Secara amnya, aku ialah penghidap penyakit resdung. Dulu, cikgu aku masa sekolah rendah habaq yang penyakit resdung ni singkatan daripada perkataan ' Resah di hidung'. Ini aku tak tau dia ambik mana. Apa yang pasti, pemendekkan kata tersebut sehingga bertukar menjadi resdung begitu 'power' dan kena pada tempatnya.
Berbalik pada nawaitu asal, tujuan aku menulis berkenaan resdung ni adalah kerana aku masih menghidap resdung. Aku seakan sudah sebati dengan resdung. Fenomena bersin dikala waktu pagi juga sudah biasa bagi aku. Walaupun sudah berkali-kali ditegur mak aku untuk pantang dengan sambal belacan, tetapi sikap memakan sambal belacan adalah terlalu sukar untuk disingkirkan. Seminggu atau 2 minggu sekali kalau tak pekena sambal belacan sepertitidak lengkap menu makanan. InsyaAllah, yang pantang-pantang ni aku akan cuba sedaya-upaya untuk kurangkan makan benda-benda yang berkaitan belacan. Kena banyak makan buah.
Bukan setakat teguran pantang, malah mak aku juga sering berkisah tentang 'member' dia yang rompong hidungnya akibat resdung, namun aku tak berapa ambil pot. Mungkin aku rasa sebab fenomena resah di hidung (resdung) yang aku alami agak 'mild' dan tak kritikal.Alhamdulillah. Jerawat di muka pun ada la sikit sebanyak, tapi taklah sehebat pesakit resdung yang kronik.
Dulu masa kecik-kecik rajin jugak aku pekena 'rokok' resdung. Ini masa duduk kampung dengan opah dan tok wan di Selama. Dengan saiz lebih kurang macam curut, hangpa kena lalukan asap rokok resdung ini ke hidung dan sedut asap dia. Pergghh. Pedih hidung dibuatnya. Cara ni aku tak berapa berkenan walaupun aku tau nak sembuh perlukan pengorbanan.
Cara lain yang disyorkan ialah dengan buat rawatan resdung yang orang selalu cakap duk buang ulat dalam hidung tu. Rawatan ni mak dan abah pernah buat, tapi seringkali aku menolaknya dengan alasan takut dan tak ada masa. Nampak macam ngeri benda alah rawatan ni.
Setahun lepas, aku mula berjinak-jinak untuk pekena ubat resdung keluaran HPA. Nama dia tak silap aku Coscinium Plus. Aku pun beli ubat tu RM20. Malang tak berbau, aku tak konsisten dengan pemakanan ubat dan sampai sekarang 1 botol ubat tu tak habis-habis lagi, walaupun ada 75 bijik sahaja dan perlu dimakan 2 biji sebanyak 3 kali sehari. Aku memang jenis malas dan selalu terlupa makan ubat.
Cara lain rawatan resdung yang dianjurkan ialah dengan memasukkan air ke dalam hidung dengan cara menghirup melalui hidung. Cara ni selalu aku buat masa nak ambik air sembahyang/wuduk. Ia juga sunat dilakukan dalam aturan wuduk.
Nak dijadikan cerita, ada lagi rawatan yang belum aku pekena. Kali ini seperti apa yang dianjurkan oleh Ustaz Harun Din yang jugak pengasas Darussyifa'. Aku ada baru terbaca dalam satu buku yang dia tulis, tajuk apa aku tak ingat. Apa yang aku ingat amalan yang dianjurkan untuk rawatan resdung. Apa-apapun,sebagai seorang Muslim, kita wajib percaya hanya Allah yang berhak menyembuhkan penyakit yang kita alami. Allahualam.
******
Kaedah rawatan resdung oleh Darussyifa' :
1) Membaca surah Al Fatihah
2) Membaca selawat Syifa'
3) Membaca "'Auzubi izzatillahi waqud ratihi minnsyyarrima 'ajidu wa uhaziru " sambil menyetuh hidung. Baca sebanyak 7 kali.
4) Membaca ayat 82 dari Surah Al- Israa' [17 : 82]
Photo credit: http://www.darussyifa.org/index.php
.
berguna sangat, resdung aku sangat teruk, makan ayam je boleh buat mata merah bengkak.
ReplyDeletepakai eyeliner sekejap je, pastu nampak cam wanita berendam air mata.
Tak apa Najwa..yang penting jaga pantang dan hang amal selawat syifa' tu..InsyaAllah..sembuh
ReplyDeleteSaya pun resdung juga tapi alhamdulillah dah makin hilang. Dah boleh makan udang sekarang :)
ReplyDeletesaya Alhamdulillah resdung dah makin baik.... sangat mujarab amalan perubatan desdung syifa dari allahyarham ustaz dato harun din nih...
ReplyDelete