Monday, December 31, 2012

Menjelang 2013

          Pertama-tamanya, aku ingin mengucapkan 'Selamat tahun baru masihi 2013' kepada hangpa semua pembaca sekalian.Semoga kalian semakin power dan cemerlang.

         Masuk tahun 2013, bermakna lagi tujuh tahun lagi nak sampai tahun 2020. Bila aku pikir tahun 2020, secara auto aku teringat Wawasan 2020 dan masa tu aku pikir Malaysia memang maju tahap gaban punya. Dulu waktu aku darjah satu,dua macam tu lebih kurang,aku pikir bila tahun 2020, Malaysia ada kereta terbang, jalan raya sesak di udara siap ada trafik 'light' lagi (ala, yang macam 'Back to the future' punya cerita tu), manusia tak perlu jalan kaki lagi sebab ada alat bergerak auto canggih, pergi sekolah tak perlu bawak beg berat-berat dan macam -macam lagi benda yang canggih.

         Tapi aku mengaku lah yang masa tu aku punya pemikiran pasal masa depan banyak dipengaruhi dari TV dan aku tak salahkan TV masa tu. Lagipun masa tu internet memang aku tak pakai lagi. Kebanyakan cerita dan bayangan pasal masa depan aku bersumberkan dari cerita-cerita omputih yang aku tengok dekat TV1 dan TV2, serta tak dilupakan TV3 (sebab masa tu ada 3 siaran TV saja);seperti cerita Terminator, Gaban, Tron, Robocop, Back to the future, Star Trek dan macam-macam lagi lah.

        Masa tu kalau TV1 tak syok, hangpa boleh kalih tengok TV2 dan kalau TV2 tak syok, kalihlah pulak tengok TV3 dan ulang semula seterusnya. Selalunya TV3 banyak cerita best. Tapi kalau nak tengok 'movie' omputih yang best aku dan abah aku akan layan 'Dunhill Double' dekat TV2.

******

        Sempena 2013 yang bakal menjelang ni, ada tiga benda aku set nak laksanakan. Aku set ja lah. Bab-bab nak laksanakan tu nantilah cerita. Perkara tersebut seperti di bawah:

1) Nak belajar bahasa Tamil dan Mandarin, demi merapatkan ukhuwah kaum di Malaysia yang telah merdeka selama 55 tahun.

2) Nak belajar dan seterusnya pandai berenang. Bab ni aku pikir dah lama nak belajar berenang sebab aku memang tak pandai berenang. Aku dah plan baik punya nak belajar berenang sekali dengan Nur Adelia masa hantar kelas berenang dia nanti. Sorfina dia dah pandai berenang takpa lah.

3) Nak beli kereta Hummer. Kabornya senang nak guna balik kampung nanti.



p/s : Aku pikir bab nak beli kereta Hummer tu mungkin aku akan 'drop'. Susah tak patut rasanya nak cari 'spare part' dan tempat service bila jadi apa-apa nanti kat Malaysia ni.
     

Friday, December 28, 2012

Bonus

        Dapat duit bonus adalah sesuatu yang hampir semua orang yang makan gaji macam aku ni suka. Ada juga yang tak berapa suka tapi aku tak pernah bertemu lagi lah setakat ni. Mungkin ada. Alasannya, sebab bonus terlampau ciput barangkali. Tapi kesudahannya aku rasa suka jugak lah kan walaupun sekecil atau seciput mana.

        Aku pernah dengar yang ustaz selalu cakap kalau orang makan gaji suka kalau dapat bonus, kalau orang Mukmin yang betul-betul 'true' pula suka bonus Ramadhan. Bonus luar biasa Ramadhan ni tak nampak,sebab tu yang 'true' sahaja yang suka. Tu ustaz la cakap, aku cuma sampaikan aja la yang mana aku dengar.

        Yang power pasal bulan Disember ni adalah sebab orang makan gaji macam aku akan dapat bonus. Yang paling haprak setiap bulan asal masa keluar dan dapat duit gaji, maka secara auto dan telah termaktub maka pada hari yang sama atau hari-hari selepasnya itu jugalah aku dan hangpa-hangpa diluar sana yang turut makan gaji untuk turut membayar segala mak nenek hutang piutang.

         Pernah juga aku dengar kabor siap ada orang buat persamaan matematik (atau kimia/thermodinamik) lagi pasal duit gaji. Persamaannya berbunyi " hari dapat duit gaji = hari keluar duit bayar hutang ". Ada jugak kesahihannya disitu. Aku tak nafikan.

          Paling tak power sekali pasal bulan Disember ialah bila dapat gaji sekali dengan duit bonus, maka secara auto, 'income tax' atau cukai pendapatan akan dikenakan dengan tahap yang paling cilaka tinggi tak patut. Kalau dapat gaji contohnya lah kan, RM 1000 berserta bonus, maka secara auto 'income tax' yang dikenakan ialah hampir setengah daripada jumlah tersebut,yakni RM 400++. Sebab tu aku cakap macam cilaka tak patut. Tapi setakat ni bukan aku sahaja yang kata.

        Aku harap agar kerajaan Malaysia di bawah pimpinan pemerintah yang hebat lagi gah macam Haji Najib Tun Razak bersama-sama dengan wanita pertama Malaysia yakni Yang Amat Berhormat Datin Paduka Dr Seri Hajjah Rosmah Mansor dapat merancang hatta menggunakan duit 'income tax' yang telah disumbangkan oleh rakyat Malaysia dengan betul dan bijaksana. Khalas.  

Sunday, December 23, 2012

Stroller bayi

Agak-agak berapa harga benda alah ni?

        Dalam satu ke dua bulan lepas, aku bersama keluarga kecik aku balik ke kampong halaman di Pandan Indah. Jadi peluang yang ada tu  digunakan sama untuk pergi melawat sekitar bandaraya Kolumpo. Antara tempat-tempat yang kami melawat ialah Planetarium Negara, Stesen TV Al Hijrah dan lain-lain. Senang cerita tempat-tempat ilimiah lah katakan.

        Aku, Sorfina dan Nur Adelia bukan pergi tiga beranak sahaja, tapi turut disertai dengan saudara-mara aku belah mak. Kak Nur dan suami dia Abang Ijal,beserta anak-anak diaorang Khalyssa Wafa dan Khaisara Wafa ada, Nadia ada, Liyana ada dan adik-adik aku pun turut ada; Farhani, Fuziyana, Farid dan Fikri. Semua huruf F. Fed up tak patut.

        Lapar punya pasal sebab banyak jalan-jalan, akhirnya kami sekeluarga bersama-sama pergi makan di Bangsar Village, dekat dengan Jalan Telawi sana tu. Sebab aku first time pergi sini, aku perati tempat ni macam tempat orang-orang kaya saja yang banyak 'shopping'. Tak nampak lah pulak makcik-makcik pakai baju kurung macam pergi kenduri ada di situ haritu. Tapi setakat yang aku perati lah.

       Lepas makan dekat Basil Thai Nudle (terima kasih abang Ijal kerana belanja makan kami semua haritu; RM 250++), kami pun jalan-jalan lah sama-sama sebelum bergegas pulang ke destinasi masing-masing sebab dah nak maghrib. Sedang sedap mata aku perati barang-barang apa yang patut, tiba-tiba nampak satu 'stroller' ni yang terletak dari satu sudut kedai peralatan bayi. Harga dia memang power tak patut.

       Stroller berjenama Stokke model apantah aku lupa, harga dia memang power. Berapa harga dia? Pergh, RM 5200++. Dek terpandang harga stroller tu secara auto pikiran aku melayang, mengimbau kembali cerita masa 6 bulan pertama kerja dulu masa nak beli motor EX5. Harga EX5 baru masa tu aku beli RM4850 sekali dengan helmet free. Tapi helmet standet rempit la yang Apollo tu. Tu pun nak beli motor EX5 tu sampai kena bayor dua kali.Secara auto jugak aku teringat masa nak beli stroller Nur Adelia harga dia RM650++ dulu pun dah buat aku terkebil-kebil dan dua tiga kali jugak bincang meja bulat dengan Sorfina, tapi lepas pikir kualiti, material, fleksibiliti dan macam-macam benda power lagi yang ada pada stroller tu maka kami pun beli lah. Demi anak lah katakan.

       Cuma yang aku sedih satu saja lepas tu. Lepas banyak memori secara auto terkeluar lepas tengok stroller tu, secara auto jugak aku terbayang kembali macam mana motor EX5 aku yang baru beli tu boleh kena curi lepas 2 bulan setengah aku pakai. Pasrah jugak aku dibuatnya. Paling jauh aku rempit dengan motor EX5 aku tu hanya dari Kulim ke USM Transkerian NibonG Tebal.

       Apa-apapun, aku redha. Hargailah ibu-bapa, isteri, anak-anak,ahli keluarga,harta benda serta diri anda sendiri seadanya. Khalas.

Friday, December 21, 2012

Ziarah orang sakit

       Gambar-gambar di bawah ni aku ambik dari laman sesawang Manchester United, sebuah pasukan yang power tak patut seantero alam. Baru-baru ni ahli pasukan depa pergi menziarahi sebuah Hospital kanak-kanak Royal Manchester untuk menemui kanak-kanak yang ditimpa malang dan sakit sempena sambutan Krismas.

        Bukan aku nak promosi apa-apa atau nak sanjung sangat omputih ni,terutamanya yang bukan Islam tapi  yang aku perati setakat ni(dan sejak beberapatahun dahulu lagi dah),ukhuwah serta usaha komuniti pasukan bola sepak omputih ni lebih erat dan 'kacip' dengan masyarakat, terutamanya yang kurang bernasib baik. Contohnya untuk tahun lepas semasa Krismas, ahli pasukan Manchester United berkunjung ke rumah orang tua-tua di Manchester. Tahun ni depa pergi hospital kanak-kanak pula.

       Aku harap usaha serta  ikatan komuniti yang sama dapat dilakukan dan dicontohi sama oleh pasukan bola sepak samada negeri ataupun pasukan kebangsaan Malaysia. Mungkin ada ataupun aku yang tak berapa ambil pot, tapi tu lah masalahnya, kurang pendedahan.

        Benda yang sama aku rasa boleh dilakukan oleh pasukan bola sepak negeri ataupun kebangsaan Malaysia untuk rapat dengan penyokong,peminat serta masyarakat tanah air ialah; contohya dengan menziarahi orang-orang sakit di hospital, majlis buka puasa Ramadhan dengan anak-anak yatim dan sebagainya. Itu pendapat aku lah. Kalau ada yang tak bersetuju dan cuma nak pasukan bola sepak cuma main, berlatih dan apa bana lagi sahaja tanpa menghiraukan peminat serta penyokong itu terpulanglah.

        Perangai dan budaya omputih ni,selagi mana yang baik dan menepati syariat Islam, kita ikut, mana yang tak baik,kita tinggal dan buang jauh-jauh. Apa-apapun Rasulullah S.A.W contoh ikutan paling power dan terbaik. Semoga kita semua mendapat pengampunan dan hidayah daripada Allah S.W.T.Amin.






Thursday, December 20, 2012

Everest

       Aku baru baca DailyMail sekejap tadi. Tajuk muka depan surat kabor orang putih tu hari ni pasal imej pemandangan dari gunung Everest yang bernilai 2 billion pixel. Memang power tak patut.

      Jom pakat tengok ramai-ramai. Subhanallah. Memang rasa kecik betul aku ni berbanding dengan sang Pencipta yakni Allah S.W.T yang Maha Agung. Dah nama pun hamba Dia.

      Hang boleh tengok pemandangan dia di laman sesawang ni : http://www.dailymail.co.uk/sciencetech/article-2250676/Mount-Everest-The-incredible-interactive-BILLION-pixel-image-created-David-Breashears.html

Dulu orang Malaysia, Mohanadas dan Magendran berjaya sampai ke puncak Everest pada tahun 1997

Monday, December 17, 2012

Sesekali


         Sedak jugok sesekali dapat pekena urut ditambah dengan pakej rawatan kepala dengan Nur Adelia ni. Rasa ketagih pun ada.

        Aku harap 'weekend' depan tak pun bila-bila ada masa lapang Adelia boleh pekena urut lagi sekali. Sedak duh wasserr.

Tak silap time ni tengah layah cerita Hindustan panggung Sabtu.

Sunday, December 16, 2012

Aunty Prathin dan uncle


           Orang Melayu suka makan tom yam tapi banyak yang tak tau tentang asal-usul tom yam. Ini termasuklah aku. Tapi di sini bukanlah tentang tom yam yang aku nak ceritakan. Yang aku nak cerita kali ni ialah tentang jiran baru aku, Aunty Prathin dan suaminya, Uncle. Aku lupa nama penuh uncle jiran aku ni sebab selalu tegur dia panggil uncle sahaja. Jiran baru ini aku kenal dek kerana aku baru sahaja berpindah ke rumah sewa baru 3 bulan lepas. Jadi, sepatutnya akulah yang menjadi jiran baru kepada mereka, ye dok?

           Aunty Prathin bersama suaminya ni memang betul-betul fasih berbahasa Melayu. Memang tahap gaban punya fasih dia. Padahal aunty ni asalnya orang Siam manakala uncle pula Cina berbangsa Tionghua.Kalah yang macam baca berita dan sesetengah menteri Cina tu.Kalau tak percaya hangpa boleh mai rumah aku dan bercakap dengan dia. Memang true wa cakap lu. Aunty Prathin ni surirumah tangga sepenuh masa,manakala Uncle kerjanya pegawai apantah di Pejabat Pelajaran Daerah Kulim dan Bandar Baharu. Memang power lah pangkat dia dalam gomen, setelah lebih 25 tahun berkhidmat rasanya. Senang cerita memang boleh dapat anugerah 1 Malaysia punya oranglah.

         Yang aku respek dengan depa ni sebab depa ni memang orang yang baik. Selalu bertegur sapa dengan  aku dan Sorfina. Memang prihatin betul. Sekali dengan Adelia pun dia sapa dan dukung. Kalau baru balik kerja petang tu dan sembang-sembang sampai agak lewat dengan depa, kalau dah mula azan Maghrib tu ,dia siap suruh masuk rumah dan pergi solat. Aku harap suatu masa nanti depa dapat hidayah dari Allah S.W.T.

        Satu lagi yang power ialah pasal keluarga Aunty Prathin ni pandai-pandai. Anak-anak dia memang pandai habaq hang. Anak sulung dia perempuan sekarang tengah belajar bab-bab akaun dekat Birmingham sana. Anak kedua lelaki tengah belajar 'engineering' di Universiti Teknologi Petronas tu. Dulu dia dapat belajar dekat German tapi sebab dia jenis 'homesick', jadi minta belajar dekat-dekat saja. Anak ketiga lelaki sambung STPM. Anak lelaki yang keempat pulak baru lepas PMR dan yang bongsu lelaki baru habis UPSR.

        Mengikut Aunty Prathin ni, yang merisaukan dia sekarang pasal anak bongsu dia tu. Kuat sangat main komputer 'game' dan apa bana permainan konsul lagi. Pergi mana-mana pun mengadap benda alah tu ja. Haritu aku tegur Aunty Prathin dia cakap dia lega sikit sebab minggu lepas anak dia tak dapat main game sebab dekat kampong dia internet 'line' sangat hampeh. Aku balas la pulak cakap haa baguslah macam tu, boleh pergi mancing ke, tebas rumput panjang ke, sapu laman rumah nenek ke apa yang patut. Yang anak dia yang laki atas-atas tu dia tak berapa risau sangat sebab tak suka sangat main 'game-game' ni. 'Interest' depa cenderung bab-bab repair dan bikin kereta dengan motorsikal, terutamanya yang STPM tu. Aku pun tak tau nama dia. Bahasakan diri 'i' 'you' ja dengan dia. Oklah sebab uncle ada banyak kereta , walaupun duduk rumah teres boleh isi 2 buah kereta saja. Tapi uncle ada 4 kereta; 1 Unser, 1 Opel Manta, 1 Kancil dan 1 lagi Proton Saga BLM. Yang dua kereta lain dia parking tepi jalan. Yang selalu anak dia bikin yang kereta Opel Manta lama tu. Aku tengok anak dia tu pun berbakat dan ada potensi nak jadi macam Paul Tan.

******
         Semalam Aunty Prathin tegur aku lepas balik kerja dia kata lama tak jumpa tempoh hari. Aku cakap aku ambik cuti lama haritu sebab Awal Muharram dan cuti Deepavali. Dia cakap dia pun balik kampung dia dekat Baling minggu lepas. Nasib baik aku peka dengan isu semasa (piiigidah !, padahal baca dalam fesbuk) dan tanya dia balik kampung sebab nak sambut Loy Krathong ka?. Dia jawap owh tau ka pasal tu. Aku jawap tau sikit-sikit ja la. Macam kena hanyutkan abu dalam sungai macam tu lah lebih kurang.

         Tapi silap lah pulak. Hampeh. Dia cakap balik bukan abu mayat. Kena hanyutkan bunga teratai. Owh,aku balas balik macam tu rupanya sambil senyum-senyum. Sebabkan aku memang dah nak pergi buang air sangat masa tu, jadi aku pun cepat-cepat minta izin nak masuk rumah kata ada hal. Kalau tak mesti perbualan akan berlarutan,sebab Aunty Prathin ni memang A lah dia punya keramahan.

         Sempoi rasanya dapat jiran yang baik-baik macam Aunty Prathin sama dengan uncle ni.


   

Wednesday, December 12, 2012

Buku Rosmah Mansor

       Bila pikir-pikir balik, power betul Yang Amat Berhormat Datin Paduka Dr Seri Hajjah Rosmah Mansor ni. Buku biografi beliau setebal 164 muka surat harga dia RM150. Aku pikir buku biografi beliau ni memang tahap power gaban dan bukan calang-calang buku lah tahap dia. Aku yang belum beli dan baca lagi buku ni dah boleh bagi lima bintang daripada lima bintang yang diperuntukkan.

      Sebab apa aku cakap power tak patut buku ni dan hangpa semua perlu dapatkan di toko-toko buku berhampiran?

      Mudah saja woi. Buku Tun Mahathir, 'A doctor in the house' setebal lebih 840 muka surat harga dia RM100 dan yang edisi Bahasa Melayu pulak; 'Doktor Umum: Memoir Tun Dr Mahathir Mohamad' hangpa boleh dapatkan dengan harga RM49.50.

 Apamacam, nampak tak power dia?

Tuesday, December 11, 2012

Abang Ron

          Kahkahkahkah. Tergelak terkekeh-kekeh aku sorang-sorang depan komputer bila tengok 'meme' ni keluar dekat 9gag. Nasib baik aku tau. Kahkahkahkahkah sekali lagi.


p/s : Jutaan terima kasih kepada sisi terbaik aku dan juga isteri, Sorfina sebab telah membuat kejutan dengan menghadiahkan jersi Manchester United baru kepada aku sempena...tak ada sempena sempena apanya pun. Nak bagi hadiah ni bukan masa hari jadi saja.

Dia cakap dia tak jadi beli yang jersi Man United warna merah baru musim ni sebab pernah dengar aku cakap yang jersi tu buruk macam papan dam. 

Bini Chelsea, aku Manchester United. Apa ada hal?

Monday, December 10, 2012

Amarah

        Amarah ni datang dalam pelbagai bentuk, cara, jalan dan sebab musababnya. Amarah ni kebanyakkannya datang dari jiwa yang kotor dan berupa syaitan. Tapi aku tak tau la marah serupa syaitan tu macam mana dia punya rupa.

        Kat opis kilang aku bekerja mencari rezeki ni banyak hal yang boleh mendatangkan rasa amarah. Baik yang datang dari diri sendiri, persekitaran ataupun dari individu-individu lain. Senang cerita dari segenap sudut dan dimensi. Alamak, dah macam 'tagline' Astro Awani lah pulok.

        Ciri-ciri benda yang paling mendatangkan amarah pada aku setakat  ni semasa bekerja di opis ialah kekotoran. Maksud aku kekotoran jamban/bilik air/wash room.

        Bayangkan yang hangpa tengah semangat nak mulakan kerja di pagi Isnin,ditambah pulak dengan kejayaan Manchester United ke atas seteru jiran Manchester City malam sebelumnya - di 'spoil'kan dengan beberapa ketul najis (sebesar terung)dan tisu basah dalam lubang najis tandas duduk ,sejurus hangpa buka pintu bilik air 'feveret' hangpa. Aku dapat rasakan yang hangpa semua pun paling tidak ada tandas 'feveret' masing-masing bagi yang bekerja di opis.

        Aku harap individu-individu tersebut insaf dan jadi lebih prihatin lepas ni.Aku syak yang buat kerja-kerja macam ni mesti individu yang sama, takpun ada ritual dan kepercayaan yang pelik-pelik.

       Dapat kantoi hangpa 'right handed' kalau tak 'flush' jamban, tau la apa aku nak buat nanti. Sula barangkali.

Friday, December 7, 2012

80-90an punya cerita - Vitagen

Vitagen perisa LB; feveret sepanjang zaman aku

       Menurut pendapat dan kajian aku lah setakat ini, rakyat Malaysia rata-rata gemarkan minuman Vitagen. Lebih-lebih lagi kalau ianya dapat secara percuma. Termasuklah aku. Aku mula kenal minuman Vitagen ni masa sekolah rendah dulu sebab lori dia datang sekolah dan cikgu ada buat pengumuman untuk beli. 

        Masa tu iklan Vitagen dekat tv aku rasa belum ada takpun aku yang tak berapa ambil pot. Lain lah sekarang media massa punya belambak, sampai tak payah buka tv pun boleh tau pasal benda-benda baru; contohnya melalui fesbuk dan lain-lain.

        Dulu waktu kecik-kecik aku selalu pikir sebab apa botol minuman Vitagen ni kecil tak patut. Tak puas rasanya kalau pekena sekali. Alang-alang mesti nak pekena dua botol sekali. Waktu tu aku pikir mungkin sebab minuman ni macam ubat sebab tu kandungan dia sikit. Ubat kan mana boleh ambik banyak-banyak nanti timbul penyakit pulak.

         Tapi bila pikir-pikir balik, mungkin kandungan sebotol dia sedikit sebab nak bagi budak-budak macam aku minum dan terus minum lagi hatta meningkatkan lagi jualan air Vitagen ni. Tapi masa kecik dulu tu aku tak pikir lah yang ini mungkin salah satu strategi 'marketing'; sebab perkataan strategi tu pun aku masih tak berapa nak kenal dan tak berapa pandai nak eja.

        Paling tak boleh blah sekali ada mamat mana dah dalam kelas aku cakap yang perisa LB yang menjadi kegemaran aku tu perisa 'Lemak Babi'. Cilaka betul. Mula-mula jadi was-was jugak aku sebab masa tu 'scene' halalan toyyiba kat Malaysia ni belum nak 'up' sangat macam sekarang. Aku tengok mamat budak kelas aku tu yang cakap ada lemak babi tu rupanya senyap-senyap dia pun beli jugak perisa tu dalam diam-diam. 

Last-last aku tau jugak yang LB tu sebenarnya singkatan kepada Lacto Basilus, sejenis bakteria baik la macam tu lebih kurang.

       Macam biasa lah budak-budak ni bukan berapa ambil pot sangat. Cakap lah ada lemak babi ka apa ka semua depa tibai dan balun. Harapan aku agar para ibu-bapa ambil serius pasal halal -haram ni dengan anak-anak.
       
     

Wednesday, December 5, 2012

Adelia batuk

        Cuaca sekarang memang tak menentu. Eh, tapi dari dulu lagi aku rasa cuaca ni sukar ditentukan, tapi hanya boleh diramalkan. Tapi itu yang aku rasa lah. Sekejap panas gila dan sekejap hujan turun dengan selebat-lebatnya di Kulim ni.

        Sekarang ni pulak anak aku Nur Adelia termasuk lah aku sekali dan Sorfina diserang batuk dan sakit tekak. Nak dekat seminggu jugak lah suara aku jadi macam Ramli Sarip. Argh bosanlah asyik-asyik suara macam Ramli Sarip. Nak macam Thom Yorke pulak lah. Aku kena sakit tekak, batu dan sakit kerongkong sejurus selepas Sorfina sembuh. Kiranya sekarang giliran Nur Adelia dan aku pulak.

Suasana di Klinik Kanak-kanak Kamachi
     
        Yang kesiannya dekat Nur Adelia ni bila dia batuk, mula lah dia payah nak tidur. Asal batuk ja terjaga dari tidur. Lepas tu lapar susu. Tapi aku paling respek dekat bini aku Sorfina. Memang tak lekang dek panas, tak panas dek hujan dia punya ketahanan, kesabaran,dedikasi dan macam-macam lagilah; baik dari segi mental dan fizikal. Aku pulak? Aku sejujurnya tak boleh buat apa lah sebab Nur Adelia kebanyakkannya nak susu sahaja, maksud aku susu badan, jadi aku teruskanlah tidur. Tapi banyaknya aku tumpang simpati la sambil tidur tu, sambil kadang-kadang bagi kata-kata motivasi. Cewahh.

        Aku doakan agar Nur Adelia cepat sembuh. Sorfina punya doa aku pikir lagi banyak rasanya, ya lah naluri seorang ibu beb.Semalam kak Yong kak ipar aku dengan Abang Di biras aku bawa Adelia jumpa doktor untuk check dan dapatkan ubat homeopathy. Terima kasih yang tak terhingga kepada mereka berdua aku ucapkan.

       

Sunday, December 2, 2012

Aku dan Jambu

         Jambu. Sebut sahaja pasal jambu macam-macam aku boleh pikir dan kaitkan dengan hidup aku. Dulu sebelum masuk SAS Cheras 1998 untuk mulakan pengajian tingkatan satu paksu aku pernah 'mention' pasal jambu. Dia tanya kat aku hang nak jadi jambu tak masa sekolah nanti. Yang tak patutnya lepas dia tanya tu dia terus blah dan tinggalkan persoalan apa itu jambu kat aku sorang-sorang. Aku ingat lagi masa tu aku baru dapat tawaran masuk asrama lepas dapat keputusan UPSR tahun 1997.

         Yang paling tak boleh blah persoalan aku terjawab masa first time kumpul bilik malam tu.Lepas urusan daftar masuk sekolah, asrama, jumpa cikgu, beli barang, siap katil apa bagai lagi bersama mak abah aku dan depa pun dah tinggalkan aku petang tu,malam pulak warga bilik aku kena berkumpul. Daftar haritu yang tak bestnya satu ja -sebab sekolah semua laki saja tapi aku memang dah tahu dari awal-awal jadi tak da hal. Yang paling best dapat jumpa member baru dan dapat suruh budak senior angkat beg dan barang kita. Tapi seingat aku haritu sajalah yang senior tolong angkat barang,berakhlak baik serta berperangai mulia.

         Time tu jumpa senior tak payah bagi salam lagi. Sebab baru hari pertama masuk sekolah. Lepas-lepas dari hari orientasi tu hangpa pikir la sendiri apa jadi. Budaya bagi salam kepada senior bersemai,beb.

         Berbalik pada kumpul bilik malam tu sesama member-member tingkatan satu, aku tak berapa ingat yang siapa duk sebelah aku sebenarnya. Dah lupa. Yang aku ingat ada la lima enam orang kami buat pot sembang sebelum kumpul bilik bermula dan entah macam mana tiba-tiba ada orang 'up' tanya pasal hal -ehwal jambu ni. Nak jadi penyedap cerita pulak malam tu ada lah saorang member ni dia memang terrer menyembang dan dialah yang banyak bagi info pasal hal-hal jambu dan sekolah asrama ni sebab sedara sepupu sepapat dia banyak masuk sekolah asrama.

Jambu paling racist, jambu Keling. Aku pernah nampak pokok dia dekat Perlis masa ziarah raya belah keluarga mertua aku dulu.

           Entah apa bangang sangat malam tu aku tak tau la samada member aku tu 'kencing' ataupun serius sebab dia cakap siapa jadi jambu nanti,budak tu nanti kena 'sontot' atau 'toron' dengan abang senior. Maaf la na sebab aku guna perkataan 'sontot' untuk ditulis kat sini sebab tu la perkataan yang member aku tu cakap malam tu. Sial betul sebab aku pun dah lupa siapa dia kalau tidak dah lama aku bahan dan bagitau dekat bini dia (kalau dah kahwin lah). Yang aku betul-betul tak paham sebab apa kami semua dalam enam ke lapan orang yang masuk pot sembang tu boleh percaya bulat-bulat. Memang naif betul masa tu woi.

         Lepas kumpul bilik malam tu, perkataan jambu jadi hangat dan popular macam Gangnam Style sekarang, tapi jadi benda taboo untuk kitaorang semua budak 'fresh' tingkatan satu untuk cakap kuat-kuat atau jadi topik bualan secara terbuka. Semuanya takut dek akibat nanti dipaksa menjadi jambu dan kena 'toron' dengan abang senior.

******

         Paling tak boleh aku lupa lagi satu hal pasal jambu-tiga empat hari lepas isu jambu tengah panas lepas kumpul bilik tu ialah ada satu cerita dengan sorang senior tu nama dia aku ingat-ingat lupa, Joe rasanya. Dia ni tingkatan lima. Kira paling senior lah kat sekolah walaupun ada lagi pelajar lagi tua ;sebab masa tu masih lagi ada pelajar matrikulasi UKM 'batch' terakhir yang belajar dan duduk di asrama di SAS Cheras.

         Blok asrama sekolah ada 4 tingkat;aras tanah ada kantin, bilik pengawas apa bala semua dan aras 1,2 dan 3 masing-masing untuk asrama budak tingkatan 5, 2 dan 1. Jadi setiap kali nak turun pergi dewan makan, kelas apa semua kena lah lalu korridor aras 1 yang mana tempat budak senior tingkatan lima. Nak dijadikan cerita, Joe ni pun ada lah nak panggil budak tingkatan satu yang malang pada hari tu untuk pergi ambil air dari dewan makan. Ambik botol 1.5 liter dan isi air kosong dari dewan makan. Masa tu masa makan malam (sebelum maghrib).

          Kebetulan pulak masa tu aku dan empat orang lagi member bilik 3B3(aku dah lupa siapa) tengah turun nak pergi makan. Kami jalan seiring dan sejalan sebab takut nak lintas korridor tepi aras tu sorang-sorang. Takut bertembung dengan senior. Sekali Joe ni pun macam nampak kitaorang dan jerit dari jauh.....

"Woii Jambu, sini kejap !"

         Apalagi member-member aku termasuk aku sekali bukak langkah seribu cepat-cepat lari dari korridor menyorok dan terus pergi dewan makan sebab teringat pasal jambu. Aku tak tau apa jadi lepas tu sebab jantung aku memang dup dap dup dap kencang dia. Member-member lain semua pun sama. Yang kitaorang pikir masa tu cuma nak lepas diri dari kena jadi jambu. Tak tau apa jadi dekat Joe lepas tu sebab kitaorang dengan dia macam jerit-jerit panggil apantah lepas kitaorang lari lintang pukang turun ikut tangga tu.

******

          Malam tu kitaorang berlima kena panggil masuk bilik Joe. Selebihnya, simpan sahaja dalam buku sejarah...