Friday, September 5, 2014

Pergi berpacaran

             Kilang tempat aku mencari rezeki bagi cuti ganti pada hari Isnin sempena hari ulangtahun kemerdekaan Tanah Melayu yang ke 57 pada Ahad lepas. Disebabkan cuti 3 hari masih tak mencukupi, jadinya, aku pakat-pakat ambil cuti lagi dengan Sorfina pada hari Selasa. Kami ada 'plan' baik punya.

            Bila buah hati intan payung merangkap sisi terbaik ajak pergi 'date' Selasa tu, aku tanpa berfikir dua tiga kali dan tanpa berlengah, terus menghanggukkan kepala tanda setuju. "Peluang baik ni", kata aku dalam hati, sambil menguntumkan senyuman.

           Sampai saja Kulim dari Sg. Petani pagi tu, kami berdua terus mengorak langkah dengan menghantar Adelia dan Akif ke tempat jagaan masing-masing. Rindu tu rindu, tapi kalau bawak depa dua ni, tak nama 'date' la. Menghangatkan suasana romantis tu penting, habaq hang.

          Setelah bersiap-siap apa yang patut; seperti mandi, gosok gigi, sapu 'deodorant' di ketiak dan sembur minyak wangi ke bahagian-bahagian badan yang berpotensi untuk mudah busuk,Sorfina dan aku terus meluncur laju menaiki kereta mewah kami,Perodua Alza ke pusat membeli belah terkemuka di Pulau Pinang.

           Nah. Setelah sekian lama kempunan untuk menonton filem di pawagam, rasanya dalam setahun lebih, akhirnya 'Guardians of the Galaxy' menyajikan kami persembahan yang begitu hebat dan mengagumkan,walaupun filem itu telah 5 bulan keluar panggung. Keadilan telah dicapai hari tu.

          Sedap betul hari tu dapat berpacaran macam zaman muda-muda. Alahai.

Hangpa kalau ada masa, bawak la bini atau suami tengok wayang berdua-duaan sambil menggenggam erat tangan. Syok woi.

No comments:

Post a Comment