Loading...

Monday, March 24, 2014

Pemanduan berhemah

              Dipetik dari laman fesbuk aku. Jom pakat sama-sama aku dan hangpa hayati.

"Kadang- kadang, gua berhadapan dengan pemandu-pemandu kurang berhemah di jalan raya. Antaranya, mereka-mereka yang kenderaannya dihiasi sticker "La ila ha illallah Muhammad rasulullah" besar-besar di cermin belakang, dan juga pemandu berketayap,berserban atau berlebai.

Potong queue, himpit kenderaan orang lain, cucuk kenderaan orang pada bukan laluan memotong atau tidak kena pada masanya;adalah beberapa contoh yang dapat gua peratikan.

Naluri dan perasaan gua; kadang-kadang marah,kadang-kadang gua rileks dan tak ambil pusing.Tak ambil pot,dalam bahasa mudahnya.

Bila gua rasa nak maki dan amarah gua naik bila berhadapan situasi tersebut,cepat-cepat gua Istighfar dan berhusnuzzon. Husnuzzon tu cakap arab.Melayunya, bersangkngka baik.

Gua punya sangka baik contohnya macam; pemandu tersebut dalam keadaan amat perit dan memerlukan tandas, pemandu tersebut sudah terlambat untuk ke masjid /surau untuk beribadah atau mengikuti kuliah, pemandu tersebut dalam keadaan cemas untuk menghantar isteri atau sesiapa ke wad bersalin atau kecemasan, atau yang terakhir;pemandu tersebut sedang bergelut mengejar penjenayah.

Sekian.Pandangan tulus ikhlas dari gua."

-Anonymous-

2 comments:

  1. Susah bai. Gua kalau kena himpit masa naik moto, mesti balas balik kalau ada peluang. Kurang2 pun tunjuk jari tengah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. SM: Aduih. Simpati aku kepada hang dan khususnya penunggang-penunggang motorsikal di luar sana. Memang aku pun payah bebenor juga nak sabar kalau macam tu. Selalu aja kena bebel dengan orang rumah. Alahai !

      Delete