Tuesday, October 23, 2012

Kisah kicap

         Menurut pendapat aku, kicap merupakan suatu juadah rekaan manusia yang genius. Makanan yang tak berapa nak sedap dan tak berapa nak buat orang lalu nak makan, tapi bila pekena dengan kicap;sejenis makanan berasakan sos ini, InsyaAllah akan membangkitkan semula selera manusia-manusia yang tak berapa lalu tadi. Tapi ini menurut aku la, hangpa pun ada pendapat lain sama. Nak cakap bab-bab kicap ni, bolehlah kita kategorikan sama kawan-kawan dia yang lain macam budu, tempoyak, sambal belacan, cincalok, sos salsa, sos tomato, 'soy sauce' dan macam-macam la yang aku pun tak tau lagi di dunia ini.

        Jika hangpa menggemari makanan dari barat, seberapa pastinya hangpa akan mengenali dan ambil pot tentang '5 ibu sos' ataupun '5 mother sauces' dari masakan orang Perancis iaitu Bechamel, Hollandaise, Espagnole, Tomate dan Veloute. Sos lain yang popular dari barat; contohnya dari Itali pula ialah seperti Pesto dan Carbonara.

         Sebagai warga Kedah kelahiran Perak, kicap rata-ratanya lebih dikenali sebagai 'toyu'. Pengalaman aku bersama kicap cukup luas, contohnya apabila pekena beberapa juadah yang dihidangkan. Antara pengalaman aku bersapa kicap adalah apabila makan nasik panas-panas bersama lauk telor ayam kicap dan juga makan nasik panas-panas bersama ikan goreng panas-panas dengan kicap dan ditambah pula dengan beberapa ulas cili padi atau cabai Melaka. Fuuuhhh...memang terangkat wa cakap lu.

Beberapa gambaq yang keluar dari Google Image apabila hangpa taip 'toyu'

        Beberapa hari lepas pengalaman aku bersama kicap bertambah. Rupa-rupanya baru aku tahu yang kicap dapat mengurangkan kesan akibat terkena air panas. Kesian dekat Sorfina sebab terkena air panas dan minyak gamat pula tiada. Selepas guna ais untuk melegakan tangannya yang terkena air panas dan tidak juga sembuh, maka Sorfina pun meminta nasihat kak ipar aku yang dikenali sebagai Kak Yong jika ada petua-petua yang bagus jika terkena air panas.

       Alhamdulillah. Selepas sapu kicap dekat tangan yang terkena air panas, kesan melepoh pun hilang dan tangan tiada pedih-pedih lagi. Tapi aku tak berani jamin lah kalau petua ni berkesan kepada mangsa melecur 2nd degree burn ke atas. 

No comments:

Post a Comment