Thursday, February 24, 2011

Menyahut seruan Datuk Seri S Samy Vellu

           " Marilah kite semua menderma dare"
           " Diingatkan kepada semua worang-worang mude untuk tidak menghisap dade"
                                                                              - DS Samy Vellu

Hebat, cukup hebat bagi aku DS Samy ni. Uban sepatah urat pun tak ada. Mesti dia suka menderma 'dare'.


            Entah betul ke tu Samy Vellu punya quote aku tak berapa pasti.Apa yang nak aku tekankan dekat sini adalah tentang saranan Samy yang pertama tu di atas.Entah apa hal semalam, aku semacam terpanggil untuk menyerah dara-h aku buat ke dua kalinya dalam hidup untuk didermakan kepada mereka-mereka yang gamaknya dahagakan darah serta kasih sayang.

            Selari dengan gagasan 1 Malaysia dan Islam Hadhari,disamping menyahut seruan legenda menteri Kerja Raya terhebat yang pernah dihasilkan gohmen, Samy Vellu,aku dengan rasa ringan tulang pergi ke tempat menderma darah di tempat yang disediakan oleh kompeni.


******

           Aku masuk ke tempat derma darah dengan perasaan gemuruh. Agak lama tak buat benda-benda ngeri macam ni. Lepas isi borang, aku dapat nombor. Aku tengok ada 3 kaunter diorang sediakan.

          Dekat kaunter pertama, misi /nurse tu 'check' aku punya berat dan cucuk jari aku sebab nak tau kelas dara-h. Darah aku score A.Hmmm, mengagumkan lagi impressive, getus aku sendirian. Angka 65 kati terpampang dekat penimbang.

         Gerak pergi kaunter dua, dokter perempuan India muda cun 'check' blood pressure level (BPL) aku. Impressive sekali lagi dan dengan senyuman manja dia berkata dekat aku,

   " Blood pressure saudara dalam condition tip top dan cargas, 130/80 mmHg."
   " Bagaimana pula dengan tahap hemoglobin saya cik doktor?" tanya aku kat doktor,dengan gaya bajet pernah belajar medic dulu-dulu.
   " Tahap hemoglobin (g/dl) copper sulphate tenggelam, Hb > 12.5g/dl. Haemocue anda berada pada paras 12.9.", dokter tu balas.

Sampai situ aku dah tenrnganga dan haramjadah tak paham apa. Tapi,dengan sepantas kilat aku buat muka paham dan yakin, nak kaver sebab tak mau bagi malu kompeni.


         Dekat kaunter tiga, aku kena ambik 'blood bag'. Nak kena isi dara-h dalam tu. Sekali lagi aku buat-buat curious case of Benjamin Butang. Aku tanya uncle India jaga kaunter tu dengan muka garang.

      " How long the blood that have been donated will last?do they have the expire date?" kecek aku dalam Inggeris.
      " Owh, depend on the type of blood bag we use. There are 2 types, one can endure until 42 days and the other one can last for 35 days", kecek uncle tu pulak.
      " Ooooowh", balas aku dengan muka puas dan gaya yang cukup intelek lagi interlok.

******

         Giliran aku dah nak sampai ni. Entah kenapa ketar lain macam je ni. Jantung aku dup dap dup dap secara kencang sejurus kena panggil untuk berbaring atas katil tu.Aktiviti sedut bendalir badan akan bermula sebentar lagi. Aku tutup mata buat -buat 'cool'.

1 comment: