Monday, August 11, 2014

Tabligh

              Sabtu lepas, aku turun kota metropolitan Selama, Perak. Tanah tumpah kelahiran aku tu. Ada kenduri kahwin kawan sekolah rendah aku, Akmal. La ni dai dah jadi Pegawai Peladang. Hebat tak hebat cakap hang. Tanya sahaja apa benda pasal perladangan;hortikultur, antropologi, komoditi -semua dia boleh jawab. Hebat tak hebat habaq hang.

Kenduri kahwin pun sampai tema warna hijau. Memang perladangan punya orang. Respect.

            Majlis walimatul urus ni juga mempertemukan aku dengan beberapa kawan lama sekolah rendah yang lain, antaranya Huzaimi, Azwar, Nadia; yang juga saudara aku dan juga Mat Ramli. Mat Ramli ni memang 'legend'. Lama betul tak berjumpa dengan dia.

           Dengar khabar paling akhir dulu, kawan lain ada cakap yang Mat Ramli ni ada 'join' tabligh. Bagus betul. Alhamdulillah. Sampai Pakistan atau India itu aku tak pasti.

          Untuk menjawab persoalan yang terbuku di pikiran aku selama ini, aku pun bertanya Mat Ramli. Sambil tanya tu aku 'pass' anak kedua aku, Muhammad Akif kepada dia. Suruh dia pangku atau dukung pulak. Lenguh woi nak sembang panjang sambil dukung anak. Dia pun aku tanya masih solo dan aku perati tengah bertangan kosong ketika itu. Maklumlah, baru lepas pekena rokok.

          Ya, Mat Ramli mengaku dia pernah ikut serta kumpulan tabligh. Sekarang ni tak dah sebab dia sibuk buat kerja-kerja kampung. Apa-apapun, semoga maju jaya dan semoga rezeki mendapat keberkatan dari Allah s.w.t.

         Secara auto juga, kesah tabligh ini mengingatkan aku tentang kegiatan tabligh semasa aku di bangku pengajian dulu. Di Gambang, Pahang.

         Satu persoalan; zaman study dulu, kalau geng tabligh mai ketuk bilik hangpa, apa hangpa bikin? Sila jawab dengan jujur sekadar termampu.

         Ada aku teringat taktik yang pernah aku buat ialah, kucar kacir kacir cari gayung dengan pakai tuala siap dan bersedia untuk mandi. Ada juga beberapa kawan lain yang siap tutup lampu, kunci pintu dan mengawal pernafasan untuk mengelakkan bilik dikesan ada orang.

          Yang paling kejam juga ada yang perlahan lahan keluar dari bilik untuk kononnya menjawab telefon, padahal tak ada orang call, sambil buat-buat ada urusan penting. Masa tu geng tabligh dah nak start bagi ceramah.


             


No comments:

Post a Comment