Friday, June 13, 2014

Kisah tokwan belah mak

            Kesah ini aku ceduk dari laman sosial Fesbuk Paksu Yusof aku. Paksu aku ni pandai mengarang. Kalau mengarang dalam bahasa orang putih lagi lah dia power. Maklumlah, pernah jadi 'journalist' di akhbar The Star,sekitar dekad 90an dahulu.

           Kesah orang-orang yang terdahulu daripada kamu, untuk dijadikan pedoman dan panduan. Dan ya, arwah tok wan (belah mak) aku juga pernah bela anjing, seingat aku waktu aku darjah tiga dahulu. Lebih kurang 20 tahun dahulu. Warnanya hitam dan saiznya besar. Untuk dibuat jaga kebun dan dusun. Pernah juga aku dibawaknya ke kebun untuk menjenguk anjing itu. Power betul dia bertarung dengan babi hutan, sebab selalu sondol pokok buah-buahan di kebun.

******

          Syukurlah ayah aku dulu meneroka tanah di kampung pedalaman enam atau tujuh dekad silam. Berbekalkan kapak dan beliung dan mancis gamaknya, beberapa ekar tanah diusahakan dengan keringat peluh dan darah untuk membuka hutan dilereng bukit dijadikan kawasan pertanian.

           Khabarnya sebatang pokok sebesar dua pemeluk mengambil masa beberapa hari untuk ditumbangkan. Selepas kering, pastilah dibakar. Itulah teknik meneroka hutan zaman dahulu - 'slash and burn' - satu rangkap perkataan yang hari ini menjadi mimpi ngeri pencinta alam sekitar daripada dunia barat hari ini. Tetapi pada masa itu, ianya adalah survival.

           Berketurunan darah Pattani, hutan dan gajah bukanlah asing baginya. Ayah aku juga membela beberapa ekor gajah semasa remajanya untuk menarik kayu-kayu balak yang ditebang.

Hebat. Amazing! Peneroka yang hebat, walaupun susuk tubuhnya tidaklah sebesar mana.

           Hari ini anak-anak dan cucunya memain-mainkan jari jemari di skrin telefon pintar dan bukannya memegang kapak atau beliung.

           Hari ini, sambil mengalis-ngalis jari di skrin telefon pintar, aku terbaca kisah peneroka bandar di Kampung Chubadak, Kuala Lumpur yang mungkin dulu mengerah keringat mendirikan rumah lebih 50 tahun dulu dirobohkan dengan sekelip mata. Aku tidak boleh tidak, tetapi teringat pengorbanan generasi lampau yang bekalnya hanya kudrat dan semangat.

Nasib baiklah ayahku hanya peneroka hutan di belantara yang jauh dari bandar. Tidak ada apa yang dapat aku balas, kecuali doa dan hadiah ayat ayat suci untuk ayahku.

No comments:

Post a Comment