Thursday, July 26, 2012

Mencari pusat jagaan bayi

            2 hari lagi anak sulung aku bakal genap 4 bulan umurnya. Apa yang dapat aku peratikan tentang anak aku yang nama dia Nur Adelia ni, semakin hari dia kelihatan semakin power dan 'steady'. Untuk itu aku memanjatkan  setinggi kesyukuran kepada Allah S.W.T kerana kepoweran dan kesteadyan itu.

            Power dan steady yang aku maksudkan ialah dalam bab-bab kesihatan dan kebolehan serta ketangkasan fizikal Nur Adelia. Bukan nak puji anak sendiri, tapi memang realiti. Orang cakap, kalau mak bapak dia tak puji, siapa lagi yang nak puji anak sendiri. Ye dok? Seingat aku Adelia dalam umur dia 2 bulan macam tu leher dia dah power dan kental. Tak lembik-lembik. Justeru, ini memudahkan proses bagi dia mandi. Kini leher dia semakin power dan bergerak dengan semakin steady. Jenuh pandang ke kiri dan ke kanan. Pantang orang acan sikit, mesti nak menoleh. Bukan bab-bab leher dan anggota fizikal sahaja, malah, tinja serta bahan kumuhan yang dihasilkan Adelia juga semakin power.

            Power tak power kalau nak cerita memang boleh bagi geli tekak. Tinja dia memang perghhh. Likat dan 'kowlat'.Hanya Allah yang Maha Mengetahui. Tu baru takat minum susu ibu dia sahaja tu, belum makan makanan pepejal lagi. Setakat ni, dalam usaha untuk membasuh punggung anak aku selepas dia buang air besar dalam 'diapers', aku sedaya upaya untuk menahan hidung dari mencium aroma yang terhasil dan cuba mengalih mata untuk tidak melihat tinja cair yang terhasil. Memang padu. Kadang-kadang terlepas pandang juga. Kena periksa jugak, sebab doktor kata dari tinja bayi boleh kesan dia punya kesihatan macam mana.

           Satu hal lagi, peluh. Aku dan Sorfina cukup kesian dengan Adelia sebab dia ni kuat berpeluh. Bila tidur mesti bantal lencun punya. Nak kata keluar air liur basi, tak juga. Tapi dia ni memang jenis kuat keluar air liur. Setakat artikel ini ditaip, Adelia ada lah 6 ke 7 helai 'bib'. Alah, benda alah yang gantung dekat leher tu tak mau bagi air liur bayi menjejeh kena baju. Kalau orang tua pakai konsep dia macam apron.

           Tapi best jugak bila Adelia ni peluh. Peluh tu sampai masam jugak dibuatnya bau dia, terutamanya di bahagian rambut. Sedap untuk di hirup aromanya. Boleh layan sampai 'high' jugak la. Kadang-kadang boleh sampai naik 'sheikh'. Bagi aku, takda hal sangat kalau budak-budak atau bayi ni ada bau masam-masam, sebab depa ni suci lagi mulus. Lain lah kalau orang tua-tua yang berbau masam. Itu memang mintak pelempang. Tapi kalau dah semulajadi masam, walaupun dah pakai 'deodorant' berbotol-botol, nak buat macam mana kan?

           Baik, berbalik kepada tajuk asal dan penting yakni mencari pusat jagaan bayi. Untuk masa sekarang, anak aku masih dalam jagaan mak mertua aku ketika kami pergi bekerja di kilang. Kami sebenarnya dah lama nak serah jagaan kepada pusat jagaan bayi semasa waktu kerja, tapi mak mertua aku yang bersungguh nak menjaga Adelia, yakni dari tempoh berpantang 2 bulan sampailah sekarang. Aku selaku anak menantu hanya menurut tanpa banyak soal. Bagus lah, sebab mak mertua aku ni cermat dan berhemah orangnya. Namun, aku dan Sorfina sebagai menantu dan anak semestinya keberatan untuk membiarkan beban serta tanggungjawab diatas bahu beliau demi menjaga Adelia.

          Langit tak selalunya cerah. Begitulah juga keadaan kesihatan mak mertua aku. Keadaan kesihatan mak mertua aku buat masa ini menjadi penghalang untuk beliau menjaga Adelia.Ditambah faktor kami pun akan berpindah keluar dari rumah mertua tak lama lagi menjadi sebab untuk aku dan Sorfina untuk menghantar Adelia ke pusat jagaan bayi. Setelah lama mencari dan membuat kunjungan ke sekitar kawasan perumahan di Kulim, akhirnya kami berjaya mendapatkan tempat jagaan.

         Lega apabila tempat jagaan tersebut menitik beratkan soal kebersihan dan keselamatan pada bayi serta kanak-kanak jagaan mereka. Ini semua hasil daripada tinjauan secara tiba-tiba aku dan Sorfina ke tempat jagaan tersebut. Kalau telefon depa dulu, mungkin depa akan siap-siap apa yang patut bagi nampak bersih, kemas dan apa lagi. Bilangan penjaga pun ramai. Menepati nisbah 1 penjaga kepada 3 orang bayi bawah 1 tahun.

          Aku pun dah tak larat nak melabon dan menaip panjang lagi kerana hari ini sudahpun masuk 3 Ramadhan 1433 Hijrah. Sorfina pulak baru terima SMS daripada adik dia, merangkap adik ipar aku, Aisyah yang kini berada di rumah sempena cuti seminggu dari pengajian Masternya. Kabornya, Nur Adelia sudah boleh merangkak. Sorfina macam biasa, dengar berita macam ni mesti rasa terharu dan nak menangis. Biasalah, hati saorang ibu.

           Alhamdulillah. Ayah dia masih lagi steady. Dalam hati mesti la gembira sakan. Ish, power betul-lah Adelia ni. Rasa nak gigit-gigit ja dia ni !

No comments:

Post a Comment