Tuesday, October 30, 2012

Sandy

Gambar satelit ribut tropika Sandy dari Google

           Kalau beberapa minggu lepas rakyat Amerika dan dunia khususnya akan ambil pot pasal debat Romney -Obama berkaitan pendekatan ekonomi,rancangan pentadbiran serta hala tuju Amerika Syarikat pada masa mendatang menjelang pilihanraya pemilihan presiden depa 6 November 2012 nanti, mungkin sekarang topik bual bicara depa sudah berubah. Aku pikir jika aku rakyat Amerika, mungkin aku akan rehat sekejap dengan sembang-sembang politik tanah air Amerika dan fokus kepada bencana alam yang diberi nama ribut tropika Sandy. Kalau sekarang ni aku berada di tempat Obama, mungkin lebih baik tangguh dulu pilihanraya dan 'settel'kan dulu masalah bencana yang baru berkunjung tiba ni. Masalah ketiadaan elektrik, sistem pengangkutan awam yang tergendala,perkhidmatan awam seperti sekolah, hospital, balai polis,bomba dan lain-lain serta bantuan kepada mangsa ribut dan persediaan menghadapi apa bala lagi masalah yang mendatang perlulah menjadi ajenda nombor wahid sekarang.

           Sebenarnya bencana alam Sandy ini bukan sahaja menyerang bahagian timur Amerika seperti kawasan Florida, North Carolina,Virginia, New York, Connecticut, Pennsylvania, Washington, Massachusetts dan lain-lain, tapi juga menyerang negara-negara kepulauan lain sekitar Amerika yang jarang kita ambil pot seperti Jamaica, Cuba, Haiti dan Republik Dominica. Menurut laporan setakat ini, jumlah angka mangsa korban ialah 78 orang dan 11 darinya ialah dari Amerika. Takziah kepada kepada keluarga mangsa aku ucapkan.

         Apa-apapun, aku bersyukur kerana Allah S.W.T tak datangkan angin ribut yang hebat ni dekat rantau Asia Tenggara. Insaf lah jugak tengok gambaq-gambaq dari Google. Sehebat-hebat Amerika bila Allah bagi depa ribut sikit ja kelam-kabut jugak jadinya. Semoga semuanya menjadi peringatan kepada kita bahawa bila Allah datangkan sesuatu bencana, memang tak akan ada satu kuasa pun yang dapat menghalangnya.Khalas.


P/s :  "Dia lah yang menjalankan kamu di darat dan di laut (dengan diberi kemudahan menggunakan berbagai jenis kenderaan); sehingga apabila kamu berada di dalam bahtera, dan bahtera itu pula bergerak laju membawa penumpang-penumpangnya dengan tiupan angin yang baik, dan mereka pun bersukacita dengannya; tiba-tiba datanglah kepadanya angin ribut yang kencang, dan mereka pula didatangi ombak menimpa dari segala penjuru, serta mereka percaya bahawa mereka diliputi oleh bahaya; pada saat itu mereka semua berdoa kepada Allah dengan mengikhlaskan kepercayaan mereka kepadaNya semata-mata (sambil merayu dengan berkata): "Demi sesungguhnya! jika Engkau (Ya Allah) selamatkan kami dari bahaya ini, kami tetap menjadi orang-orang yang bersyukur".
[Yunus 10:22]       

Sunday, October 28, 2012

Sejarah haji di Malaysia

            Ibadah haji di negara ini dipercayai bermula sejak kedatangan Islam ke gugusan Kepulauan Melayu pada abad ke 13. Namun, catatan sejarah yang jelas mengenai perkembangan haji di negara ini sukar diperoleh secara terperinci kerana tidak banyak maklumat mengenainya.

            Dipercayai orang Melayu yang berkemampuan dan terbabit dalam aktiviti pelayaran ialah kelompok terawal menunaikan haji, namun tiada catatan atau apa-apa penunjuk aras mengenainya ditemui.

           Pengamal perubatan Portugis, Tom Pires mencatatkan dua pemerintah Melaka ada menyatakan hasrat ke Makkah iaitu Sultan Mansur Shah yang memerintah dari 1456-1477 Masihi atau 860-881 Hijrah dan Sultan Alauddin Riayat Shah (1477-1488 Masihi/881-893 Hijrah). Namun, kedua-duanya tidak dapat meneruskan niat mereka kerana mangkat.

         Dalam catatan itu, Tom Pires menjelaskan kedua-dua pemerintah sudah membuat persediaan, termasuk menyediakan emas yang berganda jumlahnya dan mempersiapkan kapal untuk pelayaran menunaikan haji.

         Catatan Tom Pires bagaimanapun, tidak boleh dianggap sebagai rekod terawal berkaitan pelayaran masyarakat Melayu menunaikan haji ke Makkah kerana ibadah haji itu sendiri adalah satu kewajipan yang dilaksanakan umat Islam.


         Catatan yang tidak kurang penting mengenai jemaah haji dari Kepulauan Melayu ialah perjalanan ilmuwan Muhammad Yusuf Ahmad atau lebih dikenali sebagai Tok Kenali pada 19 Masihi (13 Hijrah).

          Tok Kenali berasal dari Kelantan melanjutkan pengajian agama beliau di Makkah ketika berusia 18 tahun. Dicatatkan beliau mengambil masa enam bulan untuk sampai ke Makkah. Tok Kenali kemudian mengambil keputusan menetap di Makkah bagi menuntut ilmu, di samping menunaikan umrah dan haji.

          Beliau kemudian kembali ke Kelantan pada usia 40 tahun dan mengasaskan pusat pengajian Islam. Selain beliau, beberapa ilmuwan Islam di Kepulauan Melayu yang terkenal ialah Hamzah Fansuri yang belayar ke Makkah pada akhir abad ke 16 Masihi (10 Hijrah) dan Abdul Rauf Singkel menunaikan haji pada 1643 Masihi (1052 Hijrah).

          Apabila tiba abad ke 19 dan 20 Masihi, muncul bukti yang lebih banyak berkaitan aktiviti mengerjakan haji masyarakat Melayu di Malaysia. Banyak artifak, manuskrip, bahan bercetak dan gambar direkodkan orang Melayu yang pergi ke Makkah menunaikan haji.

         Antara catatan yang menarik dihasilkan Munsyi Abdullah seorang terpelajar berasal dari negara ini yang menceritakan dengan teliti pelayarannya ke Tanah Suci pada 1854 Masihi (1270 Hijrah) melalui Hikayat Pelayaran Abdullah.

          Selepas itu ramai cendikiawan Melayu dan golongan terpelajar yang pernah ke Makkah menunaikan haji dan umrah mengabdikan pengalaman mereka dalam bentuk tulisan bagi berkongsi ilmu dengan orang lain.

          Beberapa manuskrip bertulisan jawi ditemui di Kepulauan Melayu menyentuh pelbagai aspek berkaitan haji, termasuk catatan peribadi dan maklumat mengenai haji bersifat keagamaan.

          Cendikiawan Melayu Harun Aminurashid menulis pengembaraannya ke Makkah dengan kapal laut pada 1960 Masihi (1379 Hijrah) dalam bukunya bertajuk Chatetan ka-Tanah Suchi.

           Harun menceritakan perit getirnya sepanjang perjalanan dengan kapal diberi nama Anshun. Antara petikan berkenaan ialah: “susah menjadi penumpang di dalam bahagian tengah kapal...orang yang ingin menunaikan haji mestilah sabar... di sini tiada keseronokan atau kebebasan seperti kebiasaannya ketika di darat...kamu terpaksa menanggung kesusahan ini di sepanjang pelayaran pergi dan balik daripada menunaikan haji, sabar ialah satu-satunya jalan penyelesaian terbaik.”

           Selain Harun, ada beberapa tulisan lain yang menceritakan keterujaan mereka menunaikan haji serta gambaran perjalanan ke Tanah Suci seperti Jaafar Jusoh Al Haj (Perihal Pemergian ke Mekah dan Madinah yang diterbitkan pada 1937 Masihi (1355 Hijrah) dan Haji Ismail Haji Ishak dalam bukunya bertajuk, Ke Mekah Mengikut Jalan Darat (1975 Masihi/ 1394 Hijrah) .

           Selain catatan perjalanan, ada juga ditemui penulisan jemaah haji berkisar mengenai perasaan, pandangan dan pemikiran mereka terhadap apa yang berlaku sepanjang perjalanan yang dipersembahkan dengan gaya tersendiri, termasuk karya seni seperti puisi, lukisan dan poster.


          Dalam nazam tulisan jawi itu, penulis menyatakan tiga bulan dari Kedahlah dan kurang, Pelayaran kapal tatkala menyeberang, Jikalau angin dari belakang sampai ke Jeddah (laut) yang tenang...Dua malam tuan sudah di Jeddah hendak berjalan pula ke Makkah disewalah unta mana yang mudah kecil sedikit daripada gajah...”

           Di akhir nazam dinyatakan 120 rahmat ke atas Kaabah iaitu 60 bagi mereka yang mengerjakan tawaf, 40 bagi mereka yang bersembahyang dan 20 bagi yang melihatnya.

           Sejak 1900 hingga 1969, jemaah haji negara ini hanya menggunakan kapal laut untuk ke Makkah. Mulai 1970 hingga 1976, sebilangan kecil daripada mereka menaiki kapal terbang tetapi kapal laut masih terus digunakan.

           Sejak 1977 kapal laut tidak lagi digunakan, sebaliknya semua jemaah haji Malaysia menaiki kapal terbang untuk ke Makkah. Pada zaman kapal laut, pelayaran dari negara ini ke Makkah mengambil masa di antara dua dan tiga bulan, selain dilihat berisiko lebih tinggi.

           Kebanyakan jemaah yang menaiki kapal laut pernah mengalami pelbagai pengalaman pahit, termasuk dilanda ribut taufan. Malah, ada kapal laut yang terbakar ketika dalam pelayaran di tengah samudera. Namun, semua itu dianggap sebagai dugaan dan ujian Allah.

           Dalam perjalanan selama berbulan-bulan ke Makkah, ada jemaah yang uzur atau meninggal dunia di atas kapal. Bagaimanapun, rekod sebenar mengenai kematian itu sukar diperoleh.

INFO: Kapal haji

Mendam Berahi (abad ke-15)
Subulus Salam (1854),
Antirorchus (1936), Bellophon (1936), Cyclops (1936) dan Potesilaus (1936)
Agamemnon, Adratus, Atreus, Ajax, Eurubates, Glaucus, Idomeneus (1940-an)
Prometheus (1950-an),
Malaysia Kita, Malaysia Raya dan Kuala Lumpur (1970-an).

Peristiwa 1947:

1) 670 jemaah haji Malaya berangkat ke Makkah melalui Singapura dan 1,326 melalui Pulau Pinang. Daripada jumlah itu, 1,729 pulang ke Malaya, manakala 200 lagi terus tinggal di Makkah; 67 meninggal dunia iaitu 31 ketika dalam pelayaran, manakala 36 di Makkah.

2) Sebelum Perang Dunia Kedua hingga negara mencapai kemerdekaan, Singapura dan Pulau Pinang menjadi dua pelabuhan penting bagi jemaah haji Malaya. Kebanyakan jemaah sebelum merdeka dibawa ke pelabuhan dengan lori dan cara itu sering dikritik orang ramai menerusi akhbar. Satu peristiwa pernah menimpa jemaah di Pelabuhan Klang pada 8 Julai 1962 iaitu tragedi tangga patah menyebabkan 20 cedera ketika menyambut ketibaan jemaah haji di atas kapal `Kuala Lumpur'.

3) Menjelang awal 60-an, kesulitan itu semakin reda apabila pakar ekonomi negara, Prof Diraja Ungku Aziz mengesyorkan supaya Tabung Haji diwujudkan. Dalam memorandumnya berjudul `Pilgrims Economy Improvement Plan' kepada kerajaan, Ungku Aziz mengesyorkan penubuhan sebuah perbadanan untuk mengurus dan mengendalikan urusan umat Islam negara ini yang hendak menunaikan haji dan umrah.
Tabung Haji ditubuhkan pada 1969 dan menguruskan pergi balik jemaah haji ke Makkah dengan licin dan teratur. Tradisi dan amalan menjual harta benda untuk ke Makkah hingga menyebabkan `kepapaan' selepas jemaah haji kembali ke tanah air, juga semakin pupus.


Credit : http://pmr.penerangan.gov.my/

Tuesday, October 23, 2012

Kisah kicap

         Menurut pendapat aku, kicap merupakan suatu juadah rekaan manusia yang genius. Makanan yang tak berapa nak sedap dan tak berapa nak buat orang lalu nak makan, tapi bila pekena dengan kicap;sejenis makanan berasakan sos ini, InsyaAllah akan membangkitkan semula selera manusia-manusia yang tak berapa lalu tadi. Tapi ini menurut aku la, hangpa pun ada pendapat lain sama. Nak cakap bab-bab kicap ni, bolehlah kita kategorikan sama kawan-kawan dia yang lain macam budu, tempoyak, sambal belacan, cincalok, sos salsa, sos tomato, 'soy sauce' dan macam-macam la yang aku pun tak tau lagi di dunia ini.

        Jika hangpa menggemari makanan dari barat, seberapa pastinya hangpa akan mengenali dan ambil pot tentang '5 ibu sos' ataupun '5 mother sauces' dari masakan orang Perancis iaitu Bechamel, Hollandaise, Espagnole, Tomate dan Veloute. Sos lain yang popular dari barat; contohnya dari Itali pula ialah seperti Pesto dan Carbonara.

         Sebagai warga Kedah kelahiran Perak, kicap rata-ratanya lebih dikenali sebagai 'toyu'. Pengalaman aku bersama kicap cukup luas, contohnya apabila pekena beberapa juadah yang dihidangkan. Antara pengalaman aku bersapa kicap adalah apabila makan nasik panas-panas bersama lauk telor ayam kicap dan juga makan nasik panas-panas bersama ikan goreng panas-panas dengan kicap dan ditambah pula dengan beberapa ulas cili padi atau cabai Melaka. Fuuuhhh...memang terangkat wa cakap lu.

Beberapa gambaq yang keluar dari Google Image apabila hangpa taip 'toyu'

        Beberapa hari lepas pengalaman aku bersama kicap bertambah. Rupa-rupanya baru aku tahu yang kicap dapat mengurangkan kesan akibat terkena air panas. Kesian dekat Sorfina sebab terkena air panas dan minyak gamat pula tiada. Selepas guna ais untuk melegakan tangannya yang terkena air panas dan tidak juga sembuh, maka Sorfina pun meminta nasihat kak ipar aku yang dikenali sebagai Kak Yong jika ada petua-petua yang bagus jika terkena air panas.

       Alhamdulillah. Selepas sapu kicap dekat tangan yang terkena air panas, kesan melepoh pun hilang dan tangan tiada pedih-pedih lagi. Tapi aku tak berani jamin lah kalau petua ni berkesan kepada mangsa melecur 2nd degree burn ke atas. 

Friday, October 19, 2012

Masyarakat majmuk

          Dulu waktu kecik-kecik sekolah rendah cikgu Bahasa Melayu aku pernah bagi kerja rumah untuk cuti hari Sabtu dan Ahad yakni menulis karangan. Aku memang paling haprak sekali kalau kena menulis karangan sebab kena menggunakan perkataan, bahasa, tanda seru, nahu, tatabahasa dan apa kejadah lagi dengan betul. Disiplin menulis pun kena ada. Bermula dengan intro, isi, dan diakhiri dengan penutup. Cikgu aku pulak menetapkan bahawa setiap karangan mestilah ada peta minda. Hangpa tau apa itu peta minda? Tak tau sila tanya Tony Buzan sebab dia suka buat peta minda.Apa-apapun aku hargai jasa sekalian cikgu-cikgu kerana mengajar aku, tak kiralah menulis karangan ka, pendidikan jasmani ka , seni ka dan macam-macam. Jasamu kukenang dan tidak terbalas.

          Paling aku ingat cikgu aku pernah bagi tajuk 'Masyarakat majmuk di Malaysia'. Aku punyalah tak paham masa tu apadia yang dikatakan majmuk tu sampai kena buka Kamus Dewan edisi ke berapa pun aku dah lupa. Harus diingat masa tu wujudiyah Google belum ada, maka semuanya kena selak buku. Kalau tak tentunya pencarian makna majmuk lebih pantas dengan menggunakan Google dan terus ke laman sesawang Dewan Bahasa dan Pustaka DBP. Maka selepas memahami perkataan majmuk barulah aku dapat meneruskan kerja menulis karangan aku. Waktu tu, pahaman majmuk aku hanya berteraskan skop yang amat kecil- Melayu, Cina, India, Mamak, Kadazan, Iban, Serani dan orang Asli.

         Menginjak ke usia tua ini, pahaman aku tentang majmuk di Malaysia telah lebih luas dan boleh dikatakan lebih meriah. Sama-sama kita dan anak cucu kita untuk mengharungi kehidupan bermasyarakat majmuk pada masa-masa mendatang. Kahkahkahkahkah.

Malaysia kita sudah berjaya.... (lirik lagu patriotik)

Friday, October 12, 2012

Menjaga anak

        Beberapa hari sebelum menjelang pagi hari Jumaat yang mulia ini, sisi terbaik aku merangkap isteri aku Sorfina mengkhabarkan bahawa beliau perlu bekerja di kilang kompeni di Pulau Pinang pulau mutiara kerana banyak sesi mesyuarat penting. Entah apa yang hendak dimesyuaratkan itu tidaklah aku ketahui pula kerana aku sendiri perlu ambil pot dengan kerja di kilang.

        Tapi kadang-kadang tu aku ambil pot juga pasal kerja Sorfina kalau dia ada minta pendapat dan usul dari aku. Kadang-kadang beliau cerita pasal masalah kerja dia dekat aku. Paling busuk pun mesti aku akan bagi 'encouragement' la kalau tak dapat nak menolong pun. Cakap-cakap macam " Sayang mesti boleh buat punya InsyaAllah", "semoga Allah permudahkan" dan "minta doa dan bersabar ye yang" selalu aku cakap dekat Sorfina kalau dia ada masalah kerja. Setakat ni aku tak pernah lagilah nganga mulut ja jika dia cerita masalah kerja dan minta pendapat itu dan ini pasal kerja dia.

       Berbalik kepada kerja beliau di pulau mutiara hari ini, justeru, dengan ini tugasan menjaga dan menghantar Nur Adelia ke pusat jagaan perlu dilakukan aku seorang diri. Terasa diri aku macam Rambo pulak sebab pergi berjuang dekat Vietnam sorang-sorang tanpa kawan-kawan askar lain. Sorfina seawal 6.45pagi lagi telah keluar rumah untuk sampai ke destinasi sebelum pukul 7.30 pagi. Aku yakin beliau akan sampai awal sebab beliau memang bawak kereta laju. Aku pun takut kalau beliau yang pandu kereta. Takut punya pasal setiap kali beliau pandu kereta aku akan banyak kali pegang tempat gayut kat atas tu (ala, yang kat pintu kereta tu). Aku pulak masa tu tengah sedap golek-golek lagi atas tilam,sebelah Adelia. Beliau pun tengah syok pekena tidor. Mimpi apa gamaknya entah sampai berubah 180 darjah dari posisi asal.

        Jadi, lepas salam aku dan aku pun cium Sorfina sikit kat dahi dan pipi (kadang-kadang kat mulut, kahkahkah), Sorfina pun gerak meninggalkan kami berdua yang masih bergelimpangan. Jam menunjukkan pukul 6.45 pagi dan aku pun cepat -cepat terus cergas dan menuju bilik air. Rupanya aku belom solat Subuh. Astaghfirullah apa nak jadi.

        Aku pun cepat-cepat mengangkat hadas kecil a.k.a ambik wuduk.Betul-betul masa aku nak angkat takbiratul ihram ja Adelia pulak menangis. Dia dah terbangun. Alamak. Aku memang lemah dengan nangis-nangis ni. Aku pun angkat la dia dan secara  automatik dia pun ok tak nangis dah. Bila letak balik ,dia nangis balik. Adoi. Justeru, aku pun solat sambil dukung dia.

          Tu baru satu hal. Ni nak mandi pulak sebab aku belom mandi. Maka dengan sepantas kilat, aku pun layan Adelia kejap sampai dia tergelak dan kemudian cepat-cepat aku letak dia dekat tilam toto. Aku lari dan masuk bilik air untuk mandi dengan kadar yang segera. Sempat jugak aku pekena syampu dan gosok badan guna sabun. Dapat la mandi dalam 20 cebok air.

         Adelia menangis lagi. Lapar susu gamaknya pagi-pagi ni lepas bangun tidor. Lepas siap-siap pakai baju apa yang patut, aku dukung dia semula dan ke dapur untuk perangatkan susu badan ibu dia yang sejuk dari dalam peti sejuk. Adelia kemudian minum dengan penuh khusyuknya.

          Sesudah tu, perut aku pulak meragam. Alamak, macam mana ni? Nak letak, satgi Adelia menangis. Mau tak mau terpaksa aku guna strategi satu lagi, yakni alihkan perhatian Adelia dengan barangan mainan dan pelbagai hiburan lain. Aku acan dia cepat-cepat sampai dia tergelak lagi dan dengan kadar segera cepat-cepat aku berlari menuju ke tandas untuk melepaskan hajat. Aku sebenarnya lebih selesa jika dapat melepas hajat dalam keadaan yang santai, tapi apakan daya, harini dia punya cabaran lain sikit.

         Akhirnya, selepas tukar lampin, buat sarapan dan kemas-kemas sikit sambil dukung Adelia, akhirnya aku bergerak menuju ke rumah kakak ipar aku. Harini kakak ipar aku offer nak jaga Adelia. Fuuuh. Tamatlah kisah pagi selama dua jam bersama Adelia tanpa ibunya di rumah.

Tuesday, October 9, 2012

Paria

Ihsan dari Dailymail

          Hangpa agak-agak lah kan, kalau buat tajuk berita macam ni dekat Malaysia kena saman ka atau dak? Harap-harap tak ada demonstrasi perkauman sebab aku rasa tak ada apa-apapun dengan perkataan 'Pariah'. Dulu-dulu orang cukup takut nak cakap keling paria kuat-kuat sebab dikatakan menghina orang India. Padahal, yang perlu dikutuk dan dicerca itu ialah sistem pengkelasan atau sistem kasta itu sendiri. Kenapa perlu membeza-bezakan taraf manusia? Apa punya turrr.

Notakaki :

Definition of PARIAH
http://www.merriam-webster.com/dictionary/pariah

1: a member of a low caste of southern India
2: one that is despised or rejected : outcast

Sunday, October 7, 2012

Menguap

          Budak-budak kecik ni kalau dia menguap, bukan dia nak tutup mulup pun. Kalau orang belah Kedah depa cakap, tak pandai katop mulut. Maka sebagai ibu bapa hangpa kenalah bertanggjawab untuk menutup mulut anak-anak hangpa yang masih kecil ketika mereka menguap. Sebagai saorang yang beragama Islam, bila menguap tu ustaz-ustaz dan mak abah aku ajar supaya tutup mulut dan lepas tu cakap 'Astaghfirullah hal adzim'.

          Maka dengan ini, aku pun InsyaAllah akan mengajaq benda yang sama untuk anak aku ni.

Nur Adelia kantoi tak katup mulut. Cett !


Notakaki:

Hadis riwayat Abu Hurairah R.a: ia berkata:Bahwa Rasulullah S.A.W bersabda: Menguap itu termasuk dari (gangguan) syaitan, maka jika seorang dari kamu menguap, hendaklah ia menahan semampunya.

Dari Abu Hurairah r.a bahwasanya Rasulullah S.A.W bersabda: "Haknya seorang Muslim terhadap orang Muslim yang lain itu ada lima perkara iaitu menjawab salam, menzirahi yang sakit, mengikuti jenazahnya, mengabulkan undangannya dan bertasymit kepada yang bersin - yakni kalau seseorang bersin dan mengucapkan Alhamdulillah, maka yang mendengar hendaklah mentasymitkan - mendoakan - dengan mengucapkan: Yarhamkallah, ertinya: Semoga Allah merahmatimu, kemudian yang bersin itu menjawab: Yahdikumullah wa yushtihu balakum, ertinya: Semoga Allah memberi petunjuk padamu dan memperbaiki hatimu." (Hadis Muttafaq 'alaih)

Minuman ISTAK


             Ada siapa-siapa ambil pot pasal ayaq minuman ni dan tahu tentang statusnya? Mohon pencerahan dan penjelasan jika ada siapa-siapa yang tahu. Dah lama benda ni, tahun 2009 dulu, tapi aku baru ambil pot balik.Allahualam.



Tuesday, October 2, 2012

Kari kucing


         Aku baca berita ni dekat The Star Online pasal orang Myanmar makan kucing. Meremang jugak tekak aku, membayangkan bulu-bulu halus lagi mulus kucing-kucing tu, tapi apa ada hal? Sedap la kut bagi depa. Mungkin kalau buat celop tepung lagi sedap kut. Aku tak tau la. Mungkin itu salah satu resepi orang Myanmar tu. Allahualam.

         Lepas ni aku cadang lebih baik depa memburu dan makan burung gagak pula. Walaupun hitam, tapi mungkin isinya agak manis dan empuk barangkali?

         

Ada orang cakap, daging anak kucing rasa dia ala-ala macam daging burung puyuh. Allahualam.


Monday, October 1, 2012

Golf Piala Ryder

         Sebagai seorang pencinta dan pentaksub sukan golf, aku memang betul-betul ambil pot dan ikuti secara tertib akan setiap perkara berkaitan sukan golf ni. Sebut saja nama-nama pemain golf;Vijay Singh, Tiger Woods, Ernie Els.....argh, dan berapa ramai lagi la yang malas aku nak sebut, semuanya dalam minda dan otak aku. Kalau tak cukup dalam otak aku, hangpa boleh cari lagi dalam Google.

         Baiklah. Biarlah aku berterus-terang sejujurnya. Kata-kata diatas tadi sebenarnya tidak ada kaitan langsung dalam hidup aku. Sebenarnya, aku bukanlah peminat sukan golf. Golf ini selalunya sukan yang banyak kena keluar duit. Banyak kena keluar duit bai. Bayangkan nak main golf ni ja hangpa kena ada padang seluas beberapa ekar. Siap kena ada tasik lagi. Gila apa. Golf, ataupun nama panjangnya Golongan Orang Lebih Fulus sesuai sekali diminati oleh golongan Datuk-Datuk, Tan Sri, Tun, Sultan, Datin-datin, YB-YB, JKKKK, Najib Razak, Rais Yatim dan bahasa mudahnya golongan kelas atasan. Kawan-kawan aku ada jugak yang main golf ni, tapi semuanya sebab gaji depa pun lebat. Nama pun kerja bisnesman.

         Antara pertandingan yang mahsyur dalam sukan golf selain master, PGA dan apajadah lagi ialah Piala Ryder. Pertandingan ni diadakan setiap dua tahun. Tahun ni merupakan edisi Piala Ryder yang ke 39, sejak pertama kali diadakan pada tahun 1927. Yang masuk pertandingan ni? tentunya bukan calang-calang. Pertandingan ni diadakan bagi merebut Piala Ryder dan disertai oleh pemain terbaik oleh kumpulan dari Eropah dan juga dari Amerika Syarikat.

          Dalam sibuk-sibuk di Malaysia tengah bentang bajet 2013, depa-depa ni pemain golf semua duk syok main golf. Tu yang aku cakap, depa ni semua dah masyuuukk. Duit dah lebat. Mana ambil pot sangat pasal bajet-bajet dan belanjawan ni semua.

          Tahun ni punya Piala Ryder telah dimenangi oleh kumpulan Eropah. Syabas aku ucapkan walaupun aku tak kenalpun hangpa semua. Lokasi pertandingan telah diadakan di Medinah Country Club,di Illinois. Itu sebenarnya yang menarik perhatian aku. Hebat jugak golongan Freemason ni.Sampai ke kelab golf pun depa ada.