Wednesday, April 15, 2015

Danny Higginbotham : Saya tidak cukup baik untuk Manchester United


          Danny Higginbotham, bekas pemain akademi Manchester United yang membuat beberapa kali penampilan untuk pasukan utama,sebelum meninggalkan United berkata, bahawasanya pemain muda zaman kini "mendapat sesuatu terlalu banyak, dan terlalu pantas."

Bekas pemain Manchester United dan anak kelahiran Manchester,yang merupakan graduan akademi United ini, pernah dipinjamkan ke pasukan Royal Antwerp, Belgium, sebagai salah satu langkah untuk memastikan perkembangannya.

         "Pemain muda zaman kini mendapat sesuatu terlalu banyak, dan terlalu pantas.""Anda lihat seorang remaja menjejaki usia 18 tahun, dan mereka memiliki kontrak yang besar, dan saya berkata berkenaan pemain yang belum pernah bermain untuk pasukan utama, tetapi berusia 18 tahun dan menandatangani kontrak selama 4 tahun. Ketika pengakhiran karier saya, seorang pemain muda professional bertemu saya dan menanyakan kereta apakah yang kamu pandu, jam apakah yang kamu pakai?

           "Saya tidak pernah pergi menemui pemain senior dan bertanyakan soalan sedemikian. Semasa saya masih kanak-kanak di United, saya hanya duduk dan mendengar apakah yang disampaikan oleh pemain berpengalaman yang juga seorang pro. Saya seakan seperti span yang menyerap ilmu. Ianya langsung tidak berkaitan wang."

           "Saya pernah menyukai untuk mencuci kasut but bola sebagai seorang pelatih. Saya pernah mencuci but milik Roy Keane dan Brian McClair. Saya beritahu kepada rakan dan mereka amat iri hati dengan saya. Saya memiliki but yang dipakai Roy Keane dan dan berasa amat tidak sabar untuk memakainya kerana ianya pernah digunakan Roy Keane."

             "Sekarang anda tanya, but siapakah yang mereka cuci dan mereka kata mereka tidak melakukannya kerana mereka tidak perlu lakukannya. Mereka tidak punya keinginan untuk lakukan ianya juga!"

"Namun, ianya adalah suatu penghargaan untuk melakukan kerja mencuci tersebut dari but mereka."
"Saya diberitahu bahawa sekiranya kamu berjaya, hadiah akan hadir kemudian. Sekarang, anda mendapat hadiah sebelum datangnya kejayaan."

           "Sistem dari akademi telah melahirkan suatu bentuk yang baru. Remaja pada usia 18 tahun mendapat kontrak yang besar dan pada usia 22 tahun, apabila mereka menghadapi masalah dan perlu turun ke Liga Championship atau liga yang lebih bawah, mereka tidak akan menandatangani kerana wang yang kecil. Mereka telah berputus asa dengan bola sepak."

           "Ianya adalah perkara yang menyedihkan. Ianya bukan suatu yang mudah sebagai seorang pemain muda untuk mendapat tempat di United, pada masa akan datang dengan sistem yang telah dilakukan dalam bidang bola sepak sekarang. Namun, jika mereka pemain yang benar-benar bagus, dan mempunyai sikap yang baik, kemudian mereka akan mendapat peluang tersebut."

           "Saya sememangnya tidak cukup baik. Sir Alex Ferguson tidak akan menjual pemain sekiranya pemain tersebut adalah seorang pemain yang benar-benar bagus."
"Tetapi saya kembali ke Old Trafford pada musim berikutnya bersama Derby pada hari dimana The Reds telah dianugerahkan trofi Premier League dan kami telah menewaskan mereka 1-0 untuk mengelak dari tersingkir ke liga bawah yang akhirnya telah menyingkirkan pasukan Manchester City.

"Anda boleh untuk tidak menulis perkara tersebut, kan?"

***
Danny Higginbotham kini telah bersara dari bermain bola sepak dan kini bertugas sebagai pundit di MUTV. Merupakan penulis buku "Rise of the Underdogs".



******
Tulisan ini telah disiarkan dalam fesbuk Buletin Manchester United (BMU).

Friday, April 3, 2015

G.S.T (Golongan suka telur)

         Hari ni, 3 April 2015. Masuk hari ketiga negara Malaysia tercinta ini merasai cukai GST yang dikenakan kepada semua.

        Di ruang media sosial pula, fenomena memuat naik gambaq resit di fesbuk, whatsapp,twitter dan lain-lain sudah kian berkurang, ataupun sudah hampir tidak kelihatan -tak macam hari pertama kena GST pada tanggal 1 April lalu.

        Orang Malaysia, biasalah. Aku pun sama.

        Apa-apapun, hidup mesti diteruskan. Tidur mesti dilakukan. Kerja pun sama. La ni pulak kilang aku tempat mencari rezeki duk sibuk tawarkan pakej VSP (Voluntary Separation Package).Maknanya, depa nak kurangkan tenaga kerja lah. Aku pun terlibat sama. La ni aku tengah duk pikiaq samada nak ambil ataupun tidak. Dapat pun tak seberapa, tapi jadilah.

       Nak kena perbaharui 'curriculum vitae' dulu, kemudian cari kerja mana yang patut ikut kelayakan.

      Ok. Kita berhenti dulu sembang bab tu.

      Pasal GST pulaK. Pengalaman aku dengan GST ni tak berapa banyak. Baru masuk 3 hari. Hari pertama aku kena GST masa makan bihun goreng dengan teloq mata di kafeteria kilang. Kenalah 13 sen. Masa kena tu aku tak berapa nak baran sangat lagi.


     Boring punya pasal, aku pun 'update' la satu status di fesbuk aku pasal GST. Ok lah, nak bagi nampak cakna sikit pasal isu semasa.

******

'Hang kerja apa la?', Badrul bertanya kepada Fadhlul, rakan yang telah lama tidak dihubunginya.

'Aku kerja GST...',balas Fadhlul.

'Haa. GST?'

'Ala..Guru Sekolah Tahfiz..'

'Alhamdulillah. Sempoi baq hang.'