Thursday, March 19, 2015

Van Gaal dan Dick Advocaat

Sebuah gambaq yang 'rare' earth dari kedua-dua rakyat Belanda ini.

Dick Advocaat : Manchester United sewajarnya berada di kedudukan dua teratas liga


Pengurus baru Sunderland, Dick Advocaat, yang turut pernah menjadi pengurus kelab PSV Eindhoven ketika era 90an semasa kelab itu bersaing hebat dengan pasukan Ajax Amsterdam kendalian Van Gaal , menyatakan bahawa dengan melakukan perbelanjaan besar pada musim panas lepas, Van Gaal sewajarnya tiada alasan untuk tidak berada di kedudukan dua teratas Liga Perdana Inggeris.

Advocaat turut memuji bahawa Van Gaal adalah seorang jurulatih yang menakjubkan, namun menyatakan bahawa United kendalian Van Gaal harus berada di kedudukan dua terbaik kerana telah berbelanja besar.

Advocaat, yang berpengalaman mengurus beberapa buah kelab dan negara seperti PSV, Rangers,Borussia Mönchengladbach,Zenit St Petersburg,AZ Alkmaar, pasukan kebangsaan Belanda, UAE, Belgium, Russia, Korea Selatan dan lain-lain lagi, menggantikan Gus Poyet yang dipecat oleh Sunderland.

Kedua-dua jurulatih ini walaubagaimanapun mempunyai hubungan baik dan terkenal apabila bergambar dengan model yang telah dicat dengan kit jersi pasukan masing-masing semasa pembukaan Eredivisie musim 1995/1995.


*Tulisan ini telah ditulis dalam page fesbuk Buletin Manchester United (BMU).

No comments:

Post a Comment