Thursday, March 19, 2015

Apabila Anfield dipanggil sebagai 'rumah' oleh Manchester United



Sebuah kisah dari laman web Manutd.com.

Walaupun ianya seolah-olah mustahil dalam era bola sepak moden, walaubagaimanapun,Anfield pernah menjadi 'rumah' kepada Manchester United dan beribu-ribu peminat; yang mana bersesak-sesak di the Kop untuk menonton perlawanan United.

Pada tanggal 20 Ogos 1971,Arsenal merupakan pasukan lawan buat United,namun,mengapa skuad Manchester United kendalian Frank O'Farrell ini bermain di Merseyside?

Nasib tidak selalunya baik, apabila United telah dilarang untuk bermain dalam dua perlawanan pertama di Old Trafford musim ini di Old Trafford;akibat masalah penonton dalam kempen musim lepas; apabila penyokong dilaporkan melontar objek ke bahagian penonton pasukan pelawat. Justeru, sebuah gelanggang neutral diperlukan dan United perlu mengharungi perjalanan merentasi East Lancs Road.

The Reds mengalami kerugian selanjutnya apabila Liverpool telah diberi 15 peratus daripada jumlah bayaran kutipan tiket dari 27,649 penonton yang hadir, manakala bayaran pampasan pula perlu diberikan kepada Arsenal akibat jumlah penonton yang hadir kurang dari 48,000 - daripada jumlah yang menonton perlawanan pada musim lepas di Old Trafford.

United akhirnya berjaya mencapai kemenangan pada hari tersebut dan memperolehi kemenangan cemerlang dengan jaringan 3-1 ke atas penyandang juara tersebut; terima kasih kepada gol daripada Alan Gowling, Bobby Charlton dan Brian Kidd.

Walaubagaimanapun,perlawanan tersebut terpaksa ditangguhkan beberapa minit, kerana peminat tercari-cari dimana seharusnya mereka berada di Anfield (akibat tidak biasa). Dilaporkan bahawa beratus-ratus peminat berlari merentasi padang akibat perlu menukar tempat duduk sebelum perlawanan bermula.

Kemenangan itu menjadikan kedudukan United untuk berada di tempat pertama Liga Divisyen Satu dan ianya dikekalkan setelah kemenangan 3-1 ke atas West Bromwich Albion di gelanggang Stoke City,Victoria Ground.

United kemudian kembali semula untuk bermain di Old Trafford, yang akhirnya melegakan setiap penyokong The Red Devils.


*Tulisan ini telah dipaparkan di halaman fesbuk Buletin Manchester United (BMU).

No comments:

Post a Comment