Sunday, July 1, 2012

Membuat burgerdil


            Aku sukakan burgerdil.Seingat aku,kali pertama aku menjamah makanan ini ialah ketika berusia 17 tahun. Itupun hasil daripada kunjungan ke salah sebuah restoran entahnama apa aku tak ingat di utara tanah air. Emak aku pula langsung tidak tahu menahu untuk membuat burgerdil ini. Asal usul makanan ini tidaklah pula aku kaji, tapi khabarnya ianya berasal dari Kepulauan Jawa.Orang-orang Jawa akan menjamah burgerdil ini bersama-sama dengan sajian 'Soto' mereka.

           Tahun 2012 ialah dimana menjadi titik tolak untuk aku mempelajari, seterusnya mempraktikkan terus ilmu masakan yang diceduk dari intenet hatta dari rakan kerja kilang. Justeru, setelah teori dipelajari, masa untuk mempraktikkan ilmu masakan wajar dilaksanakan. Hasilnya, sudah 4 kali aku membuat burgedil pada tahun 2012 ini.

          Selamat maju jaya kepada sesiapa yang ingin mencuba.Sesuai dimakan bersama nasi kosong panas-panas tarok kicap. Boleh juga masak untuk menambat hati isteri atau teman tapi mesra sekalian. Apa-apapun,Forza Italia ! [sempena perlawanan akhir EURO 2012 pada pagi buta ini. ]

******
Bahan-bahan (untuk hidangan 5 orang) :
1)  Kentang India 6 biji
2)  Daging lembu/kambing/kibasy/unta/biri-biri/kerbau 200-300gram (ikut suka hangpa nak tarok banyak mana)
3)  Daun bawang (bahasa omputihnya Spring onion)
4)  Daun sup (daun Saderi; hangpa jangan keliru dengan Coriander)
5)  Telor ayam 1 biji
6)  Tepung (untuk sapu atas burgerdil selepas celup dengan telor;sebelum digoreng)
7)  Lada hitam (ikut suka hangpa nak bubuh banyak mana, aku pakai 10-14 biji)
8)  Garam

******
Kentang yang dibuang kulitnya dan dipotong secara dadu,untuk memudahkan proses menggoreng.

Goreng kentang, 5-10 minit cukup.

Sementara goreng kentang, hangpa boleh potong daging/ricik daging bagi jadi potogan kecil-kecil. Ini yang paling leceh dan lenguh tangan.

Potong daun saderi dan daun bawang menjadi hirisan kecil

Tumbuk lada hitam dengan lesung batu. Kalau takda lesung, hangpa guna batu bata atau katok dengan 'hammer'

Goreng daging, 10-15 minit ok dah rasanya

Sementara daging tengah digoreng, hangpa kasi lenyek dan tumbuk itu kentang sampai jadi lunyai. Lepas tu hangpa tarok garam secukup rasa dalam kentang lenyek tu.

Setelah daging, daun bawang, daun sup diadun bersama kentang yang dilenyek,hangpa susun elok-elok jadi macam ni

Buat dan gentel adunan macam kuih Cucuq Badak. Nak bentuk lain, ikut suka hangpa.

Adunan dicelop dengan telur dan disapu dengan tepung. Lepas tu hangpa goreng. Hati-hati dengan minyak panas. Waspada.

Burgerdil siap untuk dimakan bersama seisi keluarga dan handai.

No comments:

Post a Comment