Tuesday, July 31, 2012

Ketiadaan peti ais di pusat jagaan bayi

           Sorfina dan aku akhirnya bertemu dengan pusat jagaan bayi yang masih ada kekosongan dan boleh menerima bayi untuk jagaan.Alhamdulillah, lega.Apa yang penting, depa mengutamakan keselamatan, kebersihan dan penjagaan bayi dan kanak-kanak dengan berhemah. Nisbah 1 penjaga kepada 3 orang bayi juga depa laksanakan. Faktor dekat dengan tempat kerja tu satu bonus dan diakui agak dekat dengan kilang tempat aku bekerja. 5 minit perjalanan dengan kereta yang dibawa dengan kelajuan 60 ke 70 kilometer sejam.

           Semalam hari pertama aku dan Sorfina hantar Nur Adelia ke pusat jagaan kanak-kanak. Nur Adelia pun dah besar, aku harap pandai-pandailah dia bawa diri sepanjang masa keberadaannya di sana. Dalam usia 4 bulan, Adelia ni setakat bab-bab tidur dan minum susu ni dia dah boleh handel sendiri. Tarahal punya. Bab-bab nak basuh najis sendiri ja lagi yang kena belajar dan amalkan. Sekali buang banyak pula tu.

           Aku bertawakkal sahaja bila dah hantar anak ke pusat jagaan. Semoga tiada benda yang tak diingini berlaku. Bukannya nak cerewet, tapi anak tu amanah- kena jaga elok-elok. Aku pun bukanlah saorang 'perfectionist'- sebab aku dan Sorfina sendiri pun jaga setakat kemampuan kami. InsyaAllah, semoga semuanya selamat.

******
           Benda yang aku bikin masalah sekarang pusat jagaan yang aku hantar Adelia ni tak ada peti ais. Apa punya turrr. Apa diorang tak pandang serius ka bab-bab peti ais ni? Macam mana Sorfina dan aku nak pastikan susu cap kantung agar sentiasa sejuk dan segar? Susu formula tak apalah sebab letak dalam tin-cuma suhu bilik diperlukan. Adakah usaha untuk pemberian susu ibu akan berkubur?-Tidak.

           Semalam jugak beli tong ais saiz sederhana untuk dijadikan tempat simpanan susu cap kantung buat penghantaran kepada pusat jagaan bayi. Bukan jenama 'Coleman', tapi cap apa pun aku dah lupa jenama dia. Janji fungsi sama.

            Kesannya, lepas ni tiap-tiap hari aku kena buat ais untuk letak dalam tong ais buat simpanan susu kepada pusat jagaan Adelia. Semoga aku tabah dalam kerja-kerja ni. 

Notakaki : http://www.moh.gov.my/images/gallery/Garispanduan/GARIS%20PANDUAN%20PENGENDALIAN%20KANAK-KANAK%20DI%20TASKA%20&%20PRASEKOLAH%202007.pdf

Monday, July 30, 2012

Merdeka 55 yang meriah

Mencari punca apa yang diketawakan

Kanak-kanak girang serta ceria. Entah mengapa...

Anak-anak kecil serta bayi ini semua pun turut ketawa dan bergumbira...

|
|
|
|
|
|
|
|
|

Asbab dan punca telah dikenal pasti
Telah diberitakan bahawa
Telah dikhabarkan bahawa
Asbab serta musabab kepada tawa-tawa diatas
telah berpunca daripada humor yang telah dipentaskan
oleh 'Uncle' Rais Yatim kita


Lagu terbaik untuk kurun ini
Senyum...tak perlu kata apa-apa

 

Sadikit coretan dan komentar dari teman dan taulan serta handai
"Nanti lagu ni confirm masuk dalam senarai lagu karok kbox..Leh la nk karok layan lagu ni..wakakaka"
"Kena hafal lagu ni." 
Aizad Ayashi  (Perodua)

Mmg semua orang benci lagu nih..kecuali pengampu2 dia ....hahahahaha.Aku tgk mmg ramai giler yg dislike lagu nih..yg like skit jer..hihihihi
Mmg legend lagu nih..hahaahaha...lagu terbaeeek pada abad ni... :)
Waqi (RNZGroup)

"aku rase boleh menang AJL thn neh.."
Mat Yus (Foster Wheeler)

"AJL? apa brg... bakal menang MTV award bhai, baru international..."
"power beb lagu ni, melangkaui imaginasi m.nasir dowh. hahahaha..."
Aiman Kurt (MMC O&G)

"tngok la sapa buat..... MR RAIS beb..!!!!" 
Suparman Tejoe (MMC O&G)

"Apa punya turrrr..."
'Umayr Aseng (Technip)


Notakaki : Benarkah irama dan melodi lagu tema ini diambil dari lagu yang berjudul 'Serukan Namanya' oleh sabuah kumpulan dari seberang, True Worshippers?Mohon pencerahan...Allahualam.

Friday, July 27, 2012

Doa kepada saudara mara kita di Rohingya

Doa dan teruskan berdoa
Secara jujurnya,
Aku baru sahaja mula ambil pot serta ambil kisah
tentang cerita-cerita Muslimin Rohingya di Myanmar ini
Pada bulan Jun 2012 atau Syaaban 1433 lepas

buat saudara-mara seIslamku di Myanmar sana
Maafkan diri ini
Maafkan ketidakprihatinan diri ini
kerana sebenar dan sebenarnya
Konflik Muslimin di Myanmar ini
Sudah berdekad lamanya
Bermula dari pemerintahan Mrauk U
Kemudian kepada pemerintahan kolonial British
Seterusnya pemerintahan Jepun pada era perang Dunia ke 2
Akhirnya pada pemerintahan Junta Burma

Konflik yang tidak sudah-sudah


Minta ampun serta minta maaf, 
aku minta untuk kita sama-sama lupakan dan tinggalkan sebentar...

Cerita cerita tentang logo dan tema hari Kebangsaan ke 55
Cerita cerita tentang persiapan hari Raya
Cerita cerita tentang Najib Razak,Rosmah Mansor, Nik Aziz, Anwar Ibrahim, Lim Kit Siang, Ibrahim Ali, Ambiga serta lain-lain lagi
Cerita cerita tentang juadah dan baazar mana hendak pergi
Cerita tentang Abby Abadi masuk PAS
Cerita fatwa atlit Olimpik London 2012 boleh berbuka puasa
Cerita artis buat umrah semasa Ramadhan
Dalam kita sibuk-sibuk mencari juadah, pakaian baru untuk berhari Raya dan lain-lain hal lagi


Justeru

Ingin mengajak para pembaca yang budiman
Ingin menyampai kepada para pembaca yang dihormati lagi disegani
Terutamanya yang berugama Islam
Agar sama-sama
Meluangkan sadikit masa -Menadah tangan serta memanjatkan doa
Agar saudara mara kita ini
Selamat dan diberikan kekuatan seadanya
Dalam menghadapi ujian serta dugaan hebat yang melanda ini
kerana mereka
Hanya ada kita sebagai saudara-mara mereka

InsyaAllah
Doa di bulan Ramadhan yang mulia dan penuh barokah ini
Dimakbulkan serta diperkenankan Allah S.W.T

Gunakan peluang yang ada untuk berdoa pada masa makan sahur nanti
Gunakan peluang yang ada untuk berdoa pada masa berbuka nanti
Gunakan peluang keemasan sepanjang Ramadhan yang mulia ini

Tidak lupa juga, kepada saudara mara kita bersama 
Sama seperti di bumi Palestin
Sama seperti di Bosnia
Sama seperti di Chechen
Sama seperti di Kashmir
Sama seperti di Syria
Sama seperti di Afghan
Sama seperti di mana-mana lagi yang tidak aku ketahui...Allahualam

Semoga usaha kita untuk berdoa ini
Semoga usaha kita yang ciput ini
Mendapat ganjaran yang besar disisi Allah S.W.T

Sumber dari BBC

Notakaki :

Thursday, July 26, 2012

Mencari pusat jagaan bayi

            2 hari lagi anak sulung aku bakal genap 4 bulan umurnya. Apa yang dapat aku peratikan tentang anak aku yang nama dia Nur Adelia ni, semakin hari dia kelihatan semakin power dan 'steady'. Untuk itu aku memanjatkan  setinggi kesyukuran kepada Allah S.W.T kerana kepoweran dan kesteadyan itu.

            Power dan steady yang aku maksudkan ialah dalam bab-bab kesihatan dan kebolehan serta ketangkasan fizikal Nur Adelia. Bukan nak puji anak sendiri, tapi memang realiti. Orang cakap, kalau mak bapak dia tak puji, siapa lagi yang nak puji anak sendiri. Ye dok? Seingat aku Adelia dalam umur dia 2 bulan macam tu leher dia dah power dan kental. Tak lembik-lembik. Justeru, ini memudahkan proses bagi dia mandi. Kini leher dia semakin power dan bergerak dengan semakin steady. Jenuh pandang ke kiri dan ke kanan. Pantang orang acan sikit, mesti nak menoleh. Bukan bab-bab leher dan anggota fizikal sahaja, malah, tinja serta bahan kumuhan yang dihasilkan Adelia juga semakin power.

            Power tak power kalau nak cerita memang boleh bagi geli tekak. Tinja dia memang perghhh. Likat dan 'kowlat'.Hanya Allah yang Maha Mengetahui. Tu baru takat minum susu ibu dia sahaja tu, belum makan makanan pepejal lagi. Setakat ni, dalam usaha untuk membasuh punggung anak aku selepas dia buang air besar dalam 'diapers', aku sedaya upaya untuk menahan hidung dari mencium aroma yang terhasil dan cuba mengalih mata untuk tidak melihat tinja cair yang terhasil. Memang padu. Kadang-kadang terlepas pandang juga. Kena periksa jugak, sebab doktor kata dari tinja bayi boleh kesan dia punya kesihatan macam mana.

           Satu hal lagi, peluh. Aku dan Sorfina cukup kesian dengan Adelia sebab dia ni kuat berpeluh. Bila tidur mesti bantal lencun punya. Nak kata keluar air liur basi, tak juga. Tapi dia ni memang jenis kuat keluar air liur. Setakat artikel ini ditaip, Adelia ada lah 6 ke 7 helai 'bib'. Alah, benda alah yang gantung dekat leher tu tak mau bagi air liur bayi menjejeh kena baju. Kalau orang tua pakai konsep dia macam apron.

           Tapi best jugak bila Adelia ni peluh. Peluh tu sampai masam jugak dibuatnya bau dia, terutamanya di bahagian rambut. Sedap untuk di hirup aromanya. Boleh layan sampai 'high' jugak la. Kadang-kadang boleh sampai naik 'sheikh'. Bagi aku, takda hal sangat kalau budak-budak atau bayi ni ada bau masam-masam, sebab depa ni suci lagi mulus. Lain lah kalau orang tua-tua yang berbau masam. Itu memang mintak pelempang. Tapi kalau dah semulajadi masam, walaupun dah pakai 'deodorant' berbotol-botol, nak buat macam mana kan?

           Baik, berbalik kepada tajuk asal dan penting yakni mencari pusat jagaan bayi. Untuk masa sekarang, anak aku masih dalam jagaan mak mertua aku ketika kami pergi bekerja di kilang. Kami sebenarnya dah lama nak serah jagaan kepada pusat jagaan bayi semasa waktu kerja, tapi mak mertua aku yang bersungguh nak menjaga Adelia, yakni dari tempoh berpantang 2 bulan sampailah sekarang. Aku selaku anak menantu hanya menurut tanpa banyak soal. Bagus lah, sebab mak mertua aku ni cermat dan berhemah orangnya. Namun, aku dan Sorfina sebagai menantu dan anak semestinya keberatan untuk membiarkan beban serta tanggungjawab diatas bahu beliau demi menjaga Adelia.

          Langit tak selalunya cerah. Begitulah juga keadaan kesihatan mak mertua aku. Keadaan kesihatan mak mertua aku buat masa ini menjadi penghalang untuk beliau menjaga Adelia.Ditambah faktor kami pun akan berpindah keluar dari rumah mertua tak lama lagi menjadi sebab untuk aku dan Sorfina untuk menghantar Adelia ke pusat jagaan bayi. Setelah lama mencari dan membuat kunjungan ke sekitar kawasan perumahan di Kulim, akhirnya kami berjaya mendapatkan tempat jagaan.

         Lega apabila tempat jagaan tersebut menitik beratkan soal kebersihan dan keselamatan pada bayi serta kanak-kanak jagaan mereka. Ini semua hasil daripada tinjauan secara tiba-tiba aku dan Sorfina ke tempat jagaan tersebut. Kalau telefon depa dulu, mungkin depa akan siap-siap apa yang patut bagi nampak bersih, kemas dan apa lagi. Bilangan penjaga pun ramai. Menepati nisbah 1 penjaga kepada 3 orang bayi bawah 1 tahun.

          Aku pun dah tak larat nak melabon dan menaip panjang lagi kerana hari ini sudahpun masuk 3 Ramadhan 1433 Hijrah. Sorfina pulak baru terima SMS daripada adik dia, merangkap adik ipar aku, Aisyah yang kini berada di rumah sempena cuti seminggu dari pengajian Masternya. Kabornya, Nur Adelia sudah boleh merangkak. Sorfina macam biasa, dengar berita macam ni mesti rasa terharu dan nak menangis. Biasalah, hati saorang ibu.

           Alhamdulillah. Ayah dia masih lagi steady. Dalam hati mesti la gembira sakan. Ish, power betul-lah Adelia ni. Rasa nak gigit-gigit ja dia ni !

Wednesday, July 25, 2012

Solat Terawih

            Sekali lagi, aku ingin berkongsi tentang solat terawih. Macam mana dengan solat terawih hangpa,tuan-tuan dan puan-puan serta cik-cik pembaca sekalian yang beragama Islam dan yang InsyaAllah akan diberi hidayah oleh Allah S.W.T untuk menganut agama Islam?

          Semoga artikel yang aku ambil ini dapat memberi manfaat kepada kita sekalian. Allahualam.

******

          Segala puji bagi Allah yang menjadikan kita dikalangan orang-orang yang beriman. Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan yang layak disembah melainkan Allah, dan aku bersaksi bahawa Nabi Muhammad saw itu pesuruh Allah. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad saw, ahli keluarganya dan sahabat-sahabatnya.Alhamdulillah, bulan Ramadhan kembali menemui kita.Banyak ilmu yang perlu kita ulangkaji berkenaan amalan-amalan di dalam bulan Ramadhan, agar kita dapat memperoleh manfaat dan ganjaran yang sepenuhnya pada bulan yang mulia ini.

           Risalah ringkas ini akan membincangkan tentang “Solat Terawih” dan perkara yang berhubung kait dengannya.Berkenaan keutamaan solat ini, Abu Hurairah r.a. menerangkan bahawa Rasulullah saw menganjurkannya pada malam Ramadhan dengan anjuran yang bukan berupa perintah yang tegas. Baginda bersabda:

           Maksudnya: “Sesiapa yang berdiri (beribadat) pada malam Ramadhan kerana iman dan mengharapkan ganjaran (daripada Allah), diampunkan dosa-dosanya yang telah lepas.”[Sahih Muslim,no: 759]

Takrif Solat Terawih:
Menurut bahasa (lughah): Terawih bermaksud berehat, bersenang-senang, melapangkan nafas dan seumpamanya.
Menurut istilah: Terawih ialah ibadat solat yang dilakukan pada waktu malam di bulan Ramadhan. Bermula waktunya selepas solat isya’ dan berakhir dengan masuk waktu subuh, tidak termasuk sunat ratibah isya’ dan solat witir.
Dinamakan terawih kerana orang yang melakukannya akan berehat selepas empat rakaat (dua salam).Solat terawih termasuk solat tahajjud atau solatul-lail dengan membaca al-Fatihah pada setiap rakaat dan membaca ayat-ayat atau surah daripada al-Quran.

Waktu Melakukan Solat Terawih.
Sebagaimana hadis Rasulullah saw di atas: “Sesiapa berdiri (beribadat) pada malam Ramadhan…”. Berdasarkan hadis ini, tempoh menunaikan solat terawih ialah sesudah masuk waktu solat isyak sehingga sebelum masuk waktu solat subuh. Ini bererti sesiapa yang tidak dapat melakukannya pada awal malam boleh melakukannya pada pertengahan atau akhir malam.

Hukum Solat Terawih
Solat terawih hukumnya sunat mu’akad, iaitu amalan sunat yang amat dituntut. Rasulullah saw telah menganjurkannya dengan arahan yang tidak tegas, bererti hukumnya adalah sunat dan tidak wajib.

Sejarah Terawih:
Ummul Mukminin Aishah ra, meriwayatkan bahawa Rasulullah  saw melakukan solat terawih di masjid beberapa malam (ada yang mengatakan empat malam) dalam bulan Ramadan bersama-sama para sahabat. [HR Bukhari dan Muslim].
Pada malam kelima dan seterusnya hingga ke akhir bulan Ramadan, Baginda melakukan ibadat ini di rumah. Ini kerana Baginda saw bimbang para sahabat tersalah anggap dan menjadikannya sebagai solat fardu dan sudah tentu sukar bagi mereka untuk melakukannya.
Abi Zar meriwayatkan Nabi saw bangun bersolat bersama-sama mereka pada malam 23 sehingga satu pertiga malam, dan pada malam ke 25 sehingga separuh malam. Para sahabat berkata kepada Baginda saw: “Kalaulah tuan terus sempurnakan saki baki malam kami dengan solat sunat”. Maka Nabi saw bersabda: Maksudnya: “Sesiapa yang berdiri (bersolat terawih) bersama imam sehingga dia (imam) beredar (selesai), dituliskan baginya ganjaran orang yang Qiyam semalaman (seumpama bersolat sepanjang malam).” [HR At-Tirmizi, sahih].
Imam Ahmad mengamalkan hadis ini dan beliau bersolat bersama imam sehingga selesai dan beliau tidak akan beredar sehinggalah imam beredar.

Berkata sebahagian ulama’: “Sesiapa yang bangun solat separuh malam bersama imam seumpama dia telah bangun solat sepenuh malam.”
Menurut hadis yang diriwayatkan oleh Ibnu Khuzaimah dan Ibnu Hibban dari Jabir ra bahawa Nabi Muhammad saw melakukan solat terawih sebanyak lapan rakaat, setelah itu diikuti solat witir.
Khalifah Umar bin Al-Khatab ra  ialah orang pertama yang mengerah umat Islam menunaikan solat terawih secara berjamaah di bawah pimpinan Ubai bin Kaab ra.
Solat terawih dilakukan berjemaah pada setiap malam Ramadhan selepas solat isyak sebanyak 20 rakaat dan ditambah dengan tiga rakaat solat witir.

Cara Perlaksanaan Solat Terawih.
Solat Terawih boleh dilaksanakan secara berjamaah atau bersendirian. Berjamaah adalah lebih afdal merujuk kepada anjuran Rasulullah saw seperti hadis di atas.
Namun jika menghadapi kesempitan untuk melaksanakannya secara berjamaah, maka dibolehkan melaksanakannya secara bersendirian. Rasulullah saw sendiri pada zaman baginda adakala melaksanakannya secara berjamaah dan adakala secara bersendirian. Ini bagi memberi kelapangan bagi umat, seandainya mereka menghadapi kesempitan masa atau tenaga.
Menurut imam Al Ghazali rh walaupun solat terawih boleh dilaksanakan secara sendirian tanpa berjemaah, solat terawih yang dilakukan secara berjemaah lebih afdal, sama seperti pendapat Umar r.a. yang mengingatkan bahawa sebahagian solat nawafil telah disyariat dalam solat berjemaah.

Bilangan Rakaat Solat Terawih.
Solat terawih boleh dilaksanakan dalam jumlah lapan atau dua puluh rakaat, diiikuti dengan solat sunat witir. Kadangkala timbul persoalan berkenaan jumlah rakaat solat terawih yang sepatutnya dilaksanakan, lapan atau dua puluh rakaat?

Persoalan jumlah rakaat bagi solat terawih telah menjadi tumpuan para ilmuan Islam sejak dari dulu. Mereka telah mengkaji dalil-dalil yang ada serta membandingkan antara pelbagai pandangan yang wujud. Hasilnya membuahkan tiga pendapat. Pendapat pertama: Jumlah rakaat solat terawih ialah 8 rakaat diikuti dengan 3 rakaat solat witir. Pendapat kedua: Jumlahnya ialah 20 rakaat diikuti dengan 3 rakaat solat witir. Pendapat ketiga: Jumlahnya tidak ditentukan. Seseorang itu bebas melaksanakan solat terawih dengan jumlah rakaat yang dipilihnya,kemudian ditutupi dengan solat witir.

Ketiga-tiga pendapat di atas memiliki dalil dan hujah di sebaliknya dan kita boleh memilih mana-mana pendapat di atas. Yang penting, kita perlu menghormati orang lain seandainya mereka memilih pendapat yang berbeza dengan kita.

Ibnu Umar ra menceritakan: Seorang lelaki datang bertanya Rasulullah saw tentang solat malam. Sabda Nabi saw:Maksudnya: “Solat malam ialah dua rakaat, dua rakaat. Apabila kamu bimbang masuk waktu subuh maka solatlah satu rakaat, menjadikan bilangan witir (ganjil) bagi rakaat yang telah engkau solat” [HR: Bukhari].

Rasulullah saw tidak menyebut bilangan rakaat solat malam, malam pula panjang masanya, boleh dilakukan banyak solat, ini menunjukkan bahawa bilangan tidak dihadkan sekadar kepada 8 atau 20 rakaat.

Berkata Imam Asy-Syafie: “Aku telah melihat orang ramai mendirikan solat terawih di  Madinah 39 rakaat, di Makkah 23 rakaat, ini bukanlah satu perkara yang sempit (terikat dengan bilangan).”
Katanya lagi: “Jika mereka panjangkan qiyam berdiri (dengan bacaan al-Quran), kurangkan rakaat adalah baik. Sekiranya mereka membanyakkan sujud (rakaat) dan meringankan berdiri (ringkaskan bacaan) juga adalah baik. Tetapi yang pertama adalah lebih aku sukai.”

             Pada umumnya masyarakat Islam di Malaysia mendirikan solat terawih sebanyak 20 rakaat tetapi ada juga yang hanya menunaikan sekadar lapan rakaat. Terpulang kepada masing-masing untuk menunaikan ibadat ini mengikut kemampuan dan keikhlasan diri sendiri terhadap Penciptanya. Yang pentingnya ialah selesaikan solat bersama imam, tidak hanya setakat separuh jalan.

Antara Kualiti dan Kuantiti.
            Persoalan yang lebih penting dalam solat terawih ialah cara melaksanakannya. 8 atau 20 rakaat, yang penting ialah membaca surah al-Fatihah dan bacaan-bacaan solat yang lain dengan sempurna, betul dan khusyuk. Jangan disingkatkan, jangan dibaca senafas dan jangan dibaca dengan tujuan mengejar jumlah rakaat.
Demikian juga dengan toma’ninah dalam solat, jadi yang penting ialah kualiti dan bukan kuantiti. Maka pastikan ia dilaksanakan secara baik (kualiti) dan tidak sekadar mengejar rakaat yang banyak (kuantiti).

Antara aspek kualiti yang sering ditinggalkan ialah:
1. Meninggalkan bacaan al-Qur’an secara tartil, iaitu sebutan kalimah-kalimah al-Qur’an secara jelas berdasarkan disiplin tajwid yang betul. Allah s.w.t. memerintah kita: “Dan bacalah al-Qur’an dengan tartil.” [Surah al-Muzammil:4]
2. Meninggalkan bacaan doa iftitah sebelum al-Fatihah dan bacaan surah-surah selepas al-Fatihah. Ini satu kerugian kerana bacaan-bacaan itu memberi ganjaran pahala yang amat besar.
3. Mengabaikan toma’ninah, iaitu kekal di dalam sesuatu posisi solat seperti rukuk, iktidal, sujud dan duduk di antara dua sujud. Tempoh kekal di dalam sesuatu posisi ialah sehingga bacaan dalam posisi itu dapat dilengkapkan dengan betul dan sempurna jumlahnya.

Pernah seorang lelaki bersolat tanpa toma’ninah pada zaman Rasulullah saw. Melihat cara solat lelaki itu, Rasulullah saw memerintahkan beliau untuk mengulanginya [Sahih al-Bukhari, no: 757]. Tindakan Baginda itu menunjukkan toma’ninah ialah syarat sah solat. Sesiapa yang meninggalkannya bererti solatnya, sama ada solat terawih atau selainnya, adalah tidak sempurna.
4. Tidak mengambil berat tentang melurus dan memenuhkan saf solat. Masing-masing sibuk mengejar rakaat, sedangkan Rasulullah saw telah memberi peringatan agar menjaga saf dengan sempurna dalam sabdanya: Maksudnya: “Luruskan saf-saf solat kamu atau Allah akan tukarkan wajah-wajah kamu (hati-hati kamu berpecah dan tidak bersatu).” [HR Bukhari].
Sabda Baginda saw lagi:
Maksudnya: “Luruskan saf-saf solat kamu, kerana saf yang lurus itu di antara tanda kesempurnaan solat.” [HR Bukhari].

Berdasarkan perbincangan  di atas, sama-samalah kita jadikan solat terawih pada tahun ini dan tahun-tahun akan datang dilaksanakan berdasarkan kualiti dan bukannya kuantiti.Semoga semua amalan baik kita diterima oleh Allah swt.



Sumber : http://www.abuanasmadani.com/?p=409

Tuesday, July 24, 2012

Kelebihan bulan Ramadhan

           Semoga artikel yang aku ambik daripada laman web ini memberi manfaat kepada umat Islam dan khususnya kepada diri aku jugak tentang kelebihan bulan Ramadhan; bulan dimana umat Islam dituntut untuk menunaikan rukun Islam yang ketiga, yakni berpuasa. Allahualam.

******
(Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadan yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah. Oleh itu, sesiapa dari antara kamu yang menyaksikan anak bulan Ramadan (atau mengetahuinya), maka hendaklah ia berpuasa bulan itu; dan sesiapa yang sakit atau dalam musafir maka (bolehlah ia berbuka, Kemudian wajiblah ia berpuasa) sebanyak hari yang ditinggalkan itu pada hari-hari yang lain. (Dengan ketetapan yang demikian itu) Allah menghendaki kamu beroleh kemudahan, dan Ia tidak menghendaki kamu menanggung kesukaran. Dan juga supaya kamu cukupkan bilangan puasa (sebulan Ramadan), dan supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat petunjukNya, dan supaya kamu bersyukur. [Al-Baqarah 2:185]

          Bulan Ramadhan merupakan bulan yang mempunyai banyak kelebihan. Kedatangannya selepas dua bulan yang juga tidak kurang keistimewaannya iaitu Rejab dan Sya'ban. Bagi tujuan menyuburkan rasa tanggungjawab dan rasa ingin menambahkan ibadat kepada Allah sepanjang Ramadhan ini, di sini dibawa beberapa hadis yang menceritakan mengenai kelebihannya.  

1. Abu Hurairah menyatakan : Telah bersabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud : Apabila telah tibanya Ramadhan, dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup segala pintu neraka dan diikat segala syaitan. 
-Hadis dikeluarkan oleh imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad dan Baihaqi-  

2. Daripada Abu Hurairah daripada Rasulullah S.A.W  telah bersabda yang bermaksud : Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan nescaya akan diampuninya segala dosanya yang telah lalu. - Diriwayat oleh imam Nasai'e, Ibn majah, Ibn Habban dan Baihaqi-
  
3. Abu Hurairah telah berkata : Aku telah mendengar Rasulullah S.A.W bersabda tentang Ramadhan yang bermaksud : Sesiapa yang mendirikannya(Ramadhan) penuh keimanan dan keikhlasan diampunkan baginya apa dosanya yang telah lalu. -  Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Tarmizi, Abu Daud, Nasai'e, Malik,Ahmad dan Baihaqi-
  
4. Daripada Abu Hurairah telah berkata: Rasullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud : Sembahyang yang difardhukan kepada sembahyang yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan Jumaat kepada Jumaat yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan bulan kepada bulan(iaitu Ramadhan) merupakan kaffarah apa antara keduanya melainkan tiga golongan : Syirik kepada Allah, meninggalkan sunnah dan perjanjian (dilanggar). Telah berkata Abu Hurairah  : Maka aku tahu perkara itu akan berlaku, maka aku bertanya: Wahai Rasulullah! adapun syirik dengan Allah telah kami tahu, maka apakah perjanjian dan meninggalkan sunnah? Baginda S.A.W bersabda : Adapun perjanjian maka engkau membuat perjanjian dengan seorang lain dengan sumpah kemudian engkau melanggarinya maka engkau membunuhnya dengan pedang engkau, manakala meninggal sunnah maka keluar daripada jamaah(Islam).
-Hadis riwayat Ahmad, Al-Hakim, dan Baihaqi-  

5. Daripada Abi Soleh Az-zayyat bahawa dia telah mendengar Abu Hurairah berkata: Rassullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud : Setiap amalan anak Adam baginya melainklan puasa maka ia untukKu dan Aku akan membalasnya. Dan puasa adalah perisai, maka apabila seseorang berada pada hari puasa maka  dia dilarang menghampiri(bercumbu) pada hari itu dan tidak meninggikan suara.Sekiranya dia dihina atau diserang maka dia berkata : Sesungguhnya aku berpuasa demi Tuhan yang mana diri nabi Muhammad ditanganNya maka perubahan bau mulut orang berpuasa lebih harum di sisi Allah pada hari qiamat daripada bau kasturi, dan bagi orang berpuasa dua kegembiraan yang mana dia bergembira dengan keduanya apabila berbuka dia bergembira dengan waktu berbukanya dan apabila bertemu Tuhannya dia gembira dengan puasanya. -Hadis riwayat imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad, Ibn Khuzaimah, Ibn Habban dan Baihaqi- 

6. Bulan yang adanya waktu sahur yang mempunyai barakah.

7. Bulan yang padanya ada Lailatul Qadar [Surah Al Qadr,97 : 1-5]
Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada Malam Lailatul-Qadar,.
Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran Malam Lailatul-Qadar itu?
Malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan.
Pada Malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut);
Sejahteralah Malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar!

******

Perkataan Ramadhan berasal dari kata dasar ‘ra-mim-dal’, yang bererti “panas” atau “panas yang menyengat”.Perkataan ini berkembang sehingga ertinya membawa maksud “menjadi panas atau sangat panas”,atau diertikan juga sebagai “hampir membakar”. Oleh itu makna Ramadhan boleh diringkaskan sebagai waktu atau keadaan dimana seseorang merasa panas, mulut terasa kering dan tenggorok terasa haus disebabkan sedang berpuasa.

ii) Manakala perkataan puasa dalam bahasa Arab disebut ‘Siyam’ atau ‘Soum’ Kedua-duanya berasal dari kata dasar ‘Sa-wa-ma’, di mana secara etmologinya bererti menahan diri daripada segala yang dilarangnya serta mengikuti apa yang diperintahkan-Nya. Hal ini dapat diwujudkan dengan adanya perasaan takut(taqwa) kepada Allah S.W.T.

iii) Pada bulan Ramadhan umat Islam diwajibkan berpuasa kerana dengan puasalah nafsu akan terdidik.Bahkan dengan rahmat Allah S.W.T di bulan ini segala syaitan dan iblis dibelenggu dan Allah juga membuka pintu syurga dan menutup pintu neraka. Maka dalam situasi demikian kita hendaklah mengambil peluang untuk menguatkan jiwa dan rohani dengan mengerjakan amal ibadah seperti sembahyang tarawikh dan membaca Al Quran sesuai dengan kemuliaan dan kebesaran bulan tersebut.

iv) Selain itu Allah S.W.T juga memberikan dorongan untuk kita berusaha memperbanyakkan ibadah dengan melipatgandakan pahala pengamalnya serta disediakan satu malam yang lebih baik iaitu ‘Lailatul Qadar’ di mana kelebihannya menandingi 1000 bulan malam-malam biasa.


Sumber :
http://tadika.mytadika.com/pdf%20files/fadhilat%20ramadhan3.pdf
http://ii.islam.gov.my/hadith/hadith1.asp?keyID=213

Friday, July 20, 2012

Demonstrasi di Sepanyol - bila rakyat bangkit, baru pemerintah ambil pot!

           Aku meminjam kata-kata serta komentar daripada Hishamuddin Rais (Tukar Tiub) untuk berita di bawah; yang berlaku nun jauh di negara yang terletak di Semenanjung Iberia sana. Tepat, padu, jitu serta membuka mata dan minda.

Komentar Tukar Tiub

Saheh demonstrasi adalah pekara betul
Saheh demonstrasi membawa kejayaan
Saheh demonstrasi memberi manafaat
INI KERJA POLITIK TERBAIK

Hantar memo kerja bodoh
Bincang meja bulat kerja bodoh
Buat laporan polis kerja bodoh

Ihsan dari The Star Online

Thursday, July 19, 2012

Penggunaan telefon bimbit dan gajet di sekolah

Ihsan dari The Star Online

Ihsan dari Utusan Meloya

Kah kah kah kah kah kah kah....
Keh keh keh keh keh keh keh....

Kanak-kanak,pelajar dan murid dibenar membawa telefon dan gajet ke sekolah 

Lepas ni boleh bawak apa pulak ke sekolah ?

Periuk nasi, pengering rambut,seterika, televisyen,Ketuhar gelombang mikro, kereta 'control', Playstation, kerusi urut,Wii, piring Astro??

Kah kah kah kah kah kah kah....
Keh keh keh keh keh keh keh....

Woit...

Yang menyokong -Bagusnya boleh bawa telefon dan gajet ;

Boleh tanya di mana anak berada; dah balik sekolah ka belum, atau tengah ponteng sekolah,
Boleh dapat maklumat dengan pantas dan segera,
Boleh buat panggilan kecemasan dengan segera,
Boleh jadi alat bantu mengajar yang berkesan,
Boleh 'upload' cara guru mengajar di dalam 'Youtube' dengan segera,

Kah kah kah kah kah kah kah....
Keh keh keh keh keh keh keh....

Manakala,

Yang menolak pembawaan telefon bimbit dan gajet pula - apa kata mereka ?

Boleh ganggu tumpuan belajar-'caller ringtone', Angry birds, FarmVille, Fesbuk,
Boleh bawa anasir dengki mendengki sesama pelajar sekolah- ada yang bawa telefon canggih, ada yang bawa telefon cokia, ada yang tak mampu langsung,
Boleh cetus pergaduhan dan kecurian serta tuduh menuduh,
Boleh bebankan tugas dan tanggungjawab guru yang sudah sedia terbeban,
Boleh dedahkan dan bocorkan maklumat diri dan keluarga jika jatuh ke tangan penjenayah,
Boleh jerumus pelajar ke lembah maksiat -buat klip 3gp dan cerita 'blue',
Boleh dorong pelajar malas buka buku dan menelaah buku,

Jadi bagaimana?

Justeru, beberapa cadangan disyorkan

Kaji model dan dasar pendidikan di negara maju dan negara dunia pertama mengenai penggunaa telefon dan gajet di sekolah,
Tingkatkan dulu perhubungan awam di sekolah; perbanyakkan telefon awam di kawasan sekolah,
Mantapkan penggunaan makmal komputer di sekolah,
Pampang nombor telefon sekolah besar-besar di tembok hadapan berdekatan pintu pagar sekolah -untuk makluman ibu bapa,
Ibu bapa, waris serta penjaga berhak dan wajib tahu nombor telefon guru kelas anak-anak serta jagaan mereka,
Jika bawa telefon dan gajet ke sekolah, pastikan ianya dikawal penggunaannya;
-sekolah wajib menyediakan bilik khas untuk menyimpan telefon dan gajet
-hanya dibenar digunakan ketika waktu lepas sekolah
-kesemua telefon disimpan rapi dalam bilik kawalan sekolah semasa mula waktu persekolahan
-telefon akan dipulangkan semula kepada pelajar dengan diiringi dan diselia oleh guru bertugas

Ada apa-apa lagi yang boleh dicadangkan??

Sebarang cadangan, pendapat,idea serta buah pikiran dari tuan-tuan dan puan-puan adalah amat dialu-alukan. Khalas.

Selamat datang, Ramadhan 1433 Hijrah!

           Alhamdulillah. Allah masih panjangkan lagi umur aku untuk menemui Ramadhan yang penuh barokah ini sekali lagi. Kalau tahun sebelumnya, waktu ini aku baru sahaja memulakan hidup berumah tangga dan Sorfina pula sedang sarat mengandung 2 bulan, tahun ini pula berbeza sama sekali. Nur Adelia telah pun selamat dilahirkan dan kini menginjak ke usia 3 bulan setengah. Pertama kali menyambut Ramadhan bersama kehadiran anak kecil ini.
Ya Habibi Ya Maulana

           20 tahun dahulu, dikala aku mula berkecimpung dengan dunia puasa - adanya istilah 'puasa setengah hari' dalam kamus dewan hidup ini. Ketika darjah 2, sabelum bermulanya sesi persekolahan (petang);dimana pada paginya aku dan Farhani akan ke sekolah agama dahulu, perut ini akan dihidangkan dengan nasik dan lauk terlebih dahulu sebelum ke sekolah. Justeru, di sekolah nanti tidak perlu lagi makan dan rakan pun turut tumpang bangga kerana berjaya 'puasa'.

          Waktu tu, pergi sekolah naik bas sekolah dan jadual persekolahan dikira agak padat. Pagi sekolah agama, balik rumah pukul 11 lebih dah kena bersiap pula ke sekolah kebangsaan. Letih habaq hang. Dugaan yang datang pulak menimpa-nimpa. Budak-budak Cina dan India termasuk segelintir budak Melayu Islam tanpa segan silu makan 'ais krim batang' dalam bas. Yang paling tak tahan, siap ada kunyah 'cekedis' rangup kuat-kuat. Saja nak gugat iman yang 'ciput' ni.

        Apa-apapun, puasa tetap puasa. Tak puasa, tetap tak puasa. Janji waktu bulan puasa dulu aku boleh tengok cerita 'Rumah Kedai' !.

Monday, July 16, 2012

Faiq Ibrahim

            31 May tempohari, isteri sahabat lama aku sejak dari bangku sekolah, Faiq Nur, selamat melahirkan putera sulung mereka di salah sebuah hospital di Kuala Lumpur. Apa yang mengejutkan aku ialah secara tiba-tiba isteri sahabat aku ni terberanak disebabkan sudah turun darah serta terdapat bukaan sepanjang 10 sentimeter, dan merupakan kelahiran yang masih terlalu awal dari tempoh yang dijangkakan. Minggu ke 29.

           Masih segar lagi dalam ingatan aku dan Sorfina ketikamana mereka melawat Nur Adelia, yang ketika itu baru sahaja berusia 20an hari.Ketika itu isteri Faiq baru sahaja memasuki tempoh mengandung 3 bulan. Alih-alih, dengar khabar dah bersalin.

           Anak mereka berdua diberi nama Faiq Ibrahim. Sedap dan molek namanya. Berat sewaktu kelahiran hanyalah sekitar 1.1kilogram. Ringan habaq hang. Disebabkan kelahiran awal bulan, dan ketika itu juga bayi masih belum berada pada kedudukan yang sepatutnya (menurut Faiq Nur, bayi dalam kedudukan melintang), maka tabib berserta pasukan jururawatnya menggunakan kaedah 'Caesarean' untuk mengeluarkan bayi. Orang Kedah cakap, 'keluaq ikut tingkap'.

         Begitu besarnya pengorbanan saorang ibu semasa melahirkan anak. Kalau kes Faiq ni, orang rumah dia kena jahit 'atas' dan 'bawah'. Dulu Sorfina hanya kena jahit bahagian perut/ 'atas' sebab bukaan terlalu kecil. Aku tak boleh masuk bilik operasi atas sebab musabab ianya kes kecemasan.

         Sehingga sekarang, Faiq Ibrahim masih berada di dalam wad dan dimasukkan ke dalam 'incubator'. Hanya ibunda dan ayahandanya sahaja dibenarkan melawat. Menurut kata Faiq, tabib hanya akan lepas keluar selepas berat bayi mencapai sekitar 1.8 kilogram.

          Mengikut khabar dari Faiq, berat Faiq Ibrahim sudah bertambah ke 1.3 kilogram dalam tempoh sebulan. Alhamdulillah. Semoga hang dan Farida terus sabar dan tabah dalam menghadapi tempoh-tempoh sukar ini. InsyaAllah, Allah pasti memberi ganjaran yang berlipat ganda dan ada hikmah di sebaliknya.

          Maka benarlah firman Allah, 'manusia itu merancang, tapi sebaik-baik perancang adalah Allah S.W.T'.
          

Saturday, July 14, 2012

Tiang lampu trafik

            Menurut pemerhatian dan pengamatan aku, antara tugas-tugas penting dan mahsyur bagi tiang lampu trafik,selain menyokong lampu untuk sistem trafik adalah:

1.tempat untuk meletak papan /petunjuk arah kenduri dan nama pengantin
2.tempat letak bunga manggar
3.tempat pengiklanan ceti haram/'Along'
4.tempat pengiklanan khidmat 'plumber' dan pembasmi anai- anai
5.tempat pengiklanan ubat 'kuat'     

Jika ada sebarang tugas-tugas lain,bolehlah dan silalah tambah apa yang patut.Power betul sebenarnya tiang-tiang trafik di Malaysia ni.

Saturday, July 7, 2012

Harimau menangis

           Rakan sekerja mengesyorkan untuk aku mencuba hidangan daging 'Harimau Menangis' di salah sebuah restoran terkemuka di Kepala Batas, Pulau Pinang. Mungkin bila ada masa senggang aku akan berkunjung ke Restoran Ikan Bakar Din, Kepala Batas untuk menikmati daging ini.

Daging lembu bahagian 'Harimau menangis'


Nota kaki : Bahagian daging dikenali sebagai 'Harimau menangis' juga dikenali sebagai daging batang pinang, ataupun dalam bahasa Omputihnya dikenali sebagai 'tenderloin' (bagi penggemar 'steak').

Tuesday, July 3, 2012

Sizzling Yee Mee

‎            Berdasarkan pengalaman, serta pemerhatian dan pengamatan yang dilakukan, acapkali aku mengalami fenomena 'lidah/lelangit melecur' apabila menikmati hidangan 'Sizzling Yee Mee';samada di Tesco, Giant ataupun di mana-mana premis makanan. Namun, tidaklah pula mematahkan semangat aku untuk terus menikmati hidangan ini di masa-masa mendatang...

Antara makanan kegemaran

Sunday, July 1, 2012

Membuat burgerdil


            Aku sukakan burgerdil.Seingat aku,kali pertama aku menjamah makanan ini ialah ketika berusia 17 tahun. Itupun hasil daripada kunjungan ke salah sebuah restoran entahnama apa aku tak ingat di utara tanah air. Emak aku pula langsung tidak tahu menahu untuk membuat burgerdil ini. Asal usul makanan ini tidaklah pula aku kaji, tapi khabarnya ianya berasal dari Kepulauan Jawa.Orang-orang Jawa akan menjamah burgerdil ini bersama-sama dengan sajian 'Soto' mereka.

           Tahun 2012 ialah dimana menjadi titik tolak untuk aku mempelajari, seterusnya mempraktikkan terus ilmu masakan yang diceduk dari intenet hatta dari rakan kerja kilang. Justeru, setelah teori dipelajari, masa untuk mempraktikkan ilmu masakan wajar dilaksanakan. Hasilnya, sudah 4 kali aku membuat burgedil pada tahun 2012 ini.

          Selamat maju jaya kepada sesiapa yang ingin mencuba.Sesuai dimakan bersama nasi kosong panas-panas tarok kicap. Boleh juga masak untuk menambat hati isteri atau teman tapi mesra sekalian. Apa-apapun,Forza Italia ! [sempena perlawanan akhir EURO 2012 pada pagi buta ini. ]

******
Bahan-bahan (untuk hidangan 5 orang) :
1)  Kentang India 6 biji
2)  Daging lembu/kambing/kibasy/unta/biri-biri/kerbau 200-300gram (ikut suka hangpa nak tarok banyak mana)
3)  Daun bawang (bahasa omputihnya Spring onion)
4)  Daun sup (daun Saderi; hangpa jangan keliru dengan Coriander)
5)  Telor ayam 1 biji
6)  Tepung (untuk sapu atas burgerdil selepas celup dengan telor;sebelum digoreng)
7)  Lada hitam (ikut suka hangpa nak bubuh banyak mana, aku pakai 10-14 biji)
8)  Garam

******
Kentang yang dibuang kulitnya dan dipotong secara dadu,untuk memudahkan proses menggoreng.

Goreng kentang, 5-10 minit cukup.

Sementara goreng kentang, hangpa boleh potong daging/ricik daging bagi jadi potogan kecil-kecil. Ini yang paling leceh dan lenguh tangan.

Potong daun saderi dan daun bawang menjadi hirisan kecil

Tumbuk lada hitam dengan lesung batu. Kalau takda lesung, hangpa guna batu bata atau katok dengan 'hammer'

Goreng daging, 10-15 minit ok dah rasanya

Sementara daging tengah digoreng, hangpa kasi lenyek dan tumbuk itu kentang sampai jadi lunyai. Lepas tu hangpa tarok garam secukup rasa dalam kentang lenyek tu.

Setelah daging, daun bawang, daun sup diadun bersama kentang yang dilenyek,hangpa susun elok-elok jadi macam ni

Buat dan gentel adunan macam kuih Cucuq Badak. Nak bentuk lain, ikut suka hangpa.

Adunan dicelop dengan telur dan disapu dengan tepung. Lepas tu hangpa goreng. Hati-hati dengan minyak panas. Waspada.

Burgerdil siap untuk dimakan bersama seisi keluarga dan handai.