sebagai salah satu langkah untuk memastikan perkembangannya.

         "Pemain muda zaman kini mendapat sesuatu terlalu banyak, dan terlalu pantas.""Anda lihat seorang remaja menjejaki usia 18 tahun, dan mereka memiliki kontrak yang besar, dan saya berkata berkenaan pemain yang belum pernah bermain untuk pasukan utama, tetapi berusia 18 tahun dan menandatangani kontrak selama 4 tahun. Ketika pengakhiran karier saya, seorang pemain muda professional bertemu saya dan menanyakan kereta apakah yang kamu pandu, jam apakah yang kamu pakai?

           "Saya tidak pernah pergi menemui pemain senior dan bertanyakan soalan sedemikian. Semasa saya masih kanak-kanak di United, saya hanya duduk dan mendengar apakah yang disampaikan oleh pemain berpengalaman yang juga seorang pro. Saya seakan seperti span yang menyerap ilmu. Ianya langsung tidak berkaitan wang."

           "Saya pernah menyukai untuk mencuci kasut but bola sebagai seorang pelatih. Saya pernah mencuci but milik Roy Keane dan Brian McClair. Saya beritahu kepada rakan dan mereka amat iri hati dengan saya. Saya memiliki but yang dipakai Roy Keane dan dan berasa amat tidak sabar untuk memakainya kerana ianya pernah digunakan Roy Keane."

             "Sekarang anda tanya, but siapakah yang mereka cuci dan mereka kata mereka tidak melakukannya kerana mereka tidak perlu lakukannya. Mereka tidak punya keinginan untuk lakukan ianya juga!"

"Namun, ianya adalah suatu penghargaan untuk melakukan kerja mencuci tersebut dari but mereka."
"Saya diberitahu bahawa sekiranya kamu berjaya, hadiah akan hadir kemudian. Sekarang, anda mendapat hadiah sebelum datangnya kejayaan."

           "Sistem dari akademi telah melahirkan suatu bentuk yang baru. Remaja pada usia 18 tahun mendapat kontrak yang besar dan pada usia 22 tahun, apabila mereka menghadapi masalah dan perlu turun ke Liga Championship atau liga yang lebih bawah, mereka tidak akan menandatangani kerana wang yang kecil. Mereka telah berputus asa dengan bola sepak."

           "Ianya adalah perkara yang menyedihkan. Ianya bukan suatu yang mudah sebagai seorang pemain muda untuk mendapat tempat di United, pada masa akan datang dengan sistem yang telah dilakukan dalam bidang bola sepak sekarang. Namun, jika mereka pemain yang benar-benar bagus, dan mempunyai sikap yang baik, kemudian mereka akan mendapat peluang tersebut."

           "Saya sememangnya tidak cukup baik. Sir Alex Ferguson tidak akan menjual pemain sekiranya pemain tersebut adalah seorang pemain yang benar-benar bagus."
"Tetapi saya kembali ke Old Trafford pada musim berikutnya bersama Derby pada hari dimana The Reds telah dianugerahkan trofi Premier League dan kami telah menewaskan mereka 1-0 untuk mengelak dari tersingkir ke liga bawah yang akhirnya telah menyingkirkan pasukan Manchester City.

"Anda boleh untuk tidak menulis perkara tersebut, kan?"

***
Danny Higginbotham kini telah bersara dari bermain bola sepak dan kini bertugas sebagai pundit di MUTV. Merupakan penulis buku "Rise of the Underdogs".



******
Tulisan ini telah disiarkan dalam fesbuk Buletin Manchester United (BMU).

Friday, April 3, 2015

G.S.T (Golongan suka telur)

         Hari ni, 3 April 2015. Masuk hari ketiga negara Malaysia tercinta ini merasai cukai GST yang dikenakan kepada semua.

        Di ruang media sosial pula, fenomena memuat naik gambaq resit di fesbuk, whatsapp,twitter dan lain-lain sudah kian berkurang, ataupun sudah hampir tidak kelihatan -tak macam hari pertama kena GST pada tanggal 1 April lalu.

        Orang Malaysia, biasalah. Aku pun sama.

        Apa-apapun, hidup mesti diteruskan. Tidur mesti dilakukan. Kerja pun sama. La ni pulak kilang aku tempat mencari rezeki duk sibuk tawarkan pakej VSP (Voluntary Separation Package).Maknanya, depa nak kurangkan tenaga kerja lah. Aku pun terlibat sama. La ni aku tengah duk pikiaq samada nak ambil ataupun tidak. Dapat pun tak seberapa, tapi jadilah.

       Nak kena perbaharui 'curriculum vitae' dulu, kemudian cari kerja mana yang patut ikut kelayakan.

      Ok. Kita berhenti dulu sembang bab tu.

      Pasal GST pulaK. Pengalaman aku dengan GST ni tak berapa banyak. Baru masuk 3 hari. Hari pertama aku kena GST masa makan bihun goreng dengan teloq mata di kafeteria kilang. Kenalah 13 sen. Masa kena tu aku tak berapa nak baran sangat lagi.


     Boring punya pasal, aku pun 'update' la satu status di fesbuk aku pasal GST. Ok lah, nak bagi nampak cakna sikit pasal isu semasa.

******

'Hang kerja apa la?', Badrul bertanya kepada Fadhlul, rakan yang telah lama tidak dihubunginya.

'Aku kerja GST...',balas Fadhlul.

'Haa. GST?'

'Ala..Guru Sekolah Tahfiz..'

'Alhamdulillah. Sempoi baq hang.'



   

Thursday, March 19, 2015

Apabila Anfield dipanggil sebagai 'rumah' oleh Manchester United



Sebuah kisah dari laman web Manutd.com.

Walaupun ianya seolah-olah mustahil dalam era bola sepak moden, walaubagaimanapun,Anfield pernah menjadi 'rumah' kepada Manchester United dan beribu-ribu peminat; yang mana bersesak-sesak di the Kop untuk menonton perlawanan United.

Pada tanggal 20 Ogos 1971,Arsenal merupakan pasukan lawan buat United,namun,mengapa skuad Manchester United kendalian Frank O'Farrell ini bermain di Merseyside?

Nasib tidak selalunya baik, apabila United telah dilarang untuk bermain dalam dua perlawanan pertama di Old Trafford musim ini di Old Trafford;akibat masalah penonton dalam kempen musim lepas; apabila penyokong dilaporkan melontar objek ke bahagian penonton pasukan pelawat. Justeru, sebuah gelanggang neutral diperlukan dan United perlu mengharungi perjalanan merentasi East Lancs Road.

The Reds mengalami kerugian selanjutnya apabila Liverpool telah diberi 15 peratus daripada jumlah bayaran kutipan tiket dari 27,649 penonton yang hadir, manakala bayaran pampasan pula perlu diberikan kepada Arsenal akibat jumlah penonton yang hadir kurang dari 48,000 - daripada jumlah yang menonton perlawanan pada musim lepas di Old Trafford.

United akhirnya berjaya mencapai kemenangan pada hari tersebut dan memperolehi kemenangan cemerlang dengan jaringan 3-1 ke atas penyandang juara tersebut; terima kasih kepada gol daripada Alan Gowling, Bobby Charlton dan Brian Kidd.

Walaubagaimanapun,perlawanan tersebut terpaksa ditangguhkan beberapa minit, kerana peminat tercari-cari dimana seharusnya mereka berada di Anfield (akibat tidak biasa). Dilaporkan bahawa beratus-ratus peminat berlari merentasi padang akibat perlu menukar tempat duduk sebelum perlawanan bermula.

Kemenangan itu menjadikan kedudukan United untuk berada di tempat pertama Liga Divisyen Satu dan ianya dikekalkan setelah kemenangan 3-1 ke atas West Bromwich Albion di gelanggang Stoke City,Victoria Ground.

United kemudian kembali semula untuk bermain di Old Trafford, yang akhirnya melegakan setiap penyokong The Red Devils.


*Tulisan ini telah dipaparkan di halaman fesbuk Buletin Manchester United (BMU).

Van Gaal dan Dick Advocaat

Sebuah gambaq yang 'rare' earth dari kedua-dua rakyat Belanda ini.

Dick Advocaat : Manchester United sewajarnya berada di kedudukan dua teratas liga


Pengurus baru Sunderland, Dick Advocaat, yang turut pernah menjadi pengurus kelab PSV Eindhoven ketika era 90an semasa kelab itu bersaing hebat dengan pasukan Ajax Amsterdam kendalian Van Gaal , menyatakan bahawa dengan melakukan perbelanjaan besar pada musim panas lepas, Van Gaal sewajarnya tiada alasan untuk tidak berada di kedudukan dua teratas Liga Perdana Inggeris.

Advocaat turut memuji bahawa Van Gaal adalah seorang jurulatih yang menakjubkan, namun menyatakan bahawa United kendalian Van Gaal harus berada di kedudukan dua terbaik kerana telah berbelanja besar.

Advocaat, yang berpengalaman mengurus beberapa buah kelab dan negara seperti PSV, Rangers,Borussia Mönchengladbach,Zenit St Petersburg,AZ Alkmaar, pasukan kebangsaan Belanda, UAE, Belgium, Russia, Korea Selatan dan lain-lain lagi, menggantikan Gus Poyet yang dipecat oleh Sunderland.

Kedua-dua jurulatih ini walaubagaimanapun mempunyai hubungan baik dan terkenal apabila bergambar dengan model yang telah dicat dengan kit jersi pasukan masing-masing semasa pembukaan Eredivisie musim 1995/1995.


*Tulisan ini telah ditulis dalam page fesbuk Buletin Manchester United (BMU).