Mertua aku mengatakan bahawa fenomena ini memang biasa berlaku setiap tahun. Bagi Muslim, kita bebas dan dianjurkan untuk menziarahi pusara ataupun kubur ibu bapa,saudara mara dan handai pada bila-bila masa, kerana ianya salah satu cara untuk kita mengingati kematian. Namun, kebanyakan Muslim sendiri hanya menziarahi pusara pada perayaan Aidlfitri sahaja, termasuklah apa yang diamalkan aku. Cett. Manakala, kaum Tiong Hua ataupun Cina beragama Buddha hanya berkunjung setahun sekali untuk melawat pusara nenek moyang mereka.
Ulasan lebih lanjut dan perincian mengenai upacara melawat kubur nenek moyang ini dikukuhkan lagi dengan kenyataan dan penerangan yang disampaikan oleh rakan sekerja kilang aku pada waktu makan tengah hari tadi. Aku bertanyakan hal tersebut kepadanya kerana aku melihat peristiwa tersebut berlaku sepanjang hari Sabtu dan Ahad lepas.
Kawasan perkuburan orang Cina atau jirat Cina
Rakan sekerja kilang aku itu seorang perempuan. Sebaya aku dan masih tidak berkahwin. (apa kaitannya dengan cerita ini?). Aku bertanya samada dia pergi menziarahi kubur nenek moyang atau tidak.Dia mengatakan tidak pergi. Alasannya - tak tahan panas. Katanya lagi, peristiwa ni berlaku setahun sekali, selepas 9 atau 10 minggu selepas perayaan tahun baru Cina. Tahun ini pula jatuh pada bulan April.
Aku tanya, " Why you didn't go to your grandparent's grave?, "Now weather very hot maa. The event sometimes will end up until 2p.m. I cannot stand", balasnya. Aku cakap, "Aiyoo. Panas bring your own umbrella-lah then". Dalam hati, "Ya ampoon. Apa nak jadi dengan generasi muda sekarang?".
Tambahnya lagi, orang Cina beragama Buddha memang memerlukan banyak duit untuk menampung kos kematian.Antara kos yang dia perincikan (yang aku ingat) adalah seperti berikut :
1) Kos beli tanah kubur - 1 tapak lebih kurang RM10,000. Ikut ketinggian tanah. Makin tinggi dari paras laut, makin mahal kosnya.
2) Upah keranda dan van mayat - RM3,000
3) Upah orang untuk menangis semasa kematian berlaku - tak tahu
4) Upah buat jamuan makan (selalunya pada waktu malam) di rumah si mati - selalunya 3,5 atau berlanjutan untuk tempoh 7 hari. Bergantung pada keluarga si mati.
5) Kos untuk penempatan abu di rumah mayat, contohnya di bangunan Nirvana Memorial Center, Kuala Lumpur. -Kos paling minimum ialah RM10,000 sekali bayar. Kalau bangunan tu bertingkat, maka kosnya semakin meningkat berkadaran dengan aras tingkat.
Pening juga kepala aku dibuatnya memikirkan hal mati ni dalam budaya orang Cina yang beragama Buddha. Nak mati pun paling kurang kena ada RM20,000 ke RM50,000 untuk majlis kematian dan urusan pengebumian. Rakan sekerja aku tu cakap siap ada pakej lagi keluarga si mati tu boleh pilih. Ada yang murah, sederhana dan yang 'grand'. Lagi 'grand', lagi banyak 'fulus' yang masuk lepas tu.
Ok, aku yang Muslim ni pulak, janganlah pula lupa bayar duit 'Khairat' kematian di qariah masing-masing. Selalunya orang bayar kepada pihak pengurusan masjid. Surau di tempat mertua aku ni kutip RM30 seorang untuk tempoh setahun bagi duit Khairat kematian.
Harapan aku, semoga segala bana jenis mak nenek hutang dapat aku jelaskan kepada semua pihak yang telah aku berhutang sebelum mati ni. InsyaAllah.
.
ini maciam ka,hilup susah mau mati pun suusah,hilup sinang,sinang,jalan2,mati pigang bendela lor!
ReplyDeleteMacam cerita Madu 3 ja...kehkehkeh
ReplyDelete