Tuesday, April 15, 2014

Persembahan dari Adelia

              Hampir setiap hari lagu ni Adelia duk pekena. Seangkatan dengan lagu Frozen 'Let it go'. Gua zaman kecil-kecil dahulu, hanya tahu beberapa kerat lagu tadika atau bahasa orang putihnya, nursery rhymes saperti Old Mcdonald dan brader John saja.

Layan Adelia punya lagu kesukaan ni, sampai gua yang berjiwa nasyid dan irama Malaysia ni pun terlayan sama.

Apa punya tuurr.

             Sebenarnya syok juga. Bolehlah aku dan Sorfina pekena persembahan tarian dan nyayian secara 'unplugged in Kulim' oleh Adelia yang dah cukup dua tahun tu bulan lepas. Alahai.

Jom layan.

Thursday, April 10, 2014

Frozen

          Lagu dan muzik video dari filem Disney 'Frozen' memang tengah into sekarang dan meresap hampir ke seluruh jiwa kanak-kanak, terutamanya kanak-kanak perempuan.

Nur Adelia nampaknya salah seorang yang terpana dengan kepoweran lagu 'Let it go' dari filem Frozen. Hampir setiap hari dia mau pekena lagu tu, sambil berpusing-pusing menari mengikut gaya tari yang dipersembahkan dalam filem animasi tersebut.

Tu baru 2 tahun tu. Baru dua tahun.

         Esok masa pasar malam Kulim di Kilang Lama aku rancang nak beli CD tak original filem Frozen. Bagi lah peluang budak tu nak tengok.

Harap-harap intisari rancangan televisyen aku di rumah tak seperti berikut :

6.00 petang - 8.00 malam   : Filem animasi Frozen
8.00 malam - 10.00 malam : Filem animasi Frozen (ulang tayang semula)
10.00 malam ke atas           : Harapnya bukan lagi Frozen. Adelia kena masuk tidur. Itu pun jenuh kena pujuk dan paksa.

Alahai.

Tuesday, April 1, 2014

Bagaikan David menentang Goliath (Daud vs Jalut)

          Prestasi Manchester United memang diakui buruk musim ini, tapi apa ada hal? Lawan tetap lawan. Yang sebenornye, gua pun agak kecut telur juga nak melayan tengok bola awal pagi esok. Bayern, bhai !

Mengharapkan kejuaraan kali ke 4.

Jaga-jaga semua. Awal pagi ini. Kalah menang , peduli apa.

Kahn & Keane. One word -Legend.

Nur Adelia 2 tahun umurnya

        Tahukah anda, pada tanggal 25 Mac...

421  - Venice telah dijumpai pada jam 12 tengahari, menurut legenda.

1199 - Richard I (the Lionheart) telah dipanah dengan busur silang semasa bertempur di Perancis,yang menyebabkan kematiannya pada tanggal 6 April.

1306 - Robert the Bruce telah ditabal menjadi Raja Scotland.

1655 - Titan, bulan terbesar planet Saturn;telah dijumpai oleh Christiaan Huygens, saorang saintis dan ahli matematik Belanda.

1807 – 'The Slave Trade Act' telah menjadi undang-undang, justeru menghapuskan perdagangan hamba di Empayar British.

1979 – Pengorbit ulang-alik yang berfungsi sepenuhnya,Columbia,telah dihantar ke Pusat Angkasa John F. Kennedy,sebagai persediaan untuk dilancarkan.

1992 – Sergei Krikalev,angkasawan Rusia telah pulang ke bumi setelah 10 bulan berada di stesen Angkasa Lepas Mir.

2012 - Nur Adelia telah selamat dilahirkan oleh Nur Dini Sorfina,di Sungai Petani. Nombor I.C Kedah tu habaq hang !

            Selamat hari lahir ,Nur Adelia. Semoga menjadi menjadi hamba Allah s.w.t yang baik, mengikut ajaran Rasulullah s.a.w dan menjadi anak yang solehah, . Insya Allah. Harap Adelia suka lah basikal yang ayah beli di Tesco tempohari. Let's ride!