Thursday, September 27, 2012

Modus operandi

           Beberapa hari lepas aku telah dihubungi oleh sasaorang. Tertera di skrin telefon bimbit suatu nombor asing, yang tidak tercatat nama penghubungnya. Rupanya, panggilan dari saorang kenalan lama; yang mana tidak perlulah aku nyatakan disini samada ianya kenalan dari alam pra sekolah, kenalan di laman sesawang sosial ataupun kenalan di tempat perkelahan awam. Cukuplah aku namakan dia sebagai Mat Lewat Malam.

          Awal perbualan kami cukup indah. Keadaan kesihatan aku ditanya dengan begitu lunak sekali dan penuh adab. Sesekali dinyatakan bahawa dirinya begitu merindui memori bersama mengenangkan zaman muda remaja. Bunyinya seperti rindu saorang Dara kepada Udanya. Aku menanyakan, adakah bualan melalui telefon ini untuk menjemput aku ke majlis walimatul urusnya, namun rupa-rupanya, dia ingin bertemu dengan aku untuk mempekenalkan aku dengan perniagaan yang diceburinya.

         Dalam kepala , "Alamak, aku sudah kena!" punya dialog sudah bermain-main. Namun, aku cuma bersangka baik. Selebihnya kepada cerita di atas adalah sebahagian daripada sejarah. Cukuplah aku sampaikan di sini sahaja.

          Melalui pengamatan serta berbekalkan pengalaman yang ada, aku ringkaskan beberapa modus operandi beberapa syarikat Multi Level Marketing dan usahawan mereka dalam mempromosikan perniagaan mereka, namun, ini adalah berdasarkan apa dari pengalaman aku. Terpulang kepada hangpa untuk menilainya sendiri. Allahualam.

1.  Mengajak hangpa untuk sembang, serta pergi minum-minum secara tiba-tiba. Katanya, untuk berbincang tentang sesuatu perniagaan, namun ianya hendaklah diceritakan kemudian. Hangpa boleh ikut untuk sesi yang pertama demi mendapatkan kepastian.

2. Mengajak untuk menyertai sesuatu perniagaan demi menjaga kepentingan dan membantu sesuatu bangsa, contohnya; "Dengan menyertai perniagaan XXX ni hangpa boleh memartabatkan bangsa Arab bla bla bla bla".

3. Produk-produk yang diperkenalkan hampir semuanya berkaitan pemakanan dan peralatan kesihatan.Hangpa boleh pikiaq sendiri produk apa kalau tahu.

4. Perniagaan MLM ini selalunya diiklankan dan dipromosikan di suratkhabar Metro.

5. Menggunakan testimoni-testimoni yang tak masuk akal untuk menarik pelanggan atau rakan kongsi perniagaan (atau aku lebih suka cakap 'downline'); contohnya, menyatakan Thalassemia dia hilang selepas beberapa minggu/bulan menggunakan produk tersebut. Komentar aku- thalassemia tu gangguan genetik kepala bana ooi.

6. Berusaha sedaya upaya untuk menyatakan kesahihan syarikatnya bahawa ianya telah mendapat lesen Akta Jualan Langsung (AJL) dan mendapat kelulusan dari panel Syariah. Siap ada logo 'Halal' JAKIM lagi.

7. Dan yang terakhir dapat aku tuliskan adalah seperti di bawah. Kalau hangpa nak tau lagi, rajin-rajin la baca.Ini sekadar pandangan dari aku. Allahualam.

.  

Sunday, September 23, 2012

Rahsia Victoria


Rahsia Victoria, ataupun dalam omputihnya,''Victoria's Secret". Hasil karya Bart Ahmad

           Beberapa minggu lepas aku telah menerima buku yang telah ditempah dan dibeli daripada Gobokbuku. Buku yang aku tempah itu - Rahsia Victoria, hasil tulisan saudara Bart Ahmad yang juga dikenali sebagai 'The Alpha Ko#%y'. Astaghfirullahaladzim. Macam-macam gelaran lah depa ni. Pembelian aku berdasarkan promosi yang bersungguh dilakukan oleh Lan 'Sinaganaga' dan juga serba-sedikit ulasan dari laman sosial fesbuk.

         Ulasan dari aku? Belum boleh beri lagi sebab aku belum habis baca (baru baca sampai 14 muka surah). Ini disebabkan kekangan masa di waktu selepas kerja di kilang dan juga pada malam hari yang mana banyak digunakan untuk bermain dan bercanda dengan puteri intan payong aku Nur Adelia.

         Disini aku sertakan beberapa ulasan daripada pembaca lain. Untuk mengetahui lebih lanjut, bolehlah hangpa dapatkan buku ini daripada Gobokbuku.

''Bart Ahmad adalah Jane Austen bagi pergerakan Neo feminisme.Tak ramai yang akan faham buku ini, tapi berapa ramai pula yang memahami 'Love in the time of Cholera' -Zafer Rahman-

"Bart adalah pencinta wanita yang membenci perangai wanita" -Farizul Izwany-

''Dia punya bakat dalam bidang penulisan walaupun paras rupanya langsung tidak memberangsangkan nafsu wanita normal" -Fariz Abdullah-

Thursday, September 20, 2012

Lawan kepada K-Pop


Mari kita berlaku jujur
Perilaku jujur dituntut oleh agama dan merupakan 
amalan yang mulia

Aku juga akan berlaku jujur
Soheh, aku akan berlaku jujur dan tidak akan
segan-segan untuk berkongsi bersama -tentang muzik kegemaran

Muzik itu kaya dengan kepelbagaian
Muzik itu sesuatu yang patut diraikan
Muzik sesuatu yang patut di kongsikan
Muzik itu mewarnai kehidupan

Kumpulan muzik yang diminati dan kool

Pun begitu
Memetik kata-kata dan ungkapan di atas
Mari kita berlaku jujur
Ya, aku akan berlaku jujur tentang muzik kegemaran
Saheh, 
Suatu masa dahulu
Suatu ketika dahulu

Aku pernah menggemari kumpulan-kumpulan dibawah ini

Apa punya turrrrr!! 




Notakaki : Apa salahnya minat Westlife, Backstreet boys, 911? Bukan perilaku di luar tabii pun.

Friday, September 14, 2012

Cirit

Pumpkin soup, ataupun sup labu yang sedap. Tiada kaitan dengan tajuk cerita di atas.

          Semalam adalah antara hari yang power dan benar-benar menguji stamina badan aku. Aku telah diuji Tuhan dengan sakit perut yang memulas serta cirit-birit yang benar-benar power. Power tak power sejak dari pukul 5 petang lebih kurang semalam hinggalah tatkala aku menaip tulisan ini, aku telah menjalani sesi buang air besar akibat cirit birit sebanyak lebih kurang 20 ke 25 kali. Amacam, power tak?

          Aku mula kena cirit birit selepas tamat latihan Bomba di Balai Bomba Kulim pada petang semalam. Ini kerana aku telah menjadi salah seorang ahli kelab keselamatan di kilang tempat aku bekerja. Aku masuk kelab keselamatan ni pun sebab aku dulu memang minat dan cukup respek dengan ahli bomba ni. Maklumlah, dulu masa sekolah menengah masuk kadet Bomba. Mungkin aku ingin mengimbau kenangan manis aku balik masa jadi ahli kadet Bomba di sekolah dulu.

          Orang yang mula-mula dapat perkhabaran yang aku kena serang cirit birit adalah sisi terbaik aku merangkap bini aku, Sorfina. Sejurus dapat berita tersebut, dia memang jadi cukup risau. Tahap kerisauan dia tu aku tak boleh nak bayangkanlah macam mana kan. Memang risau la. Ye lah, bini mithali lah katakan. Mestilah sayang suami. Mak mertua aku pun risau sama. Yang tak risau setakat ni cuma anak aku, Nur Adelia. Dia baru masuk umur 6 bulan, sah-sah tak tahu- menahu punya pasal perasaan risau ni.

          Sambung balik rumah semalam lepas latihan bomba,aku punya cirit tak sudah-sudah lagi. Sorfina punya risau semakin melambung tinggi. Katanya, muka aku nampak 'laeh' dan lemah.'Laeh' tu bahasa Kedah. Aku yang tak 'true' Kedah ni tak tahu sangat apa maksud dia. Tapi aku cakap aku masih steady. Sebenarnya aku jenis malas nak jumpa doktor dan pergi klinik. Dia suruh aku minum banyak air masak. Dalam masa yang sama,Sorfina turut menyediakan aku seteko air teh pekat untuk merawat cirit aku.

          Disebabkan cirit aku semakin power malam tu, Sorfina mengajak aku ke klinik. Masa tu dah 12.30 malam dan Nur Adelia pulak masih tak mahu-mahu tidur. Aktif sungguh budak tu. Aku punya mengantuk pun dah mencapai tahap tertinggi. Disebabkan tak tahan dengan pujukan Sorfina, alih-alih, aku pun keluar dengan dia untuk ke klinik. Harap-harap ada klinik 24jam di Kulim ni. Sebelum tu Sorfina check klinik 24 jam di Kulim dengan telefon canggih dia yang ada internet.Power sungguh. Oh lupa, ayat pujukan Sorfina yang power sampai aku terpaksa mengalah untuk ke klinik jugak adalah seperti berikut : "Kamu sayang tak Sorfina dengan Nur Adelia? "...Pergh, aku memang lemah dengan ayat-ayat macam tu.

         Akhirnya, aku berjaya pujuk Sorfina untuk tidak ke klinik. Lagipun memang susah nak cari kilinik yang buka 24jam di Kulim ni. Kami akhirnya menuju ke destinasi pilihan aku, yakni kedai 7Eleven di pekan Kulim untuk membeli sekotak pil Chee Kit Teck Aun dan sebotol air 100 Plus.
       

Wednesday, September 12, 2012

Demi segulung ijazah



Kahkahkahkahkahkahkahkah
Kehkehkehkehkehkehkehkeh

Ya Ampooooooon,
Ya Tambooonnnnn,
Ya Sabuuuuuunnnn,
Warga tua pun turut ketawa

Pertama -tamanya
Terima kasih dan syabas, pasukan Polis kita
Ini yang kita mahu
Golongan-golongan macam ini yang kita mahu tangkap dan hapus
Penjenayah kolar putih macam ini - jangan bagi 'chan'
Kelak habis lingkop anak bangsa, negara dan juga agama!


Sunday, September 9, 2012

Tak habis-habis pasal Awang Hitam

Untuk tulisan ini
Aku meminjam petikan serta kata-kata dari brader Isham Tukar Tiub....
Nikmati..khalas.

NOTA:
Awang hitam ini semakin
menjadi masalah
parti politik wajib bertindak

mana parti politikl yang cekap
akan tahu bahawa telah ramai
warga Malaysia semakian gelisah
dengan awang hitam

bukan warna kulit yang kita suka
tapi perangai hodoh mereka
membawa masalah

jangan sampai nasi menjadi kerak
bertindak sekarang

masaalah yang dibawa oleh orang hitam
ke negara kita ini semakin menjadi jadi
telah sampai masanya parti politik membuat kempen
telah sampai masanya pihak berwajib mengambil langkah
telah sampai masanya para mufti membuat fatwa

kita bukan tak suka mereka kerana mereka hitam
kita tak suka mereka kerana perangai jahat mereka!

Ihsan dari The StarOnline

Friday, September 7, 2012

Penampaq

          Sebelum Ramadhan sudah, aku berpeluang mengikuti satu program komuniti bersama dengan organisasi Emergency Response Team (ERT) kompeni kilang aku bekerja untuk membuat latihan keselamatan, demonstrasi kebakaran dan penggunaan alat pemadam api; 'fire extinguisher' dan 'fire blanket', latihan dalam kumpulan, kuiz dan lain-lain lagi. Bolehlah aku membuat kesimpulan bahawa aku bersama-sama 11 lagi rakan sekerja yang terlibat dalam organisasi ERT ini cukup bepuas hati dengan program tersebut. Kami mendapat kerjasama yang cukup baik yang diberikan oleh 90 orang pelajar tingkatan 2 yang terlibat.

        Sebelum program dijalankan, kami membuat latihan kebakaran, senang cakap;'fire drill'.Kami ditugaskan untuk memantau bagaimana pelajar, guru, serta pekerja am bertindak semasa proses latihan kebakaran. Semua pelajar sejumlah 1500 kesemuanya, bersama dengan para guru seramai 85 orang akhirnya berkumpul di padang sekolah setelah 5 minit 40 saat evakuasi. Sepatutnya, proses evakuasi kebakaran ialah 3 minit.

        Setelah berada di padang, ucaptama pengetua semasa pelajar berkumpul untuk latihan kebakaran ;'fire drill' sebelum kata-kata aluan dimulakan.

''Diminta semua pelajar tolong diam. Yang di belakang tu, tolong diam. Ni ada sat lagi yang makan penampaq saya. Pelajar tingkatan 4 & 5, tolong diam. Sila jangan cabar saya. "

        "Wah, garang juga cikgu ni. Steady, steady",monolog aku sejurus selepas ucaptama itu.

Wednesday, September 5, 2012

Terima kasih, Dimi Berbatov !

Segak bergaya di pejabat bak aktor Andy Garcia....

Tangkas dan berseni di padang bola

Terima kasih
Atas segala keringat, 
Atas segala penat lelah, 
Atas sumbatan-sumbatan gol,
Atas segala lorongan untuk gol,
Dan juga atas usahasama bersama ahli pasukan yang lain
Untuk Manchester United

Kenangan dan saat paling manis sekali bersamamu
Sudah pasti sekali
Pada tanggal 19 September 2010
Satu hari selepas ulangtahun harijadiku yang ke 25

Terima kasih
Atas sumbangan 3 gol
Hatrik
terhadap seteru utama -Liverpool
Setelah 64 tahun lamanya
Kami menanti saat itu
Menanti seseorang untuk membuat hatrik terhadap Liverpool
Yang mana kali terakhir digapai
Pada tanggal September 1946-oleh Stan Pearson

Monday, September 3, 2012

Sukan Paralimpik 2012 - Wira dan hero sukan sebenar

           Aku selalu ambil pot pasal sukan Olimpik, perkembangan dia, tentang pungutan pingat semasa serta rekod-rekod baru yang berjaya dipecahkan semasa temasya sukan hebat yang berlangsung itu, walaubagaimanapun, aku kurang ambil pot tentang sukan Paralimpik. Lepas baca artikel dari akhbar Dailymail empat hari lepas, aku mula berjinak-jinak untuk mengikuti perkembangan sukan ini.

         Masyaa-Allah. Hebat sungguh depa-depa ni. Bagi aku, atlit paralimpik ni merupakan manusia yang sesempurna manusia yang normal dan mereka wajar dijadikan sumber inspirasi dalam masyarakat kita. Kurang pendedahan tentang perkembangan atlit Paralimpik waima di Malaysia sekalipun menyebabkan aku rasa masyarakat kurang ambil pot tentang mereka. Ini termasuklah aku. Jenguk-jenguklah sukan Paralimpik ni  sementara ia masih berlangsung sehingga 9 September 2012.

         Beberapa gambaq dibawah ni aku ambil daripada Dailymail. Semoga kita sebagai manusia yang cukup fizikal ini sentiasa bersyukur kepada Allah S.W.T dan menggunakan sebaik-sebaiknya anggota badan kurniaan Allah S.W.T ini untuk melakukan kebaikan di bumi Allah S.W.T. Semoga bermanfaat untuk kita semua.

          Artikel Dailymail yang aku baca tempohari boleh hangpa buka di sini http://www.dailymail.co.uk/news/article-2196081/London-Paralympics-2012-Five-athletes-symbolise-triumph-adversity.html

Pemanah dari Amerika Syarikat, Matt Stutzman (29 tahun) memegang busur panah dengan kaki dan bahu

Lu Dong (20 tahun) dari Republik Rakyat China menggigit tuala sebelum berlepas untuk pertandingan renang

Jose Mendez dari Sepanyol bertanding untuk acara pecut basikal 1km. Hangpa jangan terkejut yang umuq dia ni baru ja berusia 58 tahun !

Natalia Partyka, gadis berusia 23 tahun dari Poland.  Pemenang pingat emas dan perak acara Ping Pong di Olimpik Athens 2004 semasa berusia 15 tahun. Turut bertanding dalam sukan Olimpik dan Paralimpik. Power!

Tao Zheng dari Republik Rakyat China. Aku sungguh malu dengan diri sendiri sebab aku pun tak berapa pandai berenang!

Wira sukan Paralimpik kita. Malaysia Boleh !