Friday, June 27, 2014

Ramadhan 2014

Dipetik dari laman media sosial fesbuk aku;

'Bulan puasa,yakni Ramadhon,dah nak mai tak lama lagi.

Hangpa semua tunggu ajalah. Tak lama lagi penuh la ruangan fesbuk dengan gambaq makanan,jemputan iftar, update boikot kurma dari Iran sebab syiah, hadis palsu pasal terawih, isu batal puasa ka tak sebab korek hidung, sahur kat mana sedap,isu kereta jenazah untuk orang tak puasa,baazar mana nak pi, iklan kuih raya dan baju raya,pelbagai hukum dan fatwa, berdebat pasal tengok bola masa puasa dan macam-macam lagi.

Itu yang gua agak aja la.'

-Anonymous-

Owh. Aku lupa lagi beberapa perkara penting menjelang Ramadhan.

Kerajaan akan pastikan bekalan minyak, santan, ayam dan apa bana lagi barangan mencukopi menjelang sambutan Aidilfitri nanti.

Penyeludupan mercun dan bunga api merentasi sempadan Thailand berjaya ditumpaskan dengan jayanya.

Mangsa mercun buatan sendiri dikejarkan ke hospital pada hari kedua bulan Ramadhan.

Beberapa komentar daripada sahabat fesbuk;

YG : Pas tu jualan kuih rancak dan isu balik kg siapa dulu

AM :Hari first puasa dah main lagu raya

SM :Puasa ni, gua nak hantar annual leave kat mark zuckenberg. Cuti berfacebook. Harap dia paham, gua taknak gangguan daripada gambar2 iftar/sohoor ni...

FJ :yang pasti.syaaban..ramai pakat2 kalut posa ganti



Selamat menunaikan ibadah berpuasa kepada semua orang Islam. Semoga kita memperoleh taqwa dan pengampunan dari Allah S.W.T. InsyaAllah.

Friday, June 13, 2014

Kisah tokwan belah mak

            Kesah ini aku ceduk dari laman sosial Fesbuk Paksu Yusof aku. Paksu aku ni pandai mengarang. Kalau mengarang dalam bahasa orang putih lagi lah dia power. Maklumlah, pernah jadi 'journalist' di akhbar The Star,sekitar dekad 90an dahulu.

           Kesah orang-orang yang terdahulu daripada kamu, untuk dijadikan pedoman dan panduan. Dan ya, arwah tok wan (belah mak) aku juga pernah bela anjing, seingat aku waktu aku darjah tiga dahulu. Lebih kurang 20 tahun dahulu. Warnanya hitam dan saiznya besar. Untuk dibuat jaga kebun dan dusun. Pernah juga aku dibawaknya ke kebun untuk menjenguk anjing itu. Power betul dia bertarung dengan babi hutan, sebab selalu sondol pokok buah-buahan di kebun.

******

          Syukurlah ayah aku dulu meneroka tanah di kampung pedalaman enam atau tujuh dekad silam. Berbekalkan kapak dan beliung dan mancis gamaknya, beberapa ekar tanah diusahakan dengan keringat peluh dan darah untuk membuka hutan dilereng bukit dijadikan kawasan pertanian.

           Khabarnya sebatang pokok sebesar dua pemeluk mengambil masa beberapa hari untuk ditumbangkan. Selepas kering, pastilah dibakar. Itulah teknik meneroka hutan zaman dahulu - 'slash and burn' - satu rangkap perkataan yang hari ini menjadi mimpi ngeri pencinta alam sekitar daripada dunia barat hari ini. Tetapi pada masa itu, ianya adalah survival.

           Berketurunan darah Pattani, hutan dan gajah bukanlah asing baginya. Ayah aku juga membela beberapa ekor gajah semasa remajanya untuk menarik kayu-kayu balak yang ditebang.

Hebat. Amazing! Peneroka yang hebat, walaupun susuk tubuhnya tidaklah sebesar mana.

           Hari ini anak-anak dan cucunya memain-mainkan jari jemari di skrin telefon pintar dan bukannya memegang kapak atau beliung.

           Hari ini, sambil mengalis-ngalis jari di skrin telefon pintar, aku terbaca kisah peneroka bandar di Kampung Chubadak, Kuala Lumpur yang mungkin dulu mengerah keringat mendirikan rumah lebih 50 tahun dulu dirobohkan dengan sekelip mata. Aku tidak boleh tidak, tetapi teringat pengorbanan generasi lampau yang bekalnya hanya kudrat dan semangat.

Nasib baiklah ayahku hanya peneroka hutan di belantara yang jauh dari bandar. Tidak ada apa yang dapat aku balas, kecuali doa dan hadiah ayat ayat suci untuk ayahku.

Wednesday, June 11, 2014

Umat Islam Melayu Malaysia

Suatu pandangan daripada pak menakan aku, Paksu Yusof. Layan aja lah.

******
Orang Melayu Islam di Malaysia agak mudah diperdaya.

Pengusaha bihun yang beroperasi di premis yang kotor hanya perlu meletakkan gambar masjid pada labelnya untuk melariskan jualan.

Seorang warga asing hanya perlu meletakkan kepiah putih lusuh dan buruk di kepala untuk melayakkannya menjadi penyembelih ayam di pasar.

Pengusaha restoran hanya perlu meletakkan sekeping khat 'Bismillah' untuk meyakinkan pengunjung bahawa ia diusahakan oleh seorang Muslim dan menggunakan bekalan dari sumber halal.

Seorang budak hanya perlu menggunakan perkataan 'derma amal tahfiz' untuk mengutip 'derma' bagi pihak ketiga yang menggunakan wang tersebut untuk berjoli.

Seorang ahli politik raja segala korap juga hanya perlu berjubah dan berserban untuk meyakinkan pengundi mengenai tahap keislamannya.

Kenapa ya?

Nota: Gambar hiasan semata mata