Monday, September 22, 2014

Kekalahan yang memeritkan

           Malam 21 September. Sebelumnya pada petang itu, aku dan keluarga kecil aku pergi ke pasar malam Kelang Lama Kulim untuk membeli makan apa yang patut, dan tak lupa, sebungkus minuman bernama Yakult untuk Adelia. Minat benar Adelia dengan Yakult ni.

          Dalam kereta pada waktu perjalanan pulang ke rumah, aku dah cakap siap-siap ke Sorfina, " Malam ni 8.30 tolong pastikan yang Adelia lupa pasal dia punya rancangan kegemaran dia yang hari-hari dia tengok waktu malam. Pastikan 'channel' tv dikuasai oleh kita ya!. Saya nak tengok perlawanan penting ni."

          Aku jelaskan pada Sorfina dengan lancar sambil sedikit campur sedikit bahasa badan untuk pastikan yang Adelia tak dapat tangkap apa yang kami bicarakan. Adelia waktu ni dah boleh tangkap apa yang aku dan Sorfina cakap walaupun baru 2 tahun setengah. Aku tersengih dan senyum lebar, sambil mengenangkan alat kawalan tv bakal aku kuasai malam itu daripada Adelia, seterusnya, menonton perlawanan bola sepak unggul antara Leicester City dan Manchester United.

           Teruja betul habaq hang. Terbayang aku Radamel Falcao dan Di Maria bakal mengucar-kacirkan pertahanan lawan lantas menyumbat beberapa gol untuk kemenangan kedua United musim ini. Itu sudah cukup sebagai hadiah hari jadi aku yang ke 29 tahun ini, yang berlalu 3 hari sudah.


******

           Waktu maghrib. Sebelum tu, aku siap-siap apa yang patut;mandi apa semua, kemudian solat,sambil mengenakan jersi pasokan Manchester United musim 2014/2015 yang baru dibasuh dengan aroma Downy.

            Usai solat, giliran aku pula untuk menjaga anak kedua aku, Akif yang berusia 4 bulan. Aku dan Sorfina bergilir untuk menjaga dia waktu solat sebab Adelia boleh tahan dia punya aktif berlari sakan keliling rumah waktu -waktu ni. Kena pantau.

            8.30 malam. Perlawanan bermula. Aku menonton perlawanan sambil mendukung Akif yang agak sedikit mengantuk.

            Selebihnya, adalah sejarah.

******
Diharap agar Man United bangkit untuk perlawanan seterusnya dan mendapat pengalaman berguna dari kekalahan ini.

Thursday, September 18, 2014

Sabelum bertemu 30

              Terima kaseh kepada semua yang mengucapkan selamat hari lahir kepada gua, yang ke dua puluh (tambah sembilan). Alhamdulillah.Semoga Allah merahmati dan mengampuni kita semua.
     
               Bersempena dengan itu, gua isytiharkan bahawa esok; seluruh Kedah, Johor, Terengganu dan Kelantan untuk bercuti. Manakala negeri lain boleh bercuti saperti biasa lusanya.

             Tak lupa juga kepada  sisi terbaik gua, merangkap isteri dan ibu kepada anak-anak gua yang telah menyokong dan bertungkus-lumus demi kehidupan keluarga kecil gua. Dapat juga hadiah secara terkejut tadi.

Sekian. Allahualam.

Monday, September 8, 2014

Lepak lepak

         Steady juga dapat lepak dengan anak-anak pada hujung minggu lepas dekat rumah. Adelia tu, nampak aja ok dalam gambar. Tapi bila buat perangai, mulalah nak tanggal lampin sendiri.

         Bila tak sempat nak tahan, jenuh nak kena kejar. Takut dia duduk atas permaidani atau kerusi pulak. Najis woi.

         Yang Akif ni pulak, pesen tak mau baring atas tilam. Asyik mau kena dukung aja. Layan ajalah. Perangai pun tak sama macam kakak dia tu. Yang dia ni jenis tidoq buai. Hantaq pi pengasuh, siap beli buaian lagi. Kat rumah? Tak dapat la jack. Malam-malam memang kena dukung si Muhammad Akif ni sambil jalan ke depan dan ke belakang dan secara terhuyung hayang untuk menimbulkan rasa saperti sedang dibuai ombak laut yang tenang.

          Setiap hari,ada la satu jam nak ke dua jam. Alahai. Letih, tapi syok habaq hang.

Gambar ihsan dari telefon isteri

Friday, September 5, 2014

Pergi berpacaran

             Kilang tempat aku mencari rezeki bagi cuti ganti pada hari Isnin sempena hari ulangtahun kemerdekaan Tanah Melayu yang ke 57 pada Ahad lepas. Disebabkan cuti 3 hari masih tak mencukupi, jadinya, aku pakat-pakat ambil cuti lagi dengan Sorfina pada hari Selasa. Kami ada 'plan' baik punya.

            Bila buah hati intan payung merangkap sisi terbaik ajak pergi 'date' Selasa tu, aku tanpa berfikir dua tiga kali dan tanpa berlengah, terus menghanggukkan kepala tanda setuju. "Peluang baik ni", kata aku dalam hati, sambil menguntumkan senyuman.

           Sampai saja Kulim dari Sg. Petani pagi tu, kami berdua terus mengorak langkah dengan menghantar Adelia dan Akif ke tempat jagaan masing-masing. Rindu tu rindu, tapi kalau bawak depa dua ni, tak nama 'date' la. Menghangatkan suasana romantis tu penting, habaq hang.

          Setelah bersiap-siap apa yang patut; seperti mandi, gosok gigi, sapu 'deodorant' di ketiak dan sembur minyak wangi ke bahagian-bahagian badan yang berpotensi untuk mudah busuk,Sorfina dan aku terus meluncur laju menaiki kereta mewah kami,Perodua Alza ke pusat membeli belah terkemuka di Pulau Pinang.

           Nah. Setelah sekian lama kempunan untuk menonton filem di pawagam, rasanya dalam setahun lebih, akhirnya 'Guardians of the Galaxy' menyajikan kami persembahan yang begitu hebat dan mengagumkan,walaupun filem itu telah 5 bulan keluar panggung. Keadilan telah dicapai hari tu.

          Sedap betul hari tu dapat berpacaran macam zaman muda-muda. Alahai.

Hangpa kalau ada masa, bawak la bini atau suami tengok wayang berdua-duaan sambil menggenggam erat tangan. Syok woi.